Вы находитесь на странице: 1из 15

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN KELAB

ARTIKEL SATU
PERATURAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN)
BAGI
KELAB KOPERASI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIMBANG

1.1 NAMA:

Kelab ini dikenali dengan nama KOPERASI Sekolah Menengah Kebangsaan


Limbang.

1.2 ALAMAT:

KELAB KOPERASI Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang, KM 4.03, Peti Surat


304, Jalan Pandaruan, 98707 Limbang.

ARTIKEL DUA
2.1 Pendaftar:
Pendaftar kelab ini ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang,
KM 4.03, Peti Surat 304, Jalan Pandaruan mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (kelab Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh
21 Mei 1998.

2.2 No. Pendaftaran:

UKK160
2.3 Dokumen Pendaftaran:

.........................................................................................................................................

ARTIKEL TIGA
3.1 Penasihat:
Penasihat kelab ini dilantik oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Limbang mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peratuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42, No.11, Tambahan No. 21,
Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.
ARTIKEL EMPAT
4 Tujuan:
kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk:
4.1 Mengumpulkan pelajar-pelajar yang berminat dalam mencintai Alam
4.2 Memupuk semangat sepasukan dan bersatu-padu di kalangan ahli-ahli Kelab.
4.3 Menyemarakkan kegiatan-kegiatan kependidikan yang berkaitan dengan
pengetahuan Kelab Pencinta Alam
4.4 Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli kelab mengembangkan bakat dan
potensi masing-masing.
4.5 Meningkatkan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran ahli-ahli dalam
pelbagai aktiviti yang dirancangkan.

ARTIKEL LIMA
5.1 Keahlian:
5.1.1 Syarat-syarat keahlian:-
5.1.1.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Limbang.
5.1.1.2 Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan Borang
Permohonan Menjadi Ahli (Borang PMA) dan dikemukan kepada
Setiausaha Kokurikulum tidak lewat dari 31 Januari setiap tahun.
5.1.1.3 Kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbangkan dan
diluluskan oleh Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa menerima
atau menolak sesuatu permohonan adalah muktamad.
5.1.1.4 Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah atas kerelaan
sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan
mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga
masing-masing.

5.1.2 Hak ahli:


Seseorang yang telah disahkan keahlinya berhak untuk:-
5.1.2.1 Mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab
5.1.2.2 Menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab
5.1.2.3 Menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab
5.1.2.4 Menggunakan peralatan, prasarana, dan kemudahan-kemudahan
kepunyaan kelab
5.1.2.5 Mengemukakan cadangan, aduan, idea dan pendapat kepada
kelab mengenai isu-isu yang berbangkit

5.1.3 Kewajipan ahli:


Seseorang pelajar yang telah disahkan menjadi ahli kelab ini wajib:-
5.1.3.1 Menghormati, mendukung, dan mematuhi Perlembagaan dan
Peraturan-Peraturan kelab ini sepanjang masa dan dalam semua
keadaan.
5.1.3.2 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang
dibuat oleh Jawatankuasa kelab.
5.1.3.3 Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti
kelab
5.1.3.4 Memelihara dan menjaga harta benda kelab
5.1.3.5 Tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia-rahsia kelab
5.1.3.6 Tidak mementingkan diri sendiri sebaiknya sentiasa bekerjasana
dan bermuafakat dengan ahli-ahli lain
5.1.3.7 Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang
dianjurkan oleh kelab

5.1.4 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli


5.1.4.1 Ahli yang berhak berhenti daripada menjadi ahli kelab
hendaklah menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih
dahulu kepada Setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada
menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa kelab atas
nasihat Guru Penasihat.
5.1.4.2 Mana-mana yang gagal mematuhi undang-undang dan
peraturan-peraturan kelab atau bertindak dengan cara yang akan
mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung
keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan
munasabah oleh Jawatankuasa kelab atas nasihat Guru
Penasihat. Sebelum Jawatankuasa kelab memecat atau
menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.
Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi
penjelasan danmembela dirnya. Pemecatan ataupenggantungan itu
hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau
membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

ARTIKEL ENAM
6.1 Jawatankuasa kelab
6.1.1 Ahli Jawatankuasa:
Jawatankuasa kelab akan dianggotai oleh:-
6.1.1.1 Seorang Pengerusi
6.1.1.2 Seorang Timbalan Pengerusi
6.1.1.3 Seorang Setiausaha
6.1.1.4 Seorang Penolong Setiausaha
6.1.1.5 Seorang Bendahari
6.1.1.6 Seorang Penolong Bendahari
6.1.1.7 Tujuh orang Ahli Jawatankuasa

