Вы находитесь на странице: 1из 10

Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai“Entrepreneur”.

Perkataan ini
diterjemahkan dari perkataan Perancis “entrepremdre” yang membawa maksud memikul tugas atau
mencuba. Dalam BM, Usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu
perniagaan. Usahawanditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan
mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai
berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya
cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang
tinggi Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan
atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa
pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut.

Usahawan (bahasa Inggeris: entrepreneur) adalah sesiapa yang:

 terlibat dalam perniagaan, baik membuat, menjual ataupun berdagang barang-barang;

 pemilik tunggal bagi syarikatnya; serta

 telah bertapak dari segi keperluan harian tetapi masih bercita-cita mengembangkan
pengaruh dan kekayaannya.

Banyak penyelidikan yang telah dijalani mempertunjukkan bahawa usahawan-usahawan yakin pada
keupayaan mereka untuk mengawal takdir kendiri. Adalah disebabkan kepercayaan ini bahawa mereka
bertindak dengan cara yang amat individualistik dan sentiasanya juga suka memberontak. Ia juga
menyebabkan sikap yang sudi menerima terlalu banyak kerja yang tidak diterima oleh orang biasa,
menggalakkan ketabahan yang luar biasa dan menumpang reputasi dedikasinya kepada
sebuah konsep, produk ataupun usaha perniagaan.

Usahawan adalah seseorang :

1. yang teliti mencari peluang terbaik menggunakan sumber yang ada bagi penghasilan yang tertinggi
(memaksimakan output).

2. pengambil risiko.

3. menunjukkan ada kecenderungan untuk berkembang.

4. Peneraju – berpandangan jauh & berupaya mengenal pasti potensi permintaan terhadap
produknya.

5. peka & bertindak terhadap perkembangan perubahan persekitaran serta mampu mentafsir
permintaan menjadi suatu penawaran.

6. yang berinovatif/kreatif – pembawa pembaharuan (cara baru) kepada kaedah perniagaan.


7. usahawan merupakan individu yang menyusun, mengurus dan mengambil risiko terhadap sesuatu
bidang usaha atau perniagaan.

8. usahawan merangkumi sesiapa yang mengendalikan perniagaan tanpa mengambil kira saiz
perniagaan tersebut.

9. secara umumnya, usahawan ialah seseorang yang teliti mencari peluang terbaik dengan
menggunakan sumber yang ada bagi penghasilan yang tertinggi (memaksimakan output)

10. ciri-ciri usahawan biasanya :

a. Pengambil risiko

b. menunjukkan kecenderungan untuk berkembang

c. peneraju – berpandangan jauh dan berupaya mengenalpasti potensi permintaan terhadap


produknya.

d. peka dan bertindak terhadap perkembangan perubahan persekitaran – serta mampu mentafsir
permintaan menjadi suatu penawaran.

e. bersifat inovati/kreatif – pembawa pembaharuan (cara baru) dalam kaedah perniagaan.

Usahawan korporat (Corporate Enterpreneurs)

– Usahawan dalaman atau korporat ialah individu yang memiliki ciri-ciri keusahawanan yang tinggi
dan lazimnya yang bekerja dalam sesebuah organisasi atau syarikat.

– mereka merupakan “dreamer” iaitu bersedia memikul tanggungjawab yang lebih bagi mencipta
inovasi baru dalam syarikat.
– Usahawan korporat mungkin merupakan seorang pencipta atau pereka cipta, tetapi yang lebih
utama mereka merupakan kumpulan pekerja yang mencari jalan untuk menukar sesuatu idea menjadi
suatu realiti yang jika diurus dengan baik akan menguntungkan syarikat.

– Menurut Michael H. Moris dan Donald F. Kuratko (2002), usahawan korporat ialah seorang yang
berorientasikan tindakan dan matlamat dan akan melakukan apa sahaja secara berdedikasi, komited,
inovatif dan kreatif bagi mencapai matlamat. Serta seorang pemikir, pelaksana, perancang dan
pekerja kepada syarikat atau organisasi yang melantik mereka. usahawan korporat adalah individu
yang terlibat di dalam sebuah syarikat besar yang disenaraikan.

– Usahawan ini biasanya memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan atau CEO sama ada syarikat itu
miliknya atau dibayar gaji.

