Вы находитесь на странице: 1из 6

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan
murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. (Haji Sabri
Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 1996)

2.0 KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan
murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim
Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan
khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan
bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya
mereka (Kamariah Jalil, 1995).

3.0 DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

Dasar Antarabangsa menyatakan bahawa Program Pendidikan Inklusif merupakan satu


pendekatan pendidikan yang terbaik bagi Murid Berkeperluan Khas. Antara dasar-dasar
tersebut adalah seperti yang pertama “Salamanca Statement and Framework for Action on
Special Needs Education (UNESCO 1994), “Regular schools with an inclusive orientation
are the most effective means of combating discriminatory attitudes, creating welcoming
communities, building an inclusive society and achieving education for all.”

Kenyataan Salamanca di atas mendukung prinsip Pendidikan Untuk Semua (EFA)


yang menyokong bahawa kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak untuk mendapat
pendidikan yang sama rata dengan rakan-rakan mereka dalam Pendidikan Inklusif. Dengan
kata lain, semua kanak-kanak, sama ada mempunyai keperluan khas atau tidak, sepatutnya
belajar bersama di dalam kelas yang sama. Program Pendidikan Inklusif juga merupakan
kaedah terbaik dalam menentang sikap diskriminasi.

Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI adalah seperti, Akta Orang
Kurang Upaya 2008, Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang
upaya juga termaktub dalam Undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah Seksyen 28(1),
yang menyatakan “orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan
umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan
daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan

1
dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran
sepanjang hayat”.

4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN INKLUSIF

Matlamat PPI ialah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK
mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana.
PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan
percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.

5.0 FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PPI

Banyak faktor kritikal yang menyebabkan kejayaan program PPI ini, antaranya ialah dengan
wujudnya Perkhidmatan Sokongan dalam melaksanakan program ini. Perkhidmatan
Sokongan dalam pendidikan khas boleh diihat sebagai perkhidmatan yang diberikan kepada
golongan berkeperluan khas oleh sekumpulan individu dan agensi-agensi yang mempunyai
kepakaran.

Perkembangan khidmat sokongan telah bermula sekitar tahun 1970-an apabila ahli-
ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an
khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook &Friend,1991a)
Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara
langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat
keputusan untuk mencapai matlamat yang sama.

Dalam perkhidmatan sokongan ini terdapat empat faktor yang mempengaruhi


kejayaan PPI iaitu peralatan, masyarakat, infrastruktur dan personel. Penyediaan peralatan
terutamanya mesin brille dan kanta pembesar amat membantu dalam pelaksanaan proses
pdpc di dalam bilik darjah. Perkhidmatan sokongan yang dapat membantu dalam
menyediakan keperluan peralatan lain seperti alat bantu pendengaran yang bersesuaian
dengan keperluan murid-murid bermasalah pendengaran dan kerusi roda untuk kegunaan
murid-murid kurang upaya.

Selain itu, pendekatan pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar amat


menggalakkan murid-murid berkeperluan khas dalam mengajak mereka memaksimumkan
penglibatan untuk merealisasikan program PPI ini. Dengan adanya bahan bantu mengajar
yang mempunyai teknologi yang canggih akan lebih menarik minat murid murid yang
berkeperluan khas untuk belajar.

2
Selain itu, faktor infrastruktur juga merupakan faktor kejayaan PPI. Kejayaan
menyediakan infrastruktur serta prasarana yang lengkap adalah penting bagi menjayakan
PPI. Dalam konteks ini, infrastruktur yang dimaksudkan adalah kemudahan – kemudahan
asas untuk menggalakkan penglibatan murid berkeperluan khas dalam persekitaran
sekolah.

Maksud kemudahan ini adalah dari aspek fizikal bilik darjah yang perlu diambil kira.
Ini kerana murid berkeperluan khas memerlukan keperluan yang berbezan dengan murid
aliran perdana. Contohnya di sekolah , pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan mesra
kurang upaya untuk memudahkan pergerakan murid kurang upaya. Sebagai contoh, laluan
kerusi roda, iaitu dengan menyediakan laluan untuk kerusi roda bagi murid-murid yang
berkerusi roda. Selain itu , penyusunan perabot kelas, guru perlu menitik beratkan faktor
keselamatan di tahap yang maksimum mungkin untuk mengelakkan sebarang kemalangan
berlaku.

