Вы находитесь на странице: 1из 9

SULIT

Bahagian Satu

[40 markah]

Jawab semua soalan.


1.
Walaupun beras, tak terbilang ulasnya,
Akan timpas juga, tak tinggal sebiji.

Begitulah tetap akan akibatnya,


Kalau bersifat boros dan habur;
Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta terkubur.

(Dipetik Nilai Insan; Seloka Boros dan Jimat )

Berikan empat ciri puisi tradisional di atas. [4 markah]


2.
Seketika berjalan itu, maka sampailah ia kepada suatu hutan. Maka
berbunyilah orang menebang kayu di dalam hutan itu. Maka budak itu pun
berfikir di dalam hatinya, ”Ada orang rupanya di dalam hutan ini, jikalau
demikian baiklah aku mendapatkan orang itu.” Maka ia pun menujulah ke
tempat orang yang menebang itu. Serta sampai ke tempat itu, maka dilihatnya
ada sebilah parang puting yang menebang kayu itu. Akan orang seorang pun
tiada dilihatnya, hanyalah parang puting itu juga dengan sendirinya menebang
kayu itu.

(Dipetik daripada Nilai Insan; Hikayat Parang Puting )

Nyatakan satu ciri sastera hikayat berserta contoh. [4 markah]

3. Di negeri Cempaka Jajar ada diperbuat oleh Baginda Sang Nata sebuah taman
yang indah. Taman ini dipagar dengan kota batu. Di tengah kota batu itu ada
sebuah kolam. Di sisi kolam itu ada terbina beberapa buah istana-istana inilah
Baginda Sang Nata menaruh segala puteri ratu-ratu yang takluk di bawah
perintah baginda. Puteri-puteri tawanan ini disuruh oleh permaisuri bertenun
kain.

(Dipetik daripada Nilai Insan; Hikayat Sastera Panji)

Nyatakan empat latar tempat dalam petikan di atas. [4 markah]

2
SULIT

4.
Berkali-kali resahnya disengat matahari
yang semakin lebar
di langit peradaban yang tak berpagar

Cangkul menumpul di tangan


dan kemarau yang bersimpul di kepala
tetap dia turun meredah bendang
sebagai badang nusa
yang tak pernah lekang

(Dipetik daripada sajak Seorang Tua di Kaki Tamadun


karya Fadh Razy)

Berikan dua gaya bahasa beserta contoh. [4 markah]

5.
MAT PIAH : Tuan, tuan daripada party yang pakai serba aneka di Hotel E & O tu
tadi. Macam-macam saya tengok . Ada hantu, syaitan semua ada. (Tergelak kecil).

BLACKWAY : Tidak . Saya tak kenal mereka.

MAT PIAH : Tuan, you can speak Malay very well.

BLACKWAY : Awak cakap orang putih pun very well juga. (MAT PIAH tergelak
kecil lagi , mula berasa seronok berbual dengan BLACKWAY).

(Dipetik daripada drama Mat Piah dan Blackway


karya Mahizan Husain)

Nyatakan dua teknik drama yang terdapat dalam petikan.? [4 markah]

6.
DR. CHAN : Saya tak fikir Zaki lupakan Anna. Saya tak fikir begitu. Barangkali
Zaki nampak melebihkan ibunya, maklumlah anak dengan ibunya. Lagipun
pengorbanan Mak Munah membelanjakan pengajian Zaki sungguh besar, Anna.
Sampai satu kali dia jatuh sakit kuat. Waktu itu Zaki dalam tahun akhir di
Universiti Cambridge. Mak Munah tak mahu beritahu Zaki ... dia tak mahu Zaki
terganggu. Untunglah Zaki berjaya, bukan saja dengan ijazah tapi kembali dengan
engkau ,Anna.

(Dipetik daripada drama Anna oleh Kemala)

Nyatakan dua perwatakan Mak Munah yang terdapat dalam petikan. [4 markah]

3
SULIT

Sahat membayangkan setiap hari Bukit Emas bakal digondolkan untuk diniagakan
7.
tanah kuning dan batu-batanya. Sahat membayangkan keadaan setiap pokok durian,
pokok rambutan , cempedak dan langsat tumbang menyembah bumi. Selama ini
pokok buah-buahan di Bukit Emas telah menjadi punca rezeki mereka dan menjadi
pemikat orang luar termasuk pelancong berkunjung ke Kampung Kuah di kaki
Bukit Emas.

