Вы находитесь на странице: 1из 15

PENGENALAN

Sistem Perundangan Malaysia

Perkembangan undang-undang di Malaysia, undang-undang ialah peraturan yang dipersetujui


umum yang bertujuan untuk melindungi, mengatur dan memelihara kehidupan masyarakat
agar sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni.

Sumber undang-undang boleh dibahagikan kepada dua iaitu; undang-undang tidak bertulis dan
undang-undang bertulis.

a) Undang-undang Tidak Bertulis

Ianya tidak bermaksud bahawa undang-undang itu tidak bertulis sebenarnya. Ia bermaksud
undang-undang ini bukan bersumber dari Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Perlembagaan
Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Perundangan Subsidiari.

Sumber tidak bertulis yang diterima sebagai undang-undang di Malaysia adalah seperti berikut:

i) Undang-undang Inggeris

ii) Adat Resam

iii) Keputusan Mahkamah

iv) Undang-Undang Islam

i. Undang-undang Inggeris

o Common law - Adat dan amalan yang biasa diamalkan oleh penduduk England
dijadikan asas perundangan.

o Peraturan-peraturan Ekuiti - Prinsip-prinsip keadilan digunakan untuk menyelesaikan


satu-satu kes atau pertikaian.

Pada hari ini, pemakaian undang-undang Inggeris di seluruh Malaysia berkuat kuasa dengan
adanya Seksyen 3 dan Seksyen 5, Akta Undang-undang Sivil 1956 dan Seksyen 5(1) dan
seksyen 5(2) Perlembagaan Persekutuan.

1
Seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil 1956:

 Di Malaysia Barat, mahkamah hendaklah memakai undang-undang Inggeris yang


ditadbirkan di England pada 7 April 1956.

 Di Sabah memakai undang-undang Inggeris dengan statut-statut pemakaian am seperti


yang ditadbirkan atau berkuat kuasa di England pada 1 Disember 1951.

 Di Sarawak memakai common law of England, kaedah-kaedah ekuiti bersama status


pemakaian am yang ditadbirkan atau berkuat kuasa di England pada 12 Disember 1949.

Dalam kes Commonwealth of Australia Midford (M) S.B (1990) telah memutuskan bahawa
common law selepas tarikh 7 April 1956 adalah terpakai di Malaysia sekiranya undang-undang
itu adalah merupakan perkembangan dari undang-undang yang sedia ada yang berkuat kuasa
pada 7 April 1956.

Seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956

 Di Malaysia Barat, pemakaian adalah terhad kepada ‘Undang-undang’ yang


ditadbirkan pada 7 April 1956.

 Di Melaka, Pulau Pinang dan Sabah, Sarawak, undang-undang yang terpakai ialah
undang-undang yang ditadbirkan di England pada masa sesuatu kes itu diputuskan.

Kesimpulannya:
Dengan adanya Akta Sivil 1956, kekosongan dalam undang-undang tempatan terisi dengan
prinsip undang-undang Inggeris. Walaubagaimanapun pemakaian undang-undang Inggeris di
Malaysia adalah tertakluk kepada 2 perkara iaitu:

 Atas ketiadaan statut tempatan

 Sesuai dengan kegunaan tempatan dan boleh diterima pakai.

2
 Adat resam
Adat resam merujuk kepada adat dan tradisi bangsa Melayu di mana ianya boleh
dipinda dan diubahsuai dengan kehendak masyarakat. Antaranya:
i. Adat Perpatih – di Negeri Sembilan dikuatkuasakan di Mahkamah Adat
ii. Adat Temenggung
iii. Undang-undang Native di Sabah dan Sarawak

 Keputusan Mahkamah
Penerimaan sebagai sumber tidak bertulis hanya terhad kepada keputusan yang dibuat oleh
hakim di:
i. Mahkamah Persekutuan
ii. Mahkamah Rayuan
iii. Mahkamah Tinggi

Perlu diingatkan bukan semua keputusan yang dibuat hakim di mahkamah di atas akan menjadi
undang-undang dengan sewenang-wenangnya. Mereka tertakluk dan dipandu oleh prinsip
undang-undang yang diterima pakai oleh pendahulu atau preseden (Doktrin Duluan Mengikat
atau Doktrin Kehakiman Mengikat (Stare Decisis) )

Menurut Dokrin ini, sekiranya tidak terdapat peruntukan undang-undang bertulis mengenai
sesuatu perkara, mahkamah hendaklah memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi
kedudukannya sebagai prinsip undang-undang terpakai.

