Вы находитесь на странице: 1из 3

Pengenalan

 Leopold Von Ranke- pengkajian sejarah adalah untuk memaparkan kejadian–


kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku berasaskan fakta-fakta dari dokumen-
dokumen yang dikaji secara saintifik.
 Sejarawan akan menulis karyanya setelah melalui proses pemilihan tajuk, proses
mengumpul dan memilih sumber yang sahih dan seterusnya adalah proses
melakukan tafsiran terhadap fakta-fakta (data) dari sumber-sumbernya.
 Setiap sejarawan adalah berbeza kerana mereka tidak memiliki suatu konsep yang
sama dan tidak akan menghasilkan karya sejarah yang sama walaupun mereka
menulis dalam skop yang sama.
 Oleh itu setiap sejarawan harus menggunakan sesuatu gaya penulisan yang
tersendiri.

Gaya Penulisan Sejarah

I. Gaya Naratif
 Digunakan untuk menceritakan sesuatu perkara yang mempunyai unsur
peristiwa yang didedahkan secara kronologi.
 Boleh digunakan bersama-sama pendekatan yang lain seperti pendedahan
supaya lebih menarik
 Terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu naratif kronologikal dan
naratif imaginative.
 Kronologikal- bertujuan untuk menceritakan semula mengikut aturan peristiwa
yang telah berlaku secara kronologis.
 Imaginatif- bergantung kepada keboehan penulis mengingati kejadian-
kejadian dan menceritakan semula secara logic.
 Contoh: Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Johor.

II. Gaya Deskriptif


 Gaya penulisan yang cuba menggambarkan peristiwa secara terperinci.
 sesuai bagi menggambarkan suasana tempat, orang atau peristiwa -
penerangan penulis harus memberi gambaran yang jelas dalam minda
pembaca.
 Gaya ini menjadi pembantu kepada gaya-gaya penulisan yang lain.
 Contoh: Khoo Kay Kim (1977) dalam karyanya The Western Malay States,
1850-1873 - menulis secara deskriptif tentang kewujudan kerajaan-kerajaan
negeri Melayu di Tanah Melayu.

III. Gaya Eksposisi


 Dikenali sebagai pendedahan yang bermaksud buka, hurai, singkap, papar
atau tunjuk.
 Digunakan untuk memindahkan idea (memberitahu- menyatakan) tentang
sesuatu peristiwa secara jelas dari fikiran penulis kepada fikiran pembaca.
 Gaya ini membongkarkan rahsia tentang mengapa, bagaimana dan akibat
berlakunya sesuatu peristiwa.
 lebih sesuai daripada gaya naratif dan deskriptif kerana melibatkan perkara-
perkara yang abstrak dan memerlukan kemahiran kebolehan intelek penulis.
 Contoh: Khoo Kay Kim dalam bukunya The Western Malay States 1850-1873
- mendedahkan tentang penemuan bijih timah di Larut oleh Long Jaafar
bukanlah pada tahun 1848 seperti yang lazim diketahui.

IV. Gaya Analisis


 Memberi gambaran peristiwa secara kritis dan detail - satu kajian yang
menyeluruh tentang peristiwa serta mengambil suatu masalah yang kompleks
untuk diselidiki secara terperinci setiap komponen dan perkaitan antara
semua komponen tersebut.
 Gaya ini biasa digunakan dalam penulisan sejarah ekonomi-menekankan
penggunaan data-data.
 Contoh: The Western Malay States oleh Khoo Kay Kim - menganalisa
perkembangan perlombongan di Larut.
 Dengan membuat suatu analisa yang jitu akan dapat memberi pendedahan
dan penerangan yang sebenar tentang fenomena yang dikaji (a real
exposition and explanation of the phenomenon studied).

V. Gaya Kritikan
 Gaya kritikan digunakan untuk menjelaskan atau membetulkan fakta-fakta
sejarah yang bias atau menyeleweng persepsi pembaca.
 Kritikan bermakna mencari kesilapan pendapat yang lama dan baru diajukan
dalam penulisan sejarah.
 Perlu dilihat secara menyeluruh apabila hendak mengkritik.
 Alasan-alasan yang diajukan dalam penulisan gaya kritikan, perlu disokong
dengan petikan-petikan (quatation) daripada sumber rujukan.
 Contoh: Syed Hussein Alatas The Myth of the Lazy Native (1977) –
membidas penulis barat yang mengatakan kaum melayu sebagai malas.

Kesimpulan

Penulisan sejarah mempunyai terdiri daripada lima gaya yang berbeza. Setiap gaya
mempunyai mempunyai kegunaannya yang tersendiri bergantung kepada skop sejarah yang
hendak dibincangkan.

Rujukan

1) Mohd Sidin Ahmad, 1999, Ketrampilan Menulis, Kuala Lumpur, DBP


2) Ismail Ahmad, 1996, Penulisan Saintifik, Kuala Lumpur, DBP

Вам также может понравиться