6.1.2 Pemilihan Jawatankuasa


Pemilihan Jawatankuasa adalah secara demokratik dalam Mesyuarat Agung
tahunan kelab. Senarai Jawatankuasa yang terpilih hendaklah disahkan
oleh Pendaftar sebelum boleh berfungsi.
6.1.3 Tugas Utama Jawatankuasa
Jwatankuasa kelab adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas aspek
pengurusan dan pentadbiran kelab, termasuklah yang berikut:-
6.1.3.1 Menentu dan menetapkan dasar kelab berdasarkan
perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab
6.1.3.2 Merancang dan menganjurkan kegiatan-kegiatan kelab
berdasarkan Senarai Aktiviti Utama yang diluluskan oleh Pendaftar.
6.1.3.3 Mengurus, merancang dan mengawal perbelajaan tahunan
kelab dengan mengambil kira bimbingan dan nasihat penasihat
kelab
6.1.3.4 Mengurus pengutipan derma seperti yang diluluskan oleh Pendaftar
dan menyimpan atau menggunakanya untuk kegiatan dan
kepentingan kelab mengikut prosedur pengurusan kewangan
yang berkutakuasa di institusi Kerajaan
6.1.3.5 Mengambil berat kebajikan ahli-ahli dan mengawal disiplin mereka
sebagai ahli kelab
6.1.3.6 Meneroka dan mewujudkan peluang untuk ahli-ahli mendapat dan
mempertingkatkan pengalaman, pengetahuan dankemahiran
masing-masing secara berterusan.
6.1.3.7 Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori dan
bekalan pejabat kepunyaan kelab.
6.1.3.8 Menjadi penghubung di antara ahli-ahli kelab dengan guru
penasihat, pihak pengurusan sekolah, kelab atau kelab lain di
sekolah, dan badan gabungan di peringkat daerah, negeri atau
kebangsaan.
6.1.3.9 Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat dan
melaksanakan sepenuhnya keputusan-keputusan yang dihasilkan
daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut, khususnya Mesyuarat
Agung Tahunan.
6.1.3.10 Menyediakan Laporan Tahunan kelab

6.1.4 Tugas dan kuasa Pengerusi


6.1.4.1 Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta
memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan
dalam perkara 6.1.3 di atas.
6.1.4.2 Mengetuai pentadbiran dan pengurusan kelab
6.1.4.3 Mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurusdan
dikelolakan oleh jawatankuasa kelab
6.1.4.4 Pengerusi berhak menggunakan undi pemutus dalam setiap
mesyuarat yang dipengerusikannya selagi tidak melanggar atau
bertentangan dengan tujuan, perlembagaan dan peraturan-peraturan
kelab.
6.1.4.5 Pengerusi berkuasa memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan
Mesyuarat Jawatankuasa tergempar apabila difikirkannya perlu.
6.1.4.6 Mengetuai Jawatankuasa Displin kelab
6.1.4.7 Menandatangani semua dokumen kewangan kelab seperti resit
terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama
dengan Setiausaha dan Bendahari
6.1.4.8 Mewakili kelab dalam semua perjumpaan atau mesyuarat
dengan kelab atau kelab lain, dan dengan badan induk
gabungan.
6.1.4.9 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

6.1.5 Tugas dan kuasa Timbalan Pengerusi


6.1.5.1 Membantu Pengerusi mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus
dan melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankasa
seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas
6.1.5.2 Melaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi ketika ketiadaan atau
ketidakhadiran Pengerusi, atau pun dengan kebenaran bertulis
daripada Pengerusi,