 Undang-undang Islam
Pada awalnya agama Islam telah dibawa oleh pedagang Arab ke India dan dari India, Islam
telah dibawa ke Melaka di mana sejak itu orang melayu memeluk Islam.

Perlembagaan bertulis pertama bercirikan Islam di Tanah Melayu ialah Perlembagaan Johor
1895 di mana terdapat peruntukan bahawa pemerintahnya mestilah keturunan diraja dan
beragama Islam. Agama Islam juga hendaklah sepanjang masa menjadi agama resmi Johor.

3
b) Undang-Undang Bertulis

Merupakan sumber utama undang-undang di Malaysia. Ianya merujuk kepada undang-undang


yang digubal oleh badan legislatif. Ia dikenali sebagai sumber bertulis kerana ia secara spesifik

dinyatakan, ditulis dan distatutorikan.

Sumber-sumber bertulis yang terdapat di Malaysia adalah termasuk:

i. Perlembagaan Persekutuan

ii. Perlembagaan Negeri

iii. Undang-undang Persekutuan yang dibuat di Parlimen(Akta)

iv. Undang-undang Negeri yang dibuat oleh DUN(Enakmen)

v. Undang-undang Subsidiari.

i. Perlembagaan Persekutuan
Merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Mana-mana undang-undang yang dibuat
tidak selari atau bertentangan dengannya dianggap tidak sah.

Antara yang terkandung di dalamnya adalah:

 Nama Negeri dan Wilayah

 Kebebasan Diri

 Kewarganegaraan

 Pihak Berkuasa Persekutuan

 Negeri-negeri

 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri

ii. Undang-undang Persekutuan


Merujuk kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan di Parlimen yang dikenali
sebagai Akta.(Sebelum Malaysia merdeka, Akta disebut sebagai Ordinan). Contohnya
Undang-Undang Kontrak 1950, Undang-undang Syarikat 1965.

4
iii. Undang-undang Negeri
Merujuk kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh Dewan Undangan
Negeri. Undang-undang ini dikenali sebagai Enakmen. Contohnya Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam Kelantan 1983

iv. Undang-undang Subsidiari / Subordinat / Perwakilan


Merupakan undang-undang yang dibuat dan diluluskan pihak-pihak dan badan-badan
tertentu seperti Menteri/pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diberi padanya
oleh Akta-Akta Parlimen dan Enakmen. Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu
badan tertentu untuk mencipta, memansuh, melaksanakan undang-undang kepada
situasinya. Contohnya Kementerian melalui Suruhanjaya.

5
KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang dibina dalam jaringan kepelbagaian rupa bangsa dan
agama. Hidup dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk memerlukan sikap toleransi tinggi
dan nilai hidup bersama yang kukuh. Inilah uniknya Malaysia sejak dulu dibina secara bersama
berteraskan prinsip perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Jadi berlandaskan kesepaduan
itulah negara mampu memacu kejayaan yang mencetuskan rasa cemburu negara lain. Hal ini
kerana rakyat Malaysia hidup dalam masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan budaya
hidup dan anutan agama berbeza. Oleh itu, wujudnya kebebasan beragama di Malaysia. Hal ini
kerana, seluruh rakyat mempunyai hak untuk memilih agama sendiri tetapi bagi kaum melayu,
mereka wajib menganut agama Islam.

Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau


masyarakat, untuk mengamalkan agama atau kepercayaan dalam ruang peribadi atau umum.
Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut mana-
mana agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama, agama-agama lain bebas
diamalkan dan ia tidak menghukum atau menindas pengikut kepercayaan lain yang lain
daripada agama rasmi.

Agama Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Setiap Negeri yang mempunyai
Raja, kedudukan Raja adalah sebagai Ketua Agama Islam. Bagi Negeri-negeri yang tidak
mempunyai Raja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing
membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong berkedudukan sebagai Ketua
Agama Islam dalam Negeri itu.

