Вы находитесь на странице: 1из 9

Tugasan Individu TITAS

1.0 Pengenalan

Perkataan tamadun secara umumnya banyak dikaitkan dengan konsep kemajuan,


kebudayaan, sains dan teknologi, pemikiran, pembangunan dan peradapan yang dicapai oleh
sesuatu kaum atau bangsa. Pengertian tamadun juga boleh dilihat melalui aspek bahasa dan
istilah, terutamanya dari sudut bahasa Arab, epistemologi bahasa Inggeris dan Latin.

Selain itu, sarjana islam Syed Muhammad Naquib Al–Attas pula memberi takrifan
bahawa tamadun adalah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Menurut
Collingwood pula, tamadun ialah merupakan satu proses bagi mencapai satu tahap
kehidupan yang lebih sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada
proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yang
mempunyai kehalusan budi. Arnold Toynbee berpendapat bahawa tamadun merupakan suatu
kehidupan yang unggul yang dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik dan
pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat.Akhir sekali, menurut
E.B. Taylor pula, perkataan civilisation merangkumi keseluruhan pencapaian manusia
termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan-
keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Dalam pembangunan dan kejayaan sesebuah tamadun dunia, pasti adanya tokoh-
tokoh yang berperanan disebalik kejayaan tersebut. Oleh itu, dalam penulisan ini, saya akan
menerangkan secara lebih terperinci berkenaan dengan tokoh tamadun berserta dengan
sumbangannya. Skop penulisan saya ini akan menjurus dan berfokus kepada tokoh dalam
tamadun Islam iatu Al-Farabi dan Al-Jarkali.

2.0 Tokoh Tamadun

2.1 Biografi Tokoh

2.1.1 Al-Farabi

Al-farabi merupakan seorang tokoh ilmuan islam yang sangat disegani oleh
kebanyakan tokoh Islam mahupun bukan Islam yang lain. Al-Farabi menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan namun lebih cenderung dalam bidang falsafah dan mantiq. Beliau merupakan
tokoh falsafah Islam yang sangat gigih dalam bidang penulisannya dan dikatakan telah
menulis sekitar 100 karya ilmiah yang merangkumi pelbagai tema. Nama sebenar Al-farabi

1
ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Bin Tarkhan Al-Uzdag. Beliau turut dikenali
sebagai Alfarabius ataupun Avennasar di Barat. Gelaran Al-farabi diberikan kepada beliau
bersempena dengan nama tempat kelahirannya iaitu kota Farab ataupun Kampung Utrar.
Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana,di negara Turkestan. Beliau dikatakan
lahir pada tahun 258 H bersamaan 870 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan kerajaan
Samaniah. Beliau seorang yang berketurunan Turki.

Al- farabi telah menerima pendidikan awalnya di Farab iaitu di Kota kelahirannya dan
juga di Bukharah. Al-Farabi juga dikatakan mendapat pendidikan awalnya daripada guru-guru
persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah guru tersebut ataupun belajar secara
formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij. Beliau telah didedahkan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan sejak kecil lagi dan dikatakan oleh sesetengah pengkaji bahawa Al-farabi
sememangnya mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan seorang yang pintar. Ini kerana
dalam usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu menguasai berbagai-bagai cabang ilmu
dan turut terkenal sebagai seorang pemuzik yang sangat handal.

Al-Farabi telah berhijrah ke Baghdad untuk melanjutkan pelajarannya dan ilmu yang
pertama beliau pelajari adalah ilmu mantiq atau ilmu logik daripada seorang guru yang
bernama Abu Basyar Matius ibn Yunus. Al-Farabi juga dikatakan menguasai beberapa
bahasa asing, antaranya bahasa Syria, Greek, Arab dan beberapa bahasa lagi. Dengan itu,
beliau telah mula menterjemahkan sesetengah karya asing kepada Bahasa Arab. Di sana al-
Farabi menetap selama kurang lebih 30 tahun. Di samping itu, beliau juga telah membuat
beberapa ulasan berkenaan dengan karya-karya Falsafah dari Yunani seperti karya Plato dan
Aristotle.

