Вы находитесь на странице: 1из 14

BAB SATU

PENGENALAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami konsep masyarakat dengan jelas.
2. Mengetahui perkembangan evolusi masyarakat.
3. menjelaskan hubungan di antara organasasi dan masyarakat.

1.1 KONSEP MASYARAKAT

Asal usul perkataan masyarakat adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu
syarika yang merujuk kepada perhubungan pembentukan suatu kelompok atau
kumpulan. Dalam bidang sosiologi, masyarakat didefinisikan sebagai sebuah
kumpulan manusia yang membentuk sistem sosial, yang mana interaksi
lazimnya berlaku di antara individu lain dalam kumpulan. Secara asasnya,
masyarakat adalah sebuah populasi manusia yang diklasifikasikan oleh bentuk
hubungan antara individu yang berkongsi perbezaan budaya atau institusi.
Sebuah masyarakat juga merupakan suatu bentuk ekonomi, sosial dan
infrastruktur industri yang mana ianya mengandungi kepelbagaian manusia.

Manusia yang tingal bersama dikatakan sebagai society or community. Menurut


Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama
di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Secara umumnya
masyarakat boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia hidup bersama,
saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa
membina kebudayaan. Menurut Ibnu Kaldun, manusia itu sememangnya
mempunyai sifat yang lemah dan oleh kerana itu manusia harus menjalani
kehidupan secara berkelompok. Sebagai contoh, kehidupan tolong menolong
dan saling bantu membantu bagi memudahkan proses kehidupan, dan ini
mewujudkan sistem pengorganisasian dalam masyarakat dan juga norma yang
harus dipatuhi oleh setiap individu. Manakala, kepelbagaian di antara

1
masyarakat ini adalah bergantung kepada jenis dan tahap organisasi dalam
kumpulan. Sehubungan dengan itu, masyarakat dalam organisasi juga sebagai
masyarakat awam yang merupakan asas kepada kejayaan sebuah Negara yang
demokratik.

Malaysia dikenali dengan kepelbagaian sususan atau masyarakat majmuk.


Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ras atau
etnik yang berada di bawah satu sistem pentadbiran. Kepelbagaian etnik ini
turut mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri.
Interaksi sosial yang ada mengukuhkan perpaduan masyarakat ke arah
pembangunan mampan negara. Malaysia merupakan sebuah masyarakat multi-
rasial, multiagama yang mana Islam dominan dari segi politik mahupun budaya.
Secara khususnya, kenapa kita perlu mengetahui konsep masyarakat adalah
disebabkan oleh:
(i) Memahami hakikat bahawa manusia, untuk kelangsungan kehidupan
tidak mempunyai pilihan lain selain daripada kehidupan bermasyarakat;
(ii) Sebagai manusia haruslah memahami secara mendalam mengenai cara
hidup bermasyarakat;
(iii) Keperluan untuk memahami budaya masyarakat lain; dan
(iv) Memupuk semangat kerjasama dan saling membantu di antara
masyarakat secara langsung memahami sikap dan ciri-ciri masyarakat
kerana setiap masyarakat tersebut adalah dinamik.

1.1.2 Klasifikasi Masyarakat

Masyarakat mempunyai kepelbagaian lapisan dan ianya merupakan proses yang


lazim terdapat dalam kelompok masyarakat. Klasifikasi masyarakat ini terbahagi
kepada dua sifat iaitu stratifikasi sosial tertutup dan stratifikasi sosial terbuka.
Stratifikasi sosial tertutup ialah merujuk kepada setiap anggota masyarakat tidak
dapat berpindah ke strata atau tingkat sosial yang lebih tinggi atau lebih rendah.
Sebagai contohnya sistem kasta dalam masyarakat India yang terdiri daripada
lapisan Brahmana, Kstria, Waisya, Sudra dan yang terendah adalah lapisan Paria.
Ciri-ciri sistem kasta ini boleh didefinisikan kepada beberapa perkara yang

2
pertama ialah keanggotaan setiap kasta adalah diwarisi secara turun temurun,
setiap kasta akan mewariskan keunggulan, pola perkhawinan pula adalah dalam
kasta yang sama dan hak serta kewajipan dalam setiap kasta juga adalah berbeza.

