Вы находитесь на странице: 1из 8

KOD ETIKA PENGURUSAN MASJID

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Tatacara atau disiplin yang diguna pakai dalam pengurusan masjid


agar bertepatan dengan misi dan visi penubuhan sesebuah masjid.

2. Kod Etika bertujuan agar setiap masjid yang ada dapat memainkan
peranan sebagai salah satu institusi agama yang penting dalam
masyarakat secara teratur bersesuaian dengan fungsi masjid.

3. Fungsi masjid.

Dilihat sejak zaman Rasulullah , fungsi masjid adalah berbagai. Pada


masa sekarang fungsinya bolehlah dikhususkan kepada:-

Ii) Pusat aktiviti ibadah secara khusus.

Masjid hanyalah tempat menyembah Allah dan pembinaan


konsep taiuhid

ii) Sebagai tempat penyucian jiwa. Masjid juga berperanan sebagai


pusat aktiviti tazkiatun nafs (penyucian hati) dan ‘transfer’ ilmu
pengetahuan terutama berhubung ilmu agama.

iii) Menjadi salah satu tempat bagi memupuk perpaduan dan


penyatuan dalam masyarakat setempat. Masjid juga dapat
memain peranan dalam menyelesaikan pertikaian yang berlaku
daalam masyarakat.

iv) Sebagai pusat aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan sperti:-

1) Aktiviti gotong royong


2) Tempat lkaunseling
3) Pusat komunikasi / Muamalat

1
Din Negeri Terengganu masjid-masjid dikawal seklia oleh Jabatan Hal
Ehwal Agama Terengganu.

Masjid masjid di Negeri Terengganu terbagahagi kepada 2 kategori

i) Masjid Keerajaan

 Terdapat sebanyak 49 buah masjid di seluruh negeri
Terengganu yang dikategorikan sebagai masjid kerajaan.
Masjid ini termasuklah masjid negeri dan daerah negeri
Terengganu.

 Imanm –imanm dan bilal-bilal yang tugaskan di masjid


ini dilantik oleh sSuruhanjaya Pperkhidmatan Negeri
Terengganu atau Ssetiausaha Kerajaan Negeri selepas
melalui proses temuduga.

 Imam-imam ini bertaraf jawatan tetap dab bergaji


mengikuut skim yang ditawarkan.

ii) Masjid Muskim

 Manakala Masjid Mukim pula terdapat sebanyak 427


buah masjid di seluruh Negeri Terengganu iaitu ;-

2) Masjid Muskim

Manakala Masjid Mukim pula terdapat sebanyak 427


buah masjid di seluruh Negeri Terengganu iaitu

2
Kuala Terenganu - 112 buah
Kemaman - 37 buah
Dungun - 40 buuah
Besut - 73 buah
Hulu Terengganu - 71 buah
Setiu - 48 buuah
Marang - 46 buah

 Terdapat seramai 1070 orang imam dan 1092 bilal yang


telah ditugaskan di seluruh 427 buah masjid mukim.

 Imam dan bilal yang ditugaskan di masjid mukim hanya


dibayar elaun.

 - Elaun para imam dibayar oleh Jabatan Kemajuan Islam


Malaysia (JAKIM) sebanyak RM450.00 sebulan
manakala tambahan sebanyak antara RM150.00 hingga
RM200.00 dibayar oleh kerajaan negeri. Ini bererti elaun
yang akan diterima oleh imam yang bertugas di masjid
mukim sebanyak antara 600.00 hingga RM650.00
sebulan.

 Adapun elaun para bilal-bilal dibayar upahnya oleh kerajaan


negeri antara RM400.00 hingga 450.00 sebulan

 Imam-imam dan bilal-bilal dilantik oleh Pesuruhjaya Agama


apabila mendapat permohonan olehdaripada Pengerusi
JKK atau Pengerusi Jawatankuasa Masjid kepada
Pesuruhjaya Agama. Imam yang hendak dilantik perlulah
melalui proses temuduga. Sete;lah lulus temuduga
barulah imam-imam tersebut dilantiik.

JAWATAN KUASA MASJID

3
Mengikut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu)
1422H/2001M.
Peraturan-peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Jawatankuasa
Masjid) 2004
Perkara 3.

I1) Tiap-tiap masjid mukim hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa


yang mengadungi:-

a) Penasihat
b) Seorang pengerusi
c) Seorang Timbalan pengerusi
d) Seorang Setiausaha
e) Seorang Bendahari
f) Tidak lebih daripada 12 orang ahli lain
g) 2 orang pemeriksa kira-kira

2) Jawatan penasihat, pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha,


bendahari dan enam orang ahli hendaklah dilantik oleh pesuruhjaya.

3) Lima orang ahli jawatankuasa hendaklah dipilih oleh ahli qaryah dan
dilantik oleh pesuruhjaya.

4) Tempoh lantikan tidak lebih daripada 3 tahun.

CARA PERLANTIKAN JAWATANKUASAara perlantikan Jawatankuasa


MAJID

Pengerusi JKK mencadangkan nama-nama calon kepada Yang Berhormat


kawasan. Seterusnya Yang Berhormat kawasan memanjangkan nama-nama
calon tersebut kepada Pesuruhjaya Agama.

4
5
TUGASAN JAWATANKUASA MASJID

1. Pengurusan masjid.
Mengurus semua pentadbiran masjid.

2. Mengadakan mesyuarat sekurang kurangnya sekali dalam


masa 3 bulan.

3. Pengerusi, setiausaha dan bendahari bertanggungjawab


menandatangani cek-cek atau lain kenyataan pengeluaran
wang.

4. Bendahari bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan


masjid dan hendaklah menjaga dan menyimpan kira-ksira
berkenaan semua perkara keewangan.

5. Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat


jawatankuasa.

6
ETIKA UMUM BAGI IMAM, BILAL DAN JAWATAN KUASA MASJID

Diantaranya:-

1. Pengimarahan Masjid.

i) Imam, bilal dan Ahli jawatankuasa perlu mencari ‘alternatif’


atau berusaha kearah meramaikan makmun dalam solat
berjamaah.

ii) Mencari guru atau tenaga pengajar yang berwibawa dalam


menyampaikan kuliah bagi menarik anak qariah untuk
menghadiri kelas agama di masjid.

iii) Menjauhkan masjid dari perkara-perkara yang membawa


unsure-unsur perpecahan dalam masyarakat .

iv) Berusaha menarik para remaja agar gemar untuk hadir ke


masjid.

2. Kebersihan Masjid

i) Sentiasa mengambil berat tentang kebersihan masjid.

7
ii) Menghias ekologi kawasan masjid agar nampak menarik dan
menjadi satu tempat yang gemar dikunjungi oleh masyarakat.

3. Mengurus Kewangan Masjid

i) Berusaha kearah menambah sumber kewangan masjid.

ii) Mengurus kewangan secara berhemah untuk mamfaat masjid.

iii) Sentiasa menyediakan laporan keluar masuk kewangan masjid.

Semoga dengan kertas kerja yang ringkas ini, diharap bakal-bakal imam
dapat memahami serba sedikit tentang etika yang diguna pakai dalam
pengurusan masjid di Negeri Terengganu.

Вам также может понравиться