Setelah itu, beliau juga mempelajari ilmu falsafah. Al-Farabi juga menguasai pelbagai
bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya.
Walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang, beliau lebih tertarik ataupun lebih
memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik. Al-Farabi juga pernah menjadi
seorang hakim ketika di Damsyik, tetapi beliau mendapati kerjaya itu menjadikannya jauh dari
masyarakat. Jadi beliau bertukar kepada seorang guru. Beliau telah meninggal dunia semasa
pemerintahan Abu al-Qasim al-Muti’llah pada tahun sekitar 861-945M di Damsyik atau nama
lainnya Damaskus. (Ridha al-Dawiri al-Ardakani, 2008)

2.1.2 Al-Zarqali

Al Zarqali atau nama sebenar beliau iaitu Abu Ishaq Ibrahim Ibnu Yahya Al Zarqali
adalah ahli astronomi terkemuka di wilayah Islam Sepanyol di awal abad ke-11 M. Beliau lebih
dikenali sebagai Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia dan Itali. Beliau
merupakan sarjana sains Islam yang terkenal di Andalusia yang sekarang ini dikenali sebagai

2
Sepanyol. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah. Beliau
dilahirkan sekitar pada tahun 1029 M berketurunan Arab Sepanyol (Andalusia) dan
menghembuskan nafas terakhirnya pada 1087 M. Al-Zarqali terkenal sebagai seorang
astronomi yang menonjol di wilayah Sepanyol pada waktu itu.

Al-Zarqali juga dikenali sebagai pembuat peralatan logam, ahli nujum, dan
seorang ahli falak terunggul pada zamannya. Beliau terlatih sebagai seorang tukang logam
dan diberi nama Al-Nekkach yakni di dalam bahasa Arab Al-Andalusia, bermaksud "pengukir
logam". Bahkan nama Latinnya iaitu Arzachel merupakan gabungan ungkapan Arab al-
Zarqali al-Naqqash, yang bermaksud "Si pengukir". Beliau mampu menghasilkan pelbagai
alat yang diperbuat daripada besi untuk ahli-ahli astronomi di Toledo pada tahun 1062
walaupun beliau bukanlah ahli astronomi pada waktu itu. Beliau tinggal di Toledo Al-Andalus,
dan berpindah ke Cordoba pada usia tuanya. Karya-karya beliau memberi ilham kepada
generasi ahli falak Islam di Al-Andalus.

Beliau juga merupakan seorang yang sangat mahir dalam bidang matematik, geometri
dan ilmu falak. Beliau merupakan salah seorang ahli matematik dan astronomi muslim yang
terunggul terutamanya di Toledo, Andalusia (Sepanyol). Al Zarqali memiliki sifat ulet dan tekun
kerana walaupun dirinya merupakan seorang astronomi tersohor di wilayah tersebut, namun
beliau tetap mempelajari karya-karya terdahulu dan juga mengkaji karya-karya dalam bidang
astronomi yang lain nya seperti Ptolomeus dan Al Khawarizmi. Beliau juga turut terkenal
kerana pencapaiannya dalam bidang pembuatan astrolab. Astrolab adalah alat mencerap
yang digunakan untuk menentukan dan mengukur kedudukan matahari, bulan, planet, dan
bintang secara tepat dan seiring dengan keperluan masyarakat pada waktu itu.

3.0 Impak Pemikiran Tokoh

3.1 Al-Farabi

3.1.1 Sains dan Perubatan

Antara sumbangan Al-Farabi kepada dunia adalah dalam bidang sains dan perubatan.
Ini dapat dilihat apabila para biografi tradisional telah mengenal pasti lebih seratus karya yang
ditulis oleh Al-Farabi mengenai bidang perubatan dan wujud dalam terjemahan Ibrani dan
Latin serta masih tersimpan dalam bentuk manuskrip. Selain itu, salah satu karyanya yang
terkenal ialah kitab Ihsa Al- ‘Ulum yang mengemukakan prinsip-prinsip serta dasar dan
klasifikasi sains daripada perspektif yang baru. Buku Ihsa al-Ulum ini merupakan ensiklopedia
mengenai ilmu akhlak yang terbahagi kepada lima bahagian iaitu bahasa, ilmu hitung, ilmu
logika, ilmu-ilmu alam iaitu natural science, dan politik dan sosial ekonomi atau sosio ekonomi.