6.1.6 Tugas dan kuasa Setiausaha


6.1.6.1 Membantu merancang, mengurus dan melaksana serta memantau
semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam
perkara 6.1.3 di atas.
6.1.6.2 Menyedia, mengurusdan melenggara tugas dan fungsi
kesetiausahaan kelab, seperti surat menyurat, perekodan dan
penyimpanan maklumat, penyimpanan dan pengemaskinian fail
kelab, penyebaran maklumat kepada ahli-ahli kelab dan
pendokumentasian aktiviti-aktiviti kelab.
6.1.6.3 Mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat kelab,
seperti mengeluarkan notis dan surat jemputan menghadiri sesuatu
mesyuarat kepada ahli-ahli dan semua Ahli Jawatankuasa kelab,
menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat, menyediakan tempat
mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat.
6.1.6.4 Melaksanakan semuakeputusan yang diluluskan dalam Meysuarat
Agung kelab dan mendokumenkan semua perlaksanaan.
6.1.6.5 Menydia, mengedar, mengumpul dan memproses Borang
Permohonan Keahlian.
6.1.6.6 Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedia serta mengemaskinikan
Rekod atau Daftar Keahlian kelab dan mendapatkan
pengesahan daripada Guru Penasihat dan Pendaftar.
6.1.6.7 Menyediakan Buku Rekod Kehadiran Ahli dan menandakan
kehadiran ahli dalam setiap aktiviti yang dianjur, diurus dan
dikelolakan oleh kelab.
6.1.6.8 Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
6.1.6.9 Menyediakan laporan mengemaskinikan Rekod Pencapaian Ahli
serta mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat.
6.1.6.10 Menyediakan Laporan Tahunan kelab dan membentangkannya
dalam Mesyuarat Agung Tahunan kelab.
6.1.6.11 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat,
Pengerusi atau Timbalan Pengerusi.
6.1.6.12 Menerima, mengumpul dan memproses aduan-aduan,
cadangan-cadangan, pendapat dan idea-idea yang dikemukan oleh
ahli-ahli kelab.
6.1.6.13 Menyediakan Kertas Konsep dan Kertas Cadangan Pelaksanaan
bagi setiap program, projek dan aktiviti yang dianjur, diurus dan
dilaksanakan oleh Jawatankuasa kelab.
6.1.6.14 Menandatangani dokumen-dokumen kewangan kelabseperti
resit terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran
bersama-sama Pengerusi dan Bendahari.

6.1.7 Tugas dan kuasa Penolong Setiausaha


6.1.7.1 Membantu Setiausaha melaksanakan tugas dan kuasanya seperti
yang disenaraikan dalam perkara 6.1.6 di atas.
6.1.7.2 Menjalankan tugas dan kuasa Setiausaha semasa ketiadaan atau
ketidakhadirannya atau pun apabila diarahkan oleh Pengerusi
secara bertulis.
6.1.7.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi,
Timbalan Pengerusi atau Setiausaha.

6.1.8 Tugas dan kuasa Bendahari


6.1.8.1 Mentadbir dan mengurus kewangan kelab
6.1.8.2 Menerima, mengutip, menyimpan dan mengakaunkan pendapatan
kelab.
6.1.8.3 Membayar bagi pihak kelab segala perbelanjaan atau tuntutan
yang dikemukan oleh pembekal dan mengakaunkan pembayaran
yang dibuat.
6.1.8.4 Menandatangani semua dokumen kewangan kelab, seperti resit
terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama
dengan Pengerusi dan Setiausaha.
6.1.8.5 Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM20.00.
6.1.8.6 Merancang dan mencadangkan kepada Jawatankuasa kelab
akan aktiviti-aktiviti atau projek-projek untuk menambah kewangan
kelab.
6.1.8.7 Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan kelab
dengan sesalinan diserahkan kepada Guru Penasihat dan sesalinan
kepada Pengetua sekolah.
6.1.8.8 Menyediakan penyata kewangan tahunan kelab dan
menyerahkannya kepada pemeriksa kira-kira untuk diaudit.
6.1.8.9 Membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit
dalam Mesyuarat Agung Tahunan kelab.
6.1.8.10 Menyerahkan sesalinan Penyata Kewangan Tahunan kelab
yang telah disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan kelab
kepada Pengetua Sekolah
6.1.8.11 Melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung yang berkaitan dengan
hal-ehwal kewangan kelab.
6.1.8.12 Menyerahkan wang terkumpul kelab kepada Pengetua sekolah
selepas 31 Oktober tahun berkenaan.
6.1.8.13 Menunaikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan
Setiausaha.

