Вы находитесь на странице: 1из 6

Pada 24 Jun 1932, satu kumpulan pegawai awam dan tentera kelas pertengahan merancang

suatu coup d’etat yang memusnahkan kuasa mutlak beraja dan memperkenalkan sistem
berperlembagaan di Thailand. Ini kerana rejim mutlak monarki telah lama menanti saat
kehancurannya bersesuaian dengan perasaan kea rah pemberontakan yang muncul terhadap
sistem yang ketinggalan zaman itu. Pada zaman pemerintahan Raja Mongkut atau Ram iV
(1851-1868), sistem pendidikan Barat diperkenalkan dan banyak orang asing dibawa masuk ke
dalam negeri bertujuan menasihati kerajaan dan mengusahakan sumber-sumber asli. Oleh itu
kesan dari pengaruh Barat dalam berbagai bentuk mula dapat dirasai pada peringkat awalnya
di kalangan putera-putera raja dan pegawai-pegawai tinggi yang mempunyai pengetahuan
sejarah dan bahasa dari luar negeri dan dapat mengaitkan kesan dari bentuk pemodenan Barat
dari segi politik dan sosial. Kesan yang mendesak kea rah pemodenan menjadi begitu ketara
pada zaman pemerintahan Raja Chulalongkorn atau Rama V (1868-1910) yang
memperkenalkan sistem cara baru, penghapusan penghambaan serta sistem komunikasi dan
pelajaram seperti pembaharuan yang lain. Rejim pemerintah yang muncul seperti rejim yang
anakronik apabila berhadapan dengan pembaharuan pesat dari segi ekonomi dan sosial pada
ketika usaha-usaha kea rah pembaikan sedang pesat dijalankan. Ini kerana pada
permulaannya rejim tersebut merupakan suatu masyarakat rakyat yang statis dan kebajikan
negaranya terlalu mudah. Oleh itu dalam keadaan kemunculan semangat revolusi dan
semangat demokrasi seperti yang terdapat di negeri China dan Rusia, kuasa monarki yang
mutlak negeri Thai menjadi kian lenyap. Pada dekad pertama kurun ke-20 satu kumpulan
pegawai tentera di Thailand di bawah kekuasaan Raja Vajiravudh atau Rama VI , juga menjadi
sedar akan kesan politik dan sosial akibat dari kesan revolusi dan sifat anakronistik sistem
monarki yang mutlak di Thailand. Dengan perasaan yang marah akibat dari kemewahan Istana
dan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan yang mendapat kekuasaan akibat dari sikapnya
yang suka mengampu atau kerana kepintarannya dalam tari-menari sehingga dapat memikat
hati raja yang lebih minat pada kesenian daripada bidang politik telah menimbulkan rasa tidak
puas hati sekumpulan pegawai tentera. Oleh itu sekumpualn Sembilan puluh satu nama yang
kebanyakannya tentera dan pegawai kanan tentera laut bersama dengan seorang awam dalam
Kementerian Keadilan merancang menjatuhkan kerajaan berkuasa mutlak. Nama rancangan
tersebut diketahui oleh pihak kerajaan akibat dari ketidakjujuran salah seorang daripada mereka
dan kesemuanya ditangkap pada 27 Februari 1912 sebelum kumpulan tersebut berpeluang
untuk bertindak. Tiga orang pemimpin plot tersebut iatu Kapten Ling Srichandh, Lt. Charoon Na
Bangchang dan Lt. Muda Cheua Sila Arsana dijatuhi hukuman mati dan yang lainnya dijatuhi
hukuman yang berat antaranya dua belas tahun penjara dan penjara seumur hidup. Namun
hukuman yang dijatuhi itu diringankan oleh budi baik raja dan tidak seorang pun yang dibunuh.
Walaupun kumpulan pemberontak itu gagal untuk merampas kuasa dari rejim berkuasa mutlak
namun mereka mendapat suatu kejayaan iaitu menjadi pemacu kepada gerakan revolusi yang
lain. Usaha mereka itu nyata gagal: dan kumpulan lain memang menyambung usaha kudeta itu
tetapi memakan masa dua puluh tahun kemudiannya.

