Вы находитесь на странице: 1из 4

Model Kurikulum Taba

 Model Kurikulum Taba ( 1962 ) berlandaskan kepada Kurikulum Sekolah Dewey (

1896 hingga 1904 ) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum ( 1933 hingga

1941 ) di USA.

 Objektif pelajaran Model Kurikulum Taba ditentukan berdasarkan falsafah

pragmatisme yang mengandungi logik penyelesaian masalah melalui aktiviti inkuiri-

penemuan.

 Hilda Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan

berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatkan pelajar sebagai

objektif utama.

 Taba menekankan kurikulum seharusnya direka bentuk oleh pengguna program.

Guru seharusnya memulakan proses pembangunan kurikulum dengan membina unit

pengajaran dan pembelajaran khusus untuk pelajaran.

Menekankan
pendekatan induktif
Menggunakan
Dikenali sebagai
pendekatan ‘grass
Model Pembangunan
root’ ( guru )
Konsep

MODEL
TABA Mengutamakan
Melaksanakan penyusunan bahan-
pendekatan bawah ke bahan pengajaran
atas ( bottom-up ) dalam P & P

Dikenali sebagai
model preskriptif
 Hilda Taba telah mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan

mantap. Terdapat tujuh langkah dalam Kurikulum Taba :

Pertama : Diagnosis atas permintaan kurikulumnya

Kedua : Ringkasan objektif – objektif kurikulum

Ketiga : Pemilihan isi kandungan kurikulum

Keempat : Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih

Kelima : Pemilihan pengalaman pembelajaran

Keenam : Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih

Ketujuh : Pengukuran dan penilaian


KEKUATAN

MODEL TABA

 Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak

 Berorientasi melalui cara-cara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

 Membantu perkembangan kurikulum

 Objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah

 Penyusunan bahan pengajaran yang sistematik

KELEMAHAN membantu pembentukan konsep yang tepat

MODEL TABA

 Tertakluk kepada perancangan dan penyusunan

bahan oleh guru

 Bergantung sepenuhnya kepada guru kerana guru

perlu memainkan peranan utama

 Pelajar hanya menunggu guru membuat

perancangan

 Melatih kreativiti guru dan mengurangkan kreativiti

pelajar
Rujukan :

Mok Soon Sang ( 2008 ). Pengurusan Kurikulum. Selangor : Penerbitan Multimedia

Sdn.Bhd

Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abd Aziz ( 2004 ). Pedagogi Asas Pendidikan.

Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise

Saedah Siraj ( 2005 ). Kurikulum Masa Depan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Publications

Rujukan Laman Sesawang :

http://en.wikipedia.org/wiki/Hilda_Taba

Вам также может понравиться