(Dipetik daripada cerpen Bukit Emas ,


karya Mufidah Hanum Yusuf )

Jelaskan satu teknik plot beserta contoh yang terdapat dalam petikan. [4 markah]

8. Pak Yasok melangut di serambi rumah tuanya merenung titis hujan yang bertalian
panjang. Ketika itulah dia teringat akan anak-anaknya. Dia teringat cucu-cucunya.
Tapi mereka semuanya jauh. Sauki, anaknya yang tua sudah lima anaknya, dan
bekerja di Kuala Lumpur. Jadi Ustaz dekat salah sebuah intitusi kerajaan. Anaknya
yang nombor dua, Sulida jadi jurutera. dengan syarikat minyak di Miri, Sarawak.
Sudah kahwin juga dan sudah mempunyai dua anak. Comel-comel semuanya cucu
Pak Yasok.

(Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang ,


karya Rahimidin Zahari)

Nyatakan satu latar masyarakat beserta contoh yang terdapat dalam petikan.
[4 markah]

9.
Malam itu Sharifah tidak tidur. Dia berniat untuk sedekahkan baju-baju yang
baru siap itu kepada saudaranya di kampung. Dia akan hubungi Mak Lijah tukang
jahit dan Mek Nab tukang masak mereka. Dia akan berpakaian seperti Mek Nab
supaya masyarakat dapat dikaitkan dengannya. Kalau Abang Said meragam, malu
berjalan dengannya selepas ini, dia akan serahkan kepada takdir. Dia tidak boleh
menggembirakan semua orang.

(Dipetik daripada cerpen Perspektif ,


karya NF Abdul Manaf)

Berikan dua nilai murni beserta contoh dalam petikan di atas. [4 markah]

4
SULIT

10.
Telah dilatih untuk menepati masa, jeneral tiba di restoran itu tiga puluh minit
selepas matahari terbenam. Dia memakai seluar warna kelabu. Baju kemeja longgar
bergambar beberapa ekor paus biru membungkus tubuh sasanya. Sepucuk pistol
bersadur emas diselitkan di pinggangnya, ditutup kemeja longgar biru sebam itu.
Sebagai bekas tentera berpangkat tinggi dia dibenarkan memiliki pistol dan dua
puluh lima butir peluru pada satu-satu masa.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


oleh Anwar Ridhwan)

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua perwatakan jeneral.

5
SULIT

Bahagian Dua
[60 markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Gurindam Beberapa Petua Hidup

Orang malas jatuh sengsara,


Orang rajin banyak saudara.

Barang siapa mungkir janji,


Namanya tentu menjadi keji.

Kalau diri kena angkara,


Turutlah susah sanak saudara.

Segala maksiat ada di dunia,


Ikhtiarkan diri menjauhi dia.

Hukuman bagi orang berdosa,


Dengan tiada memandang bangsa.

Orang perempuan manusia juga,


Kehormatan dirinya wajib dijaga.

Kalau tiada emas di pinggang,


Sanak saudara menjadi renggang.

Ada wang badan tak sihat,


Tidak bernikmat apa dibuat.

Jika diturut kehendak hati,


Kelak boleh menjadi mati.

Kunci hati ialah iman,


Kepada kelakuan jadi pedoman.

6
SULIT

(a) Huraikan dua gaya bahasa dalam puisi di atas . [4 markah]


(b) Nyatakan dua pengajaran dalam puisi di atas. [8 markah]
(c) Cipta tiga rangkap gurindam bertemakan Kepentingan Pendidikan.
[8 markah]

2. Berdasarkan cerita Sastera Epik: Hang Tuah Diutus ke Siam:


Maka surat itu pun dibaca oranglah. Setelah sudah, maka titah Phra Chau, ”Hai Oya
Bagelang, panggil mari utusan itu hampir kita!” Laksamana pun serta menyembah.
Maka titah Phra Chau, ”Hai Laksamana, jangankan empat ekor gajah Raja Melaka
hendakkan gajah, jika empuh puluh sekalipun kita beri!” Maka sembah Laksamana ,
”Daulat tuanku.” Maka Phra Chau pun hairan melihat sikap Laksamana dan tahu
berkata-kata cara Siam dengan fasih lidahnya dan manis suaranya, Maka raja pun
terlalu amat kurnia akan Laksamana dan dipersalin cara Siam.