Orang selalu mengatakan bahawa Revolusi 1932 bermula di Perancis tetapi meletus di
negeri Thai. Kenyataan ini memang tepat memandangkan idea untuk mengadakan revolusi
pada mulanya muncul di kalangan pelajar Thai yang menuntut di Perancis pada tahun 1920-an
dan kemudiannya mendaftar diri dalam kumpulan baru revolusi tersebut. perlu kita ingatkan
terlebih dahulu bahawa pembentukan kumpulan revolusi yang memakai nama “Parti Rakyat”
(People’s Party) tidak wujud sehingga lewat tahun 1931 apabila pegawai tentera berpangkat
rendah dan perkhidmatan awam berjaya menghasut pegawai tentera kanan untuk bersama
dalam pakatan. Pegawai tentera kanan yang merupakan ketua-ketua revolusi mendakwa
bahawa mereka telah mengkaji dengan teliti untuk mengadakan revolusi beberapa tahun
sebelum revolusi 1932 berlaku tanpa ada yang mengetahui rancangan tersebut yang dijalankan
oleh pegawai-pegawai rendah. oleh itu revolusi 1932 terpaksalah dikaji melalui dua kumpulan
utama, iaitu golongan rendah dan golongan kanan.

Golongan rendah. Semenjak pemerintahan Raja Chulalongkorn atau Raja Rama V,


kerajaan mengambil langkah menghantar pelajar ke laur negeri di dalam usahanya kea rah
pemodenan negara. Pada mulanya cara ini terhad kepada anak-anak keluarga diraja dan anak-
anak pegawai tinggi. Namun kemudiannya peluang ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang
pandai dari semua kelas sosial dengan memberikan mereka biasiswa. Jumlah pelajar ke luar
negeri sama ada atas tajaan kerajaan ataupun swasta semakin bertambah terutamanya pada
zaman pemerintahan Raja Prajadhipok atau Rama VII.

Pada tahun 1920-an, sekumpulan pelajar muda yang menuntut di Eropah seperti
Perancis, England, Switzeland dan Denmark begitu berpengaruh dengan idea-idea kebebasan
demokrasi Barat. dengan semangat ideologi demokrasi yang berkobar-kobar, pelajar tersebut
merasakan kehidupan yang terhad dan kuasa monopoli keluarga diraja di negara mereka tidak
dapat dibiarkan lagi. Paris merupakan tempat bagi pelajar yang menuntut di negara Eropah
berdekatan menghabiskan masa cuti musim panas. Di sini mereka berpeluang untuk bertemu
dan membincangkan masalah politik. Mereka merasa tertarik dengan kerajaan demokrasi di
negara yang mereka lawati dan mengambil kesimpulan bahawa sistem monarki mutlak adalah
tanda kemunduran dan sudah sepatutnya diganti dengan sistem demokrasi yang boleh
membawa kemajuan dan pembaharuan kepada bangsa. Walaupun mereka yakin akan sistem
demokrasi, yang agak kabur bagi setengah-setengah pelajar, tetapi bentuk pembaharuan
Baratlah yang banyak menarik perhatian mereka. Inilah yang merupakan aspirasi mereka
bersama di dalam revolusi. Politik negeri Thai lebih banyak dicirikan oleh percanggahan
persendirian daripada desakan doktrin. Ini kerana mereka kekurangan ideologi di kalangan
pemimpin-pemimpin revolusi seperti yang kelihatan kemudiannya. Oleh itu di dalam mengkaji
tingkah laku politik mereka, adalah wajar mengkaji ciri-ciri latar belakang peribadi pemimpin
revolusi.

Pemimpin ideologi kumpulan ialah Pridi Phanomyong. Nama sebenarnya ialah Luang
Praadit Manudharm. Beliau dilahirkan di wilayah Ayudhya, bekas ibu kota Thai pada tahun
1900. Beliau berasal dari keluarga kelas pertengahan rendah yang menjalankan usaha-usaha
berniaga dan bertani. Beliau memasuki sekolah Thai yang biasa dan akhirnya belajar undang-
undang di Sekolah Undang-undang di bawah pengawasan Kementerian Keadilan. Selepas
tamat pengajian dengan Ijazah Undang-undang Barrister, beliau menjadi peguam dan akhirnya
memasuki Kementerian Dalam Negeri sebagai pegawai muda di Jabatan Pemulihan Penjara.
Beliau memenangi biasiswa kerajaan yang diberikan oleh Kementerian Keadilan untuk
melanjutkan pelajaran di Perancis pada tahun 1920 dan menerima Ijazah Kedoktoran Undang-
undang dan Ijazah Tinggi Ekonomi.

