Вы находитесь на странице: 1из 8

BAHASA Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14

hingga abad ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat
berkembang di Nusantara. Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang
berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara.
Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-
1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini
lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno.

SUMBER
Penggunaan bahasa ini dapat dikenal pasti daripada beberapa sumber, iaitu batu
bersurat, karya sastera dan agama, dan surat rasmi raja Melayu.

a. Batu Bersurat
Batu bersurat penting zaman ini ialah batu bersurat Kuala Berang. Batu ini
ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, bertarikh 22 Februari
1303 Masihi, bersamaan dengan 4 Rejab 702 Hijrah. Kandungannya tentang perintah
dan undang-undang Islam yang dikenakan terhadap rakyat dan pemerintah.

b. Karya Sastera dan Agama


Pada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat
Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka.

Ketika zaman Aceh, muncul karya sastera bercorak tasawuf, syair sufi, falsafah, dan
ketatanegaraan. Antara karya yang penting ialah Syair Dagang, Syair Burung
Pingai, Syair Burung Pungguk, dan Syair Perahu karya Hamzah Fansuri; karya
agama, Mirat al-Mukminin, dan Miratul Iman oleh Shamsuddin al-Sumaterani;
Siratul Mustaqim, dan Bustan al-Salatin karya Syeikh Nuruddin al-Raniri; serta
Mirat al-Tuluh karya Abdul Rauf Singkel.

Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam bahasa klasik karangan Raja
Ali Haji, antaranya Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan Bahasa (1859),
Salasilah Melayu dan Bugis (1865), dan Tuhfat al-Nafis (1865).

Karya lain dalam bahasa Melayu klasik ialah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat
Merong Mahawangsa, Hikayat Bayan Budiman, Misa Melayu, Hikayat Negeri
Johor, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang
Sulung Merah Muda, dan Hikayat Panji Semirang.

c. Surat Rasmi Raja Melayu


Surat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah
atas urusan rasmi kerajaan.

Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja
Portugal (1521 Masihi dan 1522 Masihi); surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada
nakhoda Inggeris (1602 Masihi); surat Sultan Alauddin Shah kepada Kapten
Harry Middleton (1602 Masihi), dan surat daripada Sultan Perkasa Alam Johan
Berdaulat Aceh kepada King James I, England (1615 Masihi).

CIRI
Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat
mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.

1. Huruf dan perkataan


a. Penggunaan huruf Jawi.
Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain
untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dan nya.
b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan
dengan hukum Islam.

 Allah taala
 daulat
 wallahualam

c. Penggunaan bahasa istana:

 beradu (tidur)
 bersiram (mandi)
 gering (sakit)
 santap (makan)

d. Terdapat kosa kata klasik:

 berahi (cinta)
 ceritera (cerita)
 masyghul (sedih)

e. Penggunaan kata pangkal ayat.

 adapun
 alkisah
 arakian
 hatta
 maka
 sebermula
 syahadan

2. Sintaksis

a. Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan
kata hubung.

b. Terdapat ayat susunan songsang

c. Penggunaan ayat pasif.

Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera:


"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu
Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-
sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai
kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara
Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang,
dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan
menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara
yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana
dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan
barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun
Pikrama bakal Bendahara."

- Sulalatus Salatin (Edisi Pelajar), Dewan Bahasa dan Pustaka: 1996, hlm. 74

BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi
Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu
Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu
Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu
kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan
langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai
dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303
Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab
berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di
semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,
Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan,
Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.

Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh
agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak
mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata,
struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu
Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye
Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab
seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai
sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu
Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan
Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi
kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya
bahasa pada ketika itu.

Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama.
Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah
negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan
Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522.
Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh 1590
(988H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama
(1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini
menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada
masa itu.
Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan data
berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang Sariyan
mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu ‘i’, ‘a’ dan
‘u’ (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa
Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa
Melayu, iaitu ‘a’, ‘e’ pepet, ‘e’ taling, ‘i’, ‘o’, dan ‘u’. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat
diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam
Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar ‘r’ yang jelas
menggunakan huruf “ra” dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir
tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam
bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong
dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’.

Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam
Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan
dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat
dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden,
ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah:

a. Ayat yang panjang dan berbelit-belit


b. Banyak ayat pasif
c. Menggunakan bahasa istana
d. Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul dan sebagainya
e. Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula,
alkisah, hatta, adapun dan sebagainya
f. Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’

Kajian Asmah haji Omar tentang kitab ‘Aqai’id al-Nasafi, iaitu teks tertua Bahasa Melayu
menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli. Kata
pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga
penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu
bermula, hatta, syahadan, kalakian dan seumpamanya.

Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu
Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh
pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada
itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada
zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan
aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa
persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang
kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang
meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera,
perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat
pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang
tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang
tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-Nasafi. Kitab ini
membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan
ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik
awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa
Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa ilmu.
Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-
Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam
Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa seperti
Asrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau
Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan
Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini
dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga
memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan
secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan
bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi
memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

2.1 Ayat Panjang, Berulang-ulang dan Berbelit-belit Antara ciri bahasa Melayu klasik yang
membezakannya daripada bahasa lain ialah dari segi struktur ayatnya. Bahasa Melayu klasik
menggunakan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Contoh ayat tersebut dapat
dilihat dalam teks Sulalatus Salatin tulisan A.Samad Ahmad iaitu;

Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya; jemu orang yang mendengar
dia; maka kami simpankan juga, kerana perkataan yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang
berakal adanya. (Sulalatus Salatin, halaman 18)