6
Selain itu, perkara 11 menerangkan mengenai kebebasan beragama dalam peruntukan
perlembagaan Malaysia. Seluruh rakyat berhak memilih agama yang ingin di anuti tetapi untuk
kaum Melayu, mereka wajib menganut agama Islam. Terdapat beberapa klausa dalam
perlembagaan yang menerangkan konsep sebenar kebebasan beragama yang dibenarkan di
Negara ini. Setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk
kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya. Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-
wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-undang Persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara
orang-orang yang menganuti agama.

Malah, Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada penganut agama-agama


ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan
menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan
mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Sungguhpun begitu, kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-


agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Ini
adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam Negara.

Seterusnya, dalam perkara 11 fasal (4) juga menerangkan mengenai kebebasan


beragama dalam perlembagaan Malaysia. Hal ini kerana, perlembagaan memberi kuasa kepada
kerajaan negeri atau persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau
menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau
kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam. Kebebasan yang diberikan untuk
mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa
perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada
kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam perkara 11(5)
Perlembagaan.

Di samping itu, dalam perkara 11 fasal (4), perlembagaan Malaysia memang


memperuntukkan kebebasan beragama dalam persekutuan. Seluruh rakyat mempunyai hak
untuk memilih agama sendiri tetapi bagi kaum melayu, mereka wajib menganut agama Islam.

7
Tafsiran "agama bukan Islam" yang disebut dalam enakmen ini adalah luas meliputi
agama-agama arus utama seperti Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Yahudi atau mana-mana
cabang atau serpihan dari agama-agama tersebut. Termasuklah juga amalan menyembah roh
datuk nenek, animisme, dan lain-lain yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur
Islam.

Walaupun konsep kebebasan beragama diamalkan tetapi terdapat pengecualian tertentu


terhadap kebebasan tersebut. Penyebaran agama bukan Islam di Negara adalah dilarang dan
tidak dibenarkan sama sekali dan sesiapa yang terlibat menyebarkan agama bukan Islam akan
disabit kesalahan dan akan didenda di bawah akta-akta yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, dalam Perkara 12 (4) : “Bagi maksud Fasal (3), agama bagi
seseorang yang dibawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau
penjaganya.” Kes yang dapat dilihat dalam perkara ini adalah kes In Re Susie Teoh dan Teoh
Eng Huat lawan Kadi Pasir Mas & Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

8
Mahkamah Shariah Di Malaysia

Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman
ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang
diperuntukkan untuknya.

i) Sejarah Penubuhan Mahkamah Shariah di Malaysia

Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan
memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa
asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang
terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Pada tahun1952, negeri Selangor Darul
Ehsan yang mula-mula sekali mewujudkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, kemudian
diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat. Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan
mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini
diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai
Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam.

Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang,
Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran
agama Islam ialah Yang di Pertuan Agong. Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi
bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi
setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk
mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan
pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah
pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di
setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama
Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.

9
ii) Tujuan dan Peranan Mahkamah Shariah di Malaysia

 Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi


menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintahAllahs.w.t berdasarkan al-
Quran dan as-Sunnah.
 Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin
kesejahteraan orang Islam
 Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi
mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.
 Menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan dan keruntuhan rumahtangga.
 Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah
rumahtangga.
 Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga
agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.
 Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada
suaminya yang sudah bercerai
 Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak,
fasakh, dan sebagainya.
 Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat,
dan lain-lain perkara mungkar
 Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti
wasiat
 Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan
 Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait
dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa
 Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam
secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

10
Kes Kajian:

Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas [Re Susie Teoh]

FAKTA KES:

Kes Teoh Eng Huat lawan Kadhi Pasir Mas ini berkaitan tentang seorang gadis Cina berumur
17 tahun 8 bulan, yang bernama Susie Teoh, telah memeluk agama Islam tanpa pengetahuan
bapanya iaitu Teoh Eng Huat. Oleh itu, bapanya membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi dan
memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perisytiharan-perisytiharan dan
arahan-arahan yang berikut:

i. Satu perisytiharan bahawa beliau sebagai bapa dan penjaga yang sah kepada anak itu
mempunyai hak untuk menentukan agama, pendidikan dan pemeliharaannya.

ii. Satu perisytiharan bahawa anak itu hendaklah terus dibesarkan di dalam kepercayaan
agama Buddha bertepatan dengan kehendaknya.

