Вы находитесь на странице: 1из 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: SEMESTER 1 / 2018

Program: PROGRAM IJAZAH SARJANA Nama Pelajar:


MUDA PERGURUAN (PISMP)

Kod: MTES3093 Semester / Tahun: SEM 2 TAHUN 2


Ambilan: Jun 2016
Nama Kursus: PENGAJARAN SUKATAN,
Kumpulan: Matematik MAJOR
GEOMETRI DAN PENGURUSAN DATA

Tugasan Mula Tarikh Hantar

1. KUIZ 1 – TOPIK 2 & 3 - 10% 2 MAC 2018 2 MAC 2018

2. KUIZ 2 – TOPIK 4 & 5 - 10% 20 APRIL 2018 20 APRIL 2018

3. PENGHASILAN RESOS – 15% 19 FEB 2018 02 APRIL 2018

4. LAPORAN KAJIAN KES – 35% 19 FEB 2018 02 APRIL 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :


1. Mengaitkan kandungan matematik dengan pedagogi yang sesuai dalam membentuk
pengetahuan pedagogi kandungan bagi bidang pengajaran Sukatan, Geometri dan Pengurusan
Data. (C2, A4, PLO1)
2. Membina resos yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sukatan, Geometri dan
Pengurusan Data secara berkumpulan. (C3, P6, PLO2, PLO5, TS1)
3. Membincang isu-isu pengajaran dan pembelajaran bagi Sukatan, Geometri dan Pengurusan
Data berdasarkan amalan dan rujukan dapatan penyelidikan yang berwasit atau berautoriti. (C5,
A4, PLO3, PLO6, CTPS3, LL2)
4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data
berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan pelbagai pedagogi yang berasaskan
kemahiran pembelajaran abad ke-21. (C6, PLO3, CTPS4)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:


1. Menghuraikan pengetahuan pedagogi kandungan bagi bidang pengajaran Sukatan, Geometri
dan Pengurusan Data.
2. Membina resos secara berkumpulan untuk pengajaran dan pembelajaran Sukatan, Geometri dan
Pengurusan Data dengan memperolehi idea secara kolaboratif bagi topik 2, 3, 4 atau 5.
3. Membincangkan isu dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pembacaan sekurang-
kurangnya 3 artikel penyelidikan dalam jurnal berwasit atau berautoriti.
4. Menghasilkan satu rancangan baharu yang terdiri daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berasaskan penggunaan resos yang kreatif sebagai penyelesaian alternatif bagi
penambahbaikan isu di atas.
5. Menghasilkan laporan kajian kes yang lengkap berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran
Sukatan, Geometri atau Pengurusan Data.
TUGASAN PROJEK (70%)

Kesemua Tugasan 1, 2 dan 4 dilaksanakan secara individu manakala Tugasan 3 dilaksanakan


secara berkumpulan.

Tugasan 1: KUIZ 1 (10%)


Menjawab soalan Kuiz 1 berkaitan dengan Topik 2 dan 3 (30 minit).

Tugasan 2: KUIZ 2 (10%)


Menjawab soalan Kuiz 2 berkaitan dengan Topik 4 dan 5 (30 minit).

Tugasan 3: PENGHASILAN RESOS (15%)


Penghasilan Resos Pengajaran dan Pembelajaran
1. Membina satu kit resos yang terdiri daripada tiga resos pengajaran atau pembelajaran bagi satu
topik (2, 3, 4 atau 5) dalam bidang Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data secara
berkumpulan.
2. Bilangan ahli kumpulan 2- 3 orang sahaja.
3. Penghasilan resos mesti disertakan dengan penerangan tentang objektif dan cara menggunakan
resos tersebut.

Tugasan 4: LAPORAN KAJIAN KES (35%)


Anda dikehendaki menjalankan tinjauan literatur tentang isu-isu pengajaran dan pembelajaran
dalam matematik bagi tajuk Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data. Hasil daripada tinjauan
literatur, anda mendapati wujud beberapa isu pengajaran dan pembelajaran diutarakan oleh
penyelidik-penyelidik dalam bidang pendidikan matematik bagi tajuk Sukatan, Geometri dan
Pengurusan Data. Justeru, anda ingin membantu penyelidik-penyelidik tersebut mengatasi salah
satu isu yang timbul dengan mencadangkan satu rancangan baharu yang merangkumi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan resos untuk tujuan penambahbaikan.

Anda dikehendaki :

i. Mengenal pasti dan membincangkan SATU isu pengajaran dan pembelajaran daripada satu
topik (2, 3, 4 atau 5) berdasarkan dapatan penyelidikan berwasit atau berautoriti.
ii. Menghasilkan satu rancangan baharu yang terdiri daripada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan penggunaan resos sebagai penyelesaian alternatif bagi
penambahbaikan isu di atas.
iii. Menulis satu laporan kajian kes yang lengkap (1200 patah perkataan).

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Kerja kursus ini terbahagi kepada tugasan 1, 2, 3 dan 4. Tugasan 1, 2 dan 4 dibuat secara
individu manakala Tugasan 3 dibuat secara berkumpulan.

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


i. Fon Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format APA (minimum 3 buah rujukan)

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

4. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan, rubrik
pemarkahan sebagai muka surat ke-2 dalam kerja kursus anda.

5 Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.


6. Muka depan kerja kursus merangkumi:
 Nama Pelajar  Kod dan Nama Kursus
 Angka Giliran  Tajuk Tugasan Projek
 No. Kad Pengenalan  Nama Pensyarah Akademik
 Kumpulan/Unit  Tarikh Hantar

7. Hantar tugasan anda dalam bentuk hard copy dan soft copy.

8. Tugasan ini membawa wajaran 70%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1. Bagi Tugasan 3, pilih satu topik daripada bidang Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data.
Bina satu kit resos yang terdiri daripada tiga resos pengajaran atau pembelajaran bagi mengajar
kemahiran dalam topik berkenaan. Penghasilan kit resos mesti disertakan dengan penerangan
dan cara menggunakan resos tersebut.

2. Bagi Tugasan 4, pilih satu topik daripada bidang Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data.
Kemudian kenal pasti satu isu utama pengajaran dan pembelajaran dalam topik tersebut
berdasarkan dapatan penyelidikan yang berwasit atau berautoriti. Bincangkan isu tersebut
secara ilmiah. Anda dikendaki membaca sekurang-kurangnya tiga artikel penyelidikan yang
mesti dilampirkan di akhir tugasan.

3. Hasilkan satu rancangan baharu yang terdiri daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berasaskan penggunaan resos sebagai penyelesaian alternatif bagi penambahbaikan isu
tersebut.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(MANISAH BINTI MOHD SHAH )


Penyelaras Kursus MTES3093
Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

(Dr. WAN NOOR ADZMIN MOHD SABRI)


Ketua Jabatan Matematik
Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Вам также может понравиться