Вы находитесь на странице: 1из 21

MUKA

ISI KANDUNGAN
SURAT
Prakata 2

Pendahuluan 3

1. Konsep Pengajaran Mikro 4

1.1 Kepentingan Pengajaran Mikro 5-6

1.2 Kemahiran-Kemahiran Yang Perlu Dikuasai 6-8

1.3 Isu-Isu Dalam Pengajaran Mikro 9

1.4 Cara-Cara Mengatasi Isu-Isu Dalam Pengajaran Mikro 9

2. Kemahiran Memulakan Sesi Pengajaran Dan Set Induksi 10

2.1 Kemahiran Memulakan Sesi Pengajaran 10-11

2.2 Contoh Aplikasi Kemahiran Memulakan Sesi Pengajaran 11-12

3. Konsep Kemahiran Set Induksi 12-13

3.1 Komponen-Komponen Kemahiran Set Induksi 13-14

3.2 Prinsip-Prinsip Kemahiran Set Induksi 14-15

3.3 Kepentingan Kemahiran Set Induksi 15-16

3.4 Kesan Kemahiran Set Induksi Ke atas Pengajaran Dan Pembelajaran 17

3.5 Contoh Menguasai Kemahiran Set Induksi 17-18

3.6 Isu Berbangkit Dalam Kemahiran Set Induksi 18-19

3.7 Cara-Cara Mengatasi Isu-Isu dalam Kemahiran Set Induksi 19-20

4. Kesimpulan 20

Rujukan 21

1
PRAKATA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala


kerana limpah kurnia, taufik dan hidayat-Nya, kami dapat menyempurnakan kerja
kursus ini. Kerja kursus ini bertajuk Kemahiran Pengajaran Mikro dan Kemahiran
Memulakan Sesi Pengajaran Dan Set Induksi. Besar harapan kami sekiranya kerja
kursus ini dijadikan bahan rujukan dan bahan bacaan asas kepada para pelajar
terlatih yang bakal menjadi guru di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan
Institusi dalam bidang perguruan.

Kerja kursus ini sangat penting kerana terkandung dalam mata pelajaran Pedagogi
dan Metodologi merupakan bidang atau kursus yang wajib bagi pelajar terlatih di
Institusi-Institusi Perguruan terutamanya di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri
Begawan. Kerja kursus ini diharapkan dapat memberi kesan yang besar bukan
sahaja dari segi penguasaan kemahiran-kemahiran tetapi juga dalam membentuk
saksiah pelajar terlatih ini.

Harapan kami agar para guru terlatih dan juga para pelajar terlatih akan mendapat
bimbingan, langkah dan juga strategi untuk mempertingkatkan profesion perguruan
sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah mahupun di
sekolah menengah.

Dengan semua ilmu yang telah diberikan kepada kami, besarlah harapan kami juga
jika kerja kursus ini akan dapat membantu para guru dan pelajar terlatih dalam
mengaplikasikannya dengan berkesan kepada situasi yang sebenar nanti.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada guru pembimbing kami atau pensyarah kami iaitu Yang Mulia
Ustazah Hajah Siti Zanah binti Haji Besar kerana tidak jemu dalam memberi
bimbingan, dorongan, sokongan dan tunjuk ajar dalam membuat kerja kursus ini.
Semoga kemahiran-kemahiran dalam kerja kursus ini akan dapat dimanfaatkan
secara berterusan, Amin.

13SM078 Faridah Haji Puteh


13SM084 Noorissa Fitria Saat
13SM106 Siti Hatizah Haji Mohd. Salihen

2
PENDAHULUAN

Kerja kursus yang bertajuk Kemahiran Pengajaran Mikro dan Kemahiran


Memulakan Sesi Pengajaran Dan Set Induksi ini mengandungi konsep,
kepentingan, kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro,
isu-isu yang berbangkit dan cara-cara mengatasinya. Kerja kursus ini juga
menjelaskan tentang Kemahiran Memulakan Sesi Pengajaran Dan Set Induksi
dari segi konsep, komponen-komponen, prinsip-prinsip, kepentingan, kesan-
kesan ke atas pengajaran dan pembelajaran, contoh mengaplikasikan Kemahiran
Memulakan Sesi Pengajaran Dan Set Induksi, isu-isu yang berbangkit dan cara-
cara mengatasinya.