3
Para ahli fikir mutakhir mengakui bahawa mereka berhutang budi kepada al-Farabi atas
segala yang telah mereka capai dalam bidang ilmu pengetahuan.

Dari sudut pendidikan negara pula dapat dilihat dengan adanya penerapan subjek
sains di peringkat sekolah rendah, menengah serta di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Selain
itu, subjek sains juga telah dijadikan subjek wajib bagi peringkat sekolah rendah dan
menengah serta Karya-karya mengenai bidang perubatan juga banyak dijadikan rujukan
kepada penuntut-penuntut universiti. Ini membuktikan bahawa sumbangan Al-farabi dalam
dunia sains dan perubatan amat besar dan masih digunapakai sehingga kini.

3.1.2 Muzik

Selain daripada sumbangan dari sudut sains dan perubatan, Al-farabi juga banyak
menyumbangkan kejayaan dari sudut muzik. Beliau merupakan ahli muzik terkenal dalam
sejarah Islam dan telah mengilhamkan beberapa irama musik yang masih dapat didengarkan
dalam perbendaharaan lagu sufi dalam muzik India. 20 Orde Maulawiyah dari Anatolia masih
memainkan irama muzik yang dikompos oleh beliau sehingga sekarang. Al-Farabi telah
mengarang ilmu muzik dalam lima bahagian. Buku-buku ini masih berupa naskah dalam
bahasa Arab, tetapi sebahagiannya sudah diterbitkan dalam bahasa Perancis oleh
D’Erlenger. Pengetahuan estetika al-Farabi bergandingan dengan kemampuan logikalnya.

Sumbangan beliau pada dunia dalam bidang muzik dapat dilihat apabila beliau telah
mengubah beberapa buah lagu serta mencurahkan ilmu dan kerjanya dalam menghasilkan
sebuah buku iaitu Al- Musiqa yakni menjadi panduan bagi pelajar dan masyarakat lain.
Menurut Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Al-Farabi juga telah mencipta beberapa buah alat muzik,
seperti “rebab” dan “qanun”. Selain itu, sumbangan beliau dalam bidang muzik juga dapat
dilihat dari sudut pendidikan negara sekarang dengan adanya pemilihan subjek elektif di
peringkat sekolah rendah dan menengah serta pengkhususan major di peringkat Institut
Pengajian Tinggi.

3.1.3 Falsafah

Sumbangan beliau dalam bidang falsafah merupakan salah satu sumbangan terbesar
kepada dunia sekarang. Malah, Al Farabi digelar sebagai Failasuf Islam dan guru kedua
selepas Aristo kerana kemashurannya dalam bidang falsafah dan ilmu-ilmu. Ibn Halkhan telah
mensifatkan beliau sebagai seorang ahli falsafah Islam yang teragung dan antara muridnya
yang terulung ialah Ibn Sina. Beliau telah meninggalkan risalah penting dan falsafahnya
menjadi acuan pemikiran ilmiah bagi dunia Barat dan juga Timur.

4
Beliau telah menggabungkan teori Plato dan Aristotle dengan teologi dan menulis
komen berkenaan dengan bidang fizik, mantik dan meteorology (A.Hanafi,1976). Beliau juga
dikenali dalam kalangan kaum Muslimin sebagai penulis karya-karya filsafat politik serta
sebagai ahli logika yang masyur. Buku beliau yang bertajuk “Fusus Al-Hikam” juga telah
digunakan sebagai bahan teks falsafah buat beberapa abad di Eropah. Dari sudut pendidikan
negara pula, kesan sumbangan beliau dalam bidang falsafah dapat dilihat apabila bidang
falsafah dijadikan sebagai subjek bagi pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Selain itu,
pemikiran beliau mengenai ilmu mantik pula dijadikan sebagai panduan dalam cabang
falsafah terutamanya bagi para pelajar.

