Вы находитесь на странице: 1из 10

BUMI DAN ANGKASASeptember 1, 20141

1.0

LAPORAN PEMERHATIAN
Pada malam 12 Muharram 1436 hijrah bersamaan 5 November 2014 jam bermula
8.00malam, saya telah membuat satu pemerhatian ke atas langit tentang perubahan dan pergeraka
n jasad samawi di langit. Fokus pemerhatian saya adalah terhadap perubahangugusan bintang
iaitu buruj, bulan dan planet. Bagi setiap kategori yang dipilih, saya telahmemilih buruj Aries
dan planet Uranus. Hal ini demikian kerana kedudukan orientasi saya dikaki langit pada malam
tersebut adalah di arah mata angin Timur di mana hanya terdapat satu planet yang
dapat saya perhatikan iaitu Uranus manakala terdapat pelbagai jenis buruj yangdapat
diperhatikan pada orietasi Timur, namun saya melihat buruj Aries yang paling mudahsaya
cerap melalui mata saya. Berhampiran dengan planet Uranus, saya dapat melihatkedudukan
bulan yang mana berada hampir kepada fasa bulan penuh.
Langit malam yang dicipta oleh Allah SWT dihiasi pelbagai objek samawi
seperti bulan, planet, bintang, buruj, nebula dan galaksi. Objek ini menjadikan
langit malam indahditatap. Keindahan langit malam menjadi lebih bermakna sekiranya mengenal
i danmemahami objek tersebut. Langit terdiri daripada pelabagai objek yang terapung
di luaratmosfera bumi. Para ilmuwan mengemukakan bahwa bumi diselimuti oleh 7 lapisan
langitatau biasa kita sebut atmosfera. Lapisan-lapisan tersebut berbeza dalam ciri-ciri
fiziknyaseperti tekanan dan jenis gasnya. Lapisan atmosfera yang terdekat dengan bumidisebut
Tropospera. Lapisan di atasnya disebut stratospera.Ozonmerupakan bahagian darilapisan
stratospera yang berfungsi menyerap radiasi sinar ultraviolet. Lebih atas lagi dikenalsebagai
lapisan mesosfera. Suhu udara pada lapisan ini akan semakin berkurang dengan pertambahan
ketinggian sehingga lapisan keempat, termosfera. Meteor atau benda langit
yangsampai ke bumi kebanyakan terbakar pada lapisan ini. Pada lapisankeempat, termosfera me
ngalami kenaikan suhu yang cukup tinggi iaitu sekitar 1982darjah Celcius. Di atasnya
terdapat lapisan yang disebut Ionosfera dan lapisan paling luardisebut eksosfera.