Kerja kursus ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan untuk kursus
pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau di Institusi-Institusi dalam
bidang perguruan terutamanya bagi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri
Begawan. Jadi amatlah penting bagi pelajar atau guru terlatih untuk
menguasainya dalam mengaplikasikannya pada situasi yang sebenar nanti.

Dengan segala maklumat dan juga bahan-bahan yang terkandung dalam kerja
kursus ini adalah diharapkan para pelajar dan guru terlatih akan dapat
menggunakannya sebagai rujukan yang bermanfaat, demi menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran dengan mencapai ke tahap
kecemerlangan serta akan dapat membentuk generasi guru yang berkemahiran
tinggi dalam penguasaan bidang perguruan demi mencapai hasrat bangsa dan
juga negara.

3
1. KONSEP PENGAJARAN MIKRO

Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik
pengajaran dalam masa lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu
kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima
hingga sepuluh orang sahaja.

Pengajaran mikro adalah sama dengan penggunaan kaedah teknik simulasi. Yang
mana pengajaran mikro adalah seperti keaadan yang sebenar. Pengajaran mikro
melibatkan teknik-teknik pengunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan,
penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau Bahan Bantu Mengajar (BBM),
penggunaan papan kapur, pengukuhan dan penutup.

Tujuan pengajaran mikro adalah untuk membina kemahiran guru-guru berkaitan


dengan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan
memperlihatkan bagaimana guru pelatih dapat menyampaikan satu-satu kemahiran
yang dipelajari secara praktik.

Pada kebiasaanya pengajaran mikro hanya menumpukan kepada satu jenis


kemahiran mengajar sahaja. Dan dapat juga memberi peluang yang luas kepada
pelatih mempraktikkan teori pengajaran dalam situasi yang lebih terkawal.

Sebelum pengajaran mikro dimulakan di dalam bilik kuliah, bahan-bahan seperti


kamera atau barang elektronik untuk mengambil video sesi pengajaran dan
pembelajaran hendaklah disediakan dengan awal sebelum bermulanya sesi mikro.

Semasa pengajaran mikro dijalankan guru-guru pelatih akan dinilai dan diperhatikan
oleh kawan-kawan sebagai murid dan pensyarah adalah sebagai penyelia. Di
samping itu juga aktiviti mikro tersebut hendaklah dirakam di dalam video.

Selepas pengajaran mikro diadakan perbincangan tentang kelemahan dan kekuatan


akan berlangsung bersama dengan pensyarah dan rakan sebaya. Dengan ini, guru
pelatih dapat membaiki kelemahannya dan memperkukuhkan lagi kekuatan dalam
pengajarannya serta menyelesaikan masalah dengan lebih efektif dan berkesan.

Dengan mikro, kemahiran mengajar dapat dikuasai oleh guru pelatih sebelum
menjalankan latihan mengajar di sekolah.

4
1.1 KEPENTINGAN PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran miko adalah sangat penting bagi seorang guru pelatih yang akan
mengajar di sekolah nanti. Ianya tidak boleh dipandang ringan kerana ianya adalah
latihan yang paling berkesan untuk membantu guru-guru pelatih mengusai
kemahiran-kemahiran mengajar. Di antara kepentingan pengajaran mikro adalah
seperti berikut :

 Kemahiran hasil dari pengajaran mikro akan dapat melatih guru-guru pelatih
didalam teknik mengajar, kaedah mengajar, kawalan kelas dan lain-lainnya
lagi. Bukan sahaja dapat mengunakan satu kemahiran dengan mahir tapi
pelbagai kemahiran dan teknik. Mampu mencuba setiap kemahiran adalah
satu kelebihan yang akan dapat digunakan di dalam pengajaran di sekolah.

 Pengajaran mikro membenarkan kawalan yang lebih baik dari segi manipulasi
masa, murid-murid, isi pelajaran, maklum balas dan sebagainya. Dengan
masa yang diberikan, mereka dapat melatih diri supaya peka dalam
pengajaran mereka dengan tidak banyak membuang masa kepada
pengajaran yang tidak bersesuaian.

 Maklum balas dari rakan dan pensyarah selepas selesai sesi pengajaran juga
merupakan satu aspek yang sangat penting. Segala kelemahan dapat
diperelokkan dan segala kelebihan dapat diperkukuhkan. Dengan komen yang
tegas daripada pensyarah juga dapat menolong guru pelatih dalam
pembetukan pengajaran mereka kerana dari itu mereka akan dapat
menggubah cara dan teknik dengan lebih berkesan dan baik.