6.1.9 Tugas dan kuasa Penolong Bendahari


6.1.9.1 Membantu Bendahari melaksanakan tugas dan kuasanya seperti
yang disenaraikan dalam perkara 6.1.8 di atas.
6.1.9.2 Menjalankan tugas dan kuasa Bendahari semasa ketiadaan atau
ketidakhadirannya atau pun apabila diarahkan oleh Pengerusi
secara bertulis.
6.1.9.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi,
Timbalan Pengerusi, Setiausahaatau Bendahari

6.1.10 Tugas dan kuasa Ahli Jawatankuasa


6.1.10.1 Menghadiri semua mesyuarat jawatankuasa
6.1.10.2 Mengemukankan cadangan, ulasan, kritikan dan pendapat berkatan
hal-ehwal pengurusan dn pentadbiran kelab
6.1.10.3 Mengetuai sesuatu jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk
mengurus dan mengelolakan sesuatu aktiviti atau projek kelab
6.1.10.4 Membantu melaksanakan keputusan-keputusanyang diluluskan
dalam Mesyuarat Agung kelab
6.1.10.5 Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa kelab.
6.1.10.6 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi,
Timbalan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari

ARTIKEL TUJUH
7. Kewangan
7.1 Tahun Kewangan
Tahun Kewangan bagi kelab ini ialah daripada 2 Januari hingga 31 Oktober
tahun berkenaan.

7.2 Derma Keahlian


Derma keahlian adalah sebanyak RM0.50 sebulan berdasarkan kelulusan yang
diberikan oleh Pengetua sekolah berdasarkan Subperaturan 9(3) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah) 1998. Akta Pendidikan
1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil. 42 No. 11 Tambahan No.41 Perundangan
(A); P.U. (A) 196. bertarikh 21 Mei 1998.

7.3 Tabung kelab


7.3.1 Tabung Kewangan kelab adalah wang terkumpul yang diakaunkan
oleh Bendahari kelab dan disimpan oleh Pengetua atau Guru
Penasihat seperti yang diarahkan oleh Pengetua.
7.3.2 Sumber Tabung Kewangan kelab adalah daripada:-
7.3.2.1 derma keahlian tahunan daripada setiap ahli yang berdaftar
7.3.2.2 sumbangan daripada sekolah
7.3.2.3 sumbangan daripada pihak-pihak yang diluluskan oleh
Pengetua sekolah
7.3.2.4 Keuntungan daripada aktiviti atau projek yang dijalankan oleh
kelab

7.3.3 Wang daripada Tabung Kewangan Persauan boleh digunakan untuk:-


7.3.3.1 Membiayai kos perlaksanaan aktiviti atau projek yang
dianjurkan oleh kelab
7.3.3.2 Membayar sebarang pembelian barangan, peralatan dan
aksesori untuk kegunaan kelab
7.3.3.3 Membayar sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh
kelab

7.3.4 Akaun Tabung Kewangan kelab hendaklah diaudit pada tiap-tiap


akhir bulan oleh Pemeriksa Kira-Kira dan pada setiap hujung tahun
kewangan kelab.

7.4 Pentadbiran Kewangan kelab


7.4.1 Wang daripada Tabung Kwangan kelab hanya boleh digunakan
untuk perkara-perkara yang berfaedah sesuai dengan tujuan dan
matlamat kelab
7.4.2 Setiap pengeluaran dan penggunaan wang daripada Tabung Kewangan
kelab hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
dengan persetujuan daripada Guru Penasihat
7.4.3 Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada
RM20.00 pada sesuatu masa. Wang yang selebih daripada itu hendaklah
disimpan oleh Pengetua sekolah atau Guru Penasihat seperti yang
diarahkan oleh Pengetua sekolah.
7.4.4 Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan serta imbangan kira-kira
bagi setahun kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diaudit oleh Pemeriksa Kira-Kira.
7.4.5 Penyata Kewangan Tahunan kelab hendaklah diluluskan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan kelab
7.4.6 Tabung Kewangan kelab akan diserahkan kepada Pengetua sekolah
pada setiap akhir Tahun Kewangan kelab

7.5 Pemeriksa Kira-Kira


7.5.1 Dua orang Pemeriksa Kira-Kira akan dilantik dalam Mesyuarat Agung
kelab
7.5.2 Pemeriksa Kira-Kira bertanggungjawab mengaudit dan mengesahkan
penyata bulanan Tabung Kewangan kelab dan Penyata Kewangan
Tahunan kelab
7.5.3 Pemeriksa Kira-Kira berkuasa menyoal dan measihati Bendahari dan
Penolong Bendahari berkaitan apa-apa keraguan dan ketidakseimbangan
dalam penyata bulanan Tabung Kewangan kelab dan Penyata
Kewangan Tahunan kelab
7.5.4 Tempoh perkhidmatan Pemeriksa Kira-Kira adala bagi setahun
kewangan kelab.

