Вы находитесь на странице: 1из 26

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS BERMASALAH AUTISME

1.0 PENDAHULUAN

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental) yang melibatkan


fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan
psikiatris (pyschiatric disorder) mudah. Secara ringkasnya, Autisme adalah gangguan
perkembangan otak yang dicirikan dengan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang
kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang biasanya
berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan
ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak yang berlaku ketika dalam kandungan.

Walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, komunikasi,


emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga
melibatkan masalah dengan integrasi deria. Sehingga kini tiada siapa tahu bagaimana gangguan
ini boleh berlaku. Biasanya Autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa
Autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1000 orang dan Autisme 4 kali lebih kerap
dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Autisme juga lebih kerap dikalangan lelaki
berkulit putih. Malahan, saiz otak kanak-kanak Autisme juga tidak sama seperti kanak-kanak
normal kerana ada yang lebih besar.

2.0 DEFINISI AUTISME

Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan Autisme berasal daripada perkataan
bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada
seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo
Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau
terhadap penghidap Autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi

1
dengan orang lain, pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara
komunikasi yang berbeza daripada orang biasa.

Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam
jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166
kanak-kanak di dunia merupakan penghidap Autisme. Menurut kamus Oxford Advance Learner
Autisme ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form
relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula
menyatakan bahawa Autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of
language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are
not fully established and follow unusual pattern.

Maka dapat disimpulkan di sini, Autisme merupakan ganguan psikologi terhadap


perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan. Menurut
Dr. Widowo Judarwanto pula di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada Kanak-
Kanak”, kebiasaannya Autisme tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun
perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi
terhadap sesuatu perkara, kebiasaannya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai
perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

3.0 ADAKAH AUTISME DIWARISI?

Saintis berpendapat Autisme ada kaitan dengan mutasi gen dan walaupun punca sebenar tidak
diketahui, faktor genetik dan persekitaran dipercayai menyumbang kepada gangguan ini. Oleh
kerana itu, ia dipercayai boleh diwarisi tetapi berdasarkan kajian, jumlah kes Autisme sebab
keturunan agak kecil iaitu hanya 15 peratus berbanding 85 peratus bagi jenis Autisme idiopatik
yang tidak diketahui puncanya. Dianggarkan seorang bayi daripada 1,000 kelahiran mengalami
Autisme. Bagaimanapun, ada kajian mengatakan kekerapannya antara dua hingga enam kes bagi
setiap 1,000 kanak-kanak.

2
Autisme adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak
dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak
yang menghidap penyakit seperti congenital rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom
Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan
(perinatal ashyxia) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan
menunjukkan ciri-ciri Autisme. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan
apa-apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Kanak-kanak dengan adik-beradik Autisme mempunyai kebarangkalian lebih tinggi iaitu


dua hingga lima peratus mendapat masalah yang sama. Dalam kajian terbaru, penyelidik percaya
jarak kehamilan yang rapat antara satu hingga dua tahun boleh meningkatkan risiko Autisme
pada anak kelahiran yang kedua. Selain faktor biologi, penyelidik berpendapat tekanan dialami
ibu ketika mengandungkan anak seterusnya boleh menyebabkan bayi mendapat Autisme.

Bagaimanapun, banyak kajian perlu dilakukan untuk menyokong pendapat ini. Autisme
berlaku tiga hingga empat kali lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Tahap serius Autisme berbeza antara individu kerana sesetengah kanak-kanak boleh membesar
dan hidup berdikari manakala segelintir lagi sentiasa memerlukan bantuan sepanjang hayat.

4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAKBERMASALAH AUTISME SECARA RINGKAS

Terdapat tiga jenis kelakuan pada perwatakan kanak-kanak Autisme iaitu kanak-kanak Autisme
mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan
lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam Autisme. Ibu bapa
biasanya akan menyedari masalah Autisme di dalam diri anak-anak mereka melalui gejala ini.
Seawal bayi lagi, kanak-kanak yang mempunyai masalah Autisme tidak memberi respon atau
fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai
Autisme adalah kelihatan seperti kanak-kanak yang normal namun mempunyai kekurangan
dalam komunikasi sosial.

