You are on page 1of 6

LAPORAN PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH (PBS)

PENGENALAN

Pada 6 Mac 2016 hingga 10 Mac 2016 yang lalu, saya telah menjalani Program Pengalaman
Berdasarkan Sekolah atau lebih mudah dikenali sebagai PBS di Sekolah Kebangsaan Seri
Perling 2 (SKSP2), Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim selama seminggu. PBS ini bertujuan untuk
memberi sebuah pengalaman kepada guru-guru pelatih untuk merasai persekitaran ketika di
sekolah sebelum menjejakkan langkah sebagai seorang guru kelak.

TUJUAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah ataupun lebih dikenali sebagai PBS adalah satu program yang
wajib diikuti oleh semua guru pelatih di setiap Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Sesi
PBS ini adalah selama seminggu dan wajib disertai oleh semua guru pelatih yang berada di dalam
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kerana ini merupakan sebahagian tugasan praktikal.
Tujuan utama program PBS bagi setiap semester adalah bertujuan untuk memperkenalkan
kepada guru-guru pelatih berkenaan suasana di sekolah, dan situasi yang bakal dihadapi di
sekolah. Program juga turut memberi peluang kepada guru pelatih untuk beramah mesra dengan
seluruh warga sekolah iaitu pihak pentadbir sekolah, guru-guru, serta staf am sekolah dan yang
paling utama, murid-murid sekolah itu sendiri di samping melaksanakan tugas khas untuk subjek
Murid dan Pembelajaran EDUP3033.

DATA SEKOLAH

SK Seri Perling 2 mempunyai kira-kira 640 orang murid dan hanya beroperasi untuk sesi pagi
sahaja. Sekolah ini mempunyai tiga kelas bagi setiap darjah. Nama kelas-kelas tersebut mengikut
urutan ialah Cemerlang, Cerdas dan Cerdik. Jumlah guru di sekolah tersebut pula adalah lebih
kurang 40 orang sahaja. Sekolah SKSP2 ini terletak di tengah bandar. Motto sekolah ini adalah
“Berilmu, Berwawasan, Berbakti.
Bangunan sekolah SKSP2 dan logo sekolah

LAPORAN PERBEZAAN INDIVIDU

Bagi menjayakan sesi PBS ini, saya ditugaskan untuk menulis sebuah laporan berdasarkan data-
data yang telah saya kumpul semasa seminggu keberadaan saya di sekolah. Untuk laporan ini,
saya diminta untuk membuat sebuah kajian tentang perbezaan individu. Individu tersebut adalah
di kalangan responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar SK Seri Perling 2. Aspek perbezaan
individu yang telah saya ambil kira kepada responden-responden tersebut adalah aspek mental
dan sosial.

Perbezaan individu menurut Khairul Yusri (2007), adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Manakala dari segi
pembelajaran, adalah cara pelajar itu menelaah ilmu. Definisi pembelajaran menurut Crow dan
Crow ( 1983) adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara
baru membuat sesuatu kerja. Pembelajaran berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi
rintangan dan penyesuaian diri kepada situasi baru ( Syed Ismail, Ahmad Subki 2010)

Pada sesi PBS yang lalu, saya berkesempatan untuk membuat pemerhatian pada
kelakuan murid-murid di SKSP2. Dengan kebenaran guru matapelajaran, saya berpeluang untuk
memerhati guru matapelajaran mengajar murid-murid di kelas 3 Cerdik. Saya dapati pelajar-
pelajar perempuan adalah lebih mudah mengikut arahan yang diberikan oleh guru berbanding
pelajar lelaki. Pelajar lelaki nampak lebih minat untuk bermain berbanding belajar. Untuk
melakukan kajian perbezaan individu, saya telah menemubual dan memerhatikan dua orang
murid yang sebaya tetapi mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza-beza. Dua orang
murid tersebut adalah Darshan daripada kelas 3 Cerdik dan Afiq daripada kelas 3 Cemerlang.
Kedua dua pelajar ini adalah daripada darjah 3.
Saya sempat menemubual kedua-dua pelajar dan sedikit sebanyak mengetahui latar
belakang kedua-dua pelajar tersebut. Untuk pelajar pertama iaitu Darshan. Murid ini merupakan
anak yang kedua daripada tiga orang adik beradik. Ibunya adalah seorang suri rumah manakala
bapanya pula adalah seorang buruh pembinaan. Murid ini mempunyai masalah untuk bertutur di
dalam bahasa melayu. Guru yang mengajarnya mengatakan murid ini mempunyai masalah
keluarga yang tidak diberitahu. Untuk murid kedua pula, Afiq, merupakan anak pertama daripada
3 orang adik beradik. Ibunya merupakan seorang guru manakala ayahnya adalah seorang
peguam.