Antara objek yang menghiasi langit ialah buruj.Buruj merupakan kumpulan bintangyang terletak
di kawasan langit. Buruj seolah-olah kelihatan membentuk objek tertentu samaada manusia
ataupun haiwan seperti kala jengking (Scorpio) atau singa (Leo). Terdapat 88kawasan buruj di
langit menurut International Astronomical Union (IAU). Pada masa dahulu, buruj ini menjadi
panduan arah bagi pengembara atau pelayar yang meredah lautan yang luas(Wikipedia,2013) .
Antara buruj yang terkenal ialah buruj Aries. Buruj Aries digambarkansebagai seekor kambing
jantan (Ram). Buruj Aries merupakan zodiak pertama dalam susunanzodiak-zodiak yang
digunakan. Orang Greek dahulu amat menyanjungi binatang bertandukini kerana ia
melambangkan produktiviti dan permulaan baharu (renewed). Oleh kerana itu,semasa Vernal
Equinox, di mana matahari berada di dalam buruj Aries, orang Greekmengganggap ia sebagai
tanda tahun baharu. Buruj Aries bersempadan dengan beberapa buruj-
buruj yang lain. Di sebelah utara, ia bersempadan dengan BurujTriangulum dan Buruj Perseus.
Di sebelah timur, Buruj Pisces; sebelah barat dengan BurujTaurus; dan di sebelah selatan
denganBuruj Cetus (Astronomi Kem, 2011 ,http://astronomikem.blogspot.com/2011/02/buruj-
aries.html , dilayari pada 5 November,2014 ). Bintang-bintang yang terdapat di dalam buruj Arie
s bermagnitudantara+2.0 hingga +5.0. Tiada bintang yang bermagnitud kurang daripada
+2.0. Alpha(Hamad) bermagnitud +2.01, Beta (Sheratan) bermagnitud +2.64, Gamma(Mesarthi
m) bermagnitud +3.90, Delta (Botein) +4.35, Epsilon+4.63, Zeta +4.87,dan Lambda +4.79. Sele
bihnya bermagnitud +5.00 dan lebih. Buruj Aries mempunyai bintang binari (binary stars) iaitu
Gamma (3.9, 4.6; PA 360o; Sep. 7.8"), Lambda (4.8, 7.7;PA 46o; Sep. 37.4"), dan Epsilon (4.6,
5.5; PA 203o; Sep. 1.4"). Buruj Aries juga mempunyai bintang variable (variable stars) iaitu
Gamma2 yang dikelaskan dalam kelas variable 'AlphaCV'. Ia berubah dari magnitud +4.62
kepada +4.66 dalam masa 2.6 hari. 'Deep sky' objekyang terdapat di dalam buruj
Aries adalah NGC772 (Galaxy) dengan magnitud 10.3 dan brightness 13.9. Selain itu,NGC821
(Galaxy; 10.70; 12.20), NGC691
(Galaxy; 11.4;13.7), NGC877 (Galxy; 11.9; 13.4), NGC680(Galaxy; 11.9; 13.1), dan NGC697 (
Galaxy;12.0; 13.9).

Planet pula merupakan perkara yang berbeza daripada buruj. Ahli astronomi dariInternational
Astronomical Union (IAU) meluluskan definisi saintifik yang pertama
planet pada Ogos 2006. Menurut definisi baru ini, sesebuah objek harus memenuhi tiga kriteriau
ntuk diklasifikasikan sebagai sebuah planet. Pertama, ia mesti mengorbit Matahari. Kedua,ia
mestilah cukup besar untuk graviti untuk memukul balik mereka ke dalam bola bulat.Ketiga, ia
mestilah bersih daripada sebarang objek di dalam orbit kejiranannya (Nasa,2006).Maka,
apa yang jelas di sini, untuk mengkategorikan sesebuah objek itu adalah
planet bukanlah mudah. Antara planet yang mengelilingi matahari ialah planet Uranus.
Uranus merupakan planetketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar darisegi
jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Planet inidinamakan
sempena dewa langit Yunani purba iaitu Uranus(Yunani Kuno
: Οὐρανός), bapa
kepada Cronus(Saturnus) dan datuk kepada Zeus(Jupiter). Walaupun ia boleh dilihat denganmata
kasar, planet ini tidak dikenal pasti oleh tamadun purba kerana kesuramannya
dan putaran orbitnya yang perlahan (Monterey Institute for Research in Astronomy,2007).
Sir William Herschelmengumumkan penemuannya pada 13 Mac 1781dan inimenyebabkan garis
sempadan yang diketahui dalam Sistem Suria buat pertama kalinya dalamsejarah moden dapat
dikembangkan. Uranus juga planet pertama yang ditemuimelalui teleskop. Komposisi planet
Uranus adalah sama dengan Neptundan kedua-duanyamempunyai komposisi kimia yang berbeza
daripada gergasi gasyang lebih besarseperti Musytaridan Zuhal. Ahli falak kadangkala
meletakkan mereka di kategori yang berbeza dipanggil"gergasi ais". Atmosfera Uranus yang
samadengan Musytaridan Zuhaldalam komposisi utama seperti hidrogen dan helium
mengandungi lebih “ais’’ seperti
air, ammoniadan metanadengan unsurhidrokarbon. Planet ini mempunyai atmosfera yang paling
sejuk di Sistem Suria dengan suhu minimum49 K
(−224
°C. Atmosferanya mengandungi struktur awanyang berlapis dan kompleksdengan air sebagai
kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awanyang paling atas.
Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakannya terdiri daripada aisdan batu.
Namun, agak sukar untuk memerhatikan objek samawi ini dengan mata kasar kita.Dengan
kecanggihan teknologi pada hari ini, kita pasti memerlukan alat untuk membantumengatasi
limitasi tahap penglihatan. Antara alatan yang sentiasa digunakan oleh ahliastronomi ialah
teleskop. Teleskop terbahagi kepada 2 jenis iaitu teleskop pembiasan danteleskop pantulan.
Teleskop pembiasan ialah teleskop yang menggunakan kanta sebagaiobjektif utama. Manakala,
teleskop Pantulan ialah teleskop yang menggunakan
cerminsebagai objektif utama. Teleskop ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu Teleskop Pantulan New
tonian,Teleskop Pantulan Cassegrain,Teleskop Pantulan Maksutov-Cassegrain danTeleskop
Schmidt-Cassegrain.
Teleskop pantul menggunakan cermin untuk objektifnya dalam memantulkancahayanya.
Teleskop ini terdiri dari cermin cekung yang berfungsi sebagai lensa objektifdan cermin datar
sebagai reflector atau pemantul. Prinsip kerja teleskop ini ialah cahaya memasuki kanta objektif
untuk untuk membentuk imej pertama, imej adalah sebenar, terbalikdan mengecil.
Kemudian,imej pertama akan menjadi objek untuk kanta mata. Akhirnya imejyang terbentuk
adalah maya,terbalik, dan diperbesarkan. Imej terakhir terbentuk pada infiniti.

