Вы находитесь на странице: 1из 7

PENDAHULUAN

Untuk tugasan projek bagi TMKS3043, iaitu Asas Pangkalan Data, kami ditugaskan untuk
membina sebuah pangkalan data yang berfungsi mengikut jenis situasi yang dipilih oleh
kami sendiri. Saya telah memilih untuk mencipta sebuah pangkalan data untuk sebuah
syarikat penjualan produk-produk atau alatan elektronik yang bernama Advance Techs Sdn.
Bhd alatan yang dijual adalah seperti telefon pintar, komputer riba dan sebagainya.
Pangkalan data ini mestilah mampu menyimpan maklumat seperti maklumat pelanggan,
maklumat ejen, maklumat produk serta maklumat tentang kewangan.

LAPORAN DOKUMENTASI PROJEK

Untuk memulakan projek ini, saya telah merangka serta merancang peta hubungan entiti
terlebih dahulu bagi memudahkan pelaksanaan projek ini. Hubungan entiti yang telah saya
rangkakan mempunyai lima entitiy utama iaitu maklumat ejen, maklumat data, maklumat
produk, maklumat pembayaran dan rekod transaksi. Setelah itu, barulah pelaksanaan projek
yang sebenar dengan menggunakan sistem DBMS (Database Management System) iaitu
Microsoft Access.

Microsoft Access perlulah dibuka terlebih dahulu. Setelah itu, buat satu pangkalan data
yang baru untuk projek ini.
1. TABLE

Seterusnya, langkah pertama adalah untuk membuat table. Pada tetingkap “Create”, halakan
tetikus dan klik pada table.

Daripada situ, anda boleh membina sebuah table atau rajah yang lengkap dengan lajur dan
baris. Data akan diambil daripada peta yang dirangka. Anda boleh klik pada “Design View”
untuk meng”edit” dengan lebih mudah dan anda dapat mengubah cara data dimasukkan
dengan menggunakan “Input Mask”. Input Mask ini berguna jika terdapat sesuatu format
yang perlu dipatuhi contohnnya nombor kad pengenalan atau nombor telefon. Untuk
melakukan demikian, pertama, tuliskan atribut pada Field Name dan tukarkan data type
kepada “text”. Seterusnya, di bawah Field Properties, klik pada input mask dan save terlebih
dahulu. Sebuah antaramuka akan keluar, contohnya:
Seterusnya, klik “next” dan diantaramuka seterusnya, tuliskan format anda dengan
menggunakan digit “0” contohnya seperti di bawah. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk
format nombor telefon, nombor akaun dan sebagainya.

2. BORANG

Untuk membuat borang, anda perlu klik butang create dan klik pada form. Pada borang ini,
anda boleh memasukkan data secara lebih mudah dan dapat mengawasi data dengan lebih
efisien. Kelebihan menggunakan borang adalah ia dapat menghubungkan data lain dengan
data yang lain untuk memastikan data yang ada dapat dirujuk dengan mudah. Selain itu,
dengan menggunakkan design view, borang dapat dihias dengan menambah gambar,
menukar warna latar belakang, jenis font dan sebagainya. Terdapat pelbagai kemudahan
disediakan di dalam design view selain daripada itu, kita boleh menambah butang seperti
tambah data, hapuskan data dan sebagainya. Contohnya:

Seterusnya ada juga fungsi combo box dimana kita boleh membuat satu senarai untuk
memilih dua atau lebih pilihan ketika mengisi maklumat ke dalam borang. Contohnya:

Dan secara automatiknya, pilihan-pilihan itu akan wujud pada table.

3. RELATIONSHIP

Relationship bertujuan untuk menghubungkan satu entiti dengan entiti yang lain untuk
mewujudkan satu kemudahan untuk mengakses dan mengubah data. Relationship penting
dalam menyatukan kesemua data untuk kemudahan jika berlaku sebarang kelewahan data,
ketidakseragaman data dan sebagainya. Untuk melakukan Relationship, klik pada database
tools dan kilik pada relationship. Seterusnya, antaramuka Access akan membawa
kepadapemilihan entiti yang hendak dihubungkan. Anda hanya perlu klik dua kali atau tekan
butang add. Contoh:

Contoh penggunaan relationship di dalam projek:

Untuk mengelakan sebarang masalah kekeliruan data semasa melakukan relationship,


pastikan kunci primer hanya ada pada satu entiti sahaja.

4. SWITCHBOARD MANAGER

Switchboard ialah satu kemudahan yang disediakan oleh DBMS untuk memudahkan aktiviti
seperti membuka borang, menukar borang dan sebagainya. Switchboard manager hanya
berfungsi untuk kegunaan borang sahaja. Untuk menggunakan switchboard, klik pada
butang switchboard manager dan tekan new pada antaramuka yang akan muncul.
Antaramuka ini akan membantu anda untuk menentukan arahan yang akan dibuat oleh
DBMS menggunakan switchboard.
Contoh:

Contoh Swithboard yang digunakan di dalam projek:

Вам также может понравиться