iii. Satu perisytiharan bahawa pemelukan anak itu ke dalam agama Islam yang dilakukan
oleh pihak kena tuntut suatu masa di antara 18 hingga 22hb Disember 1985, tanpa
keizinannya, adalah tidak sah.

iv. Satu arahan supaya pendaftaran pemelukan Islam anak itu yang terdapat dalam rekod-
rekod pihak kena tuntut kedua dihapuskan.

v. Perbelanjaan pembicaraan
vi. Apa- apa perkara atau arahan yang berkaitan yang difikirkan munasabah oleh pihak
Mahkamah.

KES DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH TINGGI

Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Abdul Malek, memutuskan bahawa:

i. Anak perempuan dalam kes ini adalah berhak untuk memilih agamanya sendiri,
sekiranya pemilihannya itu dibuat atas dasar kehendaknya yang bebas berasaskan
perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan

11
ii. Tuntutan pertama yang berkaitan dengan hak penuntut untuk menentukan agama
anaknya itu hendaklah ditolak

iii. Akta Penjagaan Anak-Anak,1961 adalah terpakai di Kelantan yang merangkumi pihak
penuntut dan anak itu yang mana setakat ini peruntukan-peruntukannya tidak
berlawanan dengan agama Islam

iv. Bapa dalam Akta Penjagaan Anak-Anak 1961 adalah penjaga dan ia berhak terhadap
pemeliharaan anaknya itu, dan ia juga bertanggungjawab terhadap kewangan, kesihatan
dan pendidikannya. Dalam kes ini Mahkamah adalah ditegah dari mengambil peluang
menemuduga anak itu, kerana kedudukannya yang tidak dapat dipastikan dan oleh itu
sebarang arahan di bawah Seksyen 10 Akta itu yang dibaca bersama Seksyen 5 adalah
tidak boleh dibuat

v. Permohonan penuntut yang berkaitan dengan hak menentukan pendidikan dan


pemeliharaan anak itu sehingga ia mencapai umur dewasa adalah diterima dengan
syarat bahawa ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip kebebasan di dalam
Perlembagaan Malaysia

vi. Lain-lain permohonan adalah ditolak dengan kos (pihak plaintif menanggung kes
pembicaraan kedua-dua pihak).

KEPUTUSAN DI MAHKAMAH AGUNG

Di Mahkamah Agung, Yang Arif Hakim Abdul Hamid telah memutuskan bahawa perayu iaitu
Teoh Eng Huat mempunyai hak untuk menentukan agama anaknya kerana anaknya Susie Teoh
masih tertakluk kepada kebenaran ibubapanya dalam kebebasan memilih agama yang dianuti
kerana masih berusia 17 tahun 8 bulan ketika itu. Hal ini telah diputuskan oleh hakim
berlandaskan kepada Perkara 3, 8, 11 dan 12 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.

Akan tetapi ketika hakim ingin menetapkan keputusan kes ini Susie Teoh telah
mencapai usia 18 tahun. Maka, hal ini memberikan kebebasan kepada Susie Teoh untuk
menentukan sendiri anutan agamanya yang sebelum ini berada di bawah kuasa penjagaan ibu
bapa beliau kerana beliau sudah berada pada usia majoriti yang boleh menentukan sendiri
anutan agamanya. Hal ini telah menjadikan pengislaman Susie Teoh sah di sisi undang-undang

12
kerana ketika itu keputusan hakim dibuat beliau sudah layak menentukan sendiri agama
pilihannya.

Berdasarkan keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Agung ini dapat ditafsirkan
bahawa, isu berkenaan agama ini merupakan suatu isu sensitif yang sangat rumit serta
memerlukan suatu keputusan yang adil kepada semua pihak agar tidak mengganggu
ketenteraman awam serta mencetuskan konflik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
dan agama di negara ini. Dalam pada itu, keputusan hakim juga memperlihatkan kepentingan
bersama lebih penting kepada kepentingan individu di negara ini. Namun dalam kes ini
sekiranya pada ketika keputusan dibuat oleh hakim, Susie Teoh masih belum mencapai umur
majoriti 18 tahun, pasti pengislamannya terbatal jika hakim berpegang kepada Akta Penjagaan
Anak 1961. Hal ini menunjukan bahawa kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tidak
menjamin suatu kekebalan kepada kedudukan Islam itu sendiri di dalam Perlembagaan
Persekutuan.

