Вы находитесь на странице: 1из 4

Datuk Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan suatu ikon kejayaan Malaysia,
terutamanya pada masa kini. Bakat beliau yang begitu mengasyikkan telah menjadi
perintis kepada bidang kesukanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton. Kini,
beliau digelar “Pemain Badminton No. 1 di Dunia” dan ini sesungguhnya telah
menaikkan imej negara di persada dunia.
KERJAYA DAN PENCAPAIAN:
2002–2007

Lee menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003,
apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di
tangan Chen Hong dari China. Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya
di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan
Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong
Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua. Apapun,
Lee masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan
Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya
setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai
kejohanan tersebut.
Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau
menjuarai Terbuk Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka
Malaysia, di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Macau dan
Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara
badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di
Melbourne pada bulan Mac. Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia
Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain
pilihan pertama tetapi dikejutkan oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam
perlawanan yang dicemari oleh dua line call berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.
Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil
selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang
hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dirawat
dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.

Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam Terbuka
Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan selepas itu
sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu gelaran
pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu semula
dengan jurulatih Misbun Sidek. Prestasinya di separuh kedua tahun itu cemerlang sekali, apabila
merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka Perancis. Beliau juga
mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong walaupun terjejas oleh
kecederaan lututnya. Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala
Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan
dalam pertandingan. Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia,
sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua
tahun itu, beliau kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, sehingga beliau
menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa
Yap terlalu memberi tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.
2008: Olimpik
Lee Chong Wei di separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2008 di Beijing

Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka
Malaysia dalam masa lima tahun. Diikuti Terbuka Singapura, Terbuka Korea (perlawanan terakhir
sebelum sukan Olimpik), Terbuka All England, Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton Asia,
dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh
akhir apabila beliau menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika
melawan jaura bertahan dari China. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana
tumpasnya beregu pertamanya dalam perlawanan terakhir.

Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang mengetepikan
cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, Kęstutis Navickas di pusingan ketiga, dan Sony Dwi
Kuncoro di pusingan suku akhir, sebelum bertungkus-lumus mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il
dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan akhir. Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan
oleh Lin Dan dengan mata 12–21, 8–21. Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008,
kerana menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai
pencen seumur hidup mulai Ogos 2008. Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah
Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau
Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.

Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong dengan
menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc Zwiebler dari
Jerman.Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya sebagai "pemain nombor
satu dunia yang terlemah",di samping juga berspekulasi bahawa terdapat tiga faktor yang
menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan
akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin, dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu
dunia (seperti yang digemakan oleh Misbun Sidek).

Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan


ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008,
sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek.[38]
Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals, itupun tanpa cabaran dari Lin
Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara dibelenggui kecederaan dan keletihan.
2009

Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima, tetapi gagal
merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara ke pusingan akhir.
Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan menumpaskan
Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain handalan
China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya. Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari
China di Terbuka India. Beliau mendakwa kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa
pihak berwajib agar memperbaiki keadaan menjelang Kejohanan Dunia. Pada bulan Mei, Lee
membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala
Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan.
Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia, dan Terbuka Malaysia Grand Prix
Gold, biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh Nguyen
Tien Minh di pusingan kedua.

Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin
sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008. Beliau pernah
dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo, sehingga mereka
berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada bulan September.

Pada bulan Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di Hyderabad, India dengan cita-cita
merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir. Setelah berehat
selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas kepada Lin Dan di suku
akhir diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di tangan Simon Santoso.
Kecederaan yang dialami pada lututnya ketika itu menyebabkan Lee kurang beraksi sedikit
sepanjang saki-baki tahun 2009. Setelah menjauhi Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, Lee
kembali ke arena dengan menjuarai Terbuka Hong Kong pada 15 November tetapi selepas itu
kecundang di pusingan pertama Terbuka China tiga hari kemudian. Di World Super Series Masters
Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama
Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew
Choo menjuarai perseorangan wanita. Walau bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan
peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu kemudian di Vientiane atas arahan jurulatih
demi menyembuhkan
2010

Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan
Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee
memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuh
menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran
juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di Birmingham, dengan menangkis saingan
Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19.

Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk
menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun. Di separuh akhir,
beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh
akhir. Di separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin Dan, sekaligus mengakhiri rekod
18 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun ini.
Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku
akhir.[69] Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia
Grand Prix Emas pada bulan Julai,[71] dan Terbuka Macau pada bulan Ogos. Pada akhir bulan
Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas mengejut di tangan Taufik
Hidayat di peringkat suku akhir. Misbun Sidek mengaku bahawa kekalahannya adalah disebabkan
kecederaan belakang yang dialaminya selepas pusingan ketiga. Pada 26 September, Lee
menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka Jepun.

Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan
pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya
mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan. Sebulan kemudian, beliau
menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di
separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan
akhir. Pada akhir tahun, Lee menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut.
 2006: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara perseorangan lelaki
dan acara berpasukan campuran Sukan Komanwel; Juara Terbuka Switzerland
 2005: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka Malaysia;
Separuh akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim
 2004: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka Singapura;
Suku Akhir Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku Akhir Terbuka
Thailand; Pusingan Awal Olimpik Athens; Pusingan Awal Terbuka China; Pusingan Awal
Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka Jepun; Perlawanan Akhir Piala Thomas
 2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib juara Satelit
India; Suku akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka Belanda; Naib juara
Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka Indonesia; Pusingan kedua Terbuka
Singapura
 Juara Komanwel 1998
 Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos
2008.

Вам также может понравиться