Вы находитесь на странице: 1из 26

Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

1.0 PENGENALAN
Pandangan Islam terhadap alam sekitar adalah berasaskan kepada wahyu al-Quran dan
Sunnah Rasulullah (s.a.w.). Beberapa ayat al-Quran mengenengahkan perhubungan erat
antara manusia dan alam ini, serta Penciptanya. Tiada pengasingan antara manusia, alam
sekitar dan Allah s.w.t. Perkara in diterangkan dalam ayat 126 dari Surah An-Nisa yang
bermaksud,

“Kepunyaan Allah jua apa-apa yang di langit dan di bumi, dan pengetahuan Allah maha
meliputi segala sesuatu”.

Menerusi ayat 115 dari Surah al-Baqarah, Allah berfirman yang membawa maksud,

“Dan kepunyaan Allah jua timur dan barat, maka ke mana pun kamu mengadap di situlah
wajah Allah. Sesungguhnya, Allah maha luas rahmatNya lagi maha mengetahui”.

Menurut Islam alam sekitar tidak statik dan kaku, malah ianya adalah sebuah entiti
yang mempunyai unsur-unsur kerohanian. Sebarang bentuk campur tangan atau gangguan
ke atas alam sekitar akan membawa kesan terhadap perhubungan kudus antara manusia dan
Penciptanya. Konsep inilah yang dipegang oleh masyarakat Islam ketika zaman Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat, di mana mereka tidak pernah menjajah, menakluki atau
menundukkan alam sekitar. Hak-hak yang telah ditetapkan bagi setiap komponen alam
dihormati dan dijaga sepenuhnya.

Selain daripada itu, dari Imam Ahmad, Rasulullah dipetik sebagai bersabda, “Jika
ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan bercucuk tanam, dan manusia serta haiwan
atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai satu
kebajikan”.

Rasululullah s.a.w. juga pernah bersabda yang maksudnya, “Dunia ini hijau dan
cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu
lakukan”. Hadis riwayat Muslim.

Konsep manusia sebagai khalifah atau wakil Allah s.w.t. di muka bumi adalah salah
satu prinsip asas ajaran Islam. Manusia bertindak sebagai hamba Allah s.w.t. dengan
mematuhi segala undang-undang dan suruhan yang ditetapkanNya. Seluruh aktiviti manusia
mestilah mematuhi kehendak Allah s.w.t. Dengan berbuat begitu manusia dijanjikan akan
menerima ganjaran dalam bentuk keseronokan, kenikmatan dan keselamatan di dunia dan
akhirat nanti.

Manusia tidak diberi kuasa mutlak. Setiap perbuatan mereka akan dinilai baik
buruknya. Alam sekitar sekadar amanah Allah s.w.t. kepada manusia, yang mesti
menguruskan serta melindungkannya dengan sebaik-baiknya.

Maka dengan itu, sebarang aktiviti manusia yang boleh mengancam kehidupan
adalah dilarang sama sekali. Penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan ketenteraan,
penyiraman racun makhluk perosak secara berlebihan, pemusnahan hutan yang tidak
terkawal dan sikap suka membuang sampah sarap merata-rata, semuanya dianggap sebagai

1
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

semata-mata memenuhi ketamakan di samping mengabaikan tanggungjawab menjaga alam


sekitar. Jadi, aktiviti-aktiviti ini tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam.

Selain daripada itu, setiap kejadian di dalam alam sekitar dilihat oleh umat Islam
sebagai tanda-tanda atau bukti-bukti keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Al-Quran juga
mengajar umat Islam agar menyedari bahawa alam ini seimbang dan harmonis. Sebarang
bentuk pencabulan atau kerosakan dikeji oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam ayat 41
dari Surah Rum bermaksud,

“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan supaya mereka kembali insaf”.

Jika ditinjau tentang kerosakan alam yang dilakukan di zaman kita, maka sedikit
sebanyak kita akan sedari bahawa perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Umpamanya,
banyak kawasan tadahan air telah dimusnahkan akibat proses meratakan hutan. Sumber
bekalan air tawar menjadi tidak menentu. Tanah dan selut yang tidak lagi diikat oleh akar-
akar pokok hutan pula mudah terhakis dan dibawa oleh sungai ke muara. Perkara ini sering
menyebabkan banjir kilat.

