Вы находитесь на странице: 1из 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PANITIA KAJIAN TEMPATAN KALI KEDUA


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR
PARIT BUNTAR , PERAK

Tarikh : 18. 4. 2012


Hari : Rabu
Masa : 1.30 p.m.
Tempat : Bilik Gerakan, SK Sungai Setar
Pengerusi : Pn. Zarina Bt Dahaman
Ketua Panitia Kajian Tempatan

Kehadiran :

1. En Harun Bin Yahya - GPK 1


2. En. Abdul Raman Bin Hamid - GPK HEM
3. Tn. Haji Jamaludin Bin Jali - GPK KOKO
4. Pn. Norimah Bt Hussin

1.0 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua yang hadir.
Beliau menyatakan bahawa tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk
membincangkan pencapaian murid dalam ujian selaras 1 bagi mata pelajaran
Kajian Tempatan serta membincangkan tentang kekuatan dan kelemahan
panitia dan seterusnya mencari jalan untuk memperbaikinya.

Tindakan :Makluman

2.0 Ucapan Penasihat ( Wakil Guru Besar )

2.1 En. Harun mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua AJK Panitia
Kajian Tempatan kerana dapat hadir ke mesyuarat panitia kali kedua bagi
tahun 2012.

2.2 Beliau berharap agar Panitia Kajian Tempatan dapat melaksanakan aktiviti dan
program mengikut takwim serta tarikh yang telah ditetapkan.

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

3.1 Minit mesyuarat panitia kajian tempatan diterima sebulat suara oleh semua
ahli yang hadir.

1
4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Agenda 5.4.2 Tn. Hj. Jamaluddin mencadangkan agar Panitia Kajian Tempatan
membeli Peta Malaysia Kosong bagi stok 2012.
Pn. Zarina menjelaskan Peta Malaysia kosong telah dimasukkan ke dalam senarai
barangan yang dipesan bagi panitia Kajian Tempatan tetapi masih belum diperolehi
lagi.

Tindakan : Makluman
5.0 Perkara yang dibincangkan

5.1 Analisa Ujian 1

Bil Kelas Menguasai Tidak % Lulus % Gagal


Menguasai
1. 4 Melor 31 0 100 % -
2. 4 Kekwa 11 8 55 % 45 %
3. 5 Melor 26 2 92.9 % 7.1 %
4. 5 kekwa 1 24 4% 96 %
5. 6 Melor 30 0 100 % -
6. 6 Kekwa 15 6 71.4 % 28.6 %

Tindakan : Makluman

5.1.1 Pengerusi menyatakan secara keseluruhan pencapaian mata pelajaran


KajianTempatan adalah memuaskan kecuali bagi tahun 4K dan 5K.

5.1.2 Kelemahan pelajar 4K dan 5K dalam mata pelajaran Kajian Tempatan


adalah kerana kurang minat serta masalah penguasaan asas 2M ( membaca
dan menulis ). Selain itu, soalan yang dibeli dari Majlis Guru Besar juga tidak
mengikut tajuk yang diajar.

5.1.3 En. Harun berharap agar semua guru perlu berusaha dengan lebih gigih lagi
agar penguasaan pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran KajianTempatan
dapat dipertingkatkan.

5.2 Cadangan Program 2012.

5.2.1 Beberapa program telah dicadangkan untuk Panitia Kajian Tempatan


dan dipersetujui oleh semua ahli iaitu :

- Aktiviti Bulan Kemerdekaan ( mewarna, sajak , kuiz )

2
- Pertandingan Buku Skrap
- Lawatan Sambil Belajar ( Kuala Kangsar )

5.2.2 Pn. Zarina memaklumkan bahawa aktiviti lawatan sambil belajar ke Muzium
Ekeologi Kuala Kangsar akan diadakan selepas UPSR manakala aktiviti bulan
Kemerdekaan akan dijalankan pada bulan Ogos ini.

Tindakan : Pengerusi Panitia

6.0 Hal – hal Lain

6.1 Pengerusi berharap agar semua barang yang dipesan oleh panitia dapat
dibeli oleh pihak sekolah.

6.2 Pengerusi memberitahu untuk peperiksaan Pertengahan Tahun juga , soalan


Kajian Tempatan akan dibeli dari MGB.

Tindakan : Semua guru

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.

7.2 Beliau juga berharap agar semua guru dapat memberi komitmen serta
bekerja sebagai satu pasukan yang tinggi bagi menjayakan setiap
program yang dirancang dan dapat meningkatkan pencapaian murid-
murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 p.m

Disediakan oleh:

_______________________
(NORIMAH BT HUSSIN)
Setiausaha,
Panitia Kajian Tempatan .

Вам также может понравиться