 Guru pelatih juga dapat menjalan sesi pengajaran dengan lebih tenang tanpa
gangguan terhadap dirinya, tanpa rasa gugup dan takut. Melihat rakan
sebagai murid yang di sekolah dapat mengatasi perasaan gugup dan takut
apabila berhadapan dengan situasi sebenar di sekolah nanti.

 Mengusai kemahiran-kemahiran mengajar secara beransur-ansur


berlandaskan peringkat kemahiran yang dikuasai, adalah satu cara yang
mana mereka dapat mengusai satu-satu teknik atau kaedah dengan lebih
5
mahir dari mereka mencuba semua teknik dengan sekaligus dan membuatkan
pengajaran mikro itu akan menjadi kucar-kacir. Tetapi cara yang berkesan
adalah dengan menggunakan kaedah atau teknik yang bersesuaian dengan
tajuk atau pelajaran yang akan mereka ajarkan.

 Dapat membantu mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran


biasa di sekolah pada masa depan. Yang mana dengan adanya pengalaman,
masalah yang akan timbul pada masa depan akan dapat diatasi dengan bijak
dan tenang tanpa cemas dan tidak cekap.

 Para pelatih akan sentiasa berusaha meningkatkan aras keyakinan dirinya


dalam situasi pengajaran yang sebenar. Percaya pada diri yang mereka akan
dapat melakukan pengajaran akan berjalan lancar dan keyakinan yang tinggi
dapat membantu pengajaran berjalan dengan baik.

 Perbincangan tiga hala antara pelatih, pensyarah dan rakan sebaya dapat
melahirkan input baharu yang sebelum ini tidak mereka ketehui. Seperti
kesilapan atau tabiat yang dibuat di dalam pengajaran yang dibuat secara
tidak disedari dapat diketahui dari perbincangan yang dilakukan.

Melalui kepentingan-kepentingan ini dapat diketahui bahawa pengajaran mikro ini


merupakan sangat berguna kepada guru-guru pelatih. Melaluinya, mereka dapat
melatihkan dan mempraktikkan segala teori yang mereka pelajari daripada
pensyarah-pensyarah di dalam kelas secara praktikal. Dan segala teori-teori ini dapat
dipraktikkan secara dengan lebih menyeeluruh. Hal ini juga dapat membantu para
pelatih dalam menangani setiap masalah yang berkemungkinan timbul dalam
pengajaran yang sebenarnya apabila mereka mengikuti latihan mengajar di sekolah
atau apabila menghadapi situasi pengajaran selepasnya.

1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI

Pengajaran mikro merupakan suatu kaedah teknik simulasi yang bertujuan untuk
memberikan guru-guru pelatih pengalaman yang hampir sama dengan situasi yang

6
sebenar dengan aktiviti pengajaran di bilik darjah. Kemahiran mengajar yang akan
dilaksanakan adalah dengan secara bersepadu dan lebih harmoni. Membantu
pembelajaran yang berlaku secara dengan lebih berkesan dan dapat merangsang
minat murid untuk mengikuti pelajaran hingga akhir.

Di antara kemahiran-kemahiran mengajar yang biasa dipilih untuk pengajaran mikro


adalah :

 Kemahiran penyampaian set induksi.

 Set induksi adalah bahagian permulaan suatu proses pengajaran

 Kemahiran pengunaan papan tulis.

 Sering digunakan dalam bilik darjah yang mana penggunaan papan tulis
memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, gambar
dan sebagainya.

 Kemahiran pengelolaan variasi ransangan.

 Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru


dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti
pengajaran.

 Kemahiran pengunaan penyoalan.

 Merupakan teknik yang sering digunakan dan hampir semua proses


pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal.

 Kemahiran menerang dengan menggunakan contoh/ilustrasi.

 Kemahiran ini digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep, atau isi


kandungan pelajaran kepada pelajar.

 Kemahiran-kemahiran penggunaan sumber pengajaran-pembelajaran.

 Bahan pengajaran-pembelajaran boleh dikategorikan kepada dua bahan :

 bahan pengajaran
- digunakan oleh guru seperti carta, graf, video, model dan sebagainya.

7
 bahan pembelajaran
- digunakan oleh murid seperti buku teks, computer,bahan bercetak dan
sebagainya.
 Kemahiran pemudahcaraan.

 Merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan atau proses yang


menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan
lancar.

 Kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan.

 merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi


jawapan yang betul dan prestasi yang baik, dalam keadaan ini guru memberi
pujian kepada pelajar itu.

 Kemahiran pelaksanaan penutup.

 bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti rumusan dan penilaian


biasa nya dilakukan dan diadakan dalam bahagian penutup ini.

1. Penutup kognitif

- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah
dipelajari.

2. Penutup sosial

- Bertujuan untuk memberikan satu perasaan pencapaian kepada pelajar-


pelajar supaya mereka ingin terus belajar.

3. Penutup kerja lanjutan

- Bertujuan untuk mengimbas kembali pembelajaran yang telah dipelajari dan


mengulangkaji.

8
1.3 ISU-ISU DI DALAM PENGAJARAN MIKRO

Tidak dapat memotivasikan diri:

 Kurang peka.

 Menyampaikan dengan sambil lewa sahaja.

 Menganggapnya sebagai hiburan/lakonan.

Dan mengakibat pengajaran mikro mereka akan tidak dapat dikuasai dan menjadi
satu kelemahan pada diri mereka yang mana ianya adalah sikap buruk dan perkara
seperti itu adalah tidak boleh berlaku dan perlu dihindari.

1.4 CARA-CARA MENGATASI ISU-ISU DI DALAM PENGAJARAN MIKRO

 Guru pelatih perlu mengetahui konsep pengajaran mikro dengan lebih


mendalam dan memahaminya secara menyeluruh.

 Guru pembimbing memberi penegasan yang kuat adalah salah satu cara yang
sangat berkesan kerana dari penegasan itu mereka akan sedar dan tidak
memandang rendah akan pengajaran yang mereka sampaikan.

 Guru pelatih perlu memberi komitmen yang serius dan menanamkan didalam
hati dan jiwa mereka bahawa pekerjaan seorang guru adalah merupakan
suatu pekerjaan yang sangat mulia. Dan mempermainkan dan
memperlekehkan sesuatu yang mulia itu adalah satu sikap yang buruk yang
perlu dijauhi.

Jadi guru perlukanlah mengatasi kelemahan yang ada pada dirinya untuk
mengukuhkan pendirian sebagai seorang guru yang betanggungjawab, berwibawa
dan berintegrasi untuk masa depan nya dan juga masa depan pelajar-pelajar dalam
membentuk generasi yang berjaya.

9
2. KEMAHIRAN MEMULAKAN SESI PENGAJARAN DAN SET INDUKSI

Apabila seseorang guru atau pensyarah masuk ke dalam kelas, mereka tidak terus
mengajar tajuk atau kemahiran yang telah ditetapkan. Sebaliknya, mereka perlu
memperkenalkan tajuk itu dahulu dengan baik dan teratur bagi memudahkan
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Lazimnya di mana sahaja kelas diadakan sama ada kelas biasa (tutorial), makmal
atau bilik kuliah, keadaan sebelum guru atau pensyarah masuk sememangnya
kurang teratur, bising dan pelajar belum bersedia untuk belajar. Adakalanya guru
telah masuk ke dalam kelas, namun pelajar belum lagi boleh memberi tumpuan atau
bersedia untuk pembelajaran. Oleh itu, sebelum guru memulakan sesi pembelajaran,
guru itu perlulah menyediakan pelajar-pelajarnya atau menguruskan bilik darjah itu
terlebih dahulu seperti memberi salam, membaca doa sebelum belajar secara
beramai-ramai, membersihkan bilik darjah dan sebagainya.

Selepas itu, baharulah memulakan pengenalan mengenai sesuatu pelajaran itu.


Pengenalan tentang pelajaran ini perlu ada untuk menarik perhatian semua pelajar
kepada pengajaran yang akan disampaikan oleh guru. Di samping itu, pengenalan ini
berfungsi untuk menimbulkan minat pelajar supaya akan lebih memberi perhatian
kepada perkara yang akan dipelajari dalam tempoh pengajaran guru atau pensyarah
berkenaan. Dengan ini pengenalan dapat menjadi kerangka rujukan bagi pelajar
tentang pelajaran itu sebelum dan semasa pengajaran.

2.1 KEMAHIRAN MEMULAKAN SESI PENGAJARAN

Sebelum guru itu memulakan sesi pengajarannya, beberapa perkara yang perlu
dibuat seperti :

1) Selepas guru itu masuk ke dalam bilik darjah, beliau mestilah terlebih dahulu
memberi salam kepada semua murid yang hadir pada hari itu.