Dari aspek mental dan kognitif, murid pertama iaitu Darshan, menunjukkan. Murid ini
kerap hilang tumpuan ketika guru sedang mengajar di hadapan. Murid ini juga suka menggangu
dan bergurau senda dengan rakan-rakan sekelasnya ketika sesi PdP sedang berjalan. Murid ini
menunjukkan tahap kemahiran belajar yang kurang memberangsangkan seperti bertutur,
membaca, dan mengira pada tahap yang rendah. Murid ini juga berada dalam program LINUS
(Program Literasi dan Numerasi). Hal ini berbeza dengan murid kedua iaitu Afiq yang
menunjukkan sikap pendiam, dan sering memberikan tumpuan yang penuh ketika gurunya
sedang mengajar dihadapan. Murid ini menunjukkan tahap kognitif yang tinggi dengan
menunjukkan kemahiran mengingat, membaca, dan mengira dengan baik sekali. Murid ini juga
menunjukkan rekod prestasi akademik yang cemerlang.

Daripada apa yang saya dapat rumuskan di situ, suasana di rumah sedikit sebanyak dapat
mempengaruhi tahap mental kognitif serta kelakuan murid-murid di sekolah. Saya berkata
demikian kerana jika kita lihat pada Darshan yang dilahirkan daripada latar belakang keluarga
yang kurang berpendidikan, menunjukkan sikap yang hiperaktif, kurang minat untuk belajar dan
suka bermain, serta menujukkan prestasi yang kurang baik, berbeza dengan Afiq yang dilahirkan
daripada latar belakang keluarga yang berpendidikan, menunjukkan sikap yang sopan santun,
pendiam dan cemerlang prestasinya.

Seterusnya pula daripada aspek fizikal, aspek fizikal adalah sesuatu perbezaan yang
diwarisi. Perbezaan ini boleh dilakukan melalui pemerhatian luaran seseorang individu daripada
segi paras rupa, berat badan, ketinggian dan susuk badan. Berdasarkan daripada pemerhatian
yang saya lakukan di SKSP2, dapatlah saya rumuskan bahawa perkembangan fizikal murid
perempuan dan murid lelaki mempunyai perbezaan yang ketara. Saya mengambil contoh pelajar
perempuan dan pelajar lelaki tahun lima yang berbeza daripada segi ketinggian dan saiz badan.
Hal ini adalah kerana murid perempuan mencapai tahap kematangan yang lebih awal berbanding
murid lelaki. Perbezaan ini mula menonjol diantara umur 10 hingga 12 tahun iaitu tahun empat
hingga tahun lima dimana pada tahap itu berlaku perubahan yang drastik kepada fizikal kanak-
kanak.

Contoh gambar murid-murid SKSP2 yang menunjukkan perbezaan fizikal

PENUTUP

Secara ringkasnya, perbezaan seseorang individu ini sangat penting dalam bidang perguruan
sebagai salah satu elemen yang sangat penting untuk belajar menangani setiap masalah yang
dihadapi pelajar untuk menjalai sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perbezaan setiap
individu dalam kalangan pelajar seharusnya diketahui dan dikenal pasti oleh setiap guru. Ini
bertujuan untuk memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini
kerana, cabaran yang besar buat para guru adalah untuk menangani masalah-masalah murid-
murid yang mungkin disebabkan oleh perbezaan individu setiap murid.
RUJUKAN

Eggen, P. D., & Kauchak, D. P. (2007). Educational psychology: Windows on classrooms.


Prentice Hall.

Grolnick, W. S., & Ryan, R. M. (1987). Autonomy in children's learning: an experimental and
individual difference investigation. Journal of personality and social psychology, 52(5), 890.

Robiah, S (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Lumpur: Fajar Bakti.

Syed Ismail, Ahmad Subki. (2010).Guru dan cabaran semasa. Kuala Lumpur: Penerbitan
Multimedia.
LAMPIRAN