3.2 Al-Zarqali

Sumbangan terbesar Al-Zarqali adalah dalam bidang Astronomi. Al-Zarqali telah


melakukan serangkaian pengamatan ataupun pemerhatian dalam bidang astronomi dan hasil
karya-karya beliau menjadi rujukan terutamanya dalam kalangan sainstis. Beliau juga telah
menulis sebuah kitab yang diperuntukkan untuk kepentingan astronomi. Judul lengkap
kitabnya itu adalah Al Zyaj Ath Thulaythuliyyah yang kemudiannya disusun menjadi Toledan
Tables (Tabel Toledo) yang mana telah bertanggungjawab untuk memberi nafas baru kepada
para astronomi kerana berjaya untuk memposisikan sistem planet-planet secara berkomputer
pada zamannya pada bila-bila masa semasa cerapan dijalankan. (J. Vernet, 1970). Pada
abad ke-12 M, kitab tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa latin untuk kepentingan ilmiah.
Judul kitab Al Zyaj Ath Thulaythuliyyah dalam terjemahan bahasa Latin adalah Die Taflen non
Toledo dan diterjemahkan oleh Zaflen.

Beliau juga adalah orang pertama yang menjelaskan secara terperinci tentang
pergerakan matahari (aprehelion) yang mana jaraknya yang terjauh dari bumi sebanyak 12.0
saat per/tahun dan melalui kaedah kajian moden jarak yang sebenarnya ialah 11.8 saat
per/tahun. Hasil pemuan dan karya Al Zarqali diakui dan dimanfaatkan oleh banyak kalangan,
sehingga mempunyai pengaruh dalam dunia astronomi pada waktu itu dan kajian-kajian yang
dibuat oleh beliau telah menjadi rujukan oleh tokoh lain seperti Nicolaus Copernicus dalam
mentafsirkan matahari sebagai pusat sistem solar dalam tesisnya ”De Revolutionibus Orbium
Celestium”.

Selain itu, beliau juga telah mencipta peralatan astronomi untuk para ahli astronomi
dan juga peralatan untuk dirinya sendiri serta berfungsi untuk memudahkan masyarakat Islam
menetukan arah kiblat, pedoman arah dan kajian bintang. Beliau juga telah membina jam
Telado yang amat masyhur dimana Al-Zuhri menggambarkan jam tersebut digunakan hingga
tahun 1135 M hinggalah jam tersebut diceraikan oleh Hamis Bin Zabara yang diarahkan Raja
Alphonso VI. Menurut Ahmad Thomson jam ini mempunyai dua bekas air yang mana akan

5
terisi air ataupun kosong mengikut keadaan bulan sabit mahupun bulan penuh. Jika bulan
penuh, kedua-dua bekas ini akan penuh dan mula berkurangan selepas 15 haribulan dan
akan kosong sepenuhnya apabila mencecah ke malam 29.

Seterusnya, Al Zarqali juga telah mencipta astrolabe (usturlabi) mendatar. Ciptaan


beliau yang disertakan penulisan panduan penggunaannya dinamakan al-Safiha al-Zarqaliya
dan panduan daripada penulisannya ini dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah
astronomi untuk semua laltitud termasuklah dengan masalah koordinasi 29 bintang serta
mampu memantau pergerakan matahari. (T. Arnold and A. Guillaume, 1931) Ciptaan beliau
ini telah menarik beberapa tokoh dunia selepasnya seperti Raja Alfonso dan Regiomontanus
untuk menggunakannya dan mengkaji ciptaan beliau hingga panduan penggunaannya dialih
ke beberapa bahasa seperti latin dan roman-sepanyol. Namun pada abad ke-20, manusia
dan dunia kini menggunakan teknologi yang lebih canggih iaitu satelit.