2) Menyuruh murid untuk membaca doa sebelum belajar.

10
3) Bertanya akan kebersihan kelas. Jika terdapat sampah kecil-kecilan atau
besar, guru meminta murid untuk membersihkannya atau membuangnya demi
keselesaan pengajaran dan pembelajaran bersama.

4) Bertanya khabar kepada murid, jika diperlukan. Bertanya khabar ini selalunya
dibuat apabila persekolahan dibuka setelah cuti penggal.

5) Meminta murid untuk menyusun meja dengan teratur.

6) Guru menyiapkan keadaan murid untuk bersedia untuk belajar.

7) Setelah itu, guru hendaklah menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk
membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran atau memulakan
pembelajaran. ABM itu termasuk buku teks, projektor, manila kad, OHP dan
sebagainya.

2.2 CONTOH APLIKASI KEMAHIRAN MEMULAKAN SESI PENGAJARAN

Guru Barulah guru


masuk ke Semasa guru menguruskan bilik darjah memulakan
dalam bilik pengajarannya
darjah

1. Memberi Salam
Guru
Keadaan 2. Membaca doa sebelum belajar beramai-ramai
memulakan
pelajar yang 3. Bertanya khabar kepada pelajar pengajarannya
belum
4. Mencatit kedatangan atau kehadiran pelajar dengan set
bersedia
5. Menagih kerja rumah yang sudah disiapkan oleh pelajar induksi iaitu
untuk
pengenalan /
belajar 6. Membersihkan bilik darjah pembayang
7. Menyusun meja pelajar tentang sesuatu
8. Menyiapkan keadaan pelajar untuk bersedia untuk belajar pelajaran

9. Menyediakan Alat Bantu Mengajar

11
Ada juga guru atau pensyarah, sebelum memulakan sesi pengajarannya, apabila
setelah beliau memberi salam dan membaca doa sebelum belajar beramai-ramai,
beliau bertahmid dan berselawat, ucapannya seperti :

)‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين‬،‫(الحمد هلل رب العلمين‬
Setelah itu barulah beliau menguruskan bilik darjah seperti yang telah disebutkan di
atas tadi, salah satu contohnya seperti membersihkan bilik darjah dan sebagainya.

3. KONSEP KEMAHIRAN SET INDUKSI

Set induksi bermaksud suatu set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan
sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik
perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu
merancang set induksi supaya ia ada kaitan dengan perkara yang akan dipelajari
selepas itu.

Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam
sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.

Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan
cara untuk menyediakan pelajar bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi
prapengajaran.

Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan
dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di mana tujuan utama
mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-
murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang
hendak disampaikan.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set


induksi ialah satu cara memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan
pengajaran amat penting kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada pelajar
dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak
disampaikannya.

12
Set induksi adalah pengenalan atau pembayang bagi sesuatu isi pelajaran itu.
Tujuan utama mengadakan set induksi ini ialah untuk membina aliran fikiran
(mewujudkan pemikiran terhadap pelajaran) serta menimbulkan minat pelajar-pelajar
supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang
hendak disampaikan.

Dalam menyampaikan set induksi atau permulaan pelajaran ini, ada beberapa cara
yang boleh digunakan di antaranya ialah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi,
teknik menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing pelajar mengingat
kembali pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah
ringkas dan padat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

3.1 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN SET INDUKSI

Ada empat komponen yang perlu ada dalam set induksi bagi guru untuk
menyampaikan sesuatu isi pelajaran iaitu :-

1. Menarik perhatian

Set induksi yang boleh menarik perhatian pelajar dengan menggunakan nada suara
yang berubah-rubah, mewujudkan kontak mata kerana dengan kontak mata guru
boleh menagur pelajar yang belum lagi bersedia untuk pembelajaran itu,
menggunakan gerak-geri tangan atau kepala dan menggunakan ABM (Alat Bantu
Mengajar) seperti video, slaid, OHP dan sebagainya.

2. Menstruktur (Merangka)

Menstruktur bermaksud situasi guru yang menerangkan rancangan atau aktiviti yang
akan disampaikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru itu juga
boleh menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh pelajar dan memberitahu
cara-cara melakukan tugasan itu. Ini kerana pelajar memerlukan hala tuju agar dapat

13
memahami apa yang sedang diajar oleh guru. Jadi, pentinglah kalau aktiviti dan
tugasan yang ingin dicapai dijelaskan terlebih dahulu oleh guru.