Manakala stratifikasi sosial tertutup pula merujuk kepada setiap anggota


masyarakatnya dapat berpindah atau bertukar daripada satu tingkat kasta ke satu
tingkat yang lebih baik. Kebiasaanya perubahan daripada satu kasta ke kasta lain
adalah disebabkan oleh faktor pendidikan, kekayaan, kekuasaan mahupun
pangkat yang dimiliki. Sebagai contoh, masyarakat di Malaysia tidak mungkin
akan mewarisi keturunan keluarga untuk hidup miskin bahkan mereka akan
berusaha samada melalui pendidikan untuk berubah daripada satu lapisan
kepada lapisan lain yang lebih baik.

1.1.3 Ciri-ciri utama masyarakat

Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok; berbudaya; mengalami


perubahan; berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar); mempunyai
kepimpinan; dan mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan
kasta).

a. Berkelompok

Secara amnya, setiap individu yang dilahirkan mempunyai keupayaan dan


kebolehan yang berbeza, oleh yang demikian bagi mengembangkan kemampuan
dan memenuhi keinginan, individu tidak akan mampu menjalani kehidupan
secara bersendirian tetapi memerlukan orang lain. Kerana itulah individu hidup
secara berkelompok dan membentuk masyarakat. Melalaui amalan kehidupan
berkelompok inilah wujud norma-norma atau peraturan-peraturan tentang apa
yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi mewujudkan keamanan dan
kestabilan sejagat.

3
b. Budaya

Budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, yang mana manusia
bertanggungjawab untuk mencipta, mengubah atau melestarikan budaya serta
menurunkan kepada generasi ke generasi. Proses pewarisan budaya inilah yang
akan membantu pekembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Budaya ini
boleh terdiri daripada pemikiran sains, teknologi, kepercayaan adat resam,
falsafah mahupun kesusasteraan dan agama.

c. Mengalami perubahan

Setiap masyarakat itu sentiasa mengalami perubahan. Perubahan pada


masyarakat memang telah berlaku sejak zaman dahulu, pada masyarakat
tradisional yang masih memegang adat resam, perubahan yang berlaku memang
sangat lambat. Masyarakat ini dikenali sebagai masyarakat statis.
Walaubagaimanapun, dewasa ini perubahan berlaku sangat cepat sehingga
mengelirukan masyarakat ditambah pula dengan kepesatan teknologi dan
gologan masyarakat ini dikenali sebagai masyarakat dinamis. Perubahan yang
berlaku adalah secara consistent kerana setiap perubahan tersebut terikat dengan
waktu dan tempat. Catatan sejarah telah membuktikan bahawa dalam beberapa
abad yang lalu, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan
kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, khususnya
pengembangan bahasa Melayu. Perubahan juga terdiri daripada beberapa sifat
iaitu:
(i) Perubahan merupakan hal yang wajar dan harus berlaku;
(ii) Perubahan adalah secara umum;
(iii) Setiap masyarakat mesti mengalami perubahan;
(iv) Sama ada perubahan tersebut meluas atau tidak; dan
(v) Cepat atau lambat.

4
d. Berinteraksi

Masyarakat yang bersifat kelompok memerlukan jaringan di antara satu sama


lain dan perlu mewujudkan hubungan dikalangan kelompok masyarakat lain.
Masyarakat harus bersosialisasi untuk meneruskan kelangsungan hidup serta
memenuhi keperluan hidup samada dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan
mahupun kesihatan. Pembangunan dan kemajuan ketamadunan sesebuah
masyarakat atau negara sangat bergantung kepada jaringan interaksi.

