Вы находитесь на странице: 1из 4

SJK TAMIL LADANG KULAI OIL PALM, KULAI

KERTAS KONSEP
Program “ Jom Ke Sekolah”
Peringkat Sekolah 2018

1.0 Pendahuluan

Program ”Jom ke Sekolah” merupakan program yang julung kali diadakan secara rasmi
di SJK TAMIL LADANG KULAI OIL PALM secara berterusan, yang mana program ini
akan berjalan sepanjang tahun. Antara masalah utama yang mengekang kemajuan
pencapaian akademik dan keberkesanan P&P di sekolah ini adalah masalah ketidak
hadiran murid ke sekolah, masalah ponteng sekolah. Menyedari hakikat ini, maka pihak
pentadbir sekolah telah merangka dan merancang program ini sebagai salah satu cara
untuk mengatasi masalah ini. Matlamat utama program ini adalah untuk
menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah dan mengelakkan gejala ponteng
sekolah dengan memberikan insentif berbentuk hadiah kepada para murid yang
mempunyai peratus kehadiran 100% pada setiap bulan. Program ini akan berjalan
sepanjang tahun dan melibatkan semua murid SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm.
Diharap dengan berjalannya program ini, para murid SJK Tamil Ladang Kulai Oil
Palm akan lebih bermotivasi untuk hadir ke sekolah seterusnya
menjayakan proses P&P dan dapat meningkatkan lagi prestasi akademik
sekolah dalam penilaian peperiksaan sejajar dengan objektif sekolah, iaitu
mempertingkatkan pencapaian kelulusan murid-murid sama ada untuk peperiksaan
dalaman atau peperiksaan awam.

2.0 Objektif
2.1 Meningkatkan peratusan kehadiran murid-murid ke sekolah di SJK Tamil Ladang
kulai Oil Palm,Kulai
2.2 Mengurangkan gejala ponteng sekolah dan meningkatkan motivasi pelajar untuk
hadir kesekolah.

3.0 Sasaran
Semua murid SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm,Kulai

4.0 Tempat
Tapak perhimpunan SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm.
5.0 Tarikh Pelaksanaan
Tarikh : 11.03.2018
Hari : Ahad
Masa : 6.30 pagi hingga 8.00 pagi

6.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : En.S. Mayachandran

Guru Besar

Pengerusi : Pn.P.Challamah

Penolong Kanan HEM

Penyelaras Program : Pn.S.Ratha (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Bendahari : Pn.K.Manimegalai

AJK : Semua guru SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm,Kulai

7.0 Anggaran Perbelanjaan Kewangan


Rujuk Lampiran 1
10.0 Penutup
Secara keseluruhannya, diharapkan agar program ini akan terus berjalan
dengan lancar dan murid akan memberikan respon yang menggalakkan.
Objektif program untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah juga
diharap akan tercapai agar para murid dapat bersama menjayakan proses P&P,
seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka, khususnya dalam
peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(S.RATHA ) (P.CHALLAMAH)
Penyelaras Penolong Kanan HEM
Program ”Jom Ke Sekolah” 2018 SJK Tamil Ladang kulai Oil Palm

Disahkan oleh

( S.MAYACHANDRAN)
Guru Besar
SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm

Вам также может понравиться