Berbeza dengan Stellarium software, Pada tahun 2001 programmer Perancis bernamaFabien
Chereau melancarkan software yang bertajuk tentang astronomi dengan judulStellarium.
Stellarium dibangunkan dibawah lesen GNU (General Public License), softwareini mempunyai
kod sumber (source code) yang terbuka (open source) dan bebas (free)digunakan oleh sesiapa
untuk pelbagai tujuan. Tidak hanya untuk pengguna Linux, softwareini juga boleh digunakan
untuk pengguna Windows dan Mac OS. Pada Mei 2006 projek inidinyatakan sebagai Project of
The Mounth (Projek Bulan Ini) oleh SourceForge, sebuahlaman web pemaju perisian Free dan
Open Source Software (FOSS). Pada tahun yang samaStellarium meraih anugerah untuk kategori
pendidikan dalam pertandingan aplikasi bebas(free software) bertajuk Les Trophees du Libre.
Penemuan ini menjadi penyelesaian utamamenyelesaikan masalah media pengajaran astronomi
di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.Adanya stellarium memudahkan pengajar dalam
menyampaikan ilmu astronomi tanpa perlu bersusah-
susah menganalogikan bintang dengan benda atau membawa anak didiknya ke pusat pemerhatia
n. Tingkap luar angkasa dapat dibuka dengan mudah hanya dengan satuskrin. Selain itu animasi
yang dipaparkan oleh program ini juga dalam bentuk 3D sehinggasemakin mudah pelajaran
dapat diterima selain itu hal ini juga membuat astronomi menjadi pelajaran yang menarik dan
menyeronokkan untuk dipelajari. Kelengkapan ciri yang dimilikioleh program ini semakin
memberi keselesaan kepada pengguna dalam memanfaatkanaplikasinya. Selain nama bintang
dari barat misalnya, program ini juga mempunyai nama bintang china, korea,
aztek, Greece, Norway, dan masih banyak lagi. Sehingga hal ini dapatmemperluaskan
pengetahuan pelajar dan dengan gambar animasi bintang yang menarik akanmenambah minat
serta pemahaman pelajar. Selain dilengkapi pula dengan grid jejari, garis bintang, label
bintang, tempat atau lokasi yang pengguna kehendaki, ada juga pengatur masauntuk mengamati
pergerakan suatu bintang dari masa ke masa sehingga dapat ditentukankedudukan garis
peredarannya. Dari segi keilmuan yang dimiliki oleh aplikasi program inicukup memberi ilmu
yang lebih dan jaminan kejelasan bagi pelajar yang menerimanya.Dengan pelbagai ciri-ciri yang
ada membuat ilmu yang ada dalam bungkusan softwareStellarium ini menjadikan ilmu yang
disampaikan dapat diserap secara optimum(Jannatun,2011).