3
Selain itu, kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi tindakbalas apabila nama mereka
dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai
kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif
kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak
memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka
kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain.

Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang


seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti
menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-
kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri
mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri
‘saya’.

Seterusnya, kanak-kanak Autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-
kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika
bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi
cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak Autisme adalah kurang
sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori
(deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang
tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Antara ciri-ciri Autisme yang diterangkan secara ringkas ialah :

1. Tidak menghiraukan orang lain.


2. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
4. Tidak suka sentuhan dan tidak mahu dipeluk atau dipegang.
5. Susah bekerjasama, berkongsi atau tidak sabar menunggu giliran.
6. Lebih suka bermain sendiri.
7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.
8. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi.

4
i) Lambat bercakap.
ii) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
iii) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
iv) Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
v) Sukar memulakan percakapan dimana jikalau berbual hanya satu pihak dan hanya
mereka yang bercakap.
vi) Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
vii) Kanak-kanak Autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan
bercakap seperti orang dewasa.
9. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan.
i) Suka melakukan perkara sama dan berulang dan tidak mahu menerima perubahan.
ii) Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.
iii) Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda
kereta mainan berpusing dan memutar objek.
iv) Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka
menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
v) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
vi) Tidak boleh duduk diam.
vii) Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain iaitu orang dewasa.
10. Masalah tingkah laku.
i) Suka mengasingkan diri, biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas
negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada
sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.
ii) Bersikap pasif iaitu tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan
keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang
dicetuskan orang lain.
iii) Tidak tahu bersosial dimana jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.
iv) Aktif tetapi berperangai pelik dimana kanak-kanak Autisme jenis ini suka
mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-
kanak lain.

5
5.0 CIRI-CIRI UTAMA AUTISME MENURUT DR.WIDOWO

5.1 Komunikasi dan Bahasa

Menurut Dr. Widowo, penghidap Autisme biasanya mengalami masalah


gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada
sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat
bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu
yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa
tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa
yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata
tersebut.

5.2 Kognitif

Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut


memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael
Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan
bahawa kanak-kanak Autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka
kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain.

5.3 Interaksi Sosial

Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap Autisme biasanya mengelakkan diri


untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila
mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil
mereka. Kebiasaannya penghidap Autisme akan merasa tidak selesa jika mereka
ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut.

Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan


orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut
melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa
selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati

6
mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada
orang tersebut.

5.4 Ganguan Emosi

Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap Autisme, mengalami masalah


emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau
marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap
panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk
mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi
manusia yang agresif.

5.5 Perangai dan Sikap

Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak Autisme ini senang untuk


diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu.
Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang
hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing
buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang
sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka
juga ingin terbang.

Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-
kanak Autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti
menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan
bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang
kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan
memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.

5.6 Kesan Sentuhan Fizikal

Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap


Autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman.

7
Kebiasaannya penghidap Autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit,
atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka
akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat.

Apabila kanak-kanak Autisme ingin dimandikan mereka akan menangis


apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka
dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar
untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan
atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada
perbuatan tersebut.

6.0 CONTOH KES YANG MENGETENGAHKAN CIRI-CIRI AUTISME


1/2
Amin yang berusia 3 tahun dibawa ke klinik kerana dikatakan tidak mahu bergaul dengan
kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa. Menurut ibunya, Amin dilahirkan dalam
keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-kanak
biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12 1/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan tidak
mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak, tidak
menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Hampir setiap waktu
dia bersendirian sambil bermain-main dengan benda-benda seperti tali, tudung-tudung botol dan
ketul-ketul batu. Dia leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya.

Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai
atau dicium. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan
ibu bapa dan orang disekelilingnya. Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan
mesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau
menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, ibunya terpaksa menyuapkan
makanan dan memberinya minuman. Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktiviti
harian seperti makan, minum dan bersalin pakaian. Dia pergi sendiri ke tandas untuk membuang
air kecil dan tidak lagi kencing malam.