Tambahan pula, walaupun bidang kuasa mahkamah Shariah telah diberi nafas baru
melalui pindaan Perkara 5 dan Perkara 121 undang-undang Islam di negara ini juga terhad
dalam hal-hal tertentu sahaja seperti nikah, cerai, pembahagian harta pusaka, penjagaan anak-
anak dan sebagainya. Bidang kuasa mahkamah Syariah juga terhad kepada pertikaian yang
melibatkan orang Islam sahaja. Sekiranya pertikaian melibatkan orang Islam dengan bukan
Islam maka hal tersebut akan dibawa ke mahkamah sivil. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
bidang kuasa mahkamah Shariah masih mempunyai limitasi tertentu dalam kerangka
perundangan Malaysia.

Satu cara pendekatan lain kepada tafsiran undang-undang menurut perlembagaan


Malaysia ialah dengan cara yang lebih positif iaitu dengan menerimanya dan mencuba sedaya
upaya kita untuk mempertahankan prinsip-prinsip sebuah negara Islam. Penerimaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan dapat dicapai melalui perundingan dan kompromi yang dicapai
oleh semua kaum di Malaysia. Setiap rakyat Malaysia seharusnya menghormati perjanjian
yang berdasarkan persefahaman dan persahabatan diantara pelbagai kaum. Pada masa yang
sama, rakyat Malaysia mesti cuba untuk memikirkan dan melakukan perkara yang positif
supaya menjadikan perlembagaan dengan cara tertentu dapat mempertahankan prinsip-prinsip
kerajaan Islam dengan mengambil kira hak-hak kepentingan semua kaum di Malaysia.

13
KESIMPULAN

Amalan kebebasan dalam menukar agama adalah berbeza antara sebuah negara dengan negara
yang lain. Justifikasi amalan kebebasan beragama adalah berasaskan sifat negara itu sendiri
sama ada berbentuk teokratik, sekular atau hibrid. Di Malaysia, Perlembagaan berbentuk hibrid
memberikan justifikasi terhadap amalan meletakkan aturan bagi orang Islam dalam kebebasan
untuk menukar agama yakni keluar daripada Islam kerana aturan yang
dikenakan bukanlah bersifat penafian hak.

Pemilihan atau penukaran agama bagi orang Islam dibenarkan di Malaysia, namun
wujud kesukaran untuk melaksanakannya. Hal ini bergantung pada pemenuhan prosedur yang
telah ditetapkan di bawah enakmen negeri dan tidak semua individu berjaya mendapatkannya

Kesimpulannya, seluruh rakyat haruslah menghormati dan tidak memburuk-burukkan


agama orang lain agar dapat membina satu negara yang bersatu padu. Matlamat setiap rakyat
Malaysia ialah mewujudkan satu bangsa yang bukan saja taat setia kepada Negara tetapi
mempunyai masa depan yang cerah. Ke arah mencapai matlamat ini, rakyat Malaysia perlulah
meningkatkan usaha menyatu padukan rakyat di samping menghapuskan perasaan syak
wasangka dan prejudis di antara satu sama lain.

14
RUJUKAN

1) Ahmad, Salbiah. The Freedom of Religion Impasse and Powers of The High Court
(2003): 1-31.
2) Awal, Noor Aziah Mohd. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia.
Selangor: Heinemann (Malaysia Sdn Bhd), 2003.
3) Buang, Salleh. Sejarah Undang undang Malaysia Kes dan Material. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996.
4) Ibrahim, Ahmad. “IIU LAW JOURNAL.” From Nadra to Susie Teoh (2011): 1-17.
5) Jalil, Faridah dan Rohizan Halim. “Kebebasan Beragama: Gambaran Malaysia.”
(2014): 220-232.
6) “Keterangan Jurnal Hukum.” Mac 1990. e-syariah.
<http://www.esyariah.gov.my/JurnalHukumSearch/htdocs/jurnalhukumsearch/Jurnal
HukumSearchDetailsPageBM.jsp>.

15

Вам также может понравиться