Вы находитесь на странице: 1из 11

Cabaran dan isu isu semasa dunia

Isu isu ekonomi dunia semasa


Krisis kewangan global
Punca n kesan kpd ngr
Sharran n moga n chuan

Dunia kini sedang dilanda krisis ekonomi global.


Banyak syarikat-syarikat samada syarikat besar atau
kecil yang terpaksa menggulung tikar akibat dilanda
hutang yang tinggi. Beribu-ribu pekerja kehilangan
pekerjaan manakala ramai lagi sedang menghadapi
risiko dibuang kerja. Krisis yang melanda dunia ini
bermula dengan krisis ekonomi Amerika Syarikat.
Disebabkan kebanyakkan negara didunia
bergantung pada Amerika Syarikat, maka negara-
negara tersebut turut sama mengalami krisis
ekonomi.

Krisis ekonomi Amerika Syarikat bermula


disebabkan oleh:

1. Lambakan hutang tidak berbayar sehingga


menjejaskan kecairan tunai institusi kewangan di
negara Amerika Syarikat itu. Bank pelaburan
keempat terbesar di Amerika, Lehman Brothers
muflis. Banyak rumah terpaksa dilelong kerana
pembeli tidak mampu untuk terus membayar.
2. Industri hartanah merundum
3. Krisis harga makanan dunia menyumbang
kepada krisis ini. Bahan makanan utama dunia
seperti beras dan tepung diperdagangkan di
bursa saham untuk mendapatkan keuntungan
lebih besar. Pemanasan global memberi kesan
rantaian kepada harga barang makanan. Kos
keseluruhan makanan global semakin meningkat
dan terus meningkat.
4. Liberalisasi ekonomi akan terjejas. Sepatutnya
ekonomi sesebuah negara tidak boleh terlalu
tertutup. Kuasa beli rakyat haruslah
dipertingkatkan untuk mengurangkan krisis
ekonomi ini.
5. Kecairan mata wang yang ketat. Banyak bank
mula takut untuk memberi pinjaman mudah
membeli hartanah dan perumahan.
6. PBB kekurangan dana untuk membantu negara
membangun terutama di Afrika yang berkecamuk
dengan masalah kemiskinan dan kebuluran.
Negara yang bergantung pakej kewangan
Amerika akan terjejas teruk.
Kesan

Krisis ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang


ini memberi kesan yang amat ketara bukan sahaja
terhadap syarikat-syarikat malahan terhadap orang
perseorangan. Harga-harga kebanyakkan komoditi
khususnya minyak dan makanan melambung begitu
tinggi sehingga menjejaskan ekonomi, membawa
ancaman stagflasi (inflasi yang disertai ketiadaan
permintaan) dan pengunduran globalisasi.

Pada bulan februari 2008, Reuters melaporkan


bahawa inflasi global mencapai tahap paling dahsyat
dalam sejarah, manakala inflasi domestic berada
pada paras tertinggi dalam masa 10-20 tahun bagi
kebanyakkan negara. Pada pertengahan tahun 2008,
data IMF menunjukkan bahawa inflasi adalah pada
tahap tertinggi di negara pengeksport minyak,
terutamanya akibat pertumbuhan rizab tukaran asing
yang kekurangan pengendalian dasar kewangan
yang boleh mengimbangi campur tangan tukaran
asing sedemikian agar memastikan sasaran dasar
kewangan negara itu tercapai.
Bagaimanapun inflasi juga menjadi-jadi di negara-
negara yang dikelaskan IMF sebagai ‘negara
termundur bukan pengeksport minyak’ dan ‘Asia
Membangun’, disebabkan kenaikan harga minyak
dan makanan. inflasi juga menjadi-jadi di negara-
negara maju, namun tidak seteruk yang dialami
negara-negara membangun.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa menjangkakan


