Вы находитесь на странице: 1из 2

Musang Yang Bodoh Sombong

Di dalam sebuah hutan, tinggallah seekor musang yang sangat sombong. Dia percaya dirinya lebih
hebat, lebih pandai dari haiwan lain.
Kerana merasakan dirinya lebih hebat, musang tersebut enggan belajar, enggan mengambil tahu
sebarang perkara-perkara baru.

“Tidak ada haiwan yang lebih hebat dari aku.” Kata musang. “Aku tak perlukan senjata , tetapi manusia
lari bila terjumpa aku. Kenapa? Kerana aku boleh mengeluarkan bau yang busuk. Aku juga boleh hidup
di darat dan juga di atas pokok. Tempat tidur aku tinggi seperti singgahsana, nun di atas pokok. Bukan
macam kamu semua, tidur tak tentu tempat. Aku boleh hidup di hutan, di kampung di pekan. Bukan
macam kamu semua hanya terperuk di hutan ini. Aku pandai, bukan bodoh seperi kamu.” Musang
berkata dengan sombong dan bongkaknya.

Haiwan-haiwan lain yang mendengar hanya mendiamkan diri kerana sudah biasa dengan kata-kata
musang yang sombong itu. Mereka tahu setiap haiwan ada kelebihan masing-masing. Jika meraka hebat
sudah pasti ada lagi hiwan yang lebih hebat dari mereka. Kerana ini mereka hanya memekakkan telingfa
setiap kali musang menyombong begitu.

Kerana kesombongannya, musang tidak mempunyai kawan. Tidak ada haiwan pun yang mahu
memberikan bantuan sekiranya dia memerlukan bantuan. Sekiranya musang meminta pertolongan,
haiwan lain akan berkata, “Bukankah kamu lebih hebat dari kami? Mengapa pula kamu nak minta
pertolongan dari kami yang tak hebat ni? Bukankah kamu lebih pandai dan kami ni bodoh?” mereka
memulangkan paku buah keras.

Musang tetap dengan kenagkuhannya, “Aku sengaja berpura-pura minta tolonng. Sebenarnya aku tak
perlukan pertolongan dari kamu sebab martabat kamu lebih rendah dari aku.”

Pada musim hujan, tidak banyak makanan didalam hutan. Banyak haiwan yang mengalami kelaparan.
Mereka makan seadanya, tidak dapat bermewah-=mewah seperti dahulu. Pokok-pokok tidak
mengeluarkan buah yang banyak.

Musang yang sombong itu duduk di atas pokok dalam keadaan kelaparan. Sudah beberapa hari dia tidak
makan secukupnya. Hendak meminta pertolongan dari haiwan lain dirasakan tak mungkin, kerana
kesombongannya pada masa lalu. Sekarang ia bersedia untuk makan apa sahaja haiwan, walaupun
selama ini ia hanya makan buah-buahan sahaja.

Tidak jauh dari pokok itu kelihatan kura-kura sedang merangkak keluar dari sungai. Musang terlihat kura-
kura dan berkata, “Itu dia makanan aku.” Ia pun menurunbi pokok dan terus menerkam kura-kura.

Kura-kura tersentak dan terus menyembunyikan dirinya didalam badannya yang keras itu. Musang yang
bodoh terus mengigit badan kura-kura. “Huh! Keras!” Katanya.

Dari dalam badannya, kura-kura berkata, “Aku kasihan melihat kamu yang kelaparan.Tak apalah, kamu
boleh makan sedikit bahagian badan aku. Tapi badan aku ni keras, kalau kamu nak juga, rendamkan aku
dalam air, nanti lembutlah badan aku ini.”

Musang terus menolak kura-kura ke dalam sungai, harapannya supaya badan kura-kura menjadi lembut.
Sesudah berada di dalam air, kura-kura berkata, “Selamat tinggal wahai musang yang bodoh. Dahlah
bodoh, sombong pulak tu.”

Moral : Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kesombongan dan
kemegahan diri hanya akan mengundang kebencian orang lain terhadap kita. Di
dalam apa jua yang kita lakukan jangan sekali-kali kita bersikap bermegah-
megah dan sombong kerana, sekiranya kita hebat, sudah pasti ada orang lain
yang lebih hebat dari kita. Kita juga perlu sentiasa belajar dari orang yang
lebih hebat dari kita. Sekiranya kita sombong sudah pasti tidak ada orang
yang ingain berkongsi ilmu dengan kita dan akhirnya kita hanya akan
menghadapi kegagalan.

Вам также может понравиться