Вы находитесь на странице: 1из 13

TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan? (Istilah , TP 2, T 4)

A. Proses penyimgkiran sisa-sisa makanan yang tidak dicernakan daripada badan.


B. Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.
C. Proses penyingkiran bahan kumuh.
D. Proses pertumbuhan manusia.

2. Antara urutan berikut , yang manakah laluan udara yang betul semasa menarik nafas.
( Aliran , TP 2 , T 4)

A. Hidung trakea peparu


B. Hidung peparu trakea
C. Peparu trakea hidung
D. Peparu hidung trakea

3. Berdasarkan kepada pengelasan di bawah , apakah yang diwakili oleh P dan Q?


( Pengelasan , TP 3 , T 4)

Tabiat buruk Amalan Hidup Sihat


Merokok Bersenam
Menghidu gam Beriadah
Minum minuman beralkohol Bersiar-siar
P Q

P Q
A. Makan makanan seimbang Bersukan
B. Penyalahgunaan dadah Makan makanan tidak seimbang
C. Makan makanan tidak seimbang Bersukan
D. Bersiar-siar Makan makanan seimbang

4. Azam terkejut apabila sebuah lori di belakangnya membunyikan hon.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan situasi di atas ? ( KB 1 , TP 4 , T 4)

A. Manusia berhenti bergerak balas terhadap rangssangan dalam keadaan tertentu.


B. Manusia boleh mengelak daripada sebarang situasi yang berbahaya.
C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
D. Manusia boleh mendengar dan melihat.
TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

5. Antara organ berikut , yang manakah terlibat dengan proses penyahtinjaan ?

A. Kulit C. Usus
B. Ginjal D. Peparu

6. Maklumat berikut adalah senarai tiga jenis penyakit. (Penterjemahan , TP 2 , T 4)

 Batuk
 Strok
 Kanser peparu

Tabiat buruk yang manakah menyumbang kepada berlakunya penyakit-penyakit ini?

A. Minum minuman beralkohol


B. Makan makanan tidak seimbang
C. Penyalahgunaan dadah
D. Merokok

7. Apakah kesan kepada pemandu yang mengambil minuman beralkohol?


(Ekstrapolasi , TP 3 , T 4)

A. Mereka menjadi lebih bertenaga.


B. Mereka memandu mengikut had laju yang ditetapkan.
C. Mereka memandu dengan merbahaya.
D. Mereka lambat bergerak balas terhadap rangsangan.

8. Yang manakah merupakan ciri yang diwarisi oleh manusia daripada


keturunannya? (Fakta , TP 2 , T4 )

i. Keadaan rambut iii. Warna kulit


ii. Rupa paras iv. Panjang rambut

A. i dan ii B. ii dan iii


C. i , ii dan iii D. Semua di atas
TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

9. Rajah 2 di bawah menunjukkan organ perkumuhan manusia ,P,Q , dan R.


( Pengelasan / Kategori , T P 2 , T4)

Apakah bahan kumuh yang di hasilkan oleh organ P,Q dan R?

P Q R
A Peluh Air kencing Udara hembusan
B Udara hembusan Peluh Air kencing
C Air kencing Peluh Udara hembusan
D Air kencing Udara hembusan Peluh

10. Rajah di bawah menunjukkan makanan yang kerap dimakan oleh Amin.
( Ekstrapolasi , T P 3, T4)

Apakah kesannya kepada Amin ?

A. Obesiti
B. Halusinasi
C. Kerosakan otak
D. Lambat bergerak balas terhadap rangsangan.
TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

11. Antara urutan yang berikut, yang manakah betul bagi laluan udara semasa menarik
nafas? (TP2)

A. Hidung – trakea – peparu


B. Peparu – trakea – hidung
C. Peparu – trakea – mulut
D.Trakea – hidung – peparu

12. Juliana terkejut apabila bas di belakangnya membunyikan hon (TP3)


Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan situasi di atas?
A. Manusia berhenti bergerak balas terhadap rangsangan dalam keadaan tertentu
B. Manusia boleh mengelak daripada sebarang situasi yang berbahaya
C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan
D. Manusia boleh mendengar dan melihat

13. Pilih padanan yang betul


Organ Fungsi
A Peparu Melakukan pertukaran oksigen dan karbon dioksida
B Tulang rusuk Melindungi ginjal daripada kecederaan
C Diafragma Mengawal tekanan udara dalam peparu
D Usus kecil Menyerap zat makanan