ARTIKEL LAPAN
8. MEYUARAT AGUNG:

8.1 Jenis Mesyuarat Agung


8.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan
8.1.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa
8.1.3 Mesyuarat Agung Tergempar

8.2 Mesyuarat Agung Tahunan kelab


8.2.1 Tujuan:
(a) Membentangkan kepada ahli segala aktiviti dan program yang telah
dilaksanakan sepanjang sesuatu tahun kewangan kelab
(b) Membentangkan kepada ahli penyata pendapatan dan perbelanjaan
kewangan kelab bagi sesuatu tahun kewangan.
(c) Membentangkan kepada ahli rancangan aktiviti yang akan
dilaksanakan pada tahun kewangan akan datang
(d) Mendapatkan kelulusan kepada sebarang pindaan perlembagaan
atau dasar yang dicadangkan oleh Jawatankuasa kelab
(e) Mendapatkan pandangan, idea dan usul daripada ahli-ahli untuk
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan,
pentadbiran dan pengoperasian kelab untuk tahun kewangan
yang berikunya.

8.2.2 Pengurusan dan Pengelolaan


(a) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis mesyuarat
sekurang-kurangnya dua minggu sebeleum tarikh mesyuarat
diadakan
(b) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis pelawaan kepada
ahli-ahli untuk mencadangkan usul atau pindaan-pindaan yang
hendak dibincangkan tidak lewat daripada 21 hari sebelum tarikh
mesyuarat yang ditetapkan. Notis pelawaan hendaklah diletakkan di
tempat-tempat strategik dan boleh dilihat oleh semua ahli.
(c) Setiausaha hendaklah menyediakan minit Mesyuarat Agung
Tahunan yang lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa
dan Mesyuarat Agung Tergempar yang telah dijalankan
sebelumnya (jika ada)
(d) Setiausaha hendaklah menyediakan Laporan Tahunan kelab dan
Perancangan Tahunan bagi tahun berikutnya.
(e) Bendahari hendaklah menyediakan penyata Kewangan Tahunan
kelab bagi tahun kewangan berkenaan dan Anggaran
Pendapatan dan Belanjawan kelab untuk tahun kewangan yang
berikunya.
(f) Setiausaha hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan yang lalu, Laporan Tahunan, Perancangan Tahunan,
Penyata Kewangan bagi tahun kewangan yang lalu. Anggaran
Pendapatan dan Belanjawan kelab untuk tahun kewangan yang
berikutnya, dan usul-usul atau cadangan-cadangan yang akan
dibincang dan dihaskan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya sebelum
48 jam mesyuarat diadakan.

8.2.3 Tarikh:
Mesyuarat Agung Tahunan kelab hendaklah diadakan dengan
secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat
daripada 31 Oktober pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa kelab

8.2.4 Kehadiran:
(a) Semua ahli Jawatankuasa kelab
(b) Semua ahli yang berdaftar

8.2.5 Korum:
(a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan kelab ialah dua pertiga
daripada jumlah ahli yang berdaftar.
(b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang
telah ditetapkan untuk bermesyuarat itu hendaklah ditangguhkan
kepada satu tarikh (tidak lebih daripada tiga puluh hari) yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa kelab dan jika korum masih tidak
cukup, selepas setengah jam daripada waktu yang telah untuk
mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang
hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda
undang-undang dan peraturan-peraturan kelab dan membuat
keputuan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

8.2.6 Agenda:
(a) Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan
yang lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan
Mesyuarat Tergempar sekiranya telah diiadakan sebelumnya.
(b) Perkara-perkara berbangkit daripada agenda (a) di atas.
(c) Membentang dan menerima Laporan Tahunan kelab
(d) Membentang danmengesahkan Penyata Kewangan Tahunan
kelab bagi tahun kewangan yang lalu.
(e) Membentang dan meluluskan Takwim Tahunan kelab dan
Perancangan Tahunan kelab (jika ada) untuk tahun kewangan
berikutnya.
(f) Membentang dan meluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan
Tahunan bagi tahun kewangan berikutnya.
(g) Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang
disampaikan melalui Setiausaha kepada Jawatankuasa kelab
sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat yang
ditetapkan.
(h) Melantik dua orang pemeriksa kira-kira untuk tahun kewangan
yang berikutnya.