Pengaruh al-Zarqali yang begitu kuat, telah menyebabkan penyusunan jadual-jadual


astronomi lain di Eropah merujuk pada hasil pengukuan al-Zarqali. Jadual Marseilles yang
didasarkan pada Jadual Toledo buatan al-Zarqali juga diadaptasi ke meridian London, Paris
dan Pisa. (J.L. E. Dreyer, 1961). Raymond dari Merseilles merupakan salah seorang tokoh
yang pertama telah menggunakan jadual al-Zarqali di Eropah, yakni di bandar Marseilles.
Leopold dari Austria juga tercatat sebagai astronomi Austria yang juga terpengaruh dengan
pemikiran al-Zarqali. Bukan itu sahaja, Table Alfonsinas yang dibuat Alfonso juga disusun
berdasarkan pada hasil kerja al-Zarqali.

Di samping itu, sumbangan beliau dalam bidang astronomi juga dapat dilihat daripada
pendedahan dalam pendidikan bidang astronomi di Institut Pengajian Tinggi. Sebagai contoh,
di Balai Cerap Angkasa Jabatan Fizik, Universiti Malaya yang menyimpan peralatan canggih
kajian Astronomi yakni seiring dengan peredaran zaman dan setaraf dengan Balai Cerap yang
lain. Selain itu, pada Jun 2003, kerajaan Malaysia telah menghantar Angkasawan ke Stesen
Angkasa Antarabangsa (I.S.S) dan angkasawan yang dihantar ialah seorang yang beragama
Islam iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Oleh itu, pelbagai pandangan dikemukakan oleh
ahli akademik dan ulama mengenai ibadah sekiranya angkasawan yang dihantar adalah
Islam. Dengan mengikuti jejak langkah ilmuwan islam silam, jabatan kemajuan islam malaysia
mengeluarkan garis panduan pelaksanaan ibadah di I.S.S. Panduan ibadah di sana adalah
merangkumi cara beristinja’, menentukan waktu solat, menentukan arah kiblat, menunaikan
solat, menentukan waktu puasa, menguruskan jenazah dan sebagainya. Sejajar dengan
pandangan ibnu al-abbar, dimana ahli sejarah islam kurun ke-13 iaitu Al-Zarqali sahaja yang
mengetahui mengenai nombor digit, astronomi dan memahami jadual falak di andalus.

6
4.0 Penutup

Kesimpulannya, impak pemikiran tokoh memainkan peranan penting sebagai


penggerak dan teraju utama dalam membina dan membangunkan Tamadun sehingga ke hari
ini. Sebagai contoh, Al-Farabi telah meninggalkan banyak sumbangan antaranya dalam
bidang sains, muzik dan Falsafah. Begitu juga dengan Al-Jarkali yang terkenal dengan
pelbagai jenis sumbangan dalam bidang astronomi. Impak pemikiran mereka masih nampak
dan diterapkan sehingga ke hari ini. Oleh itu jelaslah bahawa, nilai aspek pemikiran sangat
memainkan peranan yang penting kerana ia mampu menjadi titik tolak, jatuh bangunnya
sesebuah tamadun.

7
5.0 Rujukan

A.Hanafi. (1976). Pengantar Falsafah Islam. Jakarta: Penerbitan Bulan Bintang.

Dr. Ridha Al-Dawiri Al-Ardakani. (2008). ‫الفارابي فليسوف الثقافة‬. Darul Hadi.

Mahmood Zuhdi Ab. Majid. (2003). Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Al- Mustaqeem Mahmod Radhi. (2006). Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah
Dengan Falsafah. Kuala Lumpur: Middle- Eastern Graduates Centre Sdn. Bhd.

Toynbee A. (1961). A study of history. USA: Oxford University Press.

Taylor, E. B. (1878). Researches Into the Early History of Mankind. The Development of
Civilization. Boston: Estes and Lauriat.

J.L. E. Dreyer. (1961). "Mediaeval Astronomy", in Robert M. Palter (ed.), Toward Modern
Science; New York: The Noonday Press.

T. Arnold and A. Guillaume. (1931). "Astronomy and Mathematics", in The Legacy of Islam.
London: Oxford University.

Vernet, J. (1970). "Al-Zarqālī (or Azarquiel), Abū Isḥāqibrāhīm Ibn Yaḥyā Al-
Naqqāsh". Dictionary of Scientific Biography. New York: Charles Scribner's Sons.

8
6.0 Lampiran

(Toledan Table)

Вам также может понравиться