8
Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkan kebolehan seperti
menyusun puzzles dan mereka bentuk dengan menggunakan alat permainan lego tidak pula
mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia dan
suaminya jarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis sosial kerana
malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian orang
lain. Amin pernah dimasukkan ke tadika untuk memberinya peluang bergaul dengan kanak-
kanak yang lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakan bahawa pihaknya tidak sanggup
menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.

Dia suka bersendirian, tidak boleh berinterasi dengan kanak-kanak yang lain, asyik
bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima atau menumpukan perhatian pada
arahan guru-guru atau orang lain. Dia akan keluar dari kelas dan merayau-rayau disekitar
kawasan tadika pada bila-bila masa sahaja yang disukainya dan guru kelas kerap terpaksa
mencarinya kerana khuatir akan keselamatannya.

Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri


Autisme. Kes-kes Autisme yang dikesan dan dikenalpasti masing-masing mempunyai perbezaan
dari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap Autisme. Ini ada kaitannya dengan faktor
baka, pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak-
kanak yang Autisme dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak-
kanak Autisme menunjukkan ciri-ciri seperti di bawah ini :

1. Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak-kanak


lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut.
Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang bertanya "sudah
makan?", dia menjawab "sudah makan". Jika ditanya "sudah minum?", dia jawab "sudah
minum". Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai
menggunakan bahasa dengan kreatif seperti "sudah kenyang" , "tak dahaga", "tak mahu
minum"dan sebagainya.

2. Suka bersendirian. Kanak-kanak Autisme tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi


secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya
mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai,

9
dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat
gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak , buta dan bisu.

3. Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak
Autisme biasanya akan leka bermain sehingga berjam-jam lamanya dengan sesuatu
barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau
hilang.

4. Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak-kanak Autisme akan


menunjukkan tingkah laku yang bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk -
nepuk tangan , menjengkit-jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar-mutar benda
seperti tudung botol dan alat-alat permainan seperti mangkuk-mangkuk plastik serta
mengumpul batu-batu , bermain suis lampu dan sebagainya .

Kebanyakan kanak-kanak Autisme menunjukkan ciri-ciri perkembangan bahasa dan


sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir
30 peratus kanak-kanak Autisme mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak-kanak
yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak-anak mereka tidak suka
didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian.

Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang-
jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu-ibu yang mempunyai anak-anak Autisme. Bayi -bayi dari
usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut-ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu
mereka tetapi kanak-kanak Autisme jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak-kanak
Autisme yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri
Autisme menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap seperti kanak-kanak
lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.

7.0 KECELARUAN AUTISME

10
Apabila seseorang bayi dilahirkan, ibu bapa menaruh harapan untuk menjaga
dan menyayangi darah dagingnya dengan sempurna. Pada masa yang sama, mereka
berharap anak mereka dapat membalas jasa mereka. Namun, malangnya dalam setiap 10,000
bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan Autisme.
Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa
disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA)
pada tahun 2000, kadar Autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia.

Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat


bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan
amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya. Ramai di antara mereka
melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama
berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada
perkataan Greek, Autus bererti diri).

Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup
dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk
membantu anak-anaknya. Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan Autisme. Antaranya
adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak Autisme menghadapi masalah
untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, kanak-kanak Autisme tidak
peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka
akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan
dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka
atau duka, kanak-kanak Autisme tidak akan meluahkan masalah untuk
mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam
pertuturan.

Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain
dan hidup dalam dunianya sendiri. Hampir 50 peratus daripada kanak-kanak Autisme tidak dapat
menguasai teknik pertuturan. Kanak-kanak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang

11
digelar echolalia, iaitu mengulangi perkataan orang lain. Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah
mandi?'. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata
'Annie, nak mandi?'. Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya
juga sama.

Walaupun ada segelintir kanak-kanak Autisme yang dapat bertutur, namun mereka
tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, kanak-
kanak Autisme memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya
suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.Tiada siapa
yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau
pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.

