Вы находитесь на странице: 1из 4

BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Di kampung berdekatan dengan gua itu, tinggal Mak Tanjong bersama-sama dua
anaknya, Si Melor dan Si Pekan. Mak Tanjong asyik bersedih kerana baru
kehilangan suami tersayang. Tekanan emosi menjadikan Mak Tanjong kurang
seimbang, tambahan pula dia terpaksa menjaga anaknya dalam keadaan yang
miskin dan daif.

Kesedihan, tekanan perasaan dan kemiskinan hidup membuatkan Mak


Tanjong terlupa akan rahmat Tuhan. Depresi yang lalu lama dirasai membuatkan
hati Mak Tanjong akan dua kejadian dalam hidupnya- Melor dan Pekan. Kasihan
Mak Tanjong terus berasa keseorangan walaupun Pekan dan Melor sebenarnya
amat dekat kepadanya.

Pada suatu hari, Mak Tanjong teringin sangat memakan telur ikan
tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk menangkap ikan itu. Bukan main suka
hati Mak Tanjong apabila seekor ikan tembakul yang besar dapat ditangkap.

“Besarnya ikan itu mak!” teriak Si Pekan sambil menepuk tangan kegembiraan.

“Ya nak, ni namanya ikan tembakul. Mak rasa ni ada telurnya. Lama mak teringin
makan telur ikan tembakul,”, balas Mak Tanjong.

Mak Tanjong terus menyiang ikan tembakul tersebut. Setelah bersih


diberikan kepada Melor untuk dibuat gulai.

“Buat gulai ikan goreng telur ikan tembakul ni, ya Melor? Mak ke hutan cari kayu.
Kalau mak lambat balik, Melor dan Pekan makan dulu, ya? Tapi, jangan lupa,
tinggalkan sikit telur ikan untuk mak nanti,” pesan Mak Tanjong.

Selesai membuat gulai, Melor menggoreng pula telur ikan tembakul itu.
Dia terus menyimpan sedikit telur ikan seperti pesanan Mak Tanjong. Namun,
setelah lama menunggu, ibu mereka tidak pulang-pulang. Pekan, si kecil nakal,
menangis kelaparan. Melor terus menyajikan nasi putih, telur goreng dan gulai
ikan tembakul untuk dinikmati bersama Pekan.

“mmm...Sedapnya telur ikan ni”, kata Pekan sambil menikmati juadah yang
tersedia.
“Tapi Pekan, jangan adik asyik makan telur ikan itu saja. Makanlah nasi gulai
juga”, pesan Melor kepada sdiknya yang baru berusia 5 tahun itu.

“Kak, telur dah habis. Nak lagi, nak lagi. Adik nak lagi!”, rayu Pekan merengek-
rengek.

“Dik, telur ikan tak banyak. Nah, adik ambil bahagian kakak, ya?” Melor yang
berusia 13 tahun itu berkorban demi melayan kehendak adiknya yang terlalu
dimanja.

Pekan makan telur ikan kakaknya dengan lahap. Mungkin kerana enak
rasa telur ikan itu, mungkin juga kerana minda kanak-kanaknya yang belum
matang, si Pekan mula merengek lagi sambil menangis yang dibuat-buat.

“Kak, Pekan nak lagi. Nak lagi kak, nak lagi kak. Bagi telur ikan itu kak... Pekan
nak kak!” Pekan meraung-raung sambil menarik-narik tangan si Melor.

“Mana ada lagi! Dah habis. Sudahlah, Pekan makan nasi dan gulai ikan, ya?
Lagipun, telur ikan yang sikit lagi tu untuk mak. Mak dah pesan supaya kakak
simpan sikit telur ikan untuk dia”, Melor menjelaskan.

Sayangnya, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Raungnya kuat


kedengaran dan dia merotan-rotan di atas tikar mengkuang di lantai dapur
mereka. Puas Melor memujuk Pekan tetapi si kecil nakal itu terus berdegil.
Secara tiba-tiba, Pekan melompat dan mencuri telur ikan yang dimpan oleh
Melur untuk ibu mereka.