14. Apakah bahan yang dinyahtinjakan daripada badan manusia (TP4)


A. Air kencing
B. Peluh
C. Karbon dioksida
D. Tinja

15. Pilih padanan yang betul (TP2)

Organ perkumuhan Bahan kumuh


A Ginjal Karbon dioksida
B Peparu Najis
C Kulit Garam mineral
D Dubur Urea
TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

16. Antara ciri-ciri berikut, yang manakah tidak dapat diwarisi oleh seseorang daripada
keturunan? (TP3)

A. Bentuk muka
B. Warna kulit
C. Buta huruf
D. Warna anak mata

17. Apakah risiko yang akan dihadapi oleh perokok tegar? (TP3)
A. Tidak boleh berjalan lurus
B. Berkhayal
C. Peparu akan rosak
D. Dinding perut terhakis

18. Antara yang berikut, yang manakah bukan amalan yang sihat? (TP3)
A. Tidur yang mencukupi
B. Minum minuman berkarbonat
C. Makan makanan yang seimbang
D. Melibatkan diri dengan aktiviti gotong royong

19. Pilih aktiviti yang dapat menjaga kesihatan jantung dan peparu. (TP2)
A. Berenang
B. Memanah
C. Menghisap rokok
D. Minum minuman beralkohol

20. Afiq termakan bahan kimia ketika melakukan eksperimen di makmal sekolah.
Apakah
yang perlu dilakukan olehnya sebagai tindakan keselamatan awal?
A. Meludahkan bahan kimia itu dengan serta merta.
B. Berlari ke luar untuk mendapatkan udara segar.
C. Siramkan air ke seluruh badan.
D. Meminta pertolongan guru.
TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

21. Antara peralatan yang berikut yang manakah digunakan untuk memerhatikan objek yang
halus?
A C

B D

22. Rajah 2 di bawah menunjukkan satu peralatan sains.

Rajah 1

Apakah kegunaan peralatan sains ini?


A. Untuk menyukat isi padu cecair.
B. Untuk menyukat jisim spesimen.
C. Untuk memanaskan bahan kimia pepejal.
D. Untuk memegang alat radas semasa menjalankan eksperimen.

23. Tinggi Afiq ialah 143 cm. Tinggi Ayie ialah 145 cm dan tinggi Kerol ialah 144 cm.
Manakah graf yang betul tentang ketiga – tiga orang murid itu?
A. C.

B. D.
TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

24. Mengapakah kita tidak dibenarkan bergurau di dalam bilik sains?


A. Kita tidak akan dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna.
B. Kita mungkin terjatuh atau terkena bahan yang berbahaya.
C. Kawan-kawan yang lain akan turut bergurau.
D. Kita akan kepenatan
25. Apakah yang berlaku ketika proses menarik nafas?
A. Tulang rusuk bergerak ke dalam dan ke bawah
B. Udara keluar dari peparu
C. Peparu mengembang
D. Dada mengecut

26. Antara bahan perkumuhan berikut, yang manakah dikumuhkan melalui peparu?
i. Wap air
ii. Urea
iii. Karbon dioksida
iv. Garam mineral
A. i dan ii C. ii dan iii
B. i dan iii D. iii dan iv

27. Antara berikut, yang manakah organ pernafasan manusia?


i. Hidung
ii. Jantung
iii. Peparu
iv. Trakea
A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv
B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

28. Rajah 3 di bawah menunjukkan proses pernafasan manusia


TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

Rajah 2

Manakah aliran udara yang betul bagi rajah di atas.


A. Peparu  Trakea  Hidung
B. Hidung  Trakea  Peparu
C. Peparu  Hidung  Trakea
D. Hidung  Peparu  Trakea

29. Apakah yang berlaku semasa proses menarik dan menghembus nafas?
Menarik nafas Menghembus nafas
A Dada naik dan mengembang Dada turun dan mengempis
B Dada naik dan mengempis Dada turun dan mengembang
C Dada turun dan mengembang Dada naik dan mengempis
D Dada turun dan mengempis Dada naik dan mengembang

30. Pernyataan berikut adalah tentang bahagian organ pernafasan manusia.

 Bercabang dua
 Berbentuk tiub

Apakah bahagian yang dinyatakan di atas?