Kanak-kanak Autisme sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai


kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa
berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji
gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar maintenance of sameness iaitu pengekalan
kesamaan. Kanak-kanak Autisme sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi
sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata
sendiri atau menggigit kuku.

Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan


ketidakstabilan emosi. Kanak-kanak Autisme sering melakukan sesuatu mengikut
kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.Sikap mereka yang angkuh, suka menghafal,
mengulang dan tidak menghiraukan kewujudan orang lain merupakan halangan yang
merumitkan proses pembelajaran mereka.

Menurut APA lagi, kebanyakan tanda kanak-kanak Autisme dapat dikesan sebelum
usia mereka mencecah 3 tahun. Hampir 50 peratus daripada kanak-kanak Autisme
mempunyai IQ (Darjah Kecerdasan) kurang daripada 50, iaitu julat kecacatan akal yang
serius. Sementara itu, hampir 25 peratus tergolong dalam julat IQ 50 hingga 70
manakala bakinya memperlihatkan purata IQ yang melebihi 70. Ujian IQ amat berguna untuk

12
menentukan pronogsis kanak-kanak Autisme. Semakin tingginya skor IQ, semakin kurang
sokongan keluarga yang diperlukan.

Untuk mereka yang memperoleh skor IQ yang rendah juga menghadapi masalah
menguasai kebolehan berkomunikasi. Kanak-kanak sedemikian memerlukan sokongan
sosial dan pendidikan yang jauh lebih banyak apabila dewasa. Untuk kebanyakan kes,
keupayaan menguasai sesuatu bahasa dan skor IQ merupakan petunjuk ramalan yang boleh
dipercayai untuk masa depan kanak-kanak Autisme.

Punca berlakunya kecelaruan Autisme boleh ditinjau daripada perspektif psikologikal,


sosial dan biologikal. Autisme merupakan suatu kecelaruan yang masih memerlukan banyak
penerokaan. Autisme bukan berpunca daripada suatu faktor sahaja tetapi kombinasi faktor
biologikal dan psikososial untuk melahirkan tingkah laku yang luar biasa. Pada peringkat
permulaan, Kanner (1943) mengatakan Autisme berpunca daripada faktor biologikal.

Tidak lama kemudian, pakar klinikal pula membantah dengan mengatakan Autisme
adalah dipelajari. Keadaan kanak-kanak sedemikian disebabkan ibu bapa yang bersikap
dingin, tidak suka bergaul dan suka mengawal tingkah laku kanak-kanaknya. Pada tahun 1967,
Bettelheim turut menyokong dengan mengatakan bahawa kecelaruan Autisme berlaku hasil
daripada gaya layanan ibu bapa yang bercorak kesempurnaan, jarang berkomunikasi dengan
kanak-kanak dan secara relatifnya, jenis keluarga sedemikian mempunyai status ekonomi yang
tinggi.

Bettelheim percaya bahawa tingkah laku kanak-kanak Autisme sama seperti askar
Jerman yang masih hidup di kem ketika Perang Dunia Kedua. Kumpulan askar ini
menunjukkan ciri-ciri Autisme seperti tidak prihatin, mengasingkan diri dan
juga kelihatan murung. Betapa pedihnya hati ibu bapa yang memarahi
dirinya dan menyalahkan diri sendiri di atas kelahiran anak-anak yang sedemikian.

Dari perspektif lain, pada tahun 1975, Cox dan pakar psikologi yang lain telah
menjalankan penyelidikan ke atas ibu bapa kanak-kanak Autisme. Mereka mendapati ibu bapa
ini bersifat mesra, suka bergaul dan berintraksi. Walaupun memiliki anak-anak Autisme, mereka
juga melahirkan anak-anak lain yang normal. Kebelakangan ini, dimensi biologikal pula lebih

13
diberi keutamaan oleh para penyelidik dan pusat kesihatan profesional. Beberapa faktor telah
dikaitkan dengan kecelaruan Autisme termasuk German measles, hypsarrhythmia,
cytomegalovirus dan kesukaran bersalin. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa
Autisme disebabkan faktor genetik.