3. Mewujudkan motivasi pelajar

Dalam pengajaran guru, pelajar berkemungkinan hilang tumpuan sekejap, jadi guru
perlu peka dengan keadaan pelajar dengan mengemukan soalan-soalan yang boleh
membuat pelajar itu berfikir dan boleh menarik perhatian pelajar. Boleh juga
menggunakan teknik bercerita atau mengemukakan soalan teka-teki supaya dapat
mewujudkan semangat pelajar dan rasa ingin tahu.

4. Membuat perkaitan

Dalam guru menyampaikan set induksi itu hendaklah guru menggunakan


pengetahuan sedia ada pelajar supaya senang bagi pelajar untuk mengikuti
pembelajaran dan menarik minat pelajar.

3.2 PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN SET INDUKSI

Untuk mencapai tujuan set induksi ini, guru pelatih harus memahami dan mematuhi
beberapa prinsip berikut :

1) Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Bagi
menarik perhatian dengan cara mengekalkannya, guru harus menggunakan
suara dengan intonasi yang sesuai iaitu dengan menggunakan suara yang
sekejap nyaring dan sekejap tidak nyaring bagi menarik perhatian pelajar,
gerak-geri atau gerak isyarat terutamanya tangan dan kepala serta kontak
mata. Keadaan akan jadi lebih menarik dengan penggunaan alat audio-visual
atau lebih dikenali dengan alat bantu mengajar seperti slaid, menayangkan
video dan sebagainya.

2) Aktiviti set induksi ini hendaklah sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan
umur pelajar. Pendekatan, aktiviti, bahan bantu mengajar dan idea yang
digunakan oleh guru itu perlulah sesuai dengan peringkat umur, kebolehan

14
dan pengalaman hidup pelajar. Contohnya, jika guru itu mengajar kanak-
kanak di sekolah rendah, beliau perlulah menggunakan bahasa yang sesuai
dengan peringkat umur kanak-kanak itu. Begitu juga jika guru itu mengajar di
institusi tertinggi, sudah pasti pelajar yang diajarnya itu adalah pelajar yang
sudah matang. Jadi guru itu perlu menggunakan bahasa yang tinggi (bahasa
beku) kerana mengikut kesesuaian peringkat umur pelajar dan juga kebolehan
mereka.

3) Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan objektif pelajaran dan isi
pelajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti dan isi kandungan yang
disampaikan yang menggunakan bahan perlulah berkait rapat dengan objektif
pelajaran dan isi pelajaran yang telah ditetapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

4) Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan juga dengan pengetahuan pelajar
yang sedia ada. Kandungan set induksi perlu mengambil kira pengetahuan
sedia ada pelajar, misalnya dengan merujuk kepada peristiwa-peristiwa
semasa dan di sekeliling mereka dan isi pelajaran lepas. Pendekatan yang
digunakan ialah daripada diketahui kepada belum diketahui.

5) Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara yang berkesan, demi
mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat. Pelaksanaan aktiviti
set induksi dalam tempoh masa antara 3-5 minit sahaja.

3.3 KEPENTINGAN KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kepentingan set induksi antaranya bertujuan untuk mengaitkan pelajaran dan


pengajaran menjadi lebih menarik serta timbul minat murid untuk mengetahui
pelajaran yang akan disampaikan. Terdapat beberapa kepentingan set induksi
dilaksanakan oleh guru ke atas pelajar-pelajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah.

Di antaranya adalah pentingnya di dalam pengajaran untuk memulakan set induksi


terlebih dahulu kerana set induksi ini akan dapat membuat pelajar bersedia dalam

15
mempelajari subjek tersebut ataupun mengulang kembali pelajaran yang lalu. Set
induksi ini juga akan menjadikan pengajaran lebih menarik serta rasa timbul minat
murid untuk mengetahui pelajaran yang hendak disampaikan. Kemudian dengan
adanya set induksi ini guru dapat mengetahui sejauh manakah pelajar tersebut
memahami pelajaran yang lepas atau sejauh mana pengetahuan sedia ada pada
pelajarnya.