“Kan dah dapat....adik dah dapat. Adik dapat telur ikan! Adik dapat telur ikan!”
teriak Pekan begitu gembira.

“Pekan!!!” jerit Melor. “Adik jangan makan telur tu! Kakak simpankan untuk
mak”, pekik Melor sambil cuba mengambil kembali telur goreng berkenaan.

Malangnya, Pekan langsung tidak mempedulikan pekikan kakaknya.


Dengan lahap, Pekan menelan telur ikan itu senhingga habis. Tidak lama
kemudian, Mak Tanjong pun pulang. Melor terus menyajikan makanan untuk
ibunya.

“Mana dia telur ikan tembakul mak, Melor?” tanya Mak Tanjong.
“ Melor....Melor.... Melor ada simpankan. Tapi mak, Pekan dah ambil semuanya.
Bahagian Melor pun dia ambil mak. Melor dah larang tapi dia ambil juga!”

“Jadi? Jadi sikit pun tak ada untuk mak?” Mak Tanjong hampa.

Melor terdiam tidak menjawab. Dia terasa amat bersalah. Dia sedih
melihat ibunya yang begitu hampa kerana tidak dapat merasa telur ikan
tembakul.

“Mak dah lama mengidam makan telur ikan tembakul. Ya Tuhan, sedihnya
hati...sanggup anak-anak mak lupakan mak...sanggup kamu berdua...sanggup
kamu!”

Mak Tanjong bingkas berdiri. Dia memandang Melor dan Pekan dengan
penuh rasa pilu lalu berjalan tidak bermaya menuju ke hutan. Hatinya bertambah
sayu mengenangkan arwah suami. Mak Tanjong merasakan dirinya tidak
disayangi lagi. Kesedihan membuat Mak Tanjong semakin yakin bahawa anak-
anaknya teramat bencikan dirinya.

Mak Tanjong terlupa amanah yang diberi Tuhan. Mak Tanjong terlupa
nikmat memberi kemaafan. Mak Tanjong nekad meninggalkan anak-anaknya,
meninggalkan dunia kerana tidak dapat menikmati telur ikan tembakul. Melor
dan Pekan berlari mengejar ibu mereka. Mereka berteriak sambil menangis
memujuk ibu mereka supaya ikut pulang.

“Mak, jangan pergi, jangan pergi mak! Pekan minta maaf, Mak! Ampunkan Pekan
mak! Ampun mak! Ampun mak! Pekan tak buat lagi mak!” jerit Pekan sekuat hati
sambil memeluk erat kaki Mak Tanjong.

Melor juga turut menangis sekuat hati, berteriak meminta simpati Mak
Tanjong,

“Mak, kesianlah kami mak! Ampunkan kami mak! Jangan pergi mak! Jangan pergi
mak!”

Malangnya kasihan sudah hilang dari hati ibu tunggal itu. Tidak ada
secebis pun rasa simpati buat Pekan dan Melor. Semuanya sudah diganti rasa
hampa dan marah. Bagi Mak Semuanya sudah diganti rasa hampa dan marah.
Bagi Mak Tanjong, tidakkan ada kemaafan untuk anak-anak yang tidak
mengenang budi. Sekuat-kuat hatinya Mak Tanjong menolak Pekan ke lantai
hutan dan berlari sepantas yang termampu.

Melor menarik tangan adiknya sambil mereka berdua mengejar Mak


Tanjong. Sayangnya mereka terlambat, Mak Tanjong tidak mempedulikan rayuan
mereka. Ternyata, Mak Tanjong sudah menyeru Batu Belah Batu Bertangkup agar
membuka pintunya. Sebaik sahaja Mak Tanjong melangkah masuk, pintu gua itu
pun tertutup rapat.

Tinggallah dua beradik itu menangis, meraung sekuat hati. Namun, air
mata darah sekali pun tidakkan dapat mengembalikan Mak Tanjong ke dunia.
Mak Tanjong sudah mengambil nyawanya sendiri. Tinggallah Pekan dan Melor
sebagai yatim piatu, hidup lara tidak terbela.

Вам также может понравиться