Penggunaan program aplikasi ini sangatlah mudah, sama seperti membuka danmengaplikasikan
program lain. Cukup dengan membuka program dengan double clickkemudian anda boleh
menyesuaikan mod program awal seperti mod yang anda kehendaki.Pada tetingkap awal anda
membuka Stellarium, akan muncul gambar berupa landskap langit berserta tanah.
para penerima ilmu khususnya pelajar sekolah rendah dan menengah. Ia akan semakin menarikd
an mampu dirakamkan oleh memori otak dengan cepat dan efektif (Jannatun,2011)

Hasilnya, manusia kini mampu memerhatikan objek-objek ini yang berada jauh dihamparan
langit. Saya telah memilih untuk menggunakan peralatan yang terbaru iaituStrellarium software
di mana pada pengamatan melalui penggunaan software ini, ia dapatmembantu saya sepenuhnya
dalam memerhatikan perubahan pergerakan objek di langitkerana ia mempunyai kecanggijhan
teknologi yang tersendiri berbanding secara manualdengan peralatan lain. Berdasarkan
pemerhatian saya terhadap perubahan objek tersebut, sayadapati setiap objek itu bergerak dan
tidak berada pada kedudukan asal. Apa yang pasti, iasentiasa bergerak mengikut masa pada
garisan khatulistiwa dan garisan azimuth pada kadarkelajuan yang berbeza. Saya telah membuat
lakaran perubahan objek tersebut yangmerangkumi bulan, buruj Aries dan planet Uranus
(lampiran 1). Secara terperincinya pergerakan objek-objek ini boleh dilihat di dalam Stellarium
software.

Gambar rajah stellarium tuk bulan


ni jelas membuktikan bahawa bulan berputar pada paksinya yang membawa
kepada perubahan bentuk bulan mengikut fasa-fasanya. Saya dapat perhatikan bahawa pada jam8
.00 malam, bulan berada di kedudukan +83
°14’23.44/32°26’57.00’’ di mana bulan masih
berada hampir dengan bumi. Pada jam seterusnya, bulan bergerak hingga berada di posisi
83°o7’18.1’’/46°43’18.3’’ pada garisan khatulistiwa dan garisan azimuth. Oleh itu, ia jelas
,menunjukkan pergerakan bulan semakin menghampiri bulan apabila masa semakinmeningkat.
Pada malam ini, bulan berada di fasa bulan cembung ke arah memasuki fasa bulan penuh.
Pergerakan ini menjadi faktor kepada perubahan bulan mengikut fasa-fasanya.Hipotesis yang
dapat saya kaitkan di sini ialah semakin bertambah sudut jam,
semakin bertambah berkurang jarak bulan dengan bumi. Graf yang dapat kita lakarkan ialah jara
k bulan dan bumi bergerak berkadar songsang dengan sudut jam.