Jones dan Szatmari (1988), mengatakan bahawa ramai ibu tidak mahu mengandung
selepas melahirkan anak-anak Autisme kerana bimbang akan risiko mendapat kanak-kanak
yang menghidap kecelaruan tersebut lagi. Menurut Cook, 2001, keluarga yang mempunyai
kanak-kanak Autisme menghadapi kebarangkalian 3 peratus hingga 5 peratus untuk melahirkan
kanak-kanak Autisme yang berikutnya.

Faktor genetik dikaitkan dengan sindrom X yang mengandungi komponen


biokimia. Bukti terbaik untuk faktor genetik lahir daripada kajian kanak-kanak
kembar "Twin Studies". Kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak Autisme daripada kembar
monozigotik memperlihatkan peratusan Autisme yang tinggi, iaitu 70 peratus manakala
peratusan Autisme untuk kanak-kanak kembar dyzygotic adalah - 0 (Folstein & Rosen, 2001).

Keputusan kajian menunjukkan bahawa kecelaruan Autisme boleh diwarisi.


Penyelidik genetik mencadangkan bahawa gen yang terlibat dalam kecelaruan
Autisme mungkin terletak pada kromosom 2,7,15 dan x. Bukti sedemikian turut diperoleh oleh
Wassink et al (2001) yang mengatakan bahawa gen WNT2 terletak pada kromosom 7 yang mana
gen inilah yang memainkan peranan utama dalam menyebabkan kecelaruan Autisme.

Untuk kebanyakan kanak-kanak Autisme, mereka menghadapi aras serotonin dan


dopamine yang tinggi. Tsai dan Ghasinddin pada 1992 pula mengatakan 30 hingga 75 peratus
daripada golongan Autisme memperlihatkan struktur neurologikal yang luar biasa. Manakala
penyelidik yang menggunakan teknologi CT dan MRT mendapati bahawa wujudnya keadaan
yang luar biasa untuk bahagian serebelum iaitu saiz yang lebih kecil berbanding orang normal.

Walaupun keluarbiasaan otak ini bukan dijumpai di setiap kajian, ini


merupakan dapatan yang lebih boleh dipercayai. Menurut kajian, jantina merupakan satu faktor
bahaya yang signifikan. Lelaki menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi menghidap
Autisme berbanding dengan perempuan. Kadarnya adalah tiga hingga empat lelaki berbanding

14
perempuan, satu sahaja. Kajian Autisme merupakan suatu bidang yang baru dan masih
memerlukan suatu kombinasi teori yang lebih lengkap.

Kebanyakan kanak-kanak Autisme tidak dapat menjaga dirinya dengan sempurna.


Mereka terpaksa berada di rumah bersama ahli keluarganya. Sebagai ibu bapa, mereka
tidak seharusnya berputus asa. Ada satu kes ini dimana sepasang suami isteri mempunyai
anaknya yang telah menghidap kecelaruan Autisme. Pada peringkat permulaan, pasangan suami
isteri ini berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan.

Namun atas pegangan agama dan azam yang kukuh, mereka telah berubah sikap
dan ingin membantu anaknya dengan hati terbuka. Anaknya telah dihantar ke
sekolah khas ketika berumur 4 tahun untuk menerima pendidikan. Untuk menjayakan program
bimbingan si kanak-kanak, mereka telah mengambil bahagian secara aktif. Pada hakikatnya,
penguasaan bahasa dan keupayaan bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala
rawatan atau program yang dikendalikan.

Selepas dua tahun menjalani latihan dari sekolah khas, anaknya menampakkan
perubahan yang ketara. Dia lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif. Selain itu, kanak-
kanak itu mulai boleh duduk diam untuk mendengar seketika dan berkomunikasi secara ringkas.
Tingkah lakunya yang tidak normal juga banyak berkurangan. Ibu bapa dan guru menggunakan
teknik pengukuhan seperti diberi buku bergambar selepas berjaya dalam suatu pembelajaran.

Kanak-kanak merupakan kurniaan Tuhan. Kanak-kanak Autisme yang malang ini


seharusnya menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi
daripada ahli keluarganya. Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi
komunikasi dan sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati
kesannya tidak begitu baik.