Faktor kejayaan yang ketiga ialah, faktor masyarakat yang boleh mempengaruhi
kejayaan program pendidikan inklusif. Dengan keterbukaan pemikiran masyarakat zaman
teknologi ini, mereka telah dapat menerima kedatangan pendidikan inklusif di sekolah-
sekolah. Malahan masyarakat sekarang telah terbuka pemikiran mereka dengan mengambil
berat akan pendidikan murid berkeperluan khas. Maksud masyarakat ini luas, iaitu dari
ibubapa, guru-guru, dan orang awam. Ibubapa sekarang yang mempunyai anak
berkeperluan khas telah mempunyai kesedaran berbanding ibu bapa zaman dahulu yang
tidak mempunyai ilmu tentang kepentingan pendidikan inklusif. Selain itu pihak pentadbir di
sekolah juga menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif.

Seterusnya faktor personel, untuk memenuhi matlamat ini ibu bapa , serta pihak
sekolah dan murid-murid memerlukan sokongan professional terutamanyadaripada personel
pelbagai disiplin yang berpengetahuan tentang murid berkeperluan khas dan isu-isu
berkaitan pendidikan inklusif supaya program ini dapat dijalankan dengan dengan
sempurna. Dengan adanya pakar perkhidmatan bahasa dan pertuturan adalah amat
penting kerana ia berperanan sebagai pengkaji pertuturan dan bahasa murid. Tanpanya,
program ini tidak akan berjaya. Selain itu pakar audiologi juga adalah antara faktor kejayaan
pendidikan inklusif, kerana pakar audiologi berperanna untuk memastikan kerosakan dan
tahap pendengaran murid. Selain itu ia memberikan diagnosis tentang alat pendengaran.
Manakala kejayaan program ini juga berkait rapat dengan adanya pakar pediatrik yang
melakukan diagnostik awal untuk mengesan masalah murid samada berkaitan dengan
genetic , kelahiran atau persekitaran. Maka tanpa personel ini program pendidikan inklusif
tidak mungkin akan berjaya.

3
Secara kesimpulannya, pada pendapat saya, masyarakat yang positif dan proaktif
adalah menjadi keutamaan dalam kejayaan program pendidikan inklusif.

6.0 ANALISIS PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM


MENJAYAKAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Dalam menjayakan program perlaksanaan pendidikan inklusif ini terdapat beberapa pihak
yang memmainkan peranan serta tanggungjawab yang besar bagi merealisasikan program
ini.

Pertama ialah Pentadbir Sekolah yang dikenali sebagai Guru Besar yang memimpin
sekolah kearah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik terutamanya dalam subjek
Bahasa Melayu. Tanggungjawab pentadbir adalah sangat berat untuk memastikan kejayaan
perlaksanaan pendidikan inklusif di sekolah berjalan dengan lancar dalam usaha
memeartabatkan Bahasa Melayu. Pentadbir juga berperanan sebagai Pengerusi
Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah dan beliau bertanggungjawab terhadap
pentadbiran, pengurusan dan khtisas program pendidikan inklusif di sekolah. Guru besar
perlu meneliti setiap pengurusan berkenaan pendidikan inklusif terutama dalam Bahasa
Melayu. Selain itu pentadbir juga bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif pendidikan
inklusif. Untuk faktor guru besar dan Panitia Bahasa Melayu perlu bersama-sama untuk
meningkatkan mutu bahasa dalam pendidikan inklusif ini. Pentadbir juga bertanggungjawab
terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah.
Selaian itu juga pentadbir perlu memastikan Ketua Penilai Bahasa Melayu memantau
semua hasil kerja guru, dan murid program pendidikan inklusif di sekolah agar tidak
ketinggalan. Pentadbir adalah sebagai Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat
dengan program pendidikan inklusif di sekolah dan tugasnya merancang dan melaksana
Program Motivasi murid program pendidikan inklusif.

