Вы находитесь на странице: 1из 2

Pandang bawah, tanah.

Diri,

Janganlah rasa bangga,

Hilangkanlah rasa senang di dada,

Kerana perjalanan masih jauh,

Adakah sabar itu kuncinya?

Aku mahu naik,

Menuju awan yang tegak berdiri di atas sana,

Aku hendak terbang,

Bersaing sengit dan melawan burung-burung biru itu,

Aku impikan rumah istana bertiang berlian,

Dan tangga putih setinggi tujuh petala langit,

Namun kepak kayanganku tidak tumbuh-tumbuh,

Maknanya,

Aku masih belum utuh.

Hati,

Janganlah ada mengalir rasa berlagak,

Itu namanya bongkak,

Pudarkanlah jiwa yang menghentak,

Kerna dunia bukanlah selamanya,

Tidak perlu rasanya untuk sentiasa mengejar.

Diri,

Siapalah daku yang nihil ini,


Untuk melihat langit luas di atas?

Sedangkan kakiku sentiasa di atas tanah,

Dan aku masih lagi tertunduk memandang tanah,

Iaitu asal-usul sebenarku.

Ternyata, Kejayaan bukanlah murah,

Jika didatangkan usaha,

Menolak kemalasan,

Kerna sesungguhnya aku rela,

Berpahit sendu memahat ilmu di dada,

Daripada menahan perit bodohnya kejahilan.

Benarlah,

Aku masih lagi di bawah awan dan mentari,

Malah paling terbawah,

Sedalam tujuh lapisan bumi.

Oleh : Mempunyai Mata yang Cantik Berpengetahuan, 2015, SMK TUN MAMAT.

Вам также может понравиться