e. Kepimpinan

Pemimpin merupakan tunjang kepada pergerakkan dan kemajuan sesebuah


masyarakat. Lazimnya, setiap individu adalah dianugerahkan menjadi seorang
pemimpin, samada pemimpin di dalam keluarga mahupun masyarakat.
Kepimpinan haruslah mempunyai pengetahuan atau idealisme yang
memperjuangkan kepentingan bersama. Selain itu, kepimpinan itu juga merujuk
kepada keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi orang lain untuk
mencapai matlamat. Untuk menjadi seorang pemimpin seseorang itu haruslah
mempunyai daya intellectual yang tinggi, mempunyai kemahiran berkomunikasi
serta bermotivasi dan mampu mengharungi risiko. Oleh yang demikian,
sesebuah masyarakat amat bergantung kepada kepimpinan yang berkesan dan
cekap untuk membawa mereka atau mewakili mereka ke arah kejayaan.

f. Aturan sosial

Sesebuah masyarakat mempunyai susun lapis yang akan menentukan tahap


kedudukan individu dalam kehidupan bermasyarakat. Kebiasaanya lapisan ini
berbeza daripada segi latar belakang pendidikan dan juga pekerjaan. Stratifikasi
sosial dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, kelas yang
berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan, kedua, status ditentukan oleh
peranan individu dalam masyarakatnya dan ketiga, kasta yang keahliannya hanya
ditentukan melalui kelahiran. Dalam masyarakat Melayu tradisional, stratifikasi
sosial dibahagikan kepada golongan pemerintah (golongan diraja dan

5
bangsawan) dan golongan yang diperintah (rakyat dan hamba). Dalam
masyarakat moden pula, kelas sosial terdiri daripada golongan atasan, golongan
pertengahan dan golongan bawahan. Terdapat tiga jenis status sosial iaitu :
(i) Ascribed Status yang merujuk kepada status yang terdapat sejak dilahirkan
seperti jantina, ras, kasta, dan juga keturunan.
(ii) Achieved Status merupakan status yang didapati oleh seseorang kerana
kerja keras, usaha seperti mencari harta kekayaan, menimba ilmu
sehingga ke menara gading dan kenaikan pangkat dalam pekerjaan.
(iii) Assigned status adalah sesuatu yang bukan dimiliki sejak dilahirkan tetapi
ianya merupakan anugerah daripada masyarakat hasil daripada
kepercayaan dan kebolehan untuk memikul tanggungjawab, ianya juga
merupakan satu bentuk pengiktirafan di kalangan masyarakat, contohnya
seperti jawatan ketua adat atau ketua suku kaum.

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincangkan konsep masyarakat.


2. Nyatakan ciri-ciri masyarakat

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.2 PERKEMBANGAN EVOLUSI MASYARAKAT

Evolusi adalah merupakan perkataan yang berasal dari bahasa latin yang ertinya
membuka gulungan atau membuka lapisan. Kemudian bahasa itu diserap
menjadi bahasa Inggeris evolution yang bererti perkembangan secara bertahap.
Masyarakat mengalami perubahan daripada satu tahap untuk memajukan
sebuah kehidupan. Evolusi masyarakat adalah merujuk kepada perubahan
samada berlaku secara cepat atau lambat. Perubahan yang berlaku adalah di
dalam budaya atau biologi sesebuah masyarakat tersebut. Perubahan biologi
adalah sesuatu yang berdasarkan kepada perubahan struktur, fungsi dan proses

6
kehidupan. Terdapat tiga tahap pola perubahan masyarakat yang sering berlaku
iaitu, perubahan lambat dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Seterusnya
perubahan sedang dan lambat, yang mana jika berlaku perubahan adalah sangat
lambat dan hanya pada unsur-unsur tertentu sahaja dan yang ketiga adalah
perubahan cepat, iaitu perubahan yang berlaku melalui kekerasaan contohnya
seperti perebutan kuasa, politik dan sebagainya.