Pada masa pengajian di luar negeri, Pridi merupakan seorang tokoh popular di kalangan
pelajar Thai yang belajar di Perancis dan negara-negara Eropah yang lain. Oleh kerana beliau
mempunyai personaliti dan perwatakan yang baik, beliau menjadi setiausaha pertama
persatuan pelajar Thai di Perancis yang dipilih dan kemudiannya sebagai presiden persatuan
tersebut. kedudukan ini membolehkan beliau menyebar idea-idea demokrasi dan berpeluang
untuk mendapatkan pengaruh di kalangan pelajar yang kemudiannya menjadi rakan-rakan
seperjuangan di dalam revolusi.

Orang pertama yang menerima idea revolusi Pridi ialah Prayoon Phamonmontri yang
pergi untuk mendapatkan rawatan batuk kering di Switzerland dan kemudiannya untuk belajar
di Perancis. Rayon dilahirkan pada tahun 1900 di kedutaan Thai di Berlin. Beliau adalah anak
pegawai Thai kelas pertengahan dan ibunya berbangsa Jerman. beliau menerima pendidikan
awalnya di Bangkok dan kemudiannya menjadi pelajar di Akademi Kadet Tentera Thai. Prayoon
kemudian diakui sebagai seorang yang paling aktif dan rakan yang penting di dalam usaha
mebawa kepada kewujudan Parti Rakyat. Beliau kemudian menyatakan bahawa tujuannya
untuk bersama di dalam revolusi ialah untuk mencari kemajuan di dalam kehidupan sebagai
seorang yang masih muda. Beliau juga menyanjung tinggi bentuk pemodenan Barat dan
berharap revolusi akan membawa kemajuan kepada negeri Thai. Apabila beliau bersetuju untuk
melancarkan revolusi di negeri Thai, beliau memulakan tugas yang amat penting, iaitu
merekrutkan ahli-ahli baru untuk kumpulannya, sementara Pridi dengan berhati-hati menjadi
sebagai tulang belakang.

Selepas Prayoon, Lt. Luang Pibul Songgram juga bercadang untuk sama-sama di dalam
plot mereka. Pibul merupakan pegawai tentera muda yang juga kawan rapat Pridi. Nama
asalnya ialah Plaek Kittasangka. Beliau dilahirkan pada tahun 1897 di wilayah Nondhaburi,
merupakan seorang anak petani yang hanya secukup hidup. Selepas pendidikan awalnya,
beliau memasuki Akademi Kadet Tentera Thai dan satu kelas dengan Prayoon. Selepas tamat
pengajian pada tahun 1941, Pibul dilantik sebagai Leftenan Muda pada umur tujuh belas tahun
di dalam regimen artileri di wilayah Pisanuloke. Di sini beliau berkahwin dengan seorang gadis
cantik bernama La-iad, ketik itu seorang guru di wilayah tersebut. kemudian Pibul memilih untuk
memasuki Akademi Staf Awam di Bangkok, dan memenagi biasiswa untuk mempelajari sains
tentera di Perancis. Pibul menggantikan Pridi sebagai presiden Persatuan Pelajar Thai di
Perancis. Beliau sangat kacak dan mempunyai perangai yang lemah lembut yang dapat
mempengaruhi orang lain. Seorang penulis mengatakan bahawa orang ramai menyukainya
kerana kekacakannya dan sanggup memaafkan apa saja yang dilakukannya. Berbeza dengan
Luang Pibul, orang ramai menyukai Pridi kerana mereka menghormati idea dan prinsipnya yang
mulia. Apabila saja mereka tidak bersetuju dengan prinsip Pridi, hubungan sebagai kawan akan
terputus selamanya.

Pengasas perancangan kudeta yang lain ialah Lt. Luang Tasnai Niyomseuk yang
dianggap sebagai seorang pemimpin pegawai muda di dalam angkatan tentera. Sebagai
seorang yang berbakat di dalam Bahagian Kavalri, beliau juga memasuki Akademi Staf Awam
dan memenangi biasiswa untuk belajar sains tentera di Perancis pada tahun yang sama
dengan Luang Pibul. Luang Tasnai kemudian mengambil bahagian penting di dalam revolusi.
Beliaulah yang berusaha agar kumpulan revolusi berjaya menggagalkan penyertaan Rejimen
Kavalri Pegawal Pertama dalam kudeta; Rejimen ini dianggap sebagai unit yang paling penting
dalam rampasan kuasa. Luang adalah kawan rapat Pridi sehingga Luang meninggal. Adalah
dinyatakan di dalam sesuatu keadaan demi untuk menyelamatkan Pridi dan rakannya dibuang
oleh kerajaan atas dakwaan melibatkan diri dengan komunis, beliau sanggup memimpin suatu
kumpulan kecil tenteranya dan melancarkan serangan terhadap golongan konsevatif dan
menawan kerajaan. Luang Pibul kemudiannya menahan niatnya itu dengan cara yang lebih
tenang dan situasi yang lebih baik. Selepas revolusi, beliau kekal sebagai askar, sementara
ketua-ketua kudeta yang lainmelibatkan diri dalam kerjaya politik sama ada sebagai ahli
Perhimpunan Kebangsaan atau di dalam Kabinet. Beliau merasakan bahawa beliau dilatih
untuk berperang, bukannya untuk perbahasan politik. Beliau meninggal pada bulan Mei tahun
1933 hanya sejurus selepas revolusi, pada waktu golongan Pridi sedang mengalami kejatuhan
politik.