Pada ufuk timur, terdapat pelbagai jenis buruj termasuklah buruj Aries. Berbeza
dengan bulan, pergerkan buruj Aries ialah pada garisan yang menyambungkan antara bintang-
bintangAries. Oleh itu, buruj Aries bergerak pada landasan yang menghubungkan
bintang- bintangnya untuk membentuk buruj Aries biri-biri. Pada jam 8.00 malam, buruj
Aries beradadi kedudukan Hamal (α ari) iaitu +65°52’18.3’’/+32°57’2.3’’

dan pada jam seterusnya terus


bergerak ke arah Sheratan (β ari) seterusnya Mesarthim (y1 ari). Ini memb
uktikan bahawa bintang Aries bergerak secara linear pada garisannya yang bermagnitud.
Pergerakan buruj ini bergerak semakin ke atas dan merentasi garisan khatulistiwa.
Planet Uranus merupakan antara planet yang dapat saya lihat di langit malam ini. Planetini turut
mengalami perubahan mengikut masa. Pada jam 8.00 malam, kedudukan planet ini
ialah +91°07’03.3’’/+58°43’32.7’’ pada garis khatulistiwa dan azimuth. Sejam kemu
dian,ia
bergerak sehingga mencapai +89°23’30.1’’/+43°33’52.1’’. Apa yang dapat saya simpulkan di
sini ialah semakin meningkat sudut jam, semakin bertambah nilai bacaan planet Uranus
padagarisan-garisan itu.Kesimpulannya, semua objek samawi seperti buruj, planet dan bulan
bergerak danmengalami perubahan pada setiap masa tanpa beerada tetapp pada kedudukan
asalnya. Ini bertepatan dengan teori Sains bahawa bumi berputar pada paksinya.

2.0 REFLEKSI PEMERHATIAN


Mengapakah setiap malam kita melihat langit mahu pun bintang yang sama, padahal
bumi berputar. Adakah bintang turut berputar? Jawapannya semestinya tidak. Bintang yang kitali
hat setiap malam tidaklah sama. Adakah ini bererti bintang-bintang itu bergerak dan berganti?
Setiap malam kita dapat melihat ada bintang-bintang baru di ufuk timur saat Matahariterbenam.
Kita juga melihat bahwa bintang-bintang di ufuk barat yang kita amati pada malamsebelumnya
tidak dapat kita amati lagi. Dan ketika bintang-bintang yang ada di langit malamterbenam, yang
lain pun terbit. Perlu diingat juga, bintang yang dilihat pengamat di
belahan bumi utara dan selatan juga berbeda. Bintang yang dilihat pengamat akan tampak berger
akmelintasi langit sepanjang malam dan terus melintasi langit di siang hari meskipun tak
dapatdilihat oleh manusia dan akan kembali di lokasi yang relatif sama di malam hari di
waktuyang sama keesokan harinya. Tapi kalau pengamatan dilakukan dalam jangka waktu
yanglebih lama, pengamat akan melihat kalau lokasi bintang dan kelompoknya itu bergeser
danada kelompok bintang baru yang tampak di langit pada waktu tersebut. Mengapakah
haldemikian berlaku?
Faktor bintang-bintang tampak bergerak di langit malam adalah kerana putaran Bumi.Perputaran
Bumi pada porosnya inilah yang menyebabkan pengamat di Bumi melihat bintang-bintang
melintasi angkasa terbit dan terbenam seperti layaknya Matahari dan Bulan.Bumi menyelesaikan
putaran 360 ° pada porosnya setiap 23 jam 56 menit sehingga bintang pun tampak berputar dan
bergerak. Jika dilihat dari kutub maka Bumi akan tampak
berputar berlawanan arah jarum jam, dan bintang-bintang akan tampak bergerak dari timur ke ba
rat.Tapi bagi pengamat di kutub, bintang akan tampak berputar di langit tidak pernah
mencapaihorizonnya sehingga tidak akan mengalami perubahan terbit mahu pun tenggelam.
Bintang- bintang seperti ini disebut bintang sirkumpolar.
Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa tidak kira objek apa yang berada di langit,sebesar
mana pun ia, kita tetap akan dapat melihat ia bergerak. Sungguh mengagumkan. Namun,
jika bumi mengalami perubahan pada paksinya serta sudut putarannya, natijah yangditerima oleh
kita ialah perubahan suhu dan jangka masa siang dan malam. Tetapi, pengamatseperti kita tetap
akan melihat objek di langit tetap bergerak walaupun mungkin mengalamisedikit perubahan
tahap kelajuannya.