Jika dikaji dari perspektif ekonomi, tahap perubahan manusia tersebut boleh
dibahagikan kepada empat tahap. Tahap yang pertama ialah masyarakat
memburu yang mana mereka menggunakan teknologi mudah untuk memburu
binatang yang akan dimanopoli oleh golongan lelaki, manakala kaum wanita
pula bercucuk tanam. Tahap yang kedua ialah masyarakat berkebun dan
menternak yang mengusahakan ladang dengan menggunakan peralatan tangan
yang mudah. Seterusnya wujud masyarakat pertanian yang mana pada tahap ini
terdapat banyak peluang pekerjaan dan juga pengkhususan dalam bidang
pekerjaan. Tahap yang keempat pula dikenali sebagai masyarakat industri.
Masyarakat pada tahap ini menggunakan sumber semulajadi dan alatan canggih
untuk menghasilkan mesin berbanding tenaga manusia. Kemunculan ini seiring
dengan revolusi industri dan sistem ekonomi pula menjadi lebih kompleks

Teori Evolusi Biologi telah diperkenalkan oleh Darwin dan Teori Evolusi
masyarakat telah diperkenalkan oleh Herbert Spencer. Teori Evolusi adalah
berlaku dalam perkembangan kebudayaan manusia yang melalui tahap-tahap
tertentu. Teori Evolusi masyarakat yang pertama dipelapori oleh Herbert
Spencer iaitu berkaitan dengan manusia dan masyarakat mengalami
perkembangan sesuai dengan tahap tertentu, iaitu dari yang sederhana menjadi
kompleks dan sampai pada tahap yang sempurna. Peringkat ini dikenali sebagai
Unilinear Theory of Evolution. Peringkat seterusnya adalah Universal Theory of
Evolution yang merujuk kepada pekembangan masyarakat tidak perlu melalui
tahap perubahan yang tetap, tetapi kebudayaan manusia itu telah bergerak selari
dengan garis-garis perubahan. Ketiga, adalah Multilined Theory of Evolution yang
menumpukan kepada pemerhatian dan penelitian terhadap tahap pekembangan
tertentu dalam evolusi masyarakat.

7
Perkembangan evolusi ini telah mewujudkan ketemadunan. Tamadun berasal
darpada perkataan arab iaitu madana yang bermaksud membina dan manaik
taraf kehidupan ke tahap yang beradab. Dimana, kehidupan masyarakat menjadi
lebih baik, tersusun dan lebih berbudi pekerti. Terdapat lima ciri asas
ketamadunan manusia iaitu, yang pertama wujudnya penempatan masyarakat
secara berkelompok di sesuatu kawasan yang akhirnya membentuk penempatan
Bandar. Kedua, adalah berlakunya peningkatan taraf kualiti hidup manusia ke
arah yang lebih baik. Seterusnya, terdapat sistem organisasi dan institusi sosial
yang lebih baik dan sistematik. Sehubungan dengan itu, masyarakat juga
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa serumpun dan juga terdapat
undang-undang yang mengatur atau sebagai garis panduan tingkah laku manusia
dalam kehidupan bermasyarakat.

Manakala menurut Xavier Bartlett ciri-ciri ketamadunan manusia itu adalah


melalui beberapa peringkat iaitu, masyarakat dibahagikan kepada beberapa
penempatan kecil seperti di kawasan kampung dan kawasan yang lebih besar
dan akhirnya bertukar menjadi sebuah bandar. Ciri yang kedua pula, terdapat
pusat perkembangan agama, sistem politik dan juga sistem pentadbiran yang
membentuk undang-undang ke arah kehidupan masyarakat yang lebih aman.
Ciri yang ketiga, apabila terdapat lebihan sumber ianya akan membantu
pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pertukaran yang akhirnya
mewujudkan proses perdagangan barangan. Seterusnya, terdapat lapisan
masyarakat yang berbeza mengikut pekerjaan terutama bagi masyarakat yang
tinggal di kawasan bandar. Ciri yang kelima pula, masyarakat semakin sedar
bahawa peri pentingnya untuk merekod segala maklumat dan juga informasi
yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan dengan itu,
ketamadunan manusia juga tidak asing lagi diperkatakan mengenai zaman
prasejarah yang boleh diterangkan dengan lebih mudah berdasarkan jadual
berikut:

