Вы находитесь на странице: 1из 4
Py Es = a ry | Pe g | Umu! ahasa [Ocul un ue Cael Pen et ROU ETE kalangan murid perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Setelah melalui pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu selama 11 tahun, iaitu sejak tahun 1 hingga tingkatan 5, penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan mereka tidak menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Te penguasaan bahasa Melayu dalam Ketidakupayaan murid menguasai bahasa Melayu dengan lancar baik dalam lisan mahupun tulisan menjadi punca pencapaian mereka tidak membanggakan. Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid bermaksud mereka mampu menguasai sistem bahasa seperti ejaan, tanda baca, tatabahasa, dan kosa kata. Dengan berdasarkan tinjauan dan analisis yang dilakukan oleh banyak pengkaji bahasa, banyak pengguna bahasa, khususnya murid mengalami kekeliruan tentang penggunaan aspek tertentu bahasa. Hal inilah yang menjadi punca murid tidak menunjukkan pencapaian yang diharapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kekeliruan ini sebenarnya membuktikan bahawa murid tidak menguasai bahasa. Sebagai contohnya, mereka masih mengalami kekeliruan sama ada mahu menggunakan kata sendi nama dari atau daripada, kata pemeri ialah atau adalah, kekeliruan ejaan dan tanda baca, penggunaan kata, frasa, klausa, dan ayat Semua aspek bahasa yang menjadi kekeliruan dalam kalangan murid ini akan dibincangkan satu per satu pada kali ini dan siri yang akan datang. Melalui perbincangan ini, diharapkan murid akan dapat menguasai keseluruhan aspek bahasa dan dapat menggunakan bahasa yang gramatis, \gkatkan penguasaan bahasa Melayu. Dalam makalah ini, penulis akan memberikan tumpuan untuk membincangkan kesalahan ejaan dan tanda baca yang sering dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan. Tanda * menunjukkanh bahawa ayat itu salah dari segi tatabahasa. Kesalahan tersebut adalah seperti yang berikut Poeun rea Kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil 1. (a) *Kami amat bersyukur kerana beliau telah dianugerahi oleh baginda gelaran datuk (b) Kari amat bersyukur kerana beliau telah dianugerahi oleh baginda gelaran Datuk. 2. (a) *Rakyat menyambut baik atas pertabalan baginda sebagai sultan negeri itu (b) Rakyat menyambut baik atas pertabalan baginda sebagai Sultan negeri itu Huruf pertama pada nama gelaran kehormatan yang tidak diikuti nama orang, khusus bagi perkataan seperti Sultan, Raja, Tan Sri, dan Datuk hendaklah menggunakan huruf besar. 3. (a) *Kaum kedua yang terbesar di negara kita ialah kaum cina (b) Kaum kedua yang terbesar di negara kita jalah kaum Gina. (a) *Kita tidak sepatutnya me-Melayukan perkataan asing dengan sewenang- wenangnya. (b) Kita tidak sepatutnya memelayukan perkataan asing dengan Sewenang-wenangnya Huruf besar digunakan sebagai hurut pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa. Namun demikian, huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku, dan bahasa yang tidak digunakan sebagai nama. 5. (a) “Program itu akan diadakan pada hari jumaat,” kata ustazah sekolah kami. (b) “Program itu ekan diadakan pada hari Jumaat,” kata ustazah sekolah kami 6. (a) *Pada tahun ini, kita akan menyambut hari kebangsaan di Stadium Bukit Jalil, (b) Pada tahun ini, kita akan menyambut Hari Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil. Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari raya, dan peristiwa sejarah. Kesalahan ejaan yang dieja secara jarak atau rapat 7. (a) *Kerajaan akan mengadakan kempen anti dadah dimedia cetak dan di media elektronik. (b) Kerajaan akan mengadakan antidadah di media cetak dan di media elektronik. Perkataan antidadah hendaklah dieja secara Fapat kerana perkataan anti merupakan imbuhan walan asing. Jika perkataan anti diikuti oleh ‘ata nama khas seperti Amerika atau Barat, yang pertama perkataan yang mengikutinya dieja dengan huruf besar seperti anti-Amerika dan anti-Barat. 8. (a) *Kita hendakizh menyebarluaskan bahasa Melayu hingga peringkat antara bangsa. {b) Kita hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu hingga peringkat antarabangsa. Perkataan antarabangsa ialah satu daripada 15 kata majmuk yang dieja secara rapat atau bercantum. Kesalahan ejaan yang berkaitan dengan keselarasan huruf vokal 9. (a) *Untuk menghilangkan batok yang melampau, minumiah ubat minyak kelapa dara (b) Untuk menghilangkan batuk yang melampau, minumlah ubat minyak kelapa dara. 10. (a) *Kucing peliharaan Hanis Sufia yang berwarne puteh itu sangat comel dan cantik. (b) Kucing peliharaan Hanis Sutia yang berwarna putih itu sangat comel dan cantik. Gunakan huruf i atau u pada suku kata akhir tertutup, sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf, a, i, u, dan e pepet. Kesalahan ejaan yang berkaitan dengan perkataan pinjaman daripada bahasa Jawa atau bahasa serumpun yang lain 11. (a) *Mereka akan ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan pamiran buku yang terbesar di negara kita. (b) Mereka akan ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan pameran buku yang terbesar di negara kita | ammencoe |¥ e>akmcoz 12. (a) *Dengan berdasarkan lapuran daripada pihak polis, mangsa meninggal dunia kerana dijerut pada bahagian lehernya (b) Dengan berdasarkan laporan daripada pihak polis, mangsa meninggal dunia kerana dijerut pada bahagian lehernya. Perkataan pameran dan laporan merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Jawa Perkataan ini dan bahasa serumpun yang lain dikecualikan daripada peraturan keselarasan vokal 13. (a) *Celupar sungguh gadis itu sehingga hal peribadinya pun diceritakan kepada orang lain. (b) Celopar sungguh gadis itu sehingga hal peribadinya pun diceritakan kepada orang lain, 14. (a) *Hatinya terguris apabila bekas tunangnya sanggup menaburkan fitnah tentang keluarganya kepada orang ramai di media massa, (b) Hatinya tergores apabila bekas tunangnya sanggup menaburkan fitnah tentang keluarganya kepada orang ramai di media massa 16. (a) “Ibu membeli beberapa kilogram daging di pasar itu untuk dibuat serunding. (b) Ibu_membeli beberapa kilogram daging di pasar itu untuk dibuat serondeng. Kesalahan ejaan yang berkaitan dengan perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris, 16. (a) *Pada malam tadi, kami makan satay di Restoran Seri Sekinchan, Bangi (b) Pada malam tadi, kami makan sate di Restoran Seri Sekinchan, Bangi 17. (a) *Jika ke Johor, kami akan singgah di Muar untuk menikmati mee goreng (b) Jika ke Johor, kami akan singgah di Muar untuk menikmati mi goreng. 18. (a) *Sebuah institiut kemahiran akan dibuka di kampung ini pada tahun depan. (b) Sebuah institut kemahiran akan

Вам также может понравиться