Вы находитесь на странице: 1из 4

Cabaran Dialog Peradaban

A. Kekangan dalam Merealisasikan Dialog Peradaban

Terdapat golongan masyarakat yang menolak dialog peradaban kerana


menganggapnya sebagai satu ancaman kepada kepentingan mereka. Mereka beranggapan
berdialog akan membuka dan memberi ruang kepada pihak lain untuk mempengaruhi mereka
yang seterusnya akan meleburkan jati diri dan budaya mereka.

Begitu juga, terdapat kalangan masyarakat yang menganggap dialog merupakan


kegiatan yang kurang bermanfaat dan mereka rasa mempunyai cara lain yang lebih berkesan
dalam menyatukan masyarakat yang berlainan budaya. Mereka kurang yakin akan prinsip-
prinsip yang dinyatakan dalam dialog lalu tidak menerimanya dan tidak ingin mematuhinya
dengan rela hati.

Sikap finatik dan perkauman yang kuat dalam kelompok pelbagai kaum merasakan
kepentingan mereka diabaikan dan mereka perlu mematuhi dan menurut kata-kata pihak lain.
Hal ini telah membangkitkan penentangan mereka terhadap pelaksanaan dialog peradaban
kerana tidak ingin terikat dengan peraturan pihak lain. Hakikatnya, kekurangan toleransi
antara satu sama lain dalam masyarakat.

Di samping itu, ramai orang tidak dapat menerima dialog peradaban dan memikirkan
tidak sewajarnya kewujudan dialog kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah
agamanya. Ada dalam kalangan masyarakat yang berhadapan dengan sindiran sosial. Mereka
berasa tidak senang hati apabila di kalangan penganut yang sama akan ada pihak-pihak yang
mempersoalkan ketulenan iman seseorang itu terhadap agamanya sekiranya ia berbaik-baik
dengan penganut agama atau tamadun lain.

Selain itu, sikap individu juga merupakan halangan kepada berlangsungnya dialog
peradaban. Sikap rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog menyebabkan ada dalam
kalangan masyarakat yang menolak dialog tersebut. Wujud perasaan curiga terhadap para
pengajar dan pendialog terhadap tujuan dialog diadakan juga merupakan salah satu faktor
masyarakat menolak dialog peradaban.
B. Isu-isu dalam Dialog Peradaban

Isu negatif
Keganasan dan ketidakadilan
- Isu ini berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat untuk mengatasi
masalah yang dihadapi melalui meja rundingan.
Perebutan kuasa politik dan ekonomi
- Terdapat masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi
antara dunia Islam dengan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk Parsi.
Kejahilan tentang tamadun lain
- Unsur-unsur kejahilan wujud di kalangan pihak terbabit sehingga keganasan yang
tercetus dilihat sebagai pemusuhan tamadun.
Layanan buruk
- Layanan buruk terhadap orang Islam yang bermastautin di nagara-nagara Barat boleh
mengakibatkan tindak balas yang tidak terkawal.
Persepsi yang salah
- Tanggapan yang salah tentang kewujudan dialog seperti ia akan mengancam
kepentingan masyarakat membawa kepada penolakan dialog.
Isu positif
Interaksi antara peradaban yang terhad
- Mampu mengurangkan ketegangan yang wujud antara dua pihak yang berlainan
budaya dan peradaban dengan adanya pemahaman terhadap budaya pihak lain supaya
tidak berlakunya salah faham yang tidak sepatutnya.
Jalan mengurangkan berlaku prasangka
- Melahirkan dalam masyarakat yang pelbagai budaya agar dapat menerima sesuatu
perbezaan secara terbuka dan menghormati budaya dan cara kehidupan mayarakat
yang berbeza tanpa menimbulkan konflik.
Cadangan Memperluaskan Dialog Peradaban

Media masa dan elektronik, institusi-institusi pendidikan, badan-badan agama dan


semua pertubuhan social yang lain memainkan peranan dalam menghidupkan dialog dalam
masyarakat bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.