8
Rajah 1.1: Evolusi Masyarakat

Ciri-ciri Zaman Zaman Zaman Zaman


Paleolitik Mesolitik Neolitik Logam
Cara Nomad Nomad Menetap (tidak Menetap
hidup dalam dalam berpindah (tinggal tetap)
kelompok kelompok randah) dan
keluarga keluarga dalam mempunyai
berkumpulan. berkumpulan. kelompok rumah.
besar.
Tempat Tepi tasik Tepi tasik Tepi tasik dan Petempatan
tinggal sekitar sungai sekitar sungai sekitar sungai. yang lebih
dalam gua. dalam gua. besar dan kota
pertahanan.
Berkembang
menjadi
bandar.
Pekerjaan Memungut Memungut Bercucuk Perdangan
hasil hutan hasil hutan tanam, maritim.
Menangkap Menangkap menternak
ikan dan ikan dan binatang,
memburu memburu melebur logam.
binatang. binatang. Mengamalkan
kegiatan
tukaran barang.
Alatan Alatan batu Alatan batu Alatan batu Alatan besi
kasar. kasar dan yang telah Mencipta
hanya dilicinkan dan perahu untuk
mengutamakan mempunyai tujuan
satu fungsi pelbagai fungsi pengangkutan
sahaja. menghasilkan dan juga
tembikar. rumah.

1.3 PENGORGANISASIAN DAN MASYARAKAT

Kehidupan secara berkumpulan dalam masyarakat telah lama wujud, namun


kajian terhadap kepentingan organisasi kepada masyarakat semakin diberikan
penekanan sejak abad ke-20. Keadaan ini adalah kerana masyarakat semakin
peka mengenai hubungan organisasi dan kehidupan masyarakat. Organisasi
secara umumnya boleh diertikan sebagai kebergantungan kepada kepentingan,
dimensi, kriteria dan skop kajian masyarakat yang ada pada zaman tersebut.
Bagaimanapun pembentukan sebuah organisasi sering dianggap untuk
mencapai matlamat tertentu. Oleh itu, organisasi sering mengabungkan
kelompok-kelompok manusia tertentu berbanding secara individu untuk
mencapai matlamat tersebut. Menurut Coulter (2011), sebuah organisasi ialah

9
penyusunan manusia untuk menyelesaikan beberapa tujuan tertentu.
Contohnya, Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah sebuah organisasi.
Terdapat tiga karakteristik sesebuah organisasi, iaitu:
(i) Distinct purpose, di mana setiap fungsi ini kebiasaanya akan mengambarkan
tujuan dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.
(ii) Setiap organisasi memerlukan individu, iaitu jika seorang sahaja yang
melakukan pekerjaan situasi tersebut tidak dinamakan sebagai organisasi.
Oleh yang demikian, organisasi memerlukan sekumpulan individu untuk
melaksanakan tujuan dan matlamat organisasi.
(iii) Setiap organisasi membangunkan struktur supaya setiap individu dapat
melakukan kerja dengan baik. Struktur yang dibentuk oleh organisasi
mungkin berbentuk terbuka dan flexible, ataupun jaringan yang senang
dan tidak rigid serta samada struktur organisasi adalah lebih jelas seperti
penjelasan tanggungjawab dan juga garis panduan di organisasi.

Peranan organisasi dalam masyarakat ialah untuk mengstrukturkan masyarakat


menjadi lebih tersusun dan mempunyai arah yang jelas untuk mencapai
matlamat yang diinginkan dalam sesebuah kelompok masyarakat tersebut.
Sehubungan itu, organisasi memainkan peranan penting untuk mengerakkan
masyarakat ke arah yang lebih bertamadun dan berdaya saing. Dengan adanya
organisasi juga, dapat mengabungkan kebolehan setiap individu dalam
masyarakat untuk kehidupan yang lebih berkualiti. Tuntasnya, organisasi
memainkan peranan penting untuk ketemadunan masyarakat. Masyarakat
moden amnya, memerlukan organisasi untuk bertindak demi kepentingan
individu atau kumpulan bagi memenuhi tuntutan sosial, politik mahupun
ekonomi.

