Вы находитесь на странице: 1из 8

Cara Menjahit Baju Kurung - Part 1

Cara menjahit baju kurung - Part 1: Cara mengambil ukuran menggunakan baju contoh

Cara Mengambil Ukuran Baju kurung Menggunakan Baju Contoh

Ambil sehelai baju kurung yang ukurannya paling padan dengan anda. Kemudian anda bolehlah
mengambil ukuran baju kurung tersebut. Ditunjukkan di dalam gambar di atas poin-poin berwarna
merah jambu di mana ukuran perlu diambil:

A-B = Lebar bahu, ukur lurus di bawah lubang leher


D-J = Labuh baju
C-D = Labuh lengan
D-E = Lebar lengan
G-F = Lebar kekek
F-E = Lebar pesak atas
H-J = Lebar pesak bawah

Tambah lagi dua: Ukur juga bulatan keliling leher baju dan labuh leher baju.
Cara Menjahit Baju Kurung - Part 2
Belajar Cara menjahit baju kurung: Part 2: Cara Melukis Pola Baju Kurung

A = Lebar baju dibahagi dua dan ukuran labuhnya sama tanpa dibahagia.
B = Ukuran pesak atas dan bawah sama dengan ukuran yang diambil. Buat satu garis lurus antara
pesak atas dan bawah selepas menanda dua ukuran tersebut.
C = Ukuran pangkal dan hujung lengan. Buat satu garis lurus antara pangkal dan hujung lengan
selepas menanda dua ukuran tersebut. Kebiasaannya beza antara hujung dan pangkal lengan adalah
1 inci.
D = Ukuran kekek. Segi tiga sama.

Garisan merah jambu bermaksud kain perlu dilipat di bahagian tersebut.

Kertas minyak atau surat khabar lama boleh digunakan untuk merajah pola.
Cara Menjahit Baju Kurung - Part 3
Belajar Cara Menjahit Baju Kurung : Cara Memotong Kain Menggunakan Pola.

Sebelum teruskan membaca, ambil sehelai baju kurung. Sambil membaca sambil belek-belek baju
kurung tersebut. Insya Allah...akan senang faham.

Cara Memotong Badan Baju Kurung:

Mula-mula kita potong badan baju dulu. Lipat kain kepada empat bahagian seperti dalam Rajah 1.
Letakkan pola di atas kain, pinkan kemas kemudian tanda kain mengikut ukuran pola menggunakan
kapur. Kemudian buat satu lagi tanda 1/2 inci lebih dari ukuran pola. Boleh juga kalau nak tanda
terus lebihkan 1/2 inci di bahagian tepi dan 1 inci di bahagian bawah. Kemudian, bolehlah mula
memotong. Garisan hijau putus-putus menunjukkan di mana kain perlu dipotong. Garisan merah
jambu menunjukkan bahagian lipatan kain.

Rajah 2 pula menunjukkan kain dilipat dua. Biasanya untuk kain yang berkaki, kain perlu dilipat dua
untuk mendapatkan kaki di kedua-dua bahagian bawah kain. Lebihkan 1/2 inci di bahagian atas dan
tepi, juga 1 inci di bahagian bawah sama seperti Rajah 1. Selepas dijahit tepi, bahagian atas kain
perlu dijahit dengan menyambungkan kedua-dua bahagian. Hasilnya, kita akan dapat bentuk yang
sama seperti potongan menggunakan Rajah 1.

Cara Memotong Pesak Baju kurung


Ok. Cuba belek baju kurung anda. Ada 4 keping pesak, kan? Kalau tak cukup 4 keping, bukan baju
kurung la tu. Untuk memotong, letakkan pola di atas kain, pinkan kemas. Lebihkan 1/2 inci di
bahagian atas dan tepi kain, juga 1 inci di bahagian bawah kemudian tandakan dengan kapur. Rujuk
garisan hijau putus-putus di dalam gambar. Cuba belek baju kurung tu bagi lagi faham. Untuk
memotong 4 keping pesak tersebut, pastikan dulu mana bahagian dalam dan luar kain. Anda akan
dapat 2 pasang pesak untuk kiri dan kanan baju.