A. Hidup
B. Mulut
C. Peparu
D. Trakea

31. Aktiviti manakah yang menyebabkan kadar pernafasan paling cepat?


TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

A
B D

32. Antara aktiviti berikut, yang manakah menghasilkan kadar pernafasan paling tinggi?
A. Menonton televisyen
B. Menyapu sampah
C. Berlari
D. Tidur
33. Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?
A. Gerak balas badan manusia terhadap ransangan luar.
B. Proses menarik dan menghembus nafas.
C. Proses penyingkiran tinja daripada badan manusia.
D. Proses penyingkiran bahan buangan dari badan.

34. Rajah 4 di bawah menunjukkan organ perkumuhan manusia.

Rajah 3

Apakah nama bagi organ tersebut?


A. Hati
B. Jantung
C. Perut
D. Ginjal
TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

35. Manakah organ perkumuhan yang menyingkirkan urea?


i. Ginjal
ii. Kulit
iii. Peparu
iv. Hati
A. i dan ii C. i dan iv
B. i dan iii D. ii dan iv

36. Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtijaan?


A. Bahan makanan yang baik
B. Bahan makanan yang diserap oleh badan
C. Proses penyingkiran tinja melalui dubur
D. Proses penyingkiran bahan buangan

37. Rajah 5 menunjukkan organ perkumuhan manusia.

Rajah 4

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bahan yang dikumuhkan oleh organ M?
A. Urea
B. Peluh
C. Wap air
D. Karbon dioksida

38. Rajah 6 di bawah menunjukkan organ penyahtinjaan yang terdapat dalam badan
manusia.
TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

Rajah 5

Makanan yang dihadam di dalam perut akan diserap oleh organ K. Apakah organ K?
A. Usus kecil
B. Usus besar
C. Tinja
D. Dubur
39. Bagaimanakah amalan segera ke tandas dapat membantu mengekalkan kesihatan sistem
pencernaan kita?
A. Organ pencernaan sentiasa kering dan kosong.
B. Toksik dan najis tidak sempat bertukar menjadi air.
C. Toksik dan najis tidak tersimpan lama di dalam badan.
D. Organ pencernaan boleh diisi dengan makanan dan minuman biru.

40. Antara berikut, manakah tabiat yang boleh merosakkan mata?


A. Melihat objek bewarna hijau.
B. Membaca buku pada waktu malam.
C. Menutup mata apabila disinari cahaya yang terik.
D. Bermain telefon bimbit pada jarak yang dekat.

41. Manakah pasangan rangsangan dan gerak balas yang betul?


A. Objek panas – memegang objek lebih lama
B. Bau makanan wangi – menutup hidung
C. Cuaca sejuk – menanggalkan pakaian
D. Bunyi yang kuat – menutup telinga

42. Manakah antara berikut merupakan contoh perwarisan manusia?


A. Kemampuan mengingati sifir matematik
B. Kemampuan memakan makanan pedas
C. Kemampuan menggulungkan lidah
TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

D. Kemampuan menyelam

43. Pernyataan manakah yang tidak betul tentang pewarisan?


A. Kita mewarisi warna kulit daripada ibu bapa.
B. Kita mewarisi cara berjalan daripada ibu bapa.
C. Kita mewarisi keadaan rambut daripada ibu bapa
D. Rupa anak akan hampir seiras seperti ibu dan bapanya.

44. Apakah kesan daripada tabiat hidup yang buruk?


A. Boleh berfikir dengan waras
B. Mudah memberi tumpuan
C. Mahir dalam pergaulan
D. Mudah dihinggapi penyakit

45. Aya suka menonton televisyen sehingga larut malam. Apakah kesan buruk daripada
tabiatnya itu?
A. Kerosakan mata
B. Ketagihan
C. Obesiti
D. Kanser

46. Antara yang berikut, manakah tabiat yang boleh merosakkan mata?
A. Melihat objek berwarna hijau.
B. Membaca buku pada waktu pagi.
C. Bermain telefon bimbit pada jarak yang dekat.
D. Menutup mata apabila disinari cahaya yang terik.

47. Rajah 7 menunjukkan satu tabiat yang mengganggu proses hidup.

Rajah 6

Apakah tabiat buruk yang ditunjukkan di atas?


TAHUN 4 PROSES HIDUP MANUSIA

A. Merokok
B. Makan makanan yang tidak seimbang
C. Minum minuman beralkohol
D. Penyalahgunaan dadah

48. Manakah tabiat yang boleh merosakkan deria pendengaran?


A. Menutup telinga apabila mendengar bunyi kuat.
B. Suka mendengar lagu yang berunsur negatif.
C. Suka membersihkan bahagia luar telinga.
D. Suka mendengar muzik dengan kuat.

49.

Вам также может понравиться