Ayat yang panjang dan berbelit-belit itu mungkin menyebabkan pembaca sukar atau keliru dalam
memahami makna yang ingin disampaikan. Pengulangan perkataan yang sama maksudnya juga
terdapat dalam ayat tersebut iaitu perkataan 'terlalut' dan 'amat'. Ciri-ciri ini juga dapat diperhatikan
dalam teks Hikayat Abdullah karya Abdul Kadir Munsyi iaitu; Maka ada-lah yang ku lihat barang suatu
pekerjaan-nya perkataan-nya dan kepandaian-nya dan bangun-bangun orang-nya dan budi-bahasa-
nya, jikalau tiada salah faham-ku bahawa dapat-tiada ia-ini orang-orang besar atau pandai, dan lagi
dengan besar himmahnya. ( Hikayat Abdullah, halaman 75) Penggunaan ayat yang panjang serta
meleret-leret ini juga memaksa pembaca untuk mengulangi bacaan mereka dalam memahaminya
maksud yang ingin disampaikan. Perkataan 'nya' juga jelas diulang-ulang pada hujung kata
'perkataan, pekerjaan'dan 'kepandaian'. 4 2.2. Banyak Ayat Pasif Penulisan dalam karya-karya Bahasa
Melayu Klasik juga memperlihatkan penggunaan ayat pasif atau ayat songsang dengan pendepanan
predikat dan diikuti dengan subjek dibelakangnya. Contoh yang dapat membuktikan kenyataan ini
seperti dalam ayat di bawah; Syahadan maka setelah dilihat oleh Patih Aria Gajah Mada kelakuan
Betara Majapahit itu... (Sulalatus Salatin, halaman 116) Setelah dilihat oleh Mansur Syah perihal itu,
maka baginda pun…. (Sulalatus Salatin, halaman 139) Shahadan apabila di-dengar oleh Tuan Raffles
akan segala hal-ehwal itu…. ( Hikayat Abdullah, halaman 106) Sa-telah itu maka segera di-keluarkan
oleh Tuan Farquhar perkataan lain, katanya.. ( Hikayat Abdullah, halaman 162) Penggunaan ayat pasif
dalam hasil-hasil karya pada zaman itu disebabkan pengaruh bahasa Arab yang meluas ketika itu.
Penggunaan ayat songsang dengan pendepanan predikat akibat pengaruh bahasa Arab dan ragam
ayat pasif. (Goay Teck, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2007). Seperti yang kita ketahui bahawa
pedagang-pedagang dari negara Arab telah menjalankan perdagangan disamping menyebarkan
agama Islam di seluruh nusantara termasuklah di negara kita. Mereka telah menggunakan bahasa
Arab dalam pertuturan mereka dan keadaan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan Bahasa Melayu
juga mengalami perubahan khususnya dalam penggunaan ayat pasif ini. 2.3. Penggunaan Bahasa
Istana Penggunaan Bahasa Istana juga menjadi salah satu ciri Bahasa Melayu Klasik. Hubungan
masyarakat pada zaman itu amat rapat dengan istana. Sultan atau raja mempunyai kuasa mutlak
dalam meletakkan satu-satu keputusan dalam pentadbiran kerajaan dan sangat disanjung oleh
rakyat. Kemukarkaan terhadap golongan istana dilihat suatu perkara yang boleh melanggar adat dan
tatasulila peradaban Melayu. Benarlah kata-kata 'biar mati anak jangan mati adat'. Keadaan ini
menyebabkan pertuturan masyarakat pada ketika itu dipengaruhi oleh bahasa istana sehingga dalam
penulisan karya puisi mahupun prosa . Contoh perkataan-perkataan ganti nama seperti 'hamba',
'patik', 'tuanku' dan sebagainya telah digunakan. Perkataan kata kerja seperti 'titah' dan 'sembah'
turut diselitkan dalam penerbitan karya sastera. Tidak ketinggalan juga penggunaan nama-nama
jawatan seperti 'bendahara', 'laksamana' dan 'hulubalang' yang turut dimasukkan. Ciri-ciri ini dapat
ditemui dalam kedua-dua teks tersebut iaitu seperti dalam ayat ayat di bawah ini. Maka Sultan
Mansur Syah pun semayam di balai kecil menghadap orang mengepung Hang Jebat itu. (Sulalatus
Salatin, halaman 139) Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Apa kehendak hati tuanku, katakanlah
kepada patik." (Sulalatus Salatin, halaman 251) Maka Enche' Su-long pun pulang-lah, serta
menyampaikan segala titah raja itu kepada Pawang Gajah… ( Hikayat Abdullah, halaman 57) Sa-
bermula ada pun asal-nya yang empunya tempat itu shahbandar dahulu di Melaka, yang bernama
Mr.Alam… ( Hikayat Abdullah, halaman 125) 2.4. Penggunaan Kosa Kata Klasik Penulisan karya dalam
era penggunaan Bahasa Melayu Klasik turut memperlihatkan penggunaan kosa kata klasik. Perkataan
seperti 'ratna mutu manikam', 'edan kesmaran', 'sahaya', 'masyghul, dan sebgainya yang dimuatkan
dalam karya tersebut yang menjadi salah satu ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik. Ciri-ciri
ini masih lagi terdapat dalam karya Bahasa Melayu Klasik kerana penulis-penulis karya pada zaman
itu masih lagi terikut-ikut dengan gaya penulisan Bahasa Melayu Lama. Contohnya dapat kita temui
seperti dalam ayat berikut; Arakian maka dianugerahkan Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-
Bariyah kembali pada ayahnya, Raja Kida Hindi; maka dianugerahi Raja Iskandar akan Puteri Syahrul-
Bariyah persalinan seratus kali, dan dianugerahi daripada emas dan perak, dan ratna mutu manikam,