Banyak juga sungai yang dicemari dengan pelbagai sisa buangan dari sumber
domestik dan juga industri. Kebanyakan sisa buangan ini toksik sehinggakan beberapa buah
sungai di Malaysia pada hari ini dianggap sebagai sungai mati. Di sungai mati, tiada lagi
sebarang bentuk kehidupan, sama ada yang besar, mahupun yang kecil, sama ada yang
makroskopik ataupun yang mikroskopik. Ketiadaan bahan-bahan yang dianggap bahagian
penting rantaian makanan (food chain) ini menyebabkan haiwan-haiwan sungai yang lain
seperti ikan, kura-kura dan siput juga pupus terus.

Bahan cemar dari sungai sering dibawa hingga ke laut. Selain daripada itu, tanah dan
selut yang dibawa arus sungai akan mendak di kawasan batu-batu karang di tepi laut. Banyak
benda hidup yang bergantung harap kepada batu karang juga akan musnah. Pencemaran laut
dan mendakan selut boleh mengganggu ekosistem marin yang sebenarnya penting untuk
kehidupan manusia. Di dalam ekosistem marin inilah berlaku fotosintesis, di mana gas
karbon dioksid diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan bakteria laut, manakala oksigen
dibebaskan. Proses ini adalah salah satu mekanisme penting yang mengimbangkan
kandungan gas dalam udara.

Pencemaran udara juga semakin menjadi-jadi. Penggunaan kenderaan yang


berleluasa dan pembuangan gas-gas sisa dari serombong sebahagian daripada kilang-kilang
tempatan menjadikan ruang udara kita agak menyesakkan. Pembakaran hutan secara besar-
besaran dan tidak terkawal juga menyumbang kepada kualiti udara yang tidak memuaskan.

Alhamdulillah, sekarang ini kita dapati ada banyak pihak yang telah dan sedang
menjalankan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan ini. Kewujudan Jabatan Alam
Sekitar sendiri mencerminkan kegigihan kerajaan di dalam mengawal keadaan alam sekitar
di Malaysia. Undang-undang telah diperkenalkan untuk memantapkan aspek pemuliharaan
dan penjagaan alam sekitar. Bagi projek-projek yang dijangka menggugat alam sekitar,
analisis impak terhadap alam sekitar (EIA) wajib dijalankan terlebih dahulu. Beberapa buah
hutan simpan, dan taman marin terlindungkan telah diwartakan. Kerajaan juga telah

2
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

membenarkan pelbagai badan bukan kerajaan yang berminat dalam alam sekitar bergerak
dengan aktif dan secara bebas. Badan-badan ini ada yang dibantu oleh badan-badan induk
yang bertaraf antarabangsa.

Salah satu daripada strategi penting bagi mempastikan alam sekitar dijaga oleh semua
pihak ialah dengan meningkatkan kesedaran dan kecintaan penduduk negara ini terhadap
alam sekitar. Pelbagai kempen dijalankan, menerusi media cetak dan elektronik. Golongan
sasaran yang penting ialah kanak-kanak sekolah. Mereka perlu disedarkan sejak awal lagi
tentang hubungan akrab dan kudus antara manusia, alam sekitar dan Maha Pencipta.

3
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

2.0 KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM


Menurut Islam, “invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman
kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak
sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah,
misi kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia. (Zaini Ujang, 1993)

Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar
berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep
manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan
ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu,
alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

2.1 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia
dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya.
Unsur alam lain seperti air juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia
kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini bersesuaian dengan
firman Allah yang bermaksud: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan
mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum
(sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari
air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (al-Anbiya’,
30)

Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga semua jenis
haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yang bermaksud: “Dan Allah
menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara
mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki,
dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia
kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu” (an-Nur, 45)

Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang hubungan


manusia dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubungan manusia dengan alam
sekitar adalah sangat erat saling berkait rapat antara satu sama lain. Malah ada ulama’ yang
mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui
bahan makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad al-Mubarak, 1973).
Dengan ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia
dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi.

4
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

2.2 PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak melakukan
kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar
yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat)” (al-Rum, 41)

Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah
sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan
bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu” (al-Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang orang lain menceroboh
haknya sendiri untuk mencari sara hidup di alam ini. Tetapi perlulah diingat bahawa dalam
mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah
dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengurangi
hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi”
(al-Syu’ara, 183)

Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai
satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep
penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar.(Mohd Nur Hakim Razana, 2004)

2.2.1 Konsep Tauhid

Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling
ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam
pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan
dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan
kehendak pada satu sumber sahaja. (Mohd Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali, 2002)

2.2.2 Konsep Syariah

Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmu pengetahuan
yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap. Segala teori Syariah
merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial,
politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang
Islam dalam kegiatan mereka di dunia. (Ziaudin Sardar, 1990)

5
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

2.2.3 Konsep Ilmu

Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ilmu pengetahuan
merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan
mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri,
masyarakat dan juga alam sekitar. (Nurhibah Hasan Zawawi, 1999)

2.2.4 Konsep Khalifah

Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga
alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak
akan melakukan kerosakan kepada lam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin.