Definisi keusahwanan mengikut kamus dewan keusahawan ( segala-segala ) yang berkaitan dengan
usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan : kita pelur mencari kaedah - kaedah baru guna
membantu mempercepat pem-bangunan pengurusan dan pembangunan di negara ini -: sikap dan
tabiat .

Keusahawanan ialah satu proses pewujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang
menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. Bidang keusahawanan adalah
satu bidang kerjaya yang profesional
PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA
Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan
atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan
keuntungan.
Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli
barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang
lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam
kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada
menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan
untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat
peribadi. Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya
terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan ushawan juga
berkhidmat untuk masyarakat. Ciri-ciri Peniaga : 1. Membeli barang untuk
dijual semula. 2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang
dijual semula, selalunya lebih tinggi 3. Mempunyai sifat boleh mengurus
perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang,
pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik. 4.
Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari
usahawan untuk dijual. Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga,
kita sudah pasti dapat membezakan usahawan dan peniaga. Jadual di bawah
ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan
peniaga.
5. Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :- Usahawan : 1)
Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan
pembangunan negara. 2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa
membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada
dan mencari idea-idea baru. 3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan
runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut
jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang
ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah
pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain. Peniaga : 1)
Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada
masyarakat dan pembangunan negara. 2) Peniaga merupakan orang yang
membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga
yang tinggi. 3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli
barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di
kedai untuk dijual kepada pengguna.

1) Sebab Keagamaan

Antara faktor-faktor yang mendorong anda untuk menjadi seorang usahawan adalah kerana ianya
sangat digalakkan dalam agama islam. Rezeki dalam bidang perniagaan adalah sangat luas jika anda
bijak mengambil peluang.
Anda juga dapat mengikut sunnah Rasulullah yang sememangnya seorang usahawan yang hebat.
Anda perlu mencontohi ketokohan baginda sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Selain itu
anda perlu mencontohi golongan sahabat baginda seperti Abdul Rahman bin Auf yang merupakan
seorang ahli perniagaan islam yang terulung. Anda perlu belajar dari kisah sahabat besar nabi ini yang
merupakan ahli perniagaan yang berjaya semasa zaman permulaan islam.

2) Mahukan Kebebasan

Tidak semua orang suka untuk diperintah oleh orang lain. Anda sudah tentu tidak suka jika anda orang
yang memaksa anda melakukan sesusatu pekerjaan. Tidak suka diperintah, itulah adalah sifat
semulajadi manusia. Anda mahu lakukan kerja yang anda suka. Buat apa yang anda mahu lakukan.

Dalam erti kata lain manusia itu mahukan kebebasan. Anda mahu bebas melakukan perkara-perkara
yang anda suka dan tidak melibatkan orang lain yang memberi perintah kepada anda. Oleh kerana itu,
bidang keusahawanan adalah bidang yang anda bebas untuk melakukan pekerjaan yang anda minat
dan suka tanpa diperintah oleh orang lain.

3) Ingin Memiliki Kemewahan

Semua orang mahu menjadi kaya raya. Ini kerana orang kaya akan lebih senang kehidupannya. Jika
miskin maka hidup akan susah kerana nak cari makan pun susah pada masa sekarang. Dengan
berniaga tidak mustahil anda akan menjadi seorang yang kaya raya.

Anda perlu mengubah gaya hidup supaya ianya selari dengan zaman sekarang. Jika tidak anda akan
dianggap sebagai seorang yang ketinggalan zaman. Atas faktor inilah anda perlu mengubah kehidupan
anda supaya kehidupan anda sentiasa seiring dengan kemajuan pada zaman sekarang. Dengan
melibatkan diri dalam perniagaan anda dapat mengubah gaya kehidupan anda pada masa sekarang
dan juga pada masa-masa yang akan datang.

4) Berkhidmat Untuk Masyarakat

Memang menjadi tanggungjawab sosial kepada anda untuk berkhidmat kepada masyarakat. Seorang
usahawan adalah mereka yang hebat dan berpengetahuan luas. Anda boleh membantu orang lain
melalui kewangan yang anda ada ataupun melalui ilmu pengetahuan yang anda miliki. Dengan cara ini
anda dapat berkhidmat kepada mereka yang benar-benar memerlukan pertolongan.

