Вы находитесь на странице: 1из 2

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

SMA KOTA GELANGGI 3


TAHUN 2017

1. Tarikh : 2-3 Mac 2017


2. Hari/ Masa : Khamis - Jumaat
3. Tempat : Padang Sekolah
4. Objektif :
1. Memupuk semangat bekerjasama dalam satu pasukan
2. Memupuk semangat setiakawan dalam kalangan murid, guru dan ibubapa
3. Melahirkan masyarakat yang sentiasa berdaya saing dan berlumba- lumba
untuk kejayaan
4. Membangkitkan semangat bersaing yang sihat dalam kalangan murid
5. Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi dalam bidang kokurikulum
6. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan
kepada peringkat yang lebih tinggi
7. Melahirkan murid yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk Berjaya
dengan lebih cemerlang

5. Sasaran : Semua pelajar SMA Kota Gelanggi 3 (Tingkatan1-5)


6. Bil. Guru Terlibat : Semua guru SMA Kota Gelanggi 3
7. Penilaian Program :

7.1 Kekuatan Program


Penganjuran Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini dianggap berjaya dengan penglibatan
semua murid dalam semua acara yang dipertandingkan. Mengangkat tema 1 Murid 1 Sukan
sebagai teras utama penganjuran pada kali ini, semua murid diberikan peluang untuk menyertai
setiap acara yang dipertandingkan.
Selain itu, melalui program ini, kerjasama dan semangat sepasukan dapat dipupuk melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung.
7.2 Kelemahan Program
Kelemahan yang dapat dikenalpasti melalui program ini adalah pengurusan masa oleh pihak
urusetia. Urusetia perlu menepati masa yang telah ditetapkan mengikut jadual yang diberi. Selain
itu, kawalan pelajar terutama semasa waktu senggang adalah lemah dan memerlukan pemantauan
yang baik dari semua guru.

7.3 Cadangan Penambahbaikan


Penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam program yang akan datang ialah menetapkan
masa untuk pelajar untuk bersedia untuk program seterusnya.

Disediakan oleh,

…………………………………………..
(NURJIHAN BINTI AHMAD THIRMIZIR)
Penolong Setiausaha Sukan

Вам также может понравиться