dan daripada permata dan harta… (Sulalatus Salatin, halaman 7) …daripada sutera benang emas
kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. (Sulalatus Salatin, halaman 131) Adapun
hikayat perang Raja Haji itu terlalu-lah lanjut-nya, maka jikalau ku cheterakan, neschaya
berlambatan-lah pekerjaan-ku, melainkan mengambil simpan-nya sahaja. (Hikayat Abdullah, halaman
48) 2.5. Penggunaan Kata Pangkal Ayat / Praklausa Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik juga adalah sering
menggunakan perkataan-perkataan seperti 'maka', 'hatta', 'alkisah' dan sebagainya di pangkal atau
perdu sesuatu ayat. Perkataan-perkataan ini juga boleh diibaratkan sebagai pembuka bicara dalam
ayat-ayat dalam Bahasa Melayu Klasik. Hal ini dapat memperlihatkan nilai estetika atau keindahan
dalam bahasa Melayu klasik yang pernah menjadi bahasa lingua franca pada suatu masa dahulu. Ciri-
ciri ini dapat dilihat dalam ayat berikut; Syahadan datanglah ke Teluk Belang, maka kenaikan itu
tiadalah tertimba lagi, lalu akan tenggelam. (Sulalatus Salatin, halaman 39) Hatta Raja Rekan pun
datang menghadap ke Melaka, maka sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad Syah, kerana Raja
Perempuan itu saudara sepupu kepada Raja Rekan. (Sulalatus Salatin, halaman 82) Arakian maka
ada-lah kira-kira tiga bulan lama-nya dengan hal bersakit dan susah, kebanyakan pula orangmati, dan
jatoh patah kaki tangan, tiba-tiba maka kedengaran-lah khabar mengatakan raja menyuroh… (
Hikayat Abdullah, halaman 50) Ada-pun sa-telah sedikit hari kemudian daripada itu, datang-lah pula
sa-orang paderi yang lain, naman-nya Tuan Slater… ( Hikayat Abdullah, halaman 135) Maka sa-telah
bapa-ku pulang, dalam enam tujoh hari juga tentu-lah sudah bichara kahwin itu… ( Hikayat Abdullah,
halaman 144) 2.6. PENGGUNAAN PARTIKEL PUN DAN LAH Kita juga dapat mengenai Bahasa Melayu
Klasik kapabila banyak penggunaan partikal seperti ‘lah’ digunakan di bahagian hujung kata kerja
atau ‘pun’ di bahagian tengah ayat. Contohnya seperti perkataan 'beradulah' atau ,berangkatlah'.
Hasil karya yang ditulis dalam teks Sulalatus Salatin dan Hikayat Abdullah juga tidak ketinggalan
memasukkan ciri-ciri ini. Hal ini dapat dilihat dalam contoh ayat yang berikut; Setelah didengar oleh
si penyadap, maka ia pun hairanlah, seraya berkata… ( Silalatus Salatin, halaman 113) …maka
berkembang-lah segala bunga-bungaan yang dari dalam taman pengasehan… ( Hikayat Abdullah,
halaman 64) Shahadan maka apa-bila di-lihat oleh orang Melayu semua-nya akan hal yang demikian,
maka masing-masing pun ketakutan-lah… ( Hikayat Abdullah, halaman 53) 2.7. PENGGUNAAN KOSA
KATA DARIPADA PENGARUH ARAB PARSI Bahasa Melayu Klasik menerima pengaruh kuat daripada
Arab dan Parsi sehingga hasil karya penulis-penulis pada zaman itu telah meminjam beberapa kosa
kata daripada bahasa Arab. Penggunaan kosa kata tersebut bukan sahaja daripada bidang bahasa
ilmu agama tetapi bidang-bidang yang lain seperti undang-undang, kesusteraan, perubatan dan
pentadbiran. Ciri-ciri ini nampak jelas digunakan terutama bagi penulis-penulis yang sezaman dengan
A. Samad Ahmad dan penulis karya Hikayat Abdullah ini. Contohnya dapat dilihat seperti dalam
petikan ayat di bawah; Maka beberapa lama-nya dalam hal yang sedemikian, maka datang-lah sa-
orang orang Arab Sayyid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka ada-lah ia-itu
aulia, maka sangat-lah di-permulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala laki-laki dan
perampuan pun pergi-lah berguru kepada-nya dari-hal perkara agama Islam. ( Hikayat Abdullah,
halaman 10) Perkataan 'Sayyid' adalah perkataan daripada bahasa Arab yang bermaksud ketua atau
pemimpin telah diselitkan dalam contoh petikan ayat di atas. Begitu juga dengan perkataan 'aulia'
yang bermaksud seseorang yang mempunyai pekerti yang baik. Contoh lain yang kita dapat lihat
adalah seperti petikan ayat di bawah ini; ...'Mari kita chuba jadikan kitab ilmu kira-kira dalam Bahasa
Inggeris itu... ( Hikayat Abdullah, halaman 10) Perkataan 'kitab' juga adalah kata yang berasal
daripada perkataan Arab yang membawa maksud buku telah digunakan dalam teks Hikayat Abdullah
itu. Begitu juga seperti dalam teks Sulalatus Salatin, penggunaan kata yang berasal daripada bahasa
Arab juga turut digunakan. Contohnya seperti dalam petikan ayat di bawah; Orang Kaya-kaya
sekalian pertaruh kita, daripada memelihara dan mengajar, menegur dia; kerana ia budak penuh
dengan khilaf dan bebalnya... Perkataan 'khilaf' yang digunakan dalam petikan ayat di atas merujuk
maksud selalu membuat kesilapan.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Вам также может понравиться