2.2.5 Konsep Akhlak

Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala sekitar. Akhlak yang
mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep
penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan,
bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar
dengan sebaiknya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semakin pantas dunia berkembang


seiring dengan teknologi terkini, maka begitu juga semakin bertambahnya masalah-masalah
yang melibatkan alam sekitar.Iklim duni ayang semakin panas akibat pemanasan global
merupakan salah satu contoh mudah bagaimana kegagalan manusia dalam memelihara alam
sekitar. Sememangnya Islam menggalkan umatnya agar sentiasa memajukan diri dengan
pelbagai nikmat yang dikurniakan di alam ini. Namun perlu diingat ianya juga tidaklah boleh
sehingga melampaui batas yang telah ditetapkan oleh syariat.

Sepertimana yang telah diperjelaskan penulis sebelum ini, konsep alam sekitar
menurut Barat ternyata hanya menumpukan usaha pemeliharaan alam sekitar berdasarkan
konteks falsafah hidup mereka sahaja tanpa disulami dengan nilai-nilai agama. Mereka
beranggapan agama tiada kaitan dengan alam sekitar. Namun ini ternyata berlainan dengan
Islam dimana Islam menekankan kehidupan ini secara keseluruhan iaitu berdasarkan
hubungan manusia yang bukan sahaja terhad kepada Allah dan manusia tetapi juga meliputi
hubungan manusia dengan alam sekitar. Ini jelas membuktikan setiap makhluk ciptaan Allah
itu berhubungan di antara satu sama lain dan saling kait mengait bagi meneruskan
kelangsungan hidup yang harmoni di dunia. Maka dalam hal ini, Islam menekankan konsep-
konsep asas dalam mengurus alam sekitar agar sistem yang telah ditetapkan Allah itu tidak
terganggu. Ini sepertimana yang telah dibicarakan penulis iaitu dengan berdasarkan konsep
tauhid, syariah, ilmu, khalifah dan akhlak.

6
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

Maka andai kata semua konsep ini berjaya diasimilasikan dengan sempurna oleh setiap
manusia dalam kehidupan mereka maka akan terjaminlah alam sekitar ini daripada
kerakusan manusia itu sendiri. Soalnya kini, mampukah ia dihayati sepenuhnya ?

2.3 PEMELIHARAAN ALAM TABII BERSUMBERKAN PENGETAHUAN ISLAM

Pemeliharaan alam tabii merupakan satu elemen yang penting untuk memastikan
kesinambungan kehidupan manusia di dunia ini. Dalam Islam, kehidupan manusia tidak
hanya terbatas kepada hubungan sesama manusia tetapi manusia juga diwajibkan
menjalinkan hubungan yang baik dengan alam tabii. Kesejahteraan hidup yang dinikmati
oleh manusia adalah akibat daripada hubungan harmoni antara manusia dan alam sekitarnya.
Setiap kali manusia menarik nafas maka bahan yang disedut ialah gas oksigen. Gas oksigen
ini dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Sebaliknya, tumbuh-tumbuhan sendiri menghasilkan
gas oksigen daripada karbon dioksida yang di dapati daripada manusia dan haiwan. Proses
ini akan berulang dan sekiranya ia terhenti, maka kemungkinan tiada lagi penghuni di alam
ini. Al-Quran mempunyai pendekatan sendiri dalam menghuraikan konsep kejadian alam.
Al-Quran menegaskan bahawa unsur pertama yang membawa kepada pembentukan alam ini
ialah air. Hal ini ditegaskan di dalam Al-Quran berdasarkan firman Allah S.W.T yang
bermaksud: “…dan adalah singgahsana Allah S.W.T (sebelum itu) di atas air…”(Hud:7)

Dalam ayat Al-Quran yang lain, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:“Dan
tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya
langit dan bumi itu pada asalnya mula bercantum (sebagai benda yang satu) lalu Kami
pisahkan antara keduanya..?Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang
hidup..?Maka mengapa mereka tidak mahu beriman. Dan Kami telah menjadikan di bumi
gunung-ganang yang mantapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka,dan Kami
jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu lalang, supaya mereka dapat sampai
kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami jadikan langit sebagai
bumbung yang terpelihara dan terkawal. Sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak
memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.” (Al-Anbiya’:30-32)