Masyarakat moden adalah masyarakat yang berilmu pegetahuan serta


mempunyai sistem pendidikan yang disediakan oleh pihak organisasi secara
teratur berbanding dengan masyarakat tradisional yang kurang mementingkan
tahap pendidikan individu. Selain daripada institusi pendidikan sesebuah
msyarakat juga mengutamakan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan
harta benda dan nyawa dengan lebih mendalam dan penuh perhatian dan situasi

10
ini jika dibandingkan terdapat berbagai jenis organisasi kewangan atau
perbankan serta insuran yang wujud demi menjaga kestabilan ekosistem
perubahan struktur dalam sesebuah masyarakat modern. Secara ringkasnya,
masyarakat amat bergantung kepada organisasi untuk kelangsungan hidup.

Organisasi dapat dedifiniskan sebagai sebuah institusi sosial yang terdiri


daripada manusia yang saling bergantungan demi mencapai matlamat yang
dikehendaki iaitu melibatkan penyatuan usaha dan perhubungan sesama
individu. Kebiasaanya, ciri organisasi adalah tersusun bagi menentukan
keberkesanan organisasi tersebut. Contohnya, sesebuah organisasi yang telah
dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri.

Misalnya, sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk menimba


ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang
memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat samada dalam
bentuk pengajaran dan pembelajaran serta bimbingan khidmat nasihat. Untuk
mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading,
universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat
kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi
sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang
mempunyai objektif tertentu.

Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia


mempunyai hierarki atau lebih dikenali sebagai tahap-tahap dalam organisasi.
Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia
berbeza dari segi bilangan hierarki (tahap) aktiviti dan bilangan kakitangan
pengurusan pada setiap tahap. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai
lebih daripada tiga tahap autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai
lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-
ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Contohnya carta organisasi yang kebiasaanya berbentuk seperti piramid yang


teratas adalah tahap top level, contohnya pengarah urusan dan dikikuti oleh midle

11
level, seperti penyelia dan yang terendah adalah tahap lower employee seperti
pembantu am pejabat. Sehubungan dengan itu, di dalam sesebuah organisasi,
terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang
diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-
bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian
pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan
kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara
pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu. Manakala ciri
organisasi yang terakhir adalah setiap organisasi itu memerlukan prosedur atau
undang-undang serta arahan bagi memastikan operasi pengurusan berjalan
dengan lancar serta dapat menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku.
Misalnya dalam organisasi awam terdapat Kod Etika Kerja, Akta Pekerja serta
Kesatuan Sekerja dan begitu juga dengan organisasi swasta.

SOALAN DALAM TEKS

4. Bincangkan perkembangan evolusi masyarakat.


5. Nyatakan karekteristik sesebuah organisasi.
6. Bincangkan konsep organisasi masyarakat.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.4 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab pertama ini adalah berkisar secara umum mengenai
konsep masyarakat secara sosiologi dan juga konsep organisasi yang mana
organisasi semakin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan
masyarakat. Bab ini juga menyatakan bagaimana perkaitan secara umum antara
organisasi dan masyarakat. Bahagian ini juga mendedahkan bahawa
sememangnya masyarakat itu tidak boleh dipisahkan daripada organisasi yang

12
mana jika dilihat dari sudut akar umbi penubuhan organisasi adalah berdasarkan
gabungan daripada keperluan dan juga kehendak masyarakat khususnya.

Sehubungan itu, keberkesanan sesebuah organisasi dan hubungan masyarakat


juga diketengahkan agar dapat memberi penjelasan bahawa segala tindakan dan
penyelarasan aktiviti di antara masyarakat dan organisasi adalah untuk
kepentingan dan manfaat bersama. Disamping itu, bab ini juga berkisar
mengenai perubahan struktur masyarakat yang seterusnya ke arah masyarakat
moden. Tuntasnya di negara Malaysia yang mana organisasi kerajaan berhasrat
untuk mewujudkan bangsa Malaysia berlandaskan ciri-ciri Wawasan 2020.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Masyarakat hidup dalam berkelompok dan mermelukan diantara satu


sama lain, jelaskan bagaimana ciri-ciri masyarakat.
2. Masyarakat dan organisasi saling berhubungan untuk mencapai tujuan
tertentu. Apakah kepentingan lain yang menyebabkan manusia
memerlukan organisasi.