sekurang-kurangnya 20 juta pekerjaan bakal hilang
menjelang penghujung 2009 akibat krisis ini,
kebanyakannya dalam sektor pembinaan, hartanah,
perkhidmatan kewangan dan kereta, sekaligus
mengakibatkan pengangguran sedunia melepasi
tahap 200 juta
Krisis yang terjadi di AS tidaklah memberi kesan yang
secara terus kepada Malaysia. Mungkin hanya
sesetengah bank yang mempunyai bon dan sekuriti,
di sana akan mengalami sedikit gangguan. Kesan
secara langsung kepada negara adalah sangat
minimum. Tetapi, hal ini memberi kesan secara tidak
langsung. Eropah dan Amerika Syarikat merupakan
negara yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.
Apabila berlakunya krisis kewangan di AS, kuasa beli
pengguna akan menurun dan kerana pengguna tidak
keluar berbelanja.
Pada situasi begini para pelabur mengambil sikap
tunggu dan lihat, mereka sedang memerhati
perkembangan ekonomi yang bakal terjadi selepas
ini. Mereka tidak mahu melabur kerana keadaan
pasaran global yang tidak menentu. Pelabur sudah
semestinya tidak mahu mengambil risiko yang besar
ini. mereka hanya memikirkan pulangan yang
berganda sahaja. Apabila indeks harga saham
susut, nilainya juga akan turut susut dan pelabur
semakin khuatir untuk melabur dan akhirnya mereka
terpaksa “angkat kaki” untuk melabur di tempat lain
sudah tentu ini memberi kesan keatas kemerosotan
ekonomi dalam negara.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ekonomi kini
sedang mengalami kitarannya, sebagaimana yang berlaku pada
tahun 1997. Dahulu, negara yang terbabit tidak mengetahui cara
dan kaedah yang terbaik untuk menanganinya. Tetapi, krisis yang
berlaku pada kali ini, walaupun berada di luar jangkaan, namun
demikian negara yang terlibat sudah mengetahui jalan yang terbaik
untuk mengatasinya. Krisis kali ini sememangnya mempunyai
kesan yang besar, tetapi boleh ditangani dengan baik dalam
jangka masa dua hingga tiga tahun dari sekarang. Misalnya,
Kerajaan AS sedang berusaha menyuntik dana ke dalam syarikat-
syarikat yang terbabit bagi membantu menyelesaikan kemelut ini.
Inilah antara kaedah yang telah digunakan oleh Malaysia pada
tahun 1997 dahulu.
Sememangnya krisis yang berlaku menyebabkan nilai mata
wang juga turut jatuh. Mungkin ada baiknya jika kita
mengikat ringgit supaya nilainya tidak akan jatuh dengan
lebih teruk lagi. Kita mahukan kestabilan nilai mata wang
itu terus kukuh. Kita tidak mahu perkara yang berlaku
kepada sesetengah nilai mata wang yang jatuh teruk.
Namun demikian, perkara ini juga ada baik dan buruknya
juga. Thailand misalnya, pada tahun 1997 ia tidak
menggunakan kaedah tambatan mata wang Baht, tetapi
masih tetap stabil. Oleh sebab itu, banyak cara dalam
menyelesaikan sesuatu kemelut ekonomi dan bergantung
pada keadaan sesebuah negara. Manakala bagi rakyat pula,
yang paling penting ialah keputusan yang dibuat adalah
benar-benar tepat untuk memastikan nilai mata wang
ringgit terus kukuh.
Kesan yang paling ketara boleh dilihat dengan jelas dalam
sektor pelancongan. Apabila sektor pelancongan terjejas,
sudah tentu industri yang berkaitan turut merasainya,
seperti perhotelan dan industri kecil dan sederhana, kerana
ia sangat berkait rapat. Sektor hartanah juga turut merudum
dan perkara ini sangat menakutkan pengusaha dan pemaju
dan juga para pelabur itu sendiri. Kerana kesannya sangat
besar dan risiko yang harus diharungi adalah sangat tinggi.