Selain kepentingan set induksi untuk menarik perhatian pelajar kepada pelajaran
yang baru, ia juga mampu menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu
dikalangan pelajar. Ini bermakna sesuatu pelajaran yang ingin disampaikan oleh
guru, khususnya pelajaran yang baru perlu menjalankan proses tersebut bagi
menimbulkan sikap ingin tahu dikalangan pelajar tehadap pelajaran yang akan
disampaikan agar dapat memberikan keseronokkan serta menarik tumpuan kepada
pelajaran yang akan disampaikan juga memberi ruang kesediaan bagi pelajar
meneruskan pelajaran.

Set induksi turut berperanan mengubah tumpuan pelajar daripada pelajaran yang
sebelumnya kepada pelajaran yang hendak dipelajari. Agar pelajar bersedia untuk
menerima perubahan isi atau kandungan pelajaran daripada yang sebelumnya
kepada pelajaran yang baru. Sekiranya set induksi tidak dilakukan, kemungkinan
tumpuan fikiran pelajar sedikit sebanyak akan terganggu. Justeru, set induksi
dilakukan bertujuan supaya pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan
pelajaran yang akan diterima mempunyai perkaitan dan ada hubung kaitnya dengan
tumpuan yang perlu diberikan oleh pelajar itu sendiri.

Set induksi memang penting dalam satu-satu pengajaran yang dijalankan oleh guru
di dalam kelas. Namun demikian, ada guru yang seolah-olahnya sudah melupakan
set induksi ini. Set induksi ini akan membantu guru untuk menyediakan minda pelajar
bagi mengikuti pelajaran selanjutnya. Jadi, guru-guru tidak harus memandang set
induksi ini sebagai perkara yang tidak penting jika hendak menarik minat pelajar
untuk menyukai atau meminati mata pelajaran. Jika pelajar belajar dalam keadaan
terpaksa dan tidak menyeronokkan, sudah pastilah kesannya tidak lama.
Selanjutnya, pengajaran yang tidak menyeronokkan juga biasanya menyebabkan
pengajaran guru menjadi kurang berkesan.

16
3.4 KESAN KEMAHIRAN SET INDUKSI KE ATAS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Ada beberapa kesan penggunaan set induksi iaitu :-

1. Motivasi pelajar meningkat tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun
lagi.
2. Perhatian pelajar-pelajar terhadap pelajaran lebih baik dan ini memudahkan
mereka dalam meneruskan pembelajaran yang baru.

3. Pelajar-pelajar akan lebih berusaha untuk meningkatkan prestasi ke arah


pencapaian yang memuaskan seperti jangkaan seorang guru.
4. Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokan kerana perkaitan dibuat
antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar.

5. Naluri ingin tahu dikalangan pelajar dapat dipenuhi.

6. Corak interaksi diantara guru dan pelajar akan berubah-rubah. Ini akan
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan.

3.5 CONTOH MENGUASAI KEMAHIRAN SET INDUKSI

Guru Pelatih : Norazimah binti Haji Kahar


Masa : 2.00 – 3.00 petang (1 jam)
Darjah : 4 Ta
Mata Pelajaran : Zainuttalib (Solat dan Siam)
Tajuk Pelajaran : Puasa (Siam)

17
Langkah /
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran / Pembelajaran
Masa
Langkah 1
Salam dan Doa sebelum 1. Guru memberikan salam
Pendahuluan
belajar 2. Pelajar membaca doa
(2 minit)
Soal Jawab :
1. Bilakah kita
diwajibkan
Langkah 2 3. Guru mengajukan
berpuasa?
Set Induksi beberapa soalan kepada
2. Adakah sesiapa
(4 minit) murid mengenai puasa
pernah berpuasa?
3. Apa perasaan ketika
berpuasa?
 Puasa di bulan
Ramadan 4. Guru menerangkan
Langkah 3
 Erti berpuasa pengertian puasa
Penerangan
menahan lapar dan 5. Pelajar memberi perhatian
dahaga

3.6 ISU BERBANGKIT DALAM KEMAHIRAN SET INDUKSI

Tidak semua guru terlatih yang cukup sempurna dalam pengajaran dan
pembelajarannya, ada juga diantara mereka yang belum pandai menguasai
kemahiran set induksi dalam sesuatu pelajaran itu, diantaranya ialah :-

(i) Kurang penguasaan isi pelajaran

Dalam hal ini, guru yang kurang menguasai isi pelajaran akan tergopoh-gapah
dalam membuat contoh untuk membuat perkaitan dalam sesuatu pelajaran yang
diajarnya dan berkemungkinan besar akan sukar baginya untuk memberikan
penjelasan yang mudah kepada pelajar-pelajarnya.