Kedua peranan dan tanggungjawab guru kelas, guru kelas adalah sebagai ahli
jawatankuasa program pendidikan inklusif dan beliau akan bergabung bersama guru
pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa terutama
dengan guru bahasa melayu untutk memastikan tahap penguasaan bahasa murid di aras
yang tinggi seperti murid-murid arus perdana juga. Guru kelas berperanan untuk menerima
kemasukan murid berkeperluan khas ke dalam kelas mereka. Selaian itu guru kelas
tugasnya adalah untut membuat penilaian terhadap penguasaan murid-murid khas dari
semasa ke semasa. Selepas itu guru kelas perlu membuat laporan prestasi murid

4
berkeperluan khas untutk dihantar kepada pihak pengurusan dan pentadbir sekolah bagi
mengenal pasti tahap murid-murid tersebut.

Ketiga pula peranan guru matapelajaran yang menjadi ahli jawatankuasa program
pendidikan inklusif di sekolah. Guru mata pelajaran akan bersama guru pendidikan khas
akan merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa untuk program
pendidikan inklusif ini. Guru matapelajaran juga berperanan sebagai ketua untuk memilih
dan menerima murid bagi kemasukan keperluan khas dan beliau juga akan membuat
penilaian serta membuat laporan prestasi murid berkeperluan khas yang akan dihantar ke
pihak atasan.

Keempat ialah peranan guru pendidikan khas menjadi ahli jawatankuasa program
pendidikan inklusif. Guru pendidikan khas berperanan merancang dan menyediakan
rancangan pengajaran semasa bersama guru matapelajaran. Selain itu guru pendidikan
khas juga bertanggungjawab dalam mengenalpasti kesediaan murid berkeperluan khas
untutk ditempatkan di pra inklusif seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di pra inklusif. Walaubagaimanapun tugas dan tanggungjawab guru
pendidikan khas tidak lari dari menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan
yang sewajarnya. Begitu berat tugas yang dipikul guru pendidikan khas yang tiada siapa
pun tahu. Kerana mereka membimbing murid berkeperluan khas secaraindividu atau
berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran
di kelas aliran perdana. Selain itu tugas guru ini jga adalah dengan menjalankan
pengukuhan dan pengayaan pada murid berkeperluan khas selepas pengajaran dan
pembelajaran di kelas aliran perdana.

Seterusnya pada pendapat saya tanggungjawab ibubapa adalah yang paling penting
dalam memberi sokongan moral terhadap murid berkeperluan khas ini. Ibu bapa sebagai
motivator untuk memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas terutama dalam
meningkatkan mutu bahasa melayu. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak berkomunikasi
dengan bahasa yang betul bagi melancarkan pertuturan atau pemahaman anak-anak
berkeperluan khas ini agar mereka standing dengan murid-murid yang normal. Selian itu,
sebagai ibu bapa, mereka perlu memantau dan mengajar anak-anak ini untuk
mengulangkaji pelajaran dirumah iaitu dengan bersama-sama anak-anak membaca bacaan
Bahasa Melayu. Ibu bapa perlu ada kesabaran dan kekuatan untutk melayan kerenah anak-
anak khas ini kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding anak-anak
normal. Seterusnya ibu bapa boleh memberi kebenaran untutk mengikuti program
pendidikan inklusif agar anak-anak berkeperluan khas ini tidak jauh ketinggalan berbanding
murid biasa.

5
7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapat saya simpulankan di sini pada masa sekarang lebih
banyak sekolah mempunyai kepercayaan dan nilai serta mempraktikkan pendekatan yang
membenarkan murid-murid belajar dalam persekitaran yang mesra pelbagai. Jika sekolah
ingin berjaya menginklusifkan murid-murid yang mempunyai tingkah laku yang mencabar
dan kebolehan pembelajaran pelbagai, guru - guru aliran perdana dan murid-murid
berkeperluan khas ini perlu disokong oleh persatuan professional.

Bilangan patah perkataan: 959

8.0 RUJUKAN

Kamariah Jalil. (1995). Ke aMATLAMATrah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan


Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach
Resort, Terengganu.

Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David
Fulton Publisher.

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.


Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Вам также может понравиться