Вы находитесь на странице: 1из 6

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri

Latihan industri merupakan latihan yang wajib dijalani atau diikuti oleh semua
pelajar Politeknik di Malaysia untuk mendapatkan Diploma.Ia juga merupakan
sebahagian daripada bidang pengajian teknikal di Politeknik.

Bagi pelajar Diploma, mereka akan menjalani latihan industri pada semester
keempat. Lulus latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi para pelajar
Politeknik sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik. Sekiranya
mereka gagal menjalani latihan industri maka mereka akan gagal untuk menyambung
pengajian ke semester berikutnya.

1
Semasa menjalani latihan industri, para pelajar akan didedahkan dengan suasana
alam pekerjaan yang sebenar serta berbeza dengan keadaan semasa belajar di Politeknik.
Pada masa itu, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang
belum pernah ditempuhi.

Proses penempatan latihan industri adalah di bawah pengurusan pihak


Politeknik. Pihak Politeknik akan berusaha menempatkan para pelajar di tempat latihan
yang bersesuaian dan berdekatan dengan tempat tinggal pelajar. Namun demikian, pihak
Politeknik memberi kebenaran kepada para pelajar untuk memilih tempat latihan
industri sendiri selain yang ditawarkan oleh pihak Politeknik.

Selepas selesai menjalani latihan industri, para pelajar dikehendaki menyediakan


laporan latihan industri yang lengkap untuk diserahkan kepada pihak Politeknik dan
akan dinilai oleh pensyarah. Laporan yang dibuat haruslah merangkumi latar belakang
operasi tempat latihan industri pelajar serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang
tempoh latihan.

Sepanjang tempoh latihan, para pelajar adalah tertakluk kepada segala peraturan
dan undang-undang syarikat di mana latihan industri dijalankan. Pelajar yang tidak
berdisiplin atau melanggar peraturan syarikat boleh diberhentikan daripada meneruskan
latihan pada bila-bila masa oleh pihak syarikat.

Kesimpulannya, latihan industri ini boleh memberikan pendedahan kepada


pelajar tentang suasana pekerjaan yang sebenar disamping meluaskan pengetahuan yang
telah sedia ada.

2
1.2 Objektif Latihan Industri

1. Latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar Politeknik
untuk mendapatkan Diploma.
2. Salah satu cara untuk mendedahkan pelajar tentang keadaan alam pekerjaan
yang sebenar.
3. Meningkatkan dan menambahkan pengalaman serta pengetahuan teknikal yang
membolehkan pelajar menonjol kemahiran serta kemampuannya.
4. Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran
di Politeknik.
5. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal dan sebaliknya.
6. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.
7. Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab.
8. Membina keyakinan diri.
9. Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di industri.
10. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
diri
11. Menilai kebolehan pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi
alam pekerjaan selepas tamat latihan pengajian.
12. Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan
sikap kepada bakal majikan.
13. Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan.

1.3 Kepentingan Latihan Industri kepada Pelajar

Setiap perkara yang dilakukan mempunyai keistimewaan dan kepentingan tersendiri.


Latihan industri yang dilaksanakan oleh para pelajar dalam masa 20 minggu mempunyai
kepentingan sendiri. Di antara kepentingannya ialah :-

3
1. Membolehkan para pelajar mendapatkan pengalaman bekerja sesuai dengan
kursus yang diikuti.
2. Memberi gambaran dan membuka minda para pelajar mempraktikkan segala
teori yang telah diajar semasa sesi pembelajaran di Politeknik.
3. Memberi peluang yang baik kepada pelajar bagi mendapatkan pekerjaan
selepas tamat pengajian.
4. Para pelajar dapat memberikan sumbangan dalam membantu organisasi
mencapai kecekapan dalam segala hal.
5. Ingin melahirkan seorang pelajar yang berdedikasi dan berinovasi dalam
menjalankan tugas.
6. Mendisiplinkan diri pelajar dari segi ketepatan masa, kesungguhan kerja dan
personaliti.
7. Mewujudkan inisiatif iaitu kesanggupan merancang dan menjalankan kerja-
kerja dengan sendiri dan mencadangkan idea yang bernas.

1.4 Penempatan Pelajar Untuk Latihan

Penempatan pelajar- pelajar untuk menjalankan latihan adalah bergantung kepada


faktor-faktor di bawah iaitu :-

1. Adanya kekosongan bagi pelajar menjalankan latihan di firma-firma tertentu.


2. Keprihatinan firma, jabatan atau syarikat untuk menerima pelajar.
3. Permintaan dari firma-firma tertentu yang sesuai dengan bidang kursus yang
diambil oleh seseorang pelajar.

4
1.5 Objektif Laporan

Laporan latihan industri ini wajib disediakan oleh pelajar selepas tamat menjalani
latihan industri dengan sempurna. Laporan ini disediakan untuk membuktikan bahawa
segala latihan industri atau praktikal yang dijalankan adalah usaha sendiri dan laporan
ini juga menunjukkan bahawa seseorang itu benar-benar faham apa yang telah
dipraktikkannya. Berikut adalah objektif laporan :-

1. Merekodkan segala aktiviti-aktiviti sepanjang menjalani latihan industri.


2. Untuk dinilai oleh pensyarah bagi mengetahui sejauh mana pelajar mengikuti
latihan industri.
3. Dijadikan bukti kepada latihan yang telah diikuti oleh pelajar.
4. Digunakan sebagai bahan penilaian kepada bakal majikan semasa menghadiri
temuduga sesuatu kerjaya pada masa akan datang.
5. Untuk dijadikan bahan rujukan oleh pihak Politeknik dan juga pelajar dari
semasa ke semasa.

1.6 Cara Laporan Disusun Untuk Mencapai Objektif Laporan

Bagi laporan yang penulis sediakan, penulis membahagikan kepada tiga


bahagian utama iaitu pengenalan, isi dan penutup.

Bagi bahagian pengenalan, penulis menggambarkan secara umum tentang


laporan yang disampaikan. Dengan ini, objektif laporan dapat dicapai. Manakala
bahagian isi pula adalah meliputi segala pengetahuan penulis dalam tugas yang telah
dilakukan oleh penulis semasa menjalani latihan industri di firma ini. Bahagian penutup

5
pula, penulis menceritakan mengenai saranan dan cadangan ke atas firma dan Politeknik
Sultan Mizan Zainal Abidin.(PSMZA)

Penulis juga menyusun laporan tersebut mengikut kehendak Politeknik Sultan


Mizan Zainal Abidin, (PSMZA) sebagaimana yang telah diberikan dalam garis panduan
penulisan laporan tersebut. Di samping itu, penulis juga menulis laporan mengikut
kehendak firma contohnya segala maklumat rahsia firma tidak dibenarkan ditulis di
dalam laporan.

Вам также может понравиться