Вы находитесь на странице: 1из 3

Teknik Plot Novel Leftenan Adnan

Teknik Plot Contoh Peristiwa


1. Pemerian Pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan
yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu
menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah
yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari
kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu
2. Dialog “Macamana belajar di sekolah orang putih? Seronok?”,
Tanya Mamat ingin tahu.
3. Imbas Kembali Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung
tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang
digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan
ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun
setelah kesihatannya pulih.
4. Imbas Muka 1.Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan
menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang
askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga
negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
2.Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit
kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila
memanjat pokok buah-buahan. Dan setiap kali digigit
kerengga, pasti terasa sakitnya. Apatah lagi kalau digigit
pada bahagian yang paling sulit.
3. Monolog Dalaman Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik
hati Adnan.

CONTOH SOALAN SPM


Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang digunakan oleh
pengarang dalam novel tersebut. (7 markah)

JAWAPAN

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.

Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang menggambarkan
watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang
pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari
kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu

Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya, semasa berbual-
bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau
ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
TEKNIK PLOT ♫

Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya menjadi
lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan pembaca ingin meneruskan
pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya, teknik plot yang digunakan ialah dialog, monolog,
monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka, kejutan dan saspens.

DIALOG.
Dialog bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun lebih.
Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya.
Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan
dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, Fuad berdialog dengan Borhan
tentang rancangannya untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang demam panas ke klinik pada
suatu malam.

MONOLOG
Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian. Dengan
perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri. Kadangkala,
monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan. Sebagai contohnya, Fuad
berdoa dengan memohon kepada Allah agar hatinya menjadi tabah untuk menghadapi dugaan.

MONOLOG DALAMAN
Teknik ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan
tidak diketahui oleh watak-watak yang lain, contohnya pengarang menggunakan teknik ini semasa Fuad
berkata dalam hatinya tentang nama ibu Farhana.

PEMERIAN
Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung.
Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara
langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan
sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung, contohnya pengarang menggambarkan keadaan di
bandar Kuala Terengganu pada suatu pagi.

IMBAS KEMBALI
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan sesuatu
peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pengarang menggambarkannya melalui ingatan,
kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Sebagai contohnya, Swee Lan teringat akan kepulangan Fuad pada suatu senja lebih setahun yang lalu.

IMBAS MUKA
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang
sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi. Bayangan tersebut
mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau perkara-perkara lain.
Sebagai contohnya, pengarang menggambarkan kemungkinan Cikgu Abas akan meluahkan perasaan
marahnya kepada guru yang enggan melaksanakan tugas dalam mesyuarat guru esok harinya.

SASPENS
Teknik ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para
pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya. Sebagai
contohnya, peristiwa Fuad mendapati akaun banknya mengandungi wang lebih daripada dua ratus ribu
ringgit telah menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca tentang wang yang begitu banyak yang
terdapat di dalam akaun bank Fuad. Pembaca ingin tahu dari mana sumber wang tersebut diperolehnya.

KEJUTAN
Teknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh pembaca.
Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut
berlaku secara mengejut. Pengarang menggambarkan teknik ini melalui peristiwa Fuad yang terkejut
apabila mendapati bahawa emak Farhana bernama Mariana binti Osman. Peristiwa tersebut mengejutkan
para pembaca kerana pembaca tidak menyangka bahawa nama Mariana sama dengan nama ibu Fuad.
Hal ini bermakna, mereka berdua ialah adik-beradik kandung.

Вам также может понравиться