5) Meminati Bidang Keusahawanan


Budaya keusahawanan adalah datang dari pewarisan dari ahli keluarga yang lain. Contohnya ayah
anda telah memiliki sebuah perniagaan sendiri. Sudah tentu pada masa hadapan anda juga akan
belajar dan mengikuti jejak langkah ayah anda dalam bidang perniagaan untuk meneruskan
perniagaan keluarga anda.

Tapi bidang keusahawanan ini bergantung kepada minat anda. Walaupun tidak ada ahli keluarga anda
yang melakukan perniagaan tidak mustahil anda akan menjadi seorang usahawan. Semuanya
bergantung kepada minat anda. Anda boleh belajar sendiri kerana minat. Faktor kejayaan orang lain
juga boleh mempengaruhi minat anda untuk lebih berjaya dalam bidang keusahawanan.

Apabila melihat orang lain menceburi bidang keusahawanan, sudah pasti ia akan menarik minat anda
untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Pastinya anda turut rasa teruja tatkala melihat
rakan-rakan anda turut membuat keputusan yang sama.

Hari ini ramai yang berlumba-lumba untuk membuka perniagaan sendiri. Malahan ada diantara
mereka yang menggunakan wang simpanan sendiri untuk memulakan bisnes dan ada juga yang
sanggup membuat pinjaman semata-mata untuk memastikan bisnes mereka berjaya.

Tetapi agaknya apakah faktor sebenar yang mendorong seseorang untuk memulakan langkah sebagai
usahawan?

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi seseorang memulakan perniagaan. Berikut antara 5
sebab UTAMA yang bakal mendorong anda untuk serius menjadi seorang usahawan.

#1 – Tuntutan Agama

Anda membuat keputusan untuk menjadi usahawan kerana tuntutan agama. Jihad ekonomi untuk
memajukan agama. Dengan menjadi usahawan, anda dapat mengumpul keuntungan bisnes untuk
mendanai gerakan yang menegakkan agama. Lihat sahaja sejarah Islam terdahulu, ramai di kalangan
nabi dan rasul serta sahabat seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Abdul Rahman Auf yang menginfaqkan
sebahagian besar harta mereka untuk agama.

Saya percaya tiada agama di dalam dunia ini yang melarang manusia menjadi usahawan. Bahkan
dalam agama Islam sendiri menggalakkan penganutnya menceburi bidang keusahawanan. Ada
banyak ayat al-quran yang menyebut tentang perniagaan. Siapa lagi yang akan menjalankan usaha
perniagaan kalau bukan usahawan itu sendiri. Banyak kisah-kisah kejayaan dan kemajuan diwarnai
oleh mereka yang bergelar usahawan.

Hari ini jika diperhatikan ada ramai tokoh-tokoh Islam yang kaya raya dan memberikan sumbangan
kepada agama. Bahkan ada di antara mereka yang menubuhkan yayasan khas untuk pembangunan
agama dan pusat pengajian tahfiz. Mereka mendapat keuntungan bisnes yang berlipat ganda dan
memberikan sebahagian daripadanya untuk agama. Harta dan keuntungan mereka tidak berkurangan
bahkan Allah SWT menambah lagi kekayaan yang dimiliki.

#2 – Mencari Kebebasan Dalam Pekerjaan

Bukan semua orang boleh bekerja di bawah arahan orang lain. Anda jenis yang mahu buat kerja
sendiri, ikut cara sendiri dan mengawal waktu sendiri. Sebab itu anda pilih untuk jadi usahawan
kerana anda tidak gemar disuruh-suruh. Itulah kebebasan yang anda mahu. Sungguh pun begitu, anda
harus tahu kebebasan anda mestilah bersistem. Bila tiba waktu bekerja, anda bekerjalah dengan
bersungguh-sungguh. Jika tiada disiplin maka bisnes anda tidak akan berkembang maju.

Anda sudah pasti mempunyai keluarga dan ibu bapa. Bila anda bekerja sendiri, anda boleh luangkan
masa untuk mereka. Dengan menjadi usahawan, anda boleh upah orang lain untuk menjalankan
bisnes anda. Gunakan masa anda untuk balik ke kampung melawat ibu bapa anda. Anda juga boleh
menghantar anak-anak kesekolah dan melihat bagaimana cara mereka belajar di sana. Ibu bapa dan
anak-anak anda berasa bangga mendapat seorang ahli keluarga yang penyayang seperti anda.

