Вы находитесь на странице: 1из 3

LAPORAN SETIAUSAHA

1. Keahlian

Bil. Ahli individu Ahli bersekutu Jumlah


1. 31 orang 4 orang 35 orang

2. Aktiviti

a. Mesyuarat Agung Tahunan 2017


Mesyuarat Agung tahunan pertama bagi tahun 2017 diadakan pada 16/04/2017 di Bilik
Konferensi, Dewan Masyarakat Kiulu. Pada Mesyuarat ini, Pembubaran AJK 2015-2017 telah
dijalankan dan Pemilihan AJK 2017-2019 telah dilakukan. Selain itu, Mesyuarat juga telah
menjelaskan takwim aktiviti 2017 dan mendapat input-input bernas daripada para ahli.

b. K4X4K SABAH RAINFOREST EXPEDITION DERAMAKOT EXTREME


Aktiviti ini dijalankan pada 19-22 Mac 2017 bertempat di FMU DERAMAKOT, Telupid.
Ekpedisi ini disertai seramai 21 kenderaan yang memasuki laluan trek hutan. Pelancaran dibuat
oleh wakil kepada Majlis Daerah Telupid bertempat di Pekan Telupid. Tema ekpedisi kali ini
ialah “K4x4K 10th Sabah Rainforest Expedition”, sebagai mengenang ulang tahun penubuhan
kelab, juga mengenangkan ekspedisi kali ini merupakan ekspedisi ke-10 yang dianjurkan
Kelab. Sesuai dengan tema, para peserta berhadapan dengan cabaran yang menguji skil
pemanduan, dan memerlukan tenaga serta semangat kerjasama diantara ahli yang tinggi.
Ekpedisi kali ini diketuai oleh Naib Presiden Kelab, En. Vivian, dan En. Muhin selaku Chief
Scout.

c. SESI BERSAMA SHELL


Aktiviti ini dijalankan pada 11 JANUARU 2017 di PLAZA SHELL, KOTA KINABALU
sempena pelancaran produk terbaru SHELL iaitu Shell Fuelsave EURO5.

d. Club Social Responsibility (CSR) Penampang Challenge 2017


Aktiviti ini dijalankan pada 19-21 Mei 2017 bertempat di Duvanson Penampang dimana
K4X4K dijemput untuk membantu selaku RECOVERY bersama Team MA4X4C. Kelab juga
turut memberi sedikit peruntukan kepada En. Maxwell selaku Peserta Penampang Challenge
yang mewakili Kelab.

e. Club Social Responsibility (CSR) Tambunan Challenge 2017


Aktiviti ini dijalankan pada 7-11 Jun 2017 bertempat di Daerah Tambunan dimana
K4X4K dijemput untuk membantu selaku RECOVERY.

f. Club Social Responsibility (CSR) TransBorneo 2017 Expedition


Aktiviti ini berlangsung pada 13 OGOS 2017 dimana K4X4K telah membantu menunjukkan
arah kepada para peserta laluan Bukit Kokol-Kiulu-Tamparuli. Kelab telah menghantar 3
jentera untuk aktiviti ini.
g. Club Social Responsibility (CSR) Kerjasama Program UMNO Bantu Rakyat
Aktiviti ini dijalankan pada 23-26 MEI 2017 dimana K4X4K dijemput untuk
membantu selaku kenderaan rasmi program ini. Kelab telah membantu dengan kekuatan 7
jentera dan pemandu untuk mengikuti program ini.

h. Kujungan Hormat Kepada Penaung Kelab, Datuk Joniston Bangkuai


Aktiviti ini dijalankan pada 19 Julai 2017 di pejabat Sabah Tourism Board, Jalan Gaya. Pihak
Kelab telah menyerahkan surat cadangan berkenaan kepada pihak YB. Datuk Joniston
Bangkuai dan beliau amat teruja dan amat menghargai peranan Kelab selaku Perintis sukan
lasak 4x4 di Kiulu. Pihak kelab juga telah mengusulkan beberapa cadangan kepada YB. Datuk
Joniston.
i. Jambori K4X4K Kg Bambangan Kiulu
Aktiviti ini dijalankan pada 30 September – 01 Oktober 2017 di Kg. Bambangan Tamparuli,
dimana para ahli kelab dapat mendaftar baru, memperbaharui keahlian, dan berinteraksi sesama
ahli dan mengeratkan perhubungan diantara ahli. Aktiviti ini amat menggalakkan dan semua
peserta berharap agar jambori K4X4K dapat dijalankan setiap tahun.

j. K4X4K SABAH RAINFOREST EXPEDITION KARAMATOI EXTREME


Aktiviti ini dijalankan pada 18-20 Mac 2018 bertempat di Daerah Papar, di Laluan Borneo
Safari 2017, melalui Kg Karamatoi, papar. Ekpedisi ini disertai seramai 9 kenderaan yang
memasuki laluan trek hutan. Tema ekpedisi kali ini ialah “K4x4K 11th Sabah Rainforest
Expedition”, sebagai mengenang ulang tahun penubuhan kelab, juga mengenangkan ekspedisi
kali ini merupakan ekspedisi ke-11 yang dianjurkan Kelab. Sesuai dengan tema, para peserta
berhadapan dengan cabaran yang menguji skil pemanduan, dan memerlukan tenaga serta
semangat kerjasama diantara ahli yang tinggi. Ekpedisi kali ini diketuai oleh Presiden Kelab,
En. Roni, dan En. Muhin selaku Chief Scout.

OBJEKTIF KELAB:

(a) untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan Permotoran di
kalangan ahli-ahli;

(b) untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan Permotoran di peringkat kelab;

(c) untuk memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan Permotoran;

(d) untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat daerah;

(e) mempelajari cara pemanduan, pengendalian, serta cara penjagaan jentera dan peralatan Permotoran
dikalangan ahli; dan

(f) memberi kesedaran serta pengajaran kepada masyarakat di sekitar yang berminat dengan sukan
Permotoran.

AJK KELAB 2017 - 2019

1. Presiden - En. Roni Gipin


2. Tim. Presiden - En. Vivian Julip Jainul
3. Setiausaha - En. Helarry Peter
4. Pen. Setiausaha - En. Sebastian Liging
5. Bendahari - En. Kosmas Sanan
6. AJK
1. Satebon Sanan
2. Unus Musi
3. Eddie Baraby Ujoh
4. Anthony Ahoi
5. Louis Gunsiong
6. Muhin Tiam
7. Walterzeno Peter
8. Lukish Limban
9. Rayner Katong (Juruaudit)

Laporan disediakan oleh Tarikh

..................................... 30 Mac 2018


(HELARRY PETER)
Setiausaha

Disahkan oleh, Tarikh

..................................... 30 Mac 2018


(RONI GIPIN)
Presiden

Вам также может понравиться