7
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

2.4 KEPENTINGAN ALAM SEKITAR MENURUT PANDANGAN ISLAM

Masyarakat seharusnya dididik dan diterapkan tentang kepentingan alam ciptaan Tuhan ini
bagi melahirkan masyarakat yang bersyukur dan menghargai segala nikmat yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T. Alam tabii penting kepada manusia serta semua hidupan lain
kerana ia merupakan tempat segala aktiviti manusia termasuklah untuk mengabdikan diri
kepada Allah S.W.T. Alam tabii terdiri daripada tiga sumber utama iaitu tanah, udara dan
air. Semua sumber alam ini diperlukan untuk menjamin kehidupan manusia. Setiap individu
memerlukan alam sekitar yang bersih untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Udara
yang bersih amat diperlukan untuk pernafasan yang baik bagi menjamin kesihatan yang
memuaskan. Begitu juga sumber air yang bersih amat penting untuk memenuhi keperluan
harian manusia termasuklah untuk melakukan ibadat seperti mengambil wuduk dan
sebagainya.

Manakala, tanah yang subur juga penting untuk menjadikan hasil pertanian dan tumbuh-
tumbuhan hidup segar dan boleh membekalkan udara yang bersih kepada manusia. Alam
tabii yang bersih juga penting untuk pertumbuhan mental dan fizikal yang baik. Contohnya,
mengikut tradisi orang Arab pada masa dahulu, setiap anak yang lahir di bandar akan
dihantar dan disusukan di kampung yang mempunyai suasana yang lebih indah dan tenang
dengan udara yang lebih segar berbanding di bandar. Rasulullah s.a.w sendiri telah dihantar
ke kawasan perkampungan Arab Badwi dan tinggal di sana selama empat tahun. Hasilnya,
baginda menjadi seorang yang cergas, dapat bertutur dengan fasih dan pandai menunggang
kuda kerana keadaan padang pasir yang tenang dan udara yang bersih (Mustafa, 1972). Islam
sangat mengambil berat tentang kebersihan, keindahan dan kebaikan kerana Allah S.W.T
amat menyukai kebaikan, kesucian dan keindahan. Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:“Sesungguhnya Allah S.W.T itu baik dan menyukai yang baik, bersih dan
menyukai yang bersih, mulia dan menyukai yang mulia, pemurah dan menyukai
kemurahan.”(Riwayat Tarmizi) Kepentingan tanah sebagai sumber alam kepada manusia
dan haiwan ialah sebagai:

8
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

• Tempat tinggal

Allah S.W.T telah menjadikan manusia dan juga telah mencipta tempattinggal yang terbaik
untuk manusia di atas muka bumi ini. Maksud firman Allah S.W.T;“Bukankah Kami telah
menjadikan bumi tempat berkumpul orangyang hidup dan mati (orang hidup berkumpul
di permukaannya dan orang mati ditanam di perut bumi).”(Al-Mursilat:25-26)

• Tempat menyimpan sisa-sisa buangan

Fungsi tanah amat penting untuk menyerap dan menyimpan sisa-sisa yang tidak digunakan
lagi supaya tidak mencemarkan alam sekitar. Apabila sisasisa itu telah disimpan dan diserap
oleh tanah maka ia tidak lagi mengganggu manusia dengan bau yang busuk, gangguan
kesihatan dan sebagainya. Namun begitu, sisa-sisa buangan itu hendaklah ditanam di
kawasan-kawasan tertentu supaya tidak mencemarkan kawasan lain.

• Tempat menyimpan dan menapis air

Allah S.W.T telah menurunkan air hujan supaya penduduk di muka bumi ini dapat
memanfaatkannya. Air hujan yang diturunkan akan menyerap masuk ke perut bumi dan akan
dikeluarkan kembali untuk faedah manusia dan haiwan di muka bumi melalui mata air yang
memancar keluar dari gunung-ganang yang kemudian menjadi air terjun yang jernih dan
sejuk mengalir menjadi sungai-sungai. Allah S.W.T menjelaskan berkenaan hal ini di dalam
Al-Quran yang bermaksud;“Dan Kami telah menurunkan air hujan dari langit (dengan
sukatantertentu) serta Kami tempatkannya tersimpan di dalam bumi,dansesungguhnya
Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”(Al-Mukminun:18)

• Tempat untuk pengeluaran hasil pertanian dan ternakan

Struktur tanah yang subur amat penting untuk akiviti pertanian di samping meningkatkan
pengeluarannya bagi menampung keperluan hidup manusia. Hal ini disebabkan sumber
utama makanan manusia adalah berpunca daripada hasil pertanian.

