Вы находитесь на странице: 1из 1

Bidang tugas Pengurus Kualiti Sekolah

Pengurus kualiti bertanggungjawab kepada pelaksanaan sistem kualiti di sekolah. Bagi


memenuhi tuntutan tersebut Pengurus Kualiti dan jawatankuasanya dilantik dan diberi kuasa
oleh Guru Besar atau Pengetua atau pihak atasan sekolah untuk menjalankan tugas tersebut.
Tugas-tugas ini melibatkan penyediaan maklumat dan dokumen oleh unit-unit yang terlibat di
sekolah.

1. Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan sistem jaminan kualiti sekolah dan Bahagian


Sistem Kualiti Ikram Musleh
2. Bertanggungjawab menyediakan dokumen kualiti di peringkat sekolah
3. Memastikan semua kehendak kualiti di semua unit di dalam sekolah ditepati
4. Memastikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan disediakan oleh unit-unit di
dalam sekolah
5. Bekerjasama dengan unit-unit yang berkaitan merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
berhubung dengan penjaminan kualiti.
6. Melaksanakan penyelarasan aktiviti penjaminan kualiti sekolah.

7. Membuat penilaian dan pemantauan dalam aktiviti yang berkaitan dengan penjaminan
kualiti.

8. Merancang dan melaksanakan audit dalaman kualiti sekolah dan menyediakan laporan hasil
audit kepada Lembaga Pengelola Sekolah dan pihak yang berkepentingan.

9. Mewakili sekolah dalam perkara yang berkaitan dengan Jaminan Kualiti

10. Mengurus penyimpanan rekod jaminan kualiti yang berkaitan.

11. Menjadi tempat rujuk kualiti oleh unit-unti dalam sekolah

12. Semua tugas yang berkaitan yang akan diberikan dari semasa ke semasa berdasarkan
keperluan sistem kualiti oleh pihak sekolah.

FAZILAH BT MOHD REBA


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN/KURIKULUM

Вам также может понравиться