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

13
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Dalam bidang sosiologi, masyarakat didefinisikan sebagai sebuah


kumpulan manusia yang membentuk sistem sosial, yang mana interaksi
lazimnya berlaku di antara individu lain dalam kumpulan. Secara asasnya,
masyarakat adalah sebuah populasi manusia yang diklasifikasikan oleh
bentuk hubungan antara individu yang berkongsi perbezaan budaya atau
institusi. Sebuah masyarakat juga merupakan ekonomi, sosial dan
infrastruktur industri yang mana mengandungi kepelbagaian manusia.
Saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta
sentiasa membina kebudayaan.

2. Antara ciri-ciri masyarakat adalah seperti berikut:


(i) Berkelompok;
(ii) Berbudaya;
(iii) Mengalami perubahan;
(iv) Berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar);
(v) Mempunyai kepimpinan; dan
(vi) Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta).

3. Evolusi masyarakat adalah merujuk kepada perubahan samada berlaku


secara cepat atau lambat. Perubahan yang berlaku adalah di dalam budaya
atau biologi sesebuah masyarakat tersebut. Perubahan biologi adalah
sesuatu yang berdasarkan kepada perubahan struktur, fungsi dan proses
kehidupan. Perkembangan evolusi ini telah mewujudkan ketemadunan.
Tamadun berasal darpada perkataan arab iaitu madana yang bermaksud
membina dan manaik taraf kehidupan ke tahap yang beradab.

4. Pertama ialah distinct purpose, yang mana setiap fungsi ini kebiasaanya akan
mengambarkan tujuan dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.
Kedua ialah setiap organisasi memerlukan individu iaitu jika seorang sahaja
yang melakukan pekerjaan situasi tersebut tidak dinamakan sebagai
organisasi. Oleh yang demikian, organisasi memerlukan sekumpulan
individu untuk melaksanakan tujuan dan matlamat organisasi.
Karakterikstik yang ketiga pula, setiap organisasi membangunkan struktur
supaya setiap individu dapat melakukan kerja dengan baik. Struktur yang
dibentuk oleh organisasi mungkin berbentuk terbuka dan flexible, ataupun
jaringan yang senang dan tidak rigid serta samada struktur organisasi
adalah lebih jelas seperti penjelasan tanggungjawab dan juga garis panduan
di organisasi.

5. Organisasi dalam masyarakat ialah untuk mengstrukturkan masyarakat


menjadi lebih tersusun dan mempunyai arah yang jelas untuk mencapai
matlamat yang diinginkan dalam sesebuah kelompok masyarakat tersebut.
Sehubungan itu, organisasi memainkan peranan penting untuk
mengerakkan masyarakat ke arah yang lebih bertamadun dan berdaya
saing. Dengan adanya organisasi juga, dapat mengabungkan kebolehan
setiap individu dalam masyarakat untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

14

Вам также может понравиться

  • Bab 23
    Bab 23
    Документ8 страниц
    Bab 23
    Anonymous 05Ra5rg
    Оценок пока нет
  • Bab 11
    Bab 11
    Документ5 страниц
    Bab 11
    Anonymous 05Ra5rg
    Оценок пока нет
  • Bab 1
    Bab 1
    Документ6 страниц
    Bab 1
    Anonymous 05Ra5rg
    Оценок пока нет
  • Bab 16
    Bab 16
    Документ25 страниц
    Bab 16
    Anonymous 05Ra5rg
    100% (1)
  • Bab 1
    Bab 1
    Документ24 страницы
    Bab 1
    Anonymous 05Ra5rg
    Оценок пока нет
  • Senarai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    Senarai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    Документ1 страница
    Senarai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    Anonymous 05Ra5rg
    Оценок пока нет
  • Makanan Tradisional
    Makanan Tradisional
    Документ15 страниц
    Makanan Tradisional
    Anonymous 05Ra5rg
    Оценок пока нет