9
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

Selain itu, tanah-tanah lembah yang dipenuhi tumbuhan menghijau juga amat sesuai
dijadikan tempat untuk memelihara binatang ternakan. Maksud Firman Allah S.W.T:
“Tanah yang baik tumbuh tanamannya (dengan subur) dengan izinTuhan (Allah), tetapi
tanah yang tidak baik, tumbuh-tumbuhannyahanya tumbuh merana. Begitulah Kami
menjelaskan keterangan itu untuk kamu yang bersyukur (menghargai jasa).”(Al-
A’raf:58)

• Alat bersuci (tayammum)

Tanah merupakan alat untuk bersuci daripada hadas kecil atau hadas besar apabila tidak ada
air atau mempunyai keuzuran yang menghalang penggunaan air. Tanah yang boleh
digunakan hanyalah tanah yang bersih dan suci daripada najis. Perkara ini bertujuan
membolehkan manusia melakukan amal ibadat yang berterusan kepada Allah S.W.T.
Maksud firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: “Hendaklah kamu bertayammum dengan
tanah yang baik (bersih).”(Al-Ma’idah:6)

• Sumber sedekah

Tanah boleh dijadikan sumber sedekah sama ada kepada sanak saudara,sahabat handai dan
sebagainya. Tanah juga boleh diwakafkan untuk kepentingan umat Islam seperti untuk
dijadikan masjid, rumah anak-anak yatim, sekolah dan sebagainya. Sudah pasti tanah yang
ingin disedekahkan untuk tujuan kebaikan mempunyai nilai dan kualiti yang baik dan
bukannya tanah yang telah tercemar. Tanah yang telah tercemar hanya akanmemberikan
kesan yang negatif kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Sumber alam yang tidak
kurang pentingnya ialah air yang merupakan keperluan paling asas untuk manusia dan
sekalian makhluk di muka bumi ini.

Tujuh puluh lima peratus daripada permukaan dunia dilitupi air dan ia menjadi punca utama
bagi kebanyakan ekosistem seperti sungai, tasik, laut dan sebagainya. Antara kepentingan
air kepada kehidupan ialah sebagai.

10
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

• Sumber makanan dan minuman

Manusia dan makhluk lain di muka bumi ini amat memerlukan air untuk diminum dan
menghadamkan makanan di dalam perut. Allah S.W.T telah memelihara nilai air dengan
sebaik-baiknya supaya kehidupan manusia tidak terjejas. Buktinya, Allah S.W.T telah
mengadakan sempadan antara air tawar dengan air masin sehingga kedua-duanya tidak
bercampur. Hal ini disebabkan manusia tidak boleh meminum air laut yang mengandungi
garam yang tinggi. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang
bermaksud:“Dan Dialah (Allah S.W.T) yang memberikan dua laut
mengalir(berdampingan),yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit. Dia
jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi.”(Al-Furqan:53)

• Sumber tenaga

Air juga dapat menjadi sumber kepada pengeluaran tenaga elektrik hidro untuk kegunaan
penduduk serta pertumbuhan ekonomi. Selain daripada dapat menjana tenaga elektrik hidro,
empangan air tersebut juga boleh menampung air sungai supaya tidak melimpah dan
menyebabkan kejadian banjir.

• Tempat mencari rezeki

Laut dan sungai juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada manusia contohnya
sebagai nelayan, ahli pelayaran dan sebagainya. Di dalam laut juga terdapat sumber
ekonomi, perhiasan dan sumber lain yang penting kepada manusia. Hal ini telah diterangkan
oleh Allah S.W.T dalam firman- Nya yang bermaksud; “ Dan Dialah yang menyediakan
lautan, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang segar dan kamu dapat pula
mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya dan kamu juga dapat
melihat kapal-kapal belayar padanya, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah
kurniaNya dan supaya kamu bersyukur” (Al-Nahl:14)