Bab3 : perbincangan

Dalam alam semesta ini terdapat beberapa galaksi dan salah satunya ialah ‘Bima Sakti’.
Galaksi Bima Sakti mengandungi 100 000 bintang. Matahari merupakan salah satu
daripada bintang-bintang tersebut. Ia dikenali sebagai sistem suria. Sistem suria terdiri daripada
matahari, sembilan planet, satelit semula jadi dan pelbagai jasad lain seperti asteriod,
komet,meteorit dan awan habuk planet. Matahari dapat mengawal kedudukan kesemua jasad
inimelalui tarikan gravitinya yang menghasilkan medan graviti. Kesemua jasad dan
planet beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk bujur atau elips. Planety
ang paling hampir dengan matahari ialah Utarid (57.9 juta km) diikuti oleh Zuhrah, Bumi(149.6
juta km) Marikh, Musytari (778.8 juta km), Zuhal, Uranus (2870 juta km), Neptunedan Pluto
(5900 juta km).
Matahari merupakan pusat bagi semua planet dalam sistem suria. Daya tarikan gravitimatahari
menyebabkan semua planet beredar mengelilinginya. Matahari mempunyaidiameter 1 392
980 km. Matahari terdiri daripada beberapa unsur dan yang paling utamaialah hidrogen serta
helium. Kedua-dua ini membentuk hampir 99% daripada isipadumatahari. Suhu permukaan
matahari dianggarkan kira-kira 5 500^ C dan suhu teras
15 juta^C. Suhu yang tinggi ini membolehkan matahari mengeluarkan cahaya. Mataharimenjadik
an sumber tenaga utama dalam sistem suria tersebut.
Bumi adalah planet yang ketiga dalam sistem suria. Jarak Bumi dari matahari ialahkira-kira
149.6 juta km. Diameter Bumi ialah 12 753 km. Bumi adalah satu-satunya planetdalam sistem
suria yang dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan. Bumi beredarmengelilingi matahari
mengikut orbitnya. Bumi berputar dari atas paksinya dari arah barat ketimur selama 24 jam.
Bumi mempunyai satelitnya sendiri iaitu Bulan.Bumi beredar mengelilingi matahari dalam
orbitnya. Peredaran mengelilingi mataharimengambil masa 365 ¼ hari atau satu tahun. Peredaran
berlaku mengikut arah lawan jam.Jarak yang paling dekat (147 juta km) dengan matahari ialah
pada 3 Januari dan dikenalisebagai perihelion. Manakala jarak yang paling jauh (152 km) dengan
matahari pada 4 Julaidikenali sebagai afelion.
Oleh itu, apabila bumi sudah cukup mengelilingi matahari selama setahun, ia akankembali
kepada permulaan yang sama yang dialami oleh bumi pada dahulunya. Maka, kitasebagai
pengamat mampu melihat langit malam yang sama selepas setahun kemudian.