Kebanyakan terapi kanak-kanak Autisme meliputi pendidikan khas dalam bidang


komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan
dalam membantu penguasaan pembelajaran kanak-kanak Autisme. Apabila dewasa, kanak-
kanak Autisme harus digalakkan mengambil bahagian dalam intervensi yang melibatkan

15
komuniti. Ibu bapa kanak-kanak Autisme harus menerima sokongan moral daripada ahli-ahli
keluarga dan masyarakat kerana mereka menghadapi tekanan yang tinggi.

Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap kanak-kanak Autisme,


menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti
orang biasa. Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai kanak-
kanak Autisme. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh kepada
kanak-kanak-kanak-kanak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja.

8.0 BOLEHKAH KANAK-KANAK AUTISME PULIH ?

Kebanyakan kanak-kanak Autisme masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun
setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuai
memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka boleh dilatih
untuk pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu seperti mekanik
kereta, pembetul anda piano, jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan kebolehan
yang mereka miliki. Ramai juga kanak-kanak Autisme yang didapati terencat akal dan mereka
akan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka.

Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran, kanak-kanak Autisme ini perlu


dikenal pasti dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan adalah
untuk memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiran
berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh. Teknik-teknik
pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviour
midification techique).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan
mendapatkan nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-
kanak austisma supaya mereka sendiri dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari
dirumah. Ibu bapalah yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objektif-objektif
latihan dan rawatan untuk kanak-kanak mereka. Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat

16
tertentu untuk merawat kanak-kanak ini tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang benar-
benar mujarab bagi merawat sebahagian besar kanak-kanak Autisme.

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia telah membuka dua buah kelas yang
menawarkan pendidikan khas kepada kanak-kanak Autisme untuk membantu mereka mengatasi
masalah-masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak
sesuai. Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan. Matlamat kelas-
kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak Autisme serta melatih
mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup yang
mungkin berguna apabila dewasa.

Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan


termasuk terapi muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Ibu bapa yang mempunyai anak-
anak Autisme perlu mendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-
masalah yang dihadapi.

Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk


membolehkan mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama
mereka sambil saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami. Sekali-
sekala, ibu bapa kanak-kanak Autisme juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh
daripada kanak-kanak Autisme mereka. Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka
supaya mereka dapat merasai nikmat kehidupan berumahtangga.

Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-
kanak Autisme secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di
negara-negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat.

9.0 CADANGAN PAKAR

17
Hampir 70 peratus kanak-kanak Autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Inilah
sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi
dan tingkah laku. Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanakAutisme perlukan bantuan sepanjang
hayat kerana ramai antara mereka yang hidup berjaya. Kekurangan dialami kanak-kanakini
menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tidak berusaha menggembirakan orang
lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Individu Autisme sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka


sukar terbabit secara langsung apabila bersembang. Tingkah laku yang suka mencederakan diri
menandakan Autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurang
daripada 20. Masalah Autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya
disedari apabila kanak-kanak mencapai usia tiga tahun atau selepas dimasukkan ke tadika.
Berdasarkan kajian, kanak-kanakAutisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan
pendidikan khas, menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan boleh belajar di sekolah
biasa.

Sampai kini, Autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan walaupun terdapat
organisasi bergelar ‘Cure Autism Now’. Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi
perkembangan masa hadapan kanak-kanak. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’
kanak-kanak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya.
Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak Autisme sebagai bodoh.
Kanak-kanak Autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu
cara mendekati mereka.

Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial,
perkembangan kanak-kanak Autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak
normal. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu Autisme boleh belajar di sekolah
biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru
menyebabkan ramai kanak-kanakAutisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata
Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel

18
strategi praktikal mendidik kanak-kanak Autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya.

Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood,


masalah Autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari
kebanyakan ibu bapa apabila kanak-kanak mencapai usia tiga tahun.Walaupun Autisme belum
ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini
membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi,
terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri. Katanya, lebih
awal masalah kanak-kanak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru
tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.