Sekolah dan universiti sepatutnya mempelopori kegiatan dialog dalam kalangan


pelajar dengan menjadikan pengajian ilmu peradaban sebagai mata pelajaran wajib. Langkah
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memperkenalkan kursus Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik (HE) kepada semua pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan antara salah satu langkah yang baik untuk
menghidupkan dialog peradaban dalam kalangan pelajar yang berlainan bangsa dan budaya.

Media elektronik seperti televisyen dan radio hendaklah memperbanyakan program


berbentuk dialog peradaban serta sepatutnya disiarkan pada waktu-waktu puncak yang boleh
didengar atau ditonton oleh khalayak ramai. Akhbar nasional seharusnya menyediakan kolum
khas untuk tujuan ini dan menjemput pakar-pakar dialog peradaban sebagai kolumnis tamu.

Pertubuhan-pertubuhan agama dan sosial haruslah turut berperanan dengan


menganjurkan program-program yang melibatkan semua kaum dan mempunyai ruang untuk
para pesertanya berdialog serta saling bertukar pandangan bagi memahami antara satu sama
lain.

Pihak kerajaan disarankan menubuhkan Akademi Pengajian Peradaban di pusat-pusat


pengajian tinggi negara ini yang berfungsi mengkaji dan merumuskan nilai-nilai sejajar dan
sepunya seluruh masyarakat Malaysia serta berperanan menjadi pangajur dialog-dialog dan
kajian peradaban.
Kesimpulan

Dialog peradaban amat berkait rapat dengan pembinaan tapak atau asas nilai budaya,
sosial dan spiritual yang kukuh untuk menggalakkan pembangunan sahsiah dan kerohanian.
Dialog peradaban telah memanfaatkan kehidupan manusia di mana ia mendedahkan dan
memimpin masyarakat kepada kehidupan yang beradab, kemanusiaan serta menyedarkan
masyarakat dalam menjaga kepentingan alam tabii dan hidup secara harmoni. Berdialog tidak
bermakna sesuatu pihak perlu menurut pihak yang lain tetapi ia memberi peluang kepada
semua pihak untuk mengerti dan menghormati batas-batas kesopanan terhadap perbezaan
yang wujud antara mereka.

Dialog peradaban sangat diperlukan dalam pembangunan dan kemajuan material dan
spiritual dunia masa kini. Hal ini disebabkan dialog peradaban memainkan peranan yang
penting dalam membina masyarakat Malaysia yang majmuk, berpadu dan toleransi. Melalui
dialog, masyarakat boleh memanfaatkan keadaan di mana nilai-nilai tamadun yang diwarisi
oleh warga Malaysia selama ini banyak mempunyai persamaan dari segi adab dan kehidupan
beradab yang amat ditekankan dan dikejarkan dalam zaman kini.

Untuk menjadikan dialog sebagai mekanisme perpaduan yang berkesan, masyarakat


memerlukan pendedahan ilmiah untuk membolehkan membuat penilaian yang tepat
mengenai sifat dan tamadun masing-masing. Penilaian yang tepat bukan setakat mampu
meneruskan semangat muhibah antara tamadun, malahan ia juga dapat membantu
membentuk konsep tamadun Malaysia yang kukuh. Di samping itu, idea dan prinsip asas
tamadun Malaysia perlu dipegang teguh berasaskan fakta sejarah dan realiti kehidupan.

Akhir kata, budaya berdialog hendaklah disuburkan dan disebarkan dalam masyarakat
bagi memperkukuhkan lagi jalinan perpaduan negara dan integrasi nasional. Setiap pihak
diharapkan dapat mematuhi prinsip yang dinyatakan dalam dialog dan menjaga adab-adabnya.
Generasi baru kini haruslah menghayati semula prinsip-prinsip dialog peradaban yang
diwarisi semasa tamadun terdahulu supaya tidak merasakan kehidupan sudah kehilangan
paksi dan arah tuju.

Вам также может понравиться