Dalam usaha membolehkan manusia lebih memahami perkara ini, penggunaanteknologi amatlah
relevan seperti software Stellarium. Seperti yang telah kita ketahuisebelum ini bahawa dalam
proses penyerapan bahan yang boleh diterima oleh pelajar adalahmelalui audio, visual, dan
audio-visual. Pemerolehan ilmu diantara audio, visual dan audiovisual lebih memberi kesan
kepada audio-visual, kerana arah sudut pandang penyerapan bahan yang berbeza ini akan
memberikan keuntungan pada si penerima ilmu. Penjelasan
hasil pembelajaran yang diterima oleh audio-visual akan lebih kukuh di dalam ingatan, selainmu
dah difahami juga mudah diingat.Audio di sini ialah pada guru itu sendiri
sebagai penyampai ilmu dan visual adalah media yang digunakan guru dalam menyampaikan ilm
utersebut, iaitu merujuk kepada Software Stellarium dalam pembelajaran astronomi. Ketikailmu
disampaikan oleh guru dan media penyokong Stellarium digunakan bahan astronomiyang
dulunya abstrak akan kelihatan lebih jelas sehingga pemahaman pelajar tentang haltersebut
menjadi lebih efektif. Manfaat dari pembelajaran dengan media ini tentunya adalahdari segi
ekonomi terutamanya kerana pelajar tidak perlu mengeluarkan kos banyak
untuk pergi ke planetarium atau balai cerap untuk mendalami ilmu astronomi. Dari segi ilmu itus
endiri, penggunaan Stellarium ini dinilai cukup berkesan dan memenuhi keperluanmaklumat
yang diperlukan oleh setiap orang yang mempelajari ilmu tersebut bahkan ilmuansekalipun dapat
memperoleh maklumat cukup lengkap dengan aplikasi ini. Dalam kegiatan belajar-
mengajar di bangku sekolah Stellarium mempunyai peranan penting yang mampumenggantikan
pemerhatian, bahkan dapat memudahkan lebih dari pemerhatian denganadanya kelebihan yang
dimilikinya.Sesungguhnya, Stellarium sebagai media pembelajaranrekreatif yang membuat
pelajar dapat menerima pelajaran tanpa paksaan atau terbeban.

Bab 4 rumusan

Bagi para pendidik, penggunaan Stellarium sebagai media pembelajaran adalah pilihan yangtepat
untuk memberikan kemudahan dalam penyampaian ilmu.Stellarium merupakan suatu program
replika langit yang memudahkan manusiamengamati langit dengan mata kasar, tanapa perlu
menggunakan teleskop, kita dapat melihatluar angkasa. Dengan ciri-ciri yang dimilikinya,
Stellarium mampu menggantikan
kedudukan pusat pemerhatian dalam pembelajaran kendiri, kerana dilengkapi dengan pengiraan j
arak,ketinggian, nama ilmiah, magnitud sehingga pengguna tidak perlu
mengiranya secara satu persatu. Dalam proses belajar-mengajar di bangku sekolah, khususnya se
kolah rendah danmenengah media ini dapat menjadi perantara penyampaian ilmu secara
optimum
dan berkesan bagi pelajar. Dengan kemudahan yang diberikan akan memudahkan pelajarmemaha
mi ilmu yang disampaikan, dengan kaedah pembelajaran rekreatif maka pelajar tidakakan merasa
terbeban dengan bahan tersebut.

Sesungguhnya, pemerolehan ilmu ini banyak menyedarkan kita bahawa betapahebatnya ilmu
Allah sehingga tidak terfikir dek akal kita yang cetek ini. Sebagai seorangMuslim, cabang ilmu
falak atau pun astronomi ini diharap mampu menambahkan tahapkeimanan kita terhadap
kebesaran pencipta Ilahi.Apa yang diharapkan, dengan adanya aplikasi ini, ia dapat membantu
anak-anak bangsa kita untuk terus maju dan mara ke depan membangunkan negara kita.

Rujukan
MIRA's Field Trips to the Stars Internet Education Program".
Monterey Institute for Research in Astronomy
. Diperoleh pada August 27, 2007.Astronomi Kem,
2011 ,http://astronomikem.blogspot.com/2011/02/buruj-aries.html ,dilayari pada 5
November,2014
Jannatun Fitri 2011,kajian : Steallarium sebagai media pembelajaran geoastronomi,Universiti
Sebelas Maret Surakarta , Indonesia NASA,2006

http://sman7crb.sch.id/html/index.php?id=artikel&kode=27

http://saifularifin.com/memboyong-planetarium-surabaya-ke-komputer-download-

stellarium.html
www.newworldencyclopedia.org/entry/Astronomy

id.wikipedia.org/wiki/Astronomi

http://teknologi.kompasiana.com/terapan/2010/09/19/stellarium/

Вам также может понравиться