(Dipetik daripada Nilai Insan; Hikayat Sastera Epik)


(a) Huraikan tiga perwatakan Hang Tuah. [12 markah]
(b) Kemukakan dua latar masyarakat. [8 markah]

7
SULIT

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sepi Syawal Tanpa Bonda

Rasa sendu
terkilan
kecewa
dan duka lara
semuanya terjaring
dalam relung hati
membiaskan lahar kesyahduan dan kesunyian hati
lalu terpancar pada arca wajah

Kedamaian tiada lagi


sedang dahulunya
tika alunan bergema
merenung redup mata sebening embun pagi
meratap raut wajahnya setulus sinar mentari
betapa di dada tuanya
teranyam kelongsong kesabaran
di hati penuh makna

Sunyi membungkam dalam diri


sepi diri tanpa bonda
kepiluan melamar jua
Ibu,
kau masih dalam ingatan
memori sepi tanpa ibu.

(Dipetik dari sajak Sepi Syawal Tanpa Bonda


karya Amylia Hussain)

(a) Jelaskan nada sajak tersebut. [4 markah]


(b) Huraikan empat ciri sajak di atas . [8 markah]
(c) Cipta sebuah sajak bertemakan Patriotik.
Panjangnya sajak tersebut antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]

8
SULIT

4. Berdasarkan Drama “MAT PIAH dan BLACKWAY” , jawab soalan berikut :

(a) Jelaskan dua ciri drama pentas. [4 markah]

(b) Huraikan empat perwatakan watak “Mat Piah ”. [8 markah]

(c) Cipta skrip drama yang baik dengan menyambung petikan di bawah mengikut
kreativiti anda. Panjang skrip anda dalam 4 dialog atau lebih.

MAT PIAH : Ketegar liat punya Light ! Jadi FrancisLight rampas Pulau Pinang ni
daripada Sultan Muhammad Jiwa ? FrancisLight tu bukan peneroka Pulau
Pinanglah. Dia tipu Sultan Kedah hidup-hidup ?

BLACKWAY : Correct. Correct.

MAT PIAH : Tak guna ! (Menumbuk tapak tangannya sendiri dengan penuh geram)

ARAHAN : Anda tidak perlu menyalin semula skrip di atas, terus kepada 4 atau lebih
rangkap skrip baru.

(8 markah)

9
SULIT

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6
5. Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf :

Penghulu Sudin semakin keresahan dikerusinya bersebelahan Encik Firdaus. Kerusi


tempat Penghulu Sudin melabuhkan punggungnya terasa semakin panas. Habuan
lumayan termasuk saham, jawatan lembaga pengarah, tiket melancong ke seluruh dunia
dan kereta mewah yang bakal Penghulu Sudin terima jika Encik Lim mendapat peluang
dan lesen kuari di Bukit Emas tiba-tiba kelihatan semakin kabur dalam fikiran Penghulu
Sudin. Perasaan marah Penghulu Sudin terhadap semakin membara. Lebih-lebih lagi
Sahat telah menjatuhkan air mukanya di hadapan Encik Firdaus, wakil rakyat yang telah
menerima arahan untuk memastikan sama ada penduduk Kampung Kuah bersetuju jika
Bukit Emas diniagakan tanah kuning dan batu-batanya untuk memenuhi permintaan
dalam pembinaan.
(Dipetik dari cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf)

(a) Jelaskan tema cerpen. [4 markah]


(b) Nyatakan dua watak perwatakan dalam cerpen . [4 markah]
(b ) Huraikan tiga pengajaran. [12 markah]

6. Berdasarkan novel Naratif Ogoshoto karya Anwar Ridhwan :


(a) Jelaskan lima konflik antara watak berserta huraiannya. [10 markah]
(b) Huraikan lima perkara yang melampau dan tidak masuk akal
yang terdapat dalam novel. [10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Вам также может понравиться