Cara Memotong Lengan Baju Kurung

Untuk memotong bahagian lengan, lipat kain kepada dua bahagian. Garisan merah di dalam gambar
adalah bahagian lipatan kain. Pinkan kemas pola di atas kain, tanda dengan kapur kemudian potong.
lebihkan 1/2 inci di bahagian tepi, di bahagian hujung lengan baju perlu lebihkan 1 inci. Potong dua
keping lengan. Cuba belek lengan baju kurung anda. Insya Allah...akan faham.

Cara Memotong Kekek Baju Kurung


Kekek terletak di bahagian ketiak dan berbentuk empat segi tepat. Keempat-empat penjuru sama
panjang. Untuk memotong kekek, ambil lebihan kain kemudian lipat dua, pinkan kemas pola pada
kain, tandakan dengan kapur kemudian potong. Buat dua keping untuk kiri dan kanan.

Belajar Cara Menjahit Baju Kurung Tradisional.


Cara Menjahit Baju Kurung - Part 4
Cara Menjahit Baju Kurung Tradisional - Part 4: Cara Menjahit Kain Yang Sudah Dipotong

Langkah 1: Menyambung kekek dan pesak

Ok. Rujuk garisan merah pada bahagian A dan B. Sambung pesak dan kekek dengan menjahit pada
bahagian tersebut. Mula dari hujung pesak. Jangan jahit kekek sehingga ke hujung, tinggalkan 1/2
inci. Poin kuning yang ditandakan pada kekek menunjukkan di mana anda perlu matikan jahitan.

Kemudian sambung kekek yang sudah disambung dengan pesak dengan sebelah lagi pesak.
Sambung pesak dan kekek dengan menjahit di bahagian bertanda biru. Temukan dengan poin kuning
di antara jahitan merah dan biru yang ditandakan di B. Cuba belek baju kurung anda untuk lebih
faham.

Langkah 2: Menyambung Lengan


Lengan perlu disambung dengan pesak dan kekek yang sudah dijahit terlebih dahulu. Lihat garisan
hijau di dalam gambar. Mulakan jahitan dari hujung dengan menyambungkan lengan dan pesak.
Jahit hingga ke poin kuning seperti yang ditandakan. Jangan jahit hingga ke hujung kekek, tinggalkan
1/2 inci. Tekniknya sama ketika menyambung pesak dan kekek. Kemudian jahit sebelah lagi lengan
dengan menyambung ke pesak.

Selepas selesai menyambung kedua-dua lengan, sambungkan pula lengan tersebut. Lihat garisan
merah jambu yang ditunjukkan pada gambar lengan. Tindihkan lengan depan dan belakang. Mula
menjahit di hujung jahitan di mana anda berhenti ketika menyambung lengan dan pesak. Jahit
hingga ke hujung lengan.

Langkah 3: Menyambung Badan Baju


PENTING: Sebelum menyambung badan baju, pastikan leher sudah di tebuk terlebih dahulu.

Tandakan bahagian tengah badan baju. Boleh lipat badan baju kepada dua bahagian dan gosok
untuk menentukan bahagian tengah baju. Samakan bahagian lengan dan gosok juga untuk
menentukan bahagian tengah lengan. Sambungkan kedua-duanya dengan mula menjahit dari
bahagian tengah badan baju dengan bahagian tengah lengan. Ditunjukkan di dalam gambar poin
berwarna merah di mana jahitan perlu dimulakan. Jahit hingga ke hujung bawah baju seperti garisan
biru di dalam gambar. Jahit di kedua-kedua belah baju, juga dengan mula dari bahagian tengah
lengan yang ditemukan dengan tengah baju hingga ke hujung.

Вам также может понравиться