Вы находитесь на странице: 1из 2

8.

0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Walau bagaimanpun, kaedah Pembelajaran koperatif teknik Jigsaw telah membantu

murid Tahun 4 meningkatkan penguasaan dalam topik Proses Pernafasan Manusia,

penyelidik mempunyai beberapa cadangan bagi penyelidik lain yang ingin menyambung

kajian ini pada masa akan datang.

Cadangan yang pertama ialah pelaksanaan Pembelajaran koperatif teknik Jigsaw

terhadap murid-murid Tahun 5 dan ke atas dalam topik-topik Sains yang lain. Hal ini

demikian kerana murid Tahun 5 dan ke atas dianggap dapat berkomunikasi dan berkongsi

pendapat serta cadangan bersama rakan-rakannya dengan lebih baik. Dengan ini data

mengenai keberkesanan pelaksanaan Pembelajaran Koperatif teknik Jigsaw terhadap

kumpulan sasaran yang lain dapat dikumpul dan dikenalpasti.

Cadangan kedua ialah penyelidik boleh memerhati perubahan tingkah laku murid

melalui temu bual. Penyelidik boleh mengkaji cara berkesan untuk melatih murid supaya

dapat berkongsi pendapat dan berkomunikasi dengan lebih baik. Penyelidik haruslah

menanyakan soalan-soalan berkaitan penglibatan murid dalam pembelajaran Koperatif

teknik Jugsaw. Secara tidak langsung, murid dapat menguasai kemahiran tersebut dengan

baik dan boleh diaplikasi pada bila-bila masa.

Cadangan seterusnya ialah penyelidik hendaklah menitikberatkan semangat

berpasukan antara ahli-ahli kumpulan agar proses Pembelajaran Koperatif teknik Jigsaw

dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan. Di samping itu, nilai-nilai murni seperti

kerjasama, toleransi, hormat-menghormati dan sebagainya boleh diterapkan dalam

kumpulan supaya semua ahli kumpulan dapat bersama-sama menghayati hasil kejayaan.

Malahan, cadangan seterunya ialah penyelidik dicadang untuk membuat kajian

tentang peningkatan penguasaan murid melalui Pembelajaran Koperatif yang selain

daripada teknik Jigsaw, iaitu seperti “ Student Teams-Achievement Divisions” (STAD),


“Team Assisted Individualization” (TAI) dan “Team Game Tournament” untuk mengenalpasti

keberkesanannya.

Вам также может понравиться