8.3 Mesyuarat Agung Luar Biasa


8.3.1 Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Agung
Luar Biasa sekiranya:-
(a) diarah dan difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa kelab
(b) Setiausaha menerima permohonan bertulis daripada
sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah ahli dengan
menyatakan tujuan yang difikirkan munasabah oleh Setiausaha.

8.3.2 Setiausaha hendklah mengedarkan notis panggilan mesyuarat dan


agenda mesyuarat dalam tempoh lima hari sebelum tarikh mesyuarat
yang ditetapkan.

8.3.3 Pemberitahuan dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah
dipaparkan di papan kenyataan kelab sekurang-kurangnya 48 jam
sebelum mesyuarat diadakan.

8.3.4 Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agneda
sahaja, yakni perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.

8.3.5 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah dua pertiga
daripada jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi
selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat
tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu,
Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan tujuan yang sama tidak boleh
diadakan.

8.4 Mesyuarat Agung Tergempar


8.4.1 Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya:
(a) diarahkan oleh Jawatankuasa kelab
(b) Diminta oleh dua pertiga daripada ahli yang berdaftar

8.4.2 Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat


oleh Setiausaha dengan memaparkan notis pemberitahuan dipapan
kenyataan kelab selewat-lewatnya 24 jam sebelum mesyuarat itu
diadakan.
8.4.3 Hanya perkara yang menyebabkan mesyuaratitu dipanggil sahaja yang
menjadi agenda untuk dibincangkan
8.4.4 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Tergempar adalah dua pertiga
daripada jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi
selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat
tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu,
Mesyuarat Agung Tergempar dengan tujuan yang sama tidak boleh
diadakan.

ARTIKEL SEMBILAN
9. MESYUARAT JAWATANKUASA

9.1 Jawatankuasa kelab hendaklah bermesyuarat sekali bagi setiap bulan

9.2 Setiausaha hendaklah memberitahu ahli-ahli yang lain sekurang-kurangnya 48


jam sebelum mesyuarat diadakan dan sekiranya sesuatu perkara memerlukan
tindakan segera maka pemberitahuan mesyuarat bolehlah dibuat
sekurang-kurangnya 24 jam sebelum mesyuarat diadakan.

9.3 Jika timbul sesuatu perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan sesebuah
jawatankuasa berkenaan dan mesyuarat jawatankuasa tidak adapat diadakan,
maka setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli
jawatankuasa dengan cara mengedarkan surat pekeliling. Kaedah ini hendaklah
dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya syarat-syarat berikut, iaitu:

(a) Masalah yang dibangkitkan atau perkara yang memerlukan keputusan segera
itu hendaklah dibutirkan dengan terang, tepat, jelas dan terperinci, di
samping cadangan tindakan atau keputusan dalam surat pekeliling yang
diedarkan kepada tiap-tiap orang ahli jawatankuasa.
(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap tindakan atau
keputusan yang dicadangkan itu.
(c) Keputusan atau tindakan yang dicadangkan dianggap lulus jika keputusan
atau tindakan itu menerima undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan


oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untu disahkan dan
dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

ARTIKEL SEPULUH
10. UNDI
10.1 Pengerusi mempunyai undi pemutus
10.2 Pengundian dalam segala perkara, kecuali bila diputuskan oleh mesyuarat,
hendaklah dengan mengangkat tangan. Mengundi dengan proksi tidak
dibenarkan.
ARTIKEL SEBELAS
11. PENAMATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN
11.1 Mana-mana ahli jawatankuasa boleh memohon meletak jawatan dengan
menyampaikan surat perletakan jawatanya kepada Setiausaha dan Guru
Penasihat

11.2 Sebarang perletakan jawatan tidak sah sebelum dipersetujui dan diluluskan
oleh Jawatankuasa kelab atas nasihat Guru Penasihat.

11.3 Sekiranya Setiausaha hendak meletakkan jawatan, maka ia hendaklah


menyampakan surat perletakan jawatanya kepada Pengerusi dan Guru
Penasihat.

11.4 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat yang diadakan


sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan
disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan dalam jawatankuasa yang
berkenaan.