Biar pun kebebasan yang anda cari, tidak bermakna anda bebas melakukan apa sahaja
sewenang-wenangnya. Buat satu rancangan perniagaan dan waktu kerja anda sendiri yang
benar-benar boleh diikuti dan dipatuhi. Sekiranya anda terpaksa menangguhkan tugas atau kerja
anda, pastikan anda menggantikannya pada waktu yang lain. Bisnes anda tidak boleh ditadbir secara
sesuka hati, pastikan ia tidak menjejaskan waktu berurusan dengan pelanggan. Jika tidak untung
syarikat anda pasti akan terjejas.

#3 – Mencipta Mesin Kekayaan Keluarga

Kekayaan bukanlah jaminan kesenangan tetapi ia boleh menjadi alat untuk hidup senang. Dengan
menceburi bidang keusahawanan, seseorang yang biasa boleh meningkatkan status hidupnya menjadi
kaya. Jika hidup susah, hendak mencari makan pun sukar. Ekonomi hidup perlu ditingkatkan kerana
kos perbelanjaan akan sentiasa meningkat. Saingan untuk mendapatkan pekerjaan juga menjadi
sengit. Hanya dengan menjalankan bisnes, kekayaan akan dapat dicapai dengan cepat.

Dengan menjadi kaya, anda akan dapat melakukan sesuatu perkara dengan lebih mudah. Contohnya
membiayai yuran sekolah anak, menguruskan belanjawan keluarga dengan baik, mengurangkan
hutang peribadi, memudahkan urusan langganan insurans keluarga, membantu jiran tetangga yang
berada dalam kesusahan dan memberi bantuan kewangan kepada masyarakat yang sedang dalam
kesusahan.

#4 – Berbudi Kepada Masyarakat

Komuniti masyarakat anda bukan semuanya bernasib baik. Ada yang hidup dalam kesusahan. Ini
adalah peluang untuk anda berbakti kepada mereka. Gunakan ilmu pengetahuan anda untuk mencari
jalan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang bermasalah. Anda boleh mengambil
mereka yang tidak mempunyai pekerjaan untuk dilatih sebagai pekerja sementara. Dengan latihan
dan elaun bulanan, mereka boleh meneruskan hidup dengan lebih baik.
Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan menubuhkan sekolah kemahiran yang
menumpukan kemahiran yang diperlukan oleh syarikat anda. Katakan anda mempunyai syarikat atau
bisnes bakeri dan pastri, wujudkan satu akademi latihan yang berkaitan dengan bisnes anda.
Tawarkan pada pelajar-pelajar anda untuk membuat latihan praktikal di syarikat anda sebaik sahaja
tamat kursus. Secara tidak langsung anda sudah membantu masyarakat anda mendapat pendidikan
dan pekerjaan.

Akademi latihan yang anda anjurkan itu mestilah bekerjasama dengan mana-mana institut yang boleh
mengeluarkan sijil dan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar di bawah seliaan syarikat anda.
Dari situ akademi latihan anda boleh berkembang kepada pusat latihan yang lebih besar. Di masa
akan datang anda boleh meluaskan lagi sumbangan anda pada masyarakat dengan mendapatkan
pengiktirafan kalulusan dari pihak kerajaan. Di situ usaha anda akan dilihat oleh mereka dengan
serius.

#5 – Mengaplikasikan Minat & Bakat Keusahawanan

Minat dan bakat ini tidak semestinya dimiliki oleh semua orang. Ada yang menjadi usahawan kerana
minat. Ada yang perlu dipupuk supaya menjadi minat. Biar pun keluarga anda memiliki sebuah
perniagaan yang besar, belum tentu anda atau adik-beradik anda berminat untuk meneruskannya.
Jadi ayah anda pasti akan mendidik anda untuk meminati bidang usahawan ini.

Ayah anda pasti akan bercerita kisah-kisah beliau menubuhkan syarikat, susah dan senang ketika
ianya ditubuhkan dan beberapa lagi peristiwa penting yang boleh menarik minat anda. Beliau mahu
anda mewarisi bisnes yang telah diusahakan sekian lama. Amat rugi sekali sekiranya anda tidak
mengambil peluang ini untuk berkhidmat dalam bisnes ayah anda kerana ia telah menjadi sumber
kekayaan keluarga sejak sekian lama. Jika tidak, syarikat bisnes tersebut terpaksa ditutup kerana tiada
pengganti.

Вам также может понравиться