Вы находитесь на странице: 1из 3

TUGASAN 2 USAHA KPM

Masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan di negara kita sebagai satu kerjaya yang
kurang profesional. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ahli politik
berusaha untuk meningkatkan martabat profesion keguruan. Ini adalah kerana kepekaan mereka
dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Bagi memartabatkan kualiti profesionalisme guru-guru di Malaysia KPM telah


mengetatkan syarat kelayakan kemasukan guru supaya calon guru terdiri daripada kalangan
graduan 30 peratus ke atas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan. Program-program
pengambilan calon guru telah diperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian
Pemilihan Calon Guru Malaysia, temuduga individu dan berkumpulan serta ujian fizikal. Pada
masa yang sama pemilihan calon guru bukan melihat sekadar faktor akademik yang dimiliki tetapi
yang lebih penting lagi ialah faktor sikap dan watak keguruan serta minat yang harus dijadikan
kriteria utama. Kerajaan tidak dapat menjamin bahawa pelajar guru yang terdiri daripada 30
peratus pelajar cemerlang SPM adalah benar-benar mempunyai minat untuk menjadi seorang
guru, mungkin terdapat ramai lagi pelajar yang bukan termasuk dalam golongan 30 peratus
pelajar cemerlang SPM yang sememangnya berminat menceburi profesion keguruan tetapi tidak
diberi ruang dan peluang.

Sekiranya usaha ini berterusan, kerajaan akan menghasilkan guru yang tidak produktif.
Maka, pemilihan calon guru bukan sahaja diambil kira dari segi kecemerlangan akademik dan
sahsiah, malah juga perlu memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru,
bangga dengan profesionnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah untuk
mengelakkan terjadinya situasi seperti yang dikatakan oleh Grossman (2003), ‘trash in and trash
out’. Menurut frasa ini, jika calon yang menyertai profesion ini adalah rendah kualitinya, sudah
pasti selepas menjalani latihan perguruan, guru yang akan dilahirkan juga tidak berkualiti. Ini
boleh mengakibatkan guru yang dilatih juga akan kurang berupaya untuk mendidik generasi akan
datang secara berkesan.

Selain itu, Kualiti program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) juga salah
satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 2013 bagi meningkatkan kualiti
profesionalisme keguruan. Dalam usaha ini, guru akan menerima lebih banyak sokongan bagi
membantu mereka mencapai potensi yang maksimum. Semua guru akan mendapat latihan CPD
individu daripada penyelia mereka apabila memulakan profesion. Program CPD termasuk latihan
komponen teras dan komponen elektif mengikut keperluan pembangunan diri masing-masing.
Hal ini kerana seorang guru bukan sahaja wajib mempunyai ilmu yang hebat dalam bidangnya,
malah perlu juga mempunyai sahsiah yang terpuji dan kemahiran kepimpinan yang menarik
(Noor, 2014).

Kerajaan telah mengambil tindakan yang bijak sebegini sebagai salah satu usaha untuk
memartabatkan profesion keguruan. Hal ini demikian kerana, pada hari ini kebanyakan guru yang
telah berkhidmat di sekolah merungut tentang tindakan kerajaan yang kerap menukar dasar-
dasar pendidikan yang sedia ada kerana ianya akan membebankan para guru di sekolah.
Sekiranya CPD disediakan, maka ianya mampu memberi pendedahan kepada para guru tentang
dasar-dasar yang disediakan, supaya mereka faham tentang cara pelaksanaan dasar-dasar
tersebut dan tugas sebenar guru untuk menjayakan dasar-dasar tersebut. Dengan ini guru dapat
meningkatkan pengetahuan profesional dan pengalaman untuk perkembangan kerjaya mereka
serta membaiki kemahiran prestasi kerja guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menyediakan Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi
utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara lebih relevan dengan
keadaan semasa dan masa hadapan. Sebelas anjakan telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam PPPM dan salah satunya ialah transformasi keguruan sebagai
profesion pilihan dengan harapan mampu melahirkan modal insan yang berjiwa guru serta
seimbang dari segi mental dan juga fizikal selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Melalui anjakan keempat, kerajaan ingin melakukan beberapa transformasi untuk
meningkatkan profesion perguruan antaranya ialah merombak IPG, melaksanakan laluan kerjaya
guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016, dan memastikan guru memberikan
tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013 dan sebagainya. Transformasi yang
dilaksanakan oleh KPM dalam anjakan keempat yang digerakkan secara radikal ini sangat tepat
dalam menjadikan profesion guru sebagai profesion pilihan.

Secara tuntasnya, usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai


profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak
bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Oleh yang demikian segala usaha yang telah dan
akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan profesion keguruan haruslah dipuji
kerana pelaksanaannya bukanlah enteng. Justeru itu semua pihak haruslah memainkan peranan
mereka agar usaha untuk memartabatkan profesion keguruan akan mencapai matlamatnya.
RUJUKAN

Grossman, P. (2003). Teaching: From a Nation At Risk to a Profession At Risk?. Harvard


Education Letter.

Noor Azam Abdul Rahman.(2014, Mei). Guru Hebat Individu yang terpilih. Dewan Siswa, 5-7.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Ismail Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2014). Pengantar Pengajian Profesionalisme.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia(2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakses daripada
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf

PPPM 2013-2025 perkasa sistem pendidikan negara. (2013, 6 September). Sinar Harian.
Diakses daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/pppm-2013-2025-perkasa-
sistem-

Вам также может понравиться