Keempat-empat tokoh ini merupakan pengasas perancangan atau pemimpin revolusi di


bahagian depan. Pada peringkat permulaan pakatan sulit terhadap sistem monarki mutlak yang
begitu kuat hanya merupakan impian sahaja. Mereka tidak mengarahkan tenaga tentera
sepenuhnya untuk melancarkan coup d’etat ataupun mereka tidak bergantung sepenuhnya
kepada rakyat biasa di tempat mereka untuk menjatuhkan kerajaan melalui revolusi. Oleh itu
tugas mereka pada waktu itu hanyalah untuk mencari ahli-ahli baru yang dapat bersimpati
dengan tujuan mereka dan sanggup bersama di dalam rancangan mereka. Atas usaha Pridi
sendiri, pembentukan Parti Rakyat yang awal tertubuh di Paris pada tahun 1927 selepas
keempat-empat tokoh tersebut berjaya memujuk tiga tokoh yang lain untuk bersama di dalam
revolusi. Mereka ialah Tua Laphanukrom, Nab Phaholyothin dan Luang Siri Rajmaitri.

Tua Laphanukrom dilahirkan pada tahun 1898 dari keluarga kelas pertengahan di
Bangkok. Beliau juga belajar di Perancis. Di sini beliau menerima Ijazah Kedoktoran dalam
bidang sains. Beliau dianggap salah seorang pemimpin golongan awam. Selepas terjadinya
revolusi, Tua Laphanukrom menjadi seorang ahli Perhimpunan Kebangsaan dan juga ahli
cabinet. Sebagai seorang teman rapat Pridi yang dituduh sebagai komunis, Tua digugurkan
daripada Kabinet apabila golongan konservatif menguasai kerajaan. Jawatan terakhirnya ialah
Ketua Pengarah Jabatan Sains Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi.

Nab ialah bekas seorang pelajar di England. Beliau bersama-sama memasuki revolusi
melalui hubungannya degan Pridi dalam teman-teman revolusioner di Perancis, tempat beliau
sering menghabiskan masa cutinya. Beliau dilahirkan pada tahun 1908 di Bangkok, anak
kepada Phya Phaholyothin, seorang pegawai tinggi kerajaan. Selepas revolusi beliau juga
menjadi ahli Perhimpunan Kebangsaan dan uga ahli Kabinet. Sama seperti Tua, beliau juga
digugurkan daripada cabinet semasa kejatuhan Pridi daripada arena politik.
Seorang pemimpin terkemuka dari kumpulan revolusi tersebut ialah seorang pemuda
dari golongan tentera laut iaitu Lt. Luang Sinthu Songgramchai. Beliau dilahirkan pada tahun
1902 dari keluarga yang sederhana di wilayah Sutprakarn dan merupakan abang kepada
Laksamana Muda Phya Rajwangsan, yang menjadi Menteri Pertahanan selepas revolusi.
Beliau ialah lulusan Akademi Laut Thai dan kemudian melanjutkan pelajaran dalam akademi
tentera di Denmark. Beliau seorang yang amat teliti, Rayoon mengatakan bahawa beliau
mengambil masa selama tiga tahun untuk memujuk Luang Sinthu untuk sama-sama dalam
rancangan. Apabila kembali ke negeri Thai beliau berkhidmat di Bahagian Staf Awam Tentera
Laut dan juga seorang pengajar di Akademi Laut Thai. Kerjayanya dipenuhi dengan kejayaan
dan kestabilan. Beliau melibatkan diri dalam hampir setiap kerajaan

Вам также может понравиться