Pengenalan

Akhirnya kerajaan mengakui bahawa negara kita sedang


berhadapan dengan satu malapetaka ekonomi. Malapetaka ini
bukan mucul dengan tiba-tiba. Ini adalah hasil dari satu projek
ekonomi yang telah dimulakan dari zaman Ronald Reagan dan
Margaret Thatcher – 25 tahun dahulu. Dasar ekonomi ini di
namakan globalisasi dan penswastaan.
Projek penswastaan ini telah diajukan oleh pemilik-pemilik bank
di Wall Street dan City of London pada awal tahun 80’an dahulu.
Kaum pemodal syarikat multi nasional dan tuan empunya bank
melalui dasar penswataan telah merancang satu strateji untuk
membolot semua harta kakayaan dalam dunia ini. Justeru
penswastaan telah dikahwinkan dengan dasar globalisasi.
Dasar penswastaan ini telah dijual oleh Bank Dunia dan IMF
kepada negara-negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika. Pelbagai
bentuk ganjaran dan tekanan telah diberikan oleh Bank Dunia
dan IMF agar dasar penswastaan dan globalisasi ini diterima.
Muncul ayat-ayat klise – dunia tanpa sempadan – dan pelbagai
mantra yang karut marut untuk melalaikan dan memerangkap
warga dunia ketiga.
Di Malaysia – apabila beruk melihat maka beruk pun meniru
sama. Justeru pada tahun 80’an dan 90’an Mahathir Muhamad
telah meniru bulat-bulat dasar penswastaan ini. Air, leterik, kapal
tebang, hospital, universiti dan pelbagai harta negara telah
diswastakan.
Dasar penswastaan ini selari dengan Dasar Ekonomi Baru –
mengagih-agih kekayaan kepada Bumiputeraa. Maka
berbondong-bondonglah harta negara jatuh ke tangan individu
atau syarikat individu. Maka semakin dikenali perkataan-
perkataan seperti – Pink Form dan EPU – yang dilihat sebagai
mesin ATM untuk kroni-kroni United Malays National
Organisation. Harta yang dimodali, didirikan dan dikendalikan
oleh negara mula diagih-agihkan kepada kroni, anak bini dan
kaum keluarga.
Globalisasi, penswastaan dan ekonomi terbuka hanyalah tipu
helah IMF dan Bank Dunia. Dibelakang IMF dan Bank Dunia ini
adalah tuan-tuan punya bank dan kaum pemodal Anglo-Amerika.
Sebenarnya dasar penswastaan dan globaisasi ini adalah dasar
penjajahan bentuk baru. Ini adalah sistem kolonialisma yang
lebih licik dan lebih tersusun.
Malalui penswastaan dan globalisasi ini telah wujud satu Empire
baru yang bernama Pax Amerikana. Sama seperti empire Pax
Romana dan Pax Britannia – empire baru ini memiliki tanah-
tanah jajahan di seluruh dunia. Perjanjian perniagaan di buat –
pasaran dibuka. Perjanjian ketenteraan di ikat – pengkalan
tentera darat, udara dan laut didirikan. Gedebe dan kaki-kaki
busuk di Asia, Afrika dan Amerika Latin – ramai yang bersedia
bekerjasama untuk menjadi budak suruhan kepada Pax
Amerikana.
Sekali sekala pemimpin negara dunia ketiga ini akan naik cawat
apabila di terima mengadap ke Rumah Puteh. Jangan lupa
bagaimana Mahathir telah merasuah tukang lobi di Washinton
DC agar dapat masuk ke Rumah Puteh untuk ‘mencium’ tangan
George Bush pada tahun 2002.
Melalui dasar penswataan dan ekonomi terbuka modal Anglo-
Amerika mula menerbus masuk. Modal-modal ini mula membeli
harta-harta stratejik seperti – air, api, media, tv , hospital ,
syarikat pengangkutan. Pemodal Anglo-Amerika ini secara licik
mencari rakan niaga dikalangan warga tempatan yang memiliki
jaringan dan hubungan kuasa politik. Malah ahli-ahli politik akan
diberi hak milik atau saham agar segala bentuk projek diluluskan.
Justeru di Malaysia kita mula melihat – MacDogal, Burger King,
Tesco, Giant – StarBuck – berselirat mencari mangsa. Impak
kedatangan syarikat-syarikat gergasi ini kepada peniaga tempatan
jarang dan tidak pernah dibincangkan – malah tidak ada
langsung penilian ekonomi dilakukan.
Dalam masa yang sama undang-undang dan akta telah diluluskan
di parlimen untuk memastikan kepentingan kaum pemodal
