Вы находитесь на странице: 1из 1

Sukan dilihat sebagai satu aktiviti sihat yang berupaya mengeluarkan peluh

apabila dilaksanakan secara kerap.Contoh aktiviti sukan itu meliputi acara


larian, bola sepak, badminton, hoki, dan bola jaring yang menjadi kegilaan
masyarakat kita. Sebenarnya, banyak manfaat yang timbul apabila sukan
menjadi sebahagian daripada aktiviti harian rakyat jelata.

Kelebihan melakukan acara sukan ialah badan ahli masyarakat kita akan
menjadi semakin sihat untuk melakukan aktiviti harian. Kajian sudah
membuktikan bahawa semua acara sukan melibatkan penghasilan peluh
yang turut membuang toksik badan bersama-sama melepaskan tekanan yang
dialami oleh individu itu. Lantaran itu, masyarakat yang kerap melaksanakan
aktiviti sukan akan memiliki kesihatan yang terpelihara sepanjang masa.

Selain itu, sukan juga dikatakan berupaya untuk memupuk perasaan


perpaduan sesama rakyat yang berbilang bangsa itu. Interaksi sesama
individu akan berlaku kerana sukan memerlukan setiap ahli untuk
bekerjasama melaksanakan aktiviti tersebut. Maka, perpaduan antara kaum
boleh dicapai menerusi penglibatan setiap ahli masyarakat kita dalam acara
sukan yang begitu mudah lagi menarik itu.

Tambahan pula, sukan juga berupaya untuk menjana perkembangan ekonomi


negara ini menerusi pembinaan lebih banyak kemudahan sukan seperti
stadium. Kos yang tinggi memang diperlukan unt
uk pembinaan stadium tetapi pembinaan ini juga boleh menjadikan aktiviti
ekonomi sampingan berkembang bersama-sama peluang kerja.
Sesungguhnya, ekonomi negara akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya
kerana masyarakat kita begitu meminati acara sukan itu.

Imej negara akan bertambah baik apabila sukan menjadi kegilaan penduduk
tempatan. Masyarakat luar menganggap negara yang berjaya dalam
sebarang acara sukan memiliki satu keunikan yang tersendiri pula. Jadi, kita
hendaklah melakukan acara sukan ini supaya negara kita mencapai kejayaan
dalam pertandingan antarabangsa yang meninggikan imej penduduk negara
ini pula.

Kesimpulannya, semua impak positif penglibatan acara sukan ini memang


benar-benar berlaku. Semua pihak terutama rakyat hendaklah bekerjasama
untuk melibatkan diri mereka dalam sebarang acara sukan yang diminati itu.
Slogan badan sihat otak cergas membuktikan bahawa sukan boleh membawa
banyak faedah kepada masyarakat semua.

Вам также может понравиться