Вы находитесь на странице: 1из 1

RUMUSAN

Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk


memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam
tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini
adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangi cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Ibu bapa serta guru di sekolah
rendah pula mengharapkan murid yang dididik dari prasekolah telah dapat
menguasai empat kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan
menaakul. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai,
pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari
masa ke masa dalam aspek-aspek yang dikenal pasti. Pentaksiran yang
dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui
pengajaran dan pembelajaran harian.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang


perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, kemahiran guru prasekolah dalam
melaksanakan pentaksiran dan penilaian amat membantu dalam
mengenalpasti tahap kecergasan dan perkembangan murid. Bagi membuat
instrument pentaksiran pula, guru perlu mendalami konsep pentaksiran dan
penilaian supaya instrument yang digunakan sah dan sahih untuk
digunapakai seterusnya memberikan keputusan yang boleh membantu dalam
memberi gambaran sebenar perkembangan seseorang murid tersebut. Oleh
itu, maklumat yang diperolehi daripada melaksanakan kerja kursus ini amat
membantu serta member pengalaman kepada kerjaya kelak.