Anglo-Amerika ini akan terjaga dengan baik. Buruh tidak
dibenarkan berpersatuan. Buruh dilarang mogok. Jika ada
pemimpin buruh yang menyusun kaum pekerja ianya akan
ditahan. Tuntutan gaji minima ditolak untuk memastikan kaum
pemodal mendapat keuntungan maksima.
Peniaga-peniaga kecil tempatan merasa tekanan dan tidak
mungkin dapat bersaing. Banyak yang bungkus dan tutup kedai.
Kematian peniaga tempatan ini menggembirakan pemodal Anglo-
Amerika ini kerana suasana ini cukup sehat untuk mereka
meluaskan pasaran.
Selama 25 tahun semenjak dasar pasaran terbuka dan globalisasi
ini diperkenalkan kaum pemodal Anglo-Amerika ini kini telah
berjaya mengawal hampir kesemua bahan-bahan mentah dalam
dunia. Mereka boleh menaik atau menurunkan harga bahan-
bahan mentah ini. Mereka berhujah bahawa yang menentukan
turun naik harga ialah pasaran bebas. Ini bohong. Merekalah di
Wall Street dan di City of London yang menentukan turun atau
naiknya harga bahan-bahan mentah.
Dari belakang panggung – tuan-tuan empunya bank dan gedung
perniagan sentiasa merancang. Mereka mewujudkan kumpulan-
kumpulan pemikir. Mereka mendirikan jaringan sokongan yang
berselirat di seluruh dunia. Mereka memberi dana kepada ribuan
Ngo di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memastikan dasar
dan falsafah ekonomi terbuka dan globalisasi diterima. Tujuan
mereka ialah untuk terus membolot harta kekayaan dalam dunia
ini.
Elit ekonomi dan tuan empunya bank amat jarang menampakkan
diri mereka secara terbuka. Jaringan-jaringan kabal mereka
tersusun secara rashia. Cara mereka bekerja tidak jauh bezanya
dari cara Mafia atau kongsi gelap bergerak. Organisasi seperti
Bilderberg Group, Bohemian Grove, Masonic dan Illuminati
adalah sarang dan tempat mereka berkumpul dan merancang.
Merekalah yang memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan
ahli-ahli politik bukan sahaja di Amerika dan London tetapi di
seluruh dunia.
Di Russia pada satu ketika dahulu mereka berjaya menaikkan
Yeltsin. Lihat apa yang terjadi – habis harta negara lingkup. Di
timur tengah tidak ada Sheikh dan Emir yang berani bersuara.
Lihat apa yang terjadi kepada Saddam. Cuba di bawah Castro
yang merdeka dan bebas terus dihuruhara. Chavez dan
Ahmadinejad dilihat sebagai musuh kerana tidak membenarkan
modal Anglo-Amerika memporak peranda ekonomi negara
mereka.
Hari ini dunia sedang dalam kesakitan. Jika kita sakit maka kita
wajib kenalpasti apakah penyakit kita itu. Jika telah diketahui
maka baru boleh ianya diubati. Jika tersalah baca maka tidak
mungkin sakit itu dapat diubati.
Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis
kewangan. Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah
krisis ekonomi. Ada yang menuduh krisis ini timbul kerana tuan
punya bank dan para CEO tamak haloba. Ada yang menuduh
bahawa krisis ini timbul kerana kurang kawalan.
Semua ini tidak salah. Tetapi semua ini hanyalah manifestasi dari
penyakit itu. Krisis yang kita hadapi hari ini adalah krisis
kapitalisma. Sistem ekonomi kapitalisma telah sampai ke satu
tahap bahawa ianya tidak mungkin dapat bergerak lagi.
Pengeluaran dan pemintaan telah tepu.
Contohnya : dunia telah padat dengan kereta – pembeli terakhir
pengguna dari negara Cina. Bila rakyat Cina tidak lagi membeli
kereta maka Toyota, Nissan, General Motor jatuh muflis. Atau:
ketika ini warga Malaysia yang berupaya membeli kereta telah
membeli kereta. Maka telah sampai ke tahap dimana kalau Proton
terus mengeluarkan kereta pasti tidak ada lagi pembelinya. Seribu
satu macam galakan diberi tidak juga akan melahirkan pembeli.
Tidak lama lagi Proton akan muflis. Atau sebenarnya Proton telah
muflis tetapi kita tidak diberitahu.

Вам также может понравиться