11
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

• Alat bersuci

Di dalam Islam, air merupakan sumber utama umatnya untuk menyucikan hadas kecil dan
hadas besar. Air yang digunakan untuk menyucikan ialah air mutlak yang terdiri daripada
air yang bersih dan suci seperti air hujan, air mata air, air embun, air perigi dan sebagainya.
Kepentingan air untuk bersuci telah dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan
diturunkan-Nya padamu hujan dari langit buat menyucikanmu.”(Al-Anfal:11)
Kepentingan air kepada manusia tidak dapat dinafikan, begitu juga terhadap tumbuh-
tumbuhan. Air merupakan sumber utama untuk menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan
seterusnya tumbuh-tumbuhan yang subur menghijau diperlukan oleh manusia sebagai
sumber oksigen, makanan dan sebagainya. Maksud firman Allah S.W.T: “ Dan engkau
melihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan, hiduplah bumi itu
dan suburlah serta ia menumbuhkan pula berjenis-jenis tanaman yang indah dan
permai.”(Al-Hajj:5) Seterusnya, sumber alam yang tidak ternilai ialah udara. Allah S.W.T
memberi anugerah udara yang bersih kepada makhluknya untuk bernafas. Pemeliharaan
kawasan hutan yang menghijau dapat menjamin kehadiran udara yang bersih di alam ini.
Hal ini adalah disebabkan kitaran udara yang berlaku di antara tumbuh-tumbuhan dengan
manusia dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk membuat
makanan dan menghasilkan gas oksigen untuk kegunaan manusia.

12
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

3.0 ALAM SEKITAR MENGIKUT FAHAMAN


PELBAGAI AGAMA

Dalam sejarah Islam, arahan awal Nabi Muhammad s.a.w selepas baginda menawan
Mekah ialah supaya pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan tidak dimusnahkan dan amalan
ini dijadikan prinsip dalam Islam. Dalam Al-Quran, Allah (swt) menjelaskan dan memberi
peringatan kepada manusia untuk menjaga alam semulajadi iaitu dalam surah An-Naba,
ayat 6-7 dan surah Luqman, ayat 10.

Perlu ada sifat hubungan yang baik antara manusia dan alam. Pemikir-pemikir alam
sekitar Islam telah menggariskan beberapa prinsip untuk orang Islam dan sejagat, iaitu sifat
tauhid yakni mengakui keesaan terhadap Allah. Islam menganjurkan penggunaan yang
bijaksana terhadap alam sekitar dan menggunakannya dengan baik dan bertoleransi.

Rajah 1.1 – Keindahan alam sekitar yang perlu dipelihara dan diwarisi.

Tiga perkara yang ditekankan dalam sistem kehidupan Islam yang mencakupi semua aspek
kehidupan manusia dan kaitannya terhadap penjagaan alam sekitar iaitu :

- Akidah – Allah pencipta alam

- Syariah – hukum-hukum Islam – kehidupan harmoni

- Akhlak – perilaku + hubungan manusia.

13
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

Menurut Aristotle, tumbuhan untuk haiwan dan haiwan untuk manusia. Namun
berlaku eksploitasi oleh manusia secara berlebihan.

Rajah 1.2 – Eksploitasi hutan.

Krisis alam sekitar yang berlaku boleh dilihat berkaitan dengan agama. Krisis berlaku
kerana haluan dan bentuk teknologi, pembangunan, ekonomi dan cara hidup manusia telah
jauh menyimpang daripada matlamat kehidupan yang sebenar.

Manusia mempunyai kepercayaan masing-masing dan agama adalah antara


pendorong utama yang memainkan peranan penting dalam membentuk perilaku seseorang
dan amalan masyarakatnya. Buktinya faktor agama adalah relevan dan punyai pengaruh
dalam menangani krisis alam sekitar. Selain itu, agama juga berperanan menangani krisis
berdasarkan beberapa pendekatan :

1) pembinaan pandangan semesta yang harmoni,

2) pembentukan budaya dan gaya hidup yang sihat,

3) penggubalan sistem nilai yang berkesan.

Rajah 1.3 – Penganut Buddha.

Tidak kira apa jua agama, semuanya mengajak ke arah mewujudkan hubungan yang
harmonis di antara manusia dan alam sekitar.

14
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

Rajah 1.4 – The Temple of Artemis.

Berdasarkan agama Kristian pula, tokoh yang paling terkenal sikapnya mengenai
alam sekitar ialah St. Francis of Asissi yang dikatakan mempunyai akhlak yang baik. Paderi
Benedictine -terkenal sikap prihatinnya yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar dari
segi amalan dan falsafah hidupnya.

Rajah 1.5 – Gambaran dewa Hindu

Bagi agama Hindu, bumi bukanlah sesuatu yang mutlak kerana ada dunia yang kekal
dan ada konsep penjelmaan semula. Setiap perbuatan akan dibalas baik dan sebaliknya.
Konsep Karma menunjukkan tentang sikap manusia pada masa dulu. Bagi masyarakat
Hindu, walaupun manusia mempunyai nilai hidup yang lebih tinggi dari ciptaan lain, mereka
tidak boleh tamak sebab setiap ciptaan tersebut mempunyai jiwanya sendiri.