18
(ii) Kurang kreativiti dalam memulakan set induksi

Guru tidak menggunakan potensi, bakat dan kemudahan yang semaksima


mungkin dalam memulakan pengajaran seperti tidak pandai memulakan
pengajaran dengan mengemukan soalan berupa teka-teki, tidak tahu sangat
menggunakan alat bantu mengajar yang berupa elektronik dan sebagainya, yang
mana perkara ini boleh menyebabkan pelajarnya merasa bosan dan malas untuk
mengikuti pembelajaran.

(iii) Kurang keberanian atau ketegasan dalam bidang mengajar

Perkara ini boleh membuatkan pelajar-pelajar tidak hormat kepada guru, tidak
mementingkan pelajaran dan sebagainya yang membawa kepada kemusnahan
masa depan pelajar-pelajar dan kerjaya guru itu.

3.7 CARA MENGATASI ISU-ISU DALAM KEMAHIRAN SET INDUKSI

Sebenarnya ada banyak cara bagi guru untuk mengatasi kekurangan kemahiran
memulakan set induksi. Di sini ada beberapa perkara atau cara yang perlu diatasi
oleh guru dalam kemahiran set induksi seperti :-

(i) Guru perlu banyak menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup
kerana ianya sangat penting bagi seorang guru yang ingin kerjayanya
berjaya.

(ii) Guru itu mestilah banyak bertanya atau berbincang dengan rakan-rakan
ataupun guru yang berpengalaman dalam bidang mendidik dan mengajar
kanak-kanak.

(iii) Guru-guru perlu membuat banyak kajian melalui pembacaan buku-buku


pendidikan untuk diguna-pakai dalam menyampai set induksi tentang
sesuatu isi pelajaran itu.

19
(iv) Mewujudkan keberanian dalam menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran kerana guru itulah yang akan menjadi contoh kepada
pelajar-pelajar yang lainnya.

4. KESIMPULAN

Pengajaran mikro digunakan bagi mempelbagaikan teknik-teknik atau kemahiran


dalam pengajaran bagi membolehkan guru pelatih untuk menguasainya kemudian
mempraktikkannya sehingga masuk ke alam keadaan yang sebenar. Oleh itu setiap
bakal guru yang ingin mengajar perlu ada kemahiran-kemahiran yang telah
dibincangkan demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Kemahiran memulakan pengajaran sangat besar peranannya bagi memastikan murid


dalam keadaan yang selesa untuk meneruskan pembelajaran, mendisiplinkan murid
dan menyediakan murid dalam keadaan yang siap sedia untuk memulakan
pembelajaran. Jadi, daripada kemahiran ini, guru dapat menguruskan atau
mengawal suasana bilik darjah sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Manakala kemahiran set induksi juga berperanan penting kerana ianya adalah
sebagai pengenalan tentang sesuatu isi pelajaran dan supaya menarik minat dan
perhatian murid, dapat menerima pengajaran yang akan disampaikan oleh guru serta
dapat membangkitkan motivasi dan rasa ingin tahu dikalangan murid.

Oleh itu, para guru dan juga bakal guru yang ingin mencapai keinginannya sebagai
seorang guru yang berjaya semaksima mungkin, hendaklah menguasai kemahiran-
kemahiran yang telah dibincangkan supaya menepati jangkaan dalam menghasilkan
pengajaran yang berkesan.

20
RUJUKAN

1. Ahmad Mohd Salleh, 2011, Kurikulum, Metodologi dan pedagogi Pengajian


Islam, Oxford Fajar Sdn. Bnd, Selangor Darul Ehsan.

2. Mok Soon Sang, 2001, Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan,


Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bnd, Kuala Lumpur.

3. Mok Soon Sang, 2009, Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran,


Penerbitan Multimedia Sdn. Bnd, Kuala Lumpur.

4. Esah Sulaiman, 2003, Pengenalan Pedagogi, Universiti Teknologi Malaysia,


Skudai, Johor Darul Ta’zim, Kuala Lumpur.

5. Zelzy Shahar Al Johary, 2014, Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran, Mata


Pelajaran Melayu Islam Beraja, Pelajaran Am, Sejarah Dan Sivik JILID 2,
Jabatan Sastera Dan Sains Kemasyarakatan (DASSE) Institut Pendidikan
Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei
Darussalam.

21