ARTIKEL DUA BELAS


12. TATA TERTIB
12.1 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib
Demi menjaga dan menjamin nama baik dan maruah kelab kepentingan
ahli-ahli sebuah Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib ditubuhkan.
Jawatankuasa ini berkuasa mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli
yang disabitkan bersalah melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan
dengan undang-undang dan peraturan-peraturan kelab dan mencemarkan
nama baik kelab

12.2 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib akan dianggotai oleh:


(a) Guru Penasihat kelab sebagai penasihat
(b) Pengerusi Jawatankuasa kelab sebagai pengerusi
(c) Setiausaha Jawatankuasa kelab sebagai setiausaha
(d) Lima orang yang dilantik oleh Jawatankuasa kelab daripada
kalangan ahli yang berdaftar.

12.3 Tugas dan Kuasa Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib:


(a) Menerima aduan dan laporan, menyiasat, mendakwa dan membicarakan
ahli yang disyaki melakukan kesalahan.
(b) Mencadangkan hukuman ke atas ahli-ahli yang disabitkan bersalah
kepada Guru Penasihat, dan menjalankan hukuman dengan persetujuan
daripada Guru Penasihat.
(c) Merujukkan kes-kes yang dianggap berat dan serius kepada Pengetua
Sekolah.
(d) Menyediakan laporan penyiasatan, perbicaraan dan hukuman kepada
Guru Penasihat dan Pengetua Sekolah.
12.4 Jenis-jenis hukuman:
(a) Digantung daripada menyertai semua aktiviti kelab
(b) Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan peralatan,
bahan-bahan cetak dan bilik kelab.
(c) Ahli-ahli yang disabitkan bersalah dihadapkan kepada Pengetua
Sekolah

12.5 Lembaga Rayuan


12.5.1 Sebuah Lembaga Rayuan ditubuhkan untuk:
(a) mengkaji dan meneliti dari masa ke semasa segala keputusan
perbicaraan dan hukuman yang dibuat oleh Jawatankuasa
Disiplin dan Tata Tertib
(b) Mengkaji atau membicarakan semula sebarang kes yang telah
dibicarakan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib yang
dirujukkan oleh yang terdakwa

12.5.2 Lembaga Rayuan akan dianggotai oleh:


(a) Guru Penasihat kelab sebagai pengerusi
(b) Tiga orang ahli yang dilantik oleh Guru Penasihat
(c) Seorang yang dilantik oleh Guru Penasihat

ARTIKEL TIGA BELAS


13. PERWAKILAN kelab

Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili kelab ke sebarang mesyuarat yang diadakan
oleh sekolah atau dengan kelab-kelab lain. Sekiranya kedua-duanya tidak hadir, maka
Pengerusi hendaklah digantikan oleh Timbalan Pengerusi dan Penolong Setiausaha.
Demikianlah seterusnya mengikut hierarki jawatan dalam Jawatankuasa kelab.
Sekiranya bilangan perwakilan yang dijemput lebih daripada dua orang maka
Jawatankuasa hendaklah menamakan perwakilan tersebut selain daripada Pengerusi
Setiausaha.

ARTIKEL EMPAT BELAS


14. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
14.1 Selepas bertanggungjawab Mesyuarat Agung Tahunan kelab
sehinggalah ke Mesyuarat Agung Tahunan kelab yang berikutnya,
Jawatankuasa kelab boleh memberikan tafsirannya kepada
undang-undang dan peraturan-peraturan ini dan Jawatankuasa kelab jika
mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam
undang-undang dan peraturan-peraturan ini.
14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, keputusan
Jawatankuasa kelab ke atas perkara-perkara berbangkit berkaitan
pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian kelab adalah muktamad jika
tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

ARTIKEL LIMA BELAS


15. PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang dan peraturan-peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali
dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan
kepada undang-undang hendaklah dikemukakan untuk kelulusan kepada Pengetua
sekolah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan
perubahan dan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh
perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pengetua sekolah seperti dalam
Subperaturan 6(1) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (kelab Sekolah) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil. 42 No. 11 Tambahan No. 41
Perundangan (A); P.U.(A) 196. bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL ENAM BELAS


16. PEMBUBARAN
kelab ini boleh dibubarkan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan 6(1)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (kelab Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996
seperti dalam Warta Kerajaan Jil. 42 No. 11 Tambahan No. 41 Perundangan (A);
P.U.(A) 196. bertarikh 21 Mei 1998.

...................................................... ......................................................
Tandatangan Pengerusi Tandatangan Setiausaha
Tarikh:.......................................... Tarikh:..........................................

......................................................
Tandatangan Guru Penasihat
Tarikh:..........................................

......................................................
Tandatangan Pengetua
Tarikh:..........................................

Вам также может понравиться