Berdasarkan kajian, kanak-kanak Autisme berumur empat hingga enam tahun yang
diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di
sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah
baik.

10.0 KANAK-KANAK AUTISME DAN KELUARGANYA

Cara mengendalikan kanak-kanak yang Autisme berbeza antara satu sama keluarga dengan
keluarga yang lain. Kanak-kanak Autisme yang berusia satu setengah tahun boleh dipaksa dan
diasingkan tempat lain jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia
sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan
lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak-kanak
Autisme ini dan mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta
menggunakan kaedah–kaedah yang memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu
yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga kanak-kanak
sepenuh masa di rumah.

19
Peluang untuk melawat sahabat handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan
perlu diberikan kepada kanak-kanak Autisme mereka. Aktiviti-aktiviti seperti membeli-belah,
bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir
kalau -kalau kanak-kanak mereka bertindak di luar kawalan.

Kanak-kanak Autisme perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar


keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta
terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu
bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya, mereka sukar mendapat bantuan
orang lain untuk menjaga kanak-kanak mereka terutamanya di saat-saat yang memerlukan.
Lebih menyukarkan lagi jika kanak-kanak sering berkelakuan ganas terhadap adik-beradiknya
dan menyulitkan keluarga . Keletihan mental boleh menggugat kesihatan mereka.

Adik-beradik kepada kanak-kanak Autisme mungkin juga tidak terlepas daripada


masalah emosi. Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan-kawan datang kerumah.
Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu
kepada adik Autisme mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan
menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen-komen
yang tidak membina dan menyinggung perasaan keluarga ini.

Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami isteri dalam usaha mereka mencari
jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumah
tangga mereka. Tetapi, apa yang menarik sekali ialah kebanyakan pasangan yamg mempunyai
anak-anak yang Autisme, terencat akal, spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan
perkahwinan yang kukuh. Rasa tangungjawab serta perasaan kasih terhadap anak-anak mereka
mengatasi segala-galanya dan masalah-masalah yang dihadapi tidak dibiarkan menggugat
kestabilan rumah tangga mereka.

Cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat daripada penjagaan
kanak-kanak Autisme tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain.
Kanak-kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Ada ramai

20
kanak-kanak Autisme yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik, bijak menyusun
jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu, penilaian terhadap
kanak-kanak Autisme perlu merangkumi aspek-aspek riwayatnya yang terperinci, pemeriksaan
fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan-kelemahan
dan kekuatan-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh kanak-kanak
Autisme mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik
dan mengasuh kanak-kanak itu.

11.0 PANDUAN IBUBAPA DAN GURU MEMBENTUK HUBUNGAN SOSIAL

Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri
sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat
prasekolah lagi. Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh
menjemput kawan datang ke rumah. Ini membuatkan kanak-kanak berasa diterima, lebih yakin
serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.

Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan
kanak-kanak Autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi
sombong, berlagak dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak Autisme, terutama perempuan, ada
kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan.
Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan
rakan sebaya kanak-kanak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain
dengan kanak-kanak. Ini membolehkan kanak-kanak belajar untuk menunggu giliran dan
berinteraksi.

Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana kanak-kanak
Autisme ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah.
Pada masa sama, galak kanak-kanak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika
kanak-kanak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau
betul. Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau

21
carta markah bersosial contohnya memberi satu markah apabila mereka melakukan usaha
berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun.

Ibu bapa juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan kepada kanak-kanak, terutama apabila
mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak Autisme mula ada minat
sama dengan rakan sebaya. Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana
kanak-kanak Autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan. Pada
umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti Mr
Bean untuk mengajar kanak-kanak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini kanak-
kanak Autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya
perbezaan jantina.

Kanak-kanak Autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli.
Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan.
Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.
Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya
berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran
berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti
berkumpulan serta membuat sistem mentor.

Perlu diingat, bukan semua kanak-kanak Autisme ada masalah pembelajaran. Ada yang
cerdas otaknya seperti kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya
dalam hubungan sosial, pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan
keyakinan diri kanak-kanak Autisme. Corak pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza
daripada kanak-kanaknormal. Mereka ada kemahiran memahami logik, dapat mengingat sesuatu
secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik.

Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana
mereka mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan
penumpuan fikiran. Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan.
Kemahiran ini bertambah jika mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan mereka
bersembang panjang dari satu topik ke topik lain.

22
Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger
juga mengalami Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk
menumpukan perhatian, mudah terganggu dan sukar mengingat fakta penting. Yang boleh
dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi tugasan
pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat
tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan kanak-kanak dan memberi maklum balas
secara aktif bagi mengekalkan daya tumpuan kanak-kanak.

Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid
Autisme, minta pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan
kanak-kanak dengan kaset rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini
boleh membantu pengurusan dan pembelajaran kanak-kanak Autisme. Apabila semakin besar,
kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek atau ditertawakan
rakan sebaya.

Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka melakukannya, ia perlu
diberitahu secara lisan dan ajar cara betul membuat sesuatu perkara. Kanak-kanak Autisme juga
cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah langkah bijak. Lebih cepat
mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat diselesaikan. Mempunyai kanak-kanak
Autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan sebaik orang normal
dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan berputus asa
dan sentiasa berdoa untuk kebaikan kanak-kanak.

12.0 IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak Autisme di sekolah. Ini
kerana kanak-kanak Autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka
mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal
pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi
menafsirkan perasaan.

23
Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught
To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak Autisme sentiasa berkurangan,
maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka,
guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru
menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?”
dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan
bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti
membaca untuk autistik suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High
Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa
kanak-kanak autisme memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam
bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007), beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam
memulakan pengajaran untuk kanak-kanak Autisme, guru perlu mengikut minatnya terlebih
dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistik melukis kartun lawak dan
kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut. Apabila
mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun
adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut.

Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka
telah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Semasa mengajar, guru digalakkan untuk
menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka
untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka
adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka
cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.

24
13.0 KESIMPULAN

Kanak-kanak Autisme bukan pembawa masalah, sebaliknya memberi peluang kepada kita,
terutama ibu bapa, keluarga dan guru untuk berfikir lebih kreatif cara hendak mendekati,
menjaga, mendidik dan berinteraksi dengan mereka. Ini kerana jika diberi pendidikan sesuai,
mereka boleh berdikari mengikut tahap keupayaan masing-masing.

Walaupun sesetengah kanak-kanak Autisme kurang bertutur, mereka masih boleh


berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar
yang sesuai dan ini yang perlu kita pelajari bersama sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia
yang disambut pada 2 April setiap tahun. Memang perkembangan kanak-kanak Autisme lebih
perlahan tetapi ia bukan bermakna mereka bodoh. Janganlah kerana kurangnya pengetahuan dan
kesabaran kita, kanak-kanak istimewa ini membesar di bawah paras kemampuan mereka.

Penyakit kecacatan pada mental yang memberi kesan sepanjang hidup ini terlalu sukar
untuk dipulihkan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya guru-
guru dalam mengenal pasti setiap ciri-ciri kanak-kanak Autisme ini supaya dapat berhadapan
dengan mereka dengan bijak dan menggunakan segala kemahiran yang ada dalam membentuk
mereka menjadikan seperti kanak-kanak yang lain. Kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam
menguruskan kanak-kanak Autisme ini kerana tanpa kesabaran dan ketabahan yang tinggi
menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur hidup mereka.

CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANCARTA ALIRAN PROSES P

25
RUJUKAN RARTA ALIRAN PROSES PERLAKSA

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran


Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.

Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

K. A. Razhiyah (2008). Apa itu Autisme? PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Kuala
Lumpur.

Kemementerian Pendidikan Malaysia (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas.

Modul Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Open University Malaysia.

Sumber Internet: Autisme : http://home.hamidarshat.com/ITKkanak_austistik.htm

Sumber Internet : Autism Society of America: http://www.autismsociety.org

Sumber Internet : Early autism project Malaysia. http://www.autismmalaysia.com/

26

Вам также может понравиться