Berdasarkan kepercayaan Buddha tersebut, manusia diminta untuk menghormati


dan berinteraksi dengan alam sekitar secara harmoni. Antara prinsip kepercayaan Buddha,
ialah jangan mencemarkan dunia serta memusnahkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan kerana
semasa penjelmaan semula kelak kita akan membunuh saudara-mara dan ibu bapa kita.
Agama Buddha misalnya, sebahagian daripada matlamat utama konsep ‘dharma’ adalah
hubungan yang harmonis dengan alam sekitar.

Itulah antara beberapa yang telah diterapkan dalam ajaran agama masing-masing
agar kita sebagai manusia, iaitu salah satu makhluk yang menghuni di bumi ini agar sentiasa
menghargai dan menjaga alam sekitar daripada segala kemusnahan.

15
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

4.0 KRISIS ALAM SEKITAR


Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia
sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti
ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan
modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan inimengakibatkan kesan
pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatanmanusia,sumber-
sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan
negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan
mestilah diseimbangkandengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan


hasil dari aktivitimanusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan.TakrifanPencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat
fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
denganmelepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-
kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin
berbahaya kepadakesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma
lain,tumbuhan danhaiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada
pelbagai bentuk pencemaran alam:

 Pencemaran udara
 Pencemaran air
 Pencemaran laut
 Pencemaran bunyi
 Pencemaran tanah
 Pencemaran haba
 Pencemaran sungai dan kolam

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau
pengukuran yang telahditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu
sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu
menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu

16
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimiayang berbeza


memberikan paras bahaya yang berbeza pula.

Ini kesan daripada bahan kimia terhadapmakhluk hidup adalah berbeza.Lazimnya


pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian
bahankimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur
dengan unit-unit tertentu.

Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.

4.1 PENCEMARAN UDARA.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna
pada tahun2010:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia
dianggarkan sebanyak 933,000 tansetahun.Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama
pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen janakuasa(23.9%),pembakaran bahan api
industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaranterbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang
mengganggu ataumembahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta
benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon
Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-
apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.6 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan
mengancamkualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali
ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang
17
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

dikeluarkan oleh kenderaanmenjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan


ozon.

Rajah 1.7 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan
gas Karbon Dioksida pada kenderaan.

Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada
stesen jana kuasaelektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan
pembakaran sampah sarap.Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat
daripada tindakan manusia itusendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan
alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asapke udara,pembakaran sisa buangan di
kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesankepada pencemaran udara.

4.2 PENCEMARAN AIR

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada darisegi biologi,kimia dan fizik.Bahan
pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran
air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan
pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.Antara punca-punca
pencemaran air ialah:

 Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak
memerlukan kos pelupusan.

18
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

 Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh


sesetengah pihak individu jugamerupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
 Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah
kerana,penerokaan yangdijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku
dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.

Rajah 1.8 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai.

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak
dirawat,manakala kilangkadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh
membunuh ikan dan tumbuhan sepertihaiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia
yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujanke dalam sungai dan anak
sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Rajah 1.9 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran


kawasanpembangunan industri.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah


membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang
umpamanya,berusaha menjimatkan kos denganmengambil jalan mudah,membuang sisa

19
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.Selain


itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta
cubamengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan
manusia atau kestabilanalam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca
kemusnahan alamsekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.Masalah ini harus dipandang
serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.

Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru


menyebabkan banyak sungai yang hilangkeupayaan untuk memainkan peranan semula
jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahilrangkaian sungai di seluruh negara
turut tercemar .

4.3 PENCEMARAN LAUT

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

 Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-


samanya.
 Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke
dalam laut.
 Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di
lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
 Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses
serbuk pencuci pakaianmemberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan
kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahanradioaktif dan gas semakin
berleluasa mencemari laut.

20
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

Rajah 1.10 Gambar Photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai

4.4 PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada
pencemar organik,kimia atau fizik.Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-
sisa kilang.

b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca
pencemarantanah.

d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan
menarik dan indah.

Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan


kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan
penebangan telah mengubahsama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.Pencemaran tanah
juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat
telahdicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah

21
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

yang telah dicemaritidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan
membunuh tumbuhan yang ditanam.Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah
mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secarameluas. Selain daripada mengurangkan
jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut
menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanahruntuh di
Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air
akanmenjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan
semula air bawahtanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.11 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari
tanah.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan
pembukaan tanahsecara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar
contohnya berlakulah hakisantanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan
banjir

Rajah 1.12 Gambar Photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

22
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

4.5 PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan


telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi
dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat
bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisinganselenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi
lantunan.Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

 Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.


 Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-
bunyi ini datangnyadaripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.
 Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi
dan pemunggahan batuke lori merupakan punca pencemaran ini.
 Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 1.13 Gambar Photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak
pencemaran bunyi

23
Tugasan Kumpulan: Islam Dan Alam Sekitar

5.0 KESIMPULAN

Islam menggariskan beberapa konsep yang telah diterangkan seperti diatas iaitu konsep
tauhid yang merangkumi keesaan kepada Tuhan yang mencipta alam sekitar, konsep
khalifah dan amanah yang merangkumi penetapan manusia sebagai khalifah yang diberi
tanggungjawab menjaga dengan sebaik-baiknya alam sekitar, konsep syariah menggariskan
etika dan norma perundangan yang berkaitan dengan alam sekitar serta contoh teladan dari
Al-Quran akibat daripada orang yang melakukan kerosakkan di muka bumi dan konsep
keadilan dan kesederhanaan yang merangkumi sifat manusia itu sendiri terhadap alam
sekitar.

Alam sekitar adalah anugerah Allah bagi memudahkan manusia hidup sebagai khalifah-Nya.
Pada alam sekitar yang terbentang luas, tersedia sumber asli seperti hutan rimba menghijau
yang mengimbangi ekosistem, lautan dalam yang menakung limpahan karbon untuk
menyejukkan suhu bumi, sekali gus menjadi tempat membiaknya hidupan akuatik.

Dalam semua fahaman agama yang ada di dunia ini pun menerapkan betapa pentingnya
penjagaan alam sekitar.Ini kerana kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar telah
diakui.kesedaran ini bertujuaan mengelakkan berlakunya krisis pencemaran alam sekitar.

Oleh itu kita sebagai khalifah di muka bumi ini hendaklah memelihara amanah yang telah
diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebelum terlambat kerana akibat buruk yang berlaku
dari pemusnahan alam sekitar akan menjejaskan kehidupan manusia itu sendiri terutama
keturunan selepas kita

24
Assignment The Kettle Of Manufacturing Process

6.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Basir Mohamad, (2005) Undang-undang dan pengurusan alam sekitar menurut Islam. Malaysian
Journal of Environmental Management.

Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin,(2010) Tamadun Islam Dan Tamandun Asia.Fakulti
Tamadun Islam UTM.

Al-Quran al-Karim, Tafsir Pimpinan ar-Rahman al-Quran, terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri, 1992.
Abdullah Omar Nasseef, (1984). Science Values and Religious Values, The Islamic Academy,
Cambridge dalam Yunus Negus, (Ed.) Sains Dalam Islam - Belajar Bagaimana Menjaga
Dunia Kita.
Abu Bakar Yang, (2000). Pendidikan Alam Sekitar Asas Pengurusan Berhemah dalam Abu Bakar
Abdul Majid & Abu Bakar Yang (Eds) Pengurusan Bijak Alam Sekitar, Institut
Kefahaman Islam Malaysia
Ahmad Badri Mohamad (1987). Perspektif Persekitaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,Petaling
Jaya
Beringer, A. (2006). Reclaiming a Sacred Cosmology: Seyyed Hossein Nasr, the Perennial
Philosophy, and Sustainability Education, Canadian Journal of Environmental
Education, Vol. 11, 2006
Fadil Othman (1996). Permasalahan Alam Sekitar, Penerbitan Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka
& Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Green: The Future of Environmental Education
Rosnani Ibrahim (2000) Alam Sekitar Malaysia: Status Kini dan Masa Depan dalam Abu Bakar
Abdul Majid & Abu Bakar Yang (Eds) Pengurusan Bijak Alam Sekitar, Institut
Kefahaman Islam Malaysia
Sham Sani (2000) Anjakan Paradigma dalam Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia: Peranan
Universiti, Akademika 57 (Julai) 2000, 3-24
UNESCO-UNEP 1978, The Tbilisi Declaration, Connect, Vol. 3, No.1, 1-8
Yunus Negus, (1991) Sains Dalam Islam –Belajar bagaimana menjaga dunia kita dalam terjemahan
Islam and Ecology oleh Baharin Ramly & Aini Majid (1997)

25
Assignment The Kettle Of Manufacturing Process

7.0 APPENDIX

26

Вам также может понравиться