Вы находитесь на странице: 1из 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAPAT

Jalan Raja Abdullah,


31350 Ipoh, Telefon: 05- 312 3528
Perak Darul Ridzuan. Fax : 05- 311 1632

_____________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN BIL 1 / 2018

Tarikh : 29 Disember 2018

Hari : Jumaat

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran:

1. Pn. Fadzilah bt Abd. Aziz


2. Pn. Hjh. Noorihan Bt. Abd. Hadi
3. En. Anas B. Ariffin
4. Cik Safura bt Shuib
5. Pn. Hjh Zarina Bt. Hashim
6. Pn. Shazana Bt. Mohamed Shariff
7. En. Mohd. Azmir B. Haruddin
8. En. Nurulizwan B.Mohd Basri
9. Pn. Salma Bt. Ibrahim
10. Pn. Nurfaizahwati Bt. Ishak
11. En. Azril B. Mohd Romli
12. Pn. Yeoh Tho Hon
13. En. Khairudin B Chee Murat

1.0 UCAPAN PENGERUSI (Pn. Hjh Noorihan bt Abd. Hadi)

1.1 Mengalu-alukan kehadiran guru dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli
Jawatankuasa Disiplin sesi 2018.
1.2 Ucapan terima kasih dan syabas atas kerjasama yang diberi sepanjang tahun 2017.
1.2.1 Murid perlu ditekankan tentang isu disiplin dan guru diharapkan dapat bersabar
dalam mendidik anak murid.
TINDAKAN: MAKLUMAN

1
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAPAT
Jalan Raja Abdullah,
31350 Ipoh, Telefon: 05- 312 3528
Perak Darul Ridzuan. Fax : 05- 311 1632

_____________________________________________________________________________________

2.0 UCAPAN PENASIHAT(Pn. Fadzilah bt Abd. Aziz)

2.1 Mengalu-alukan kehadiran guru dan ucapan terima kasih atas kehadiran semua

Jawatan Kuasa Disiplin 2018.

2.2 Memohon Jawatankuasa Disiplin menguatkuasa SOP untuk sistem disiplin sekolah.
2.3 Berharap jawatankuasa disiplin bersama unit bimbingan kaunseling sentiasa berkait
rapat dalam menjalankan program yang diberi terutama dalam menangani disiplin
murid.
2.3.1 Salahlaku murid dirujuk kepada guru disiplin terlebih dahulu. Sekiranya tiada
perubahan baru dirujuk kepada unit bimbingan dan kaunseling.
2.3.2 Perkara-perkara kecil perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum dirujuk
kepada unit bimbingan dan kaunseling.
2.4 Guru perlu membuat catatan supaya ibu bapa tidak berpeluang untuk mengenakan
apa-apa tindakan terhadap pihak sekolah.
2.5 Ibu bapa disarankan untuk menghantar surat kepada pihak sekolah atas ketidakhadiran
anak ke sekolah.
2.6 Guru tidak dibenarkan membuat tindakan menghukum murid secara fizikal.
2.7 Guru waktu pertama perlu mengiringi murid dari Dataran Kasih ke kelas masing-
masing.
2.8 Pengawas perlu dilatih untuk membantu pihak sekolah. Pengawas dibenarkan keluar
10 minit awal sebelum waktu rehat.
2.9 Sistem penggiliran tugas dikalangan pengawas perlu diadakan supaya pengawas
yang sama tidak terikat dengan tugasan yang sama sepanjang tahun.
2.10 Semua guru memainkan peranan dalam membentuk sahsiah dan disiplin murid
di sekolah.
2.11 Ibu bapa akan dipangil untuk bertemu dengan Guru Besar dan Guru Kaunseling
jika perlu.

TINDAKAN: MAKLUMAN

2
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAPAT
Jalan Raja Abdullah,
31350 Ipoh, Telefon: 05- 312 3528
Perak Darul Ridzuan. Fax : 05- 311 1632

_____________________________________________________________________________________

3.0 UCAPAN KETUA GURU DISIPLIN (Encik Anas b. Ariffin)

3.1 Ucapan alu-aluan kehadiran kepada barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa disiplin
yang baru dilantik.
3.2 Ucapan tahniah dan syabas atas lantikan ahli jawatankuasa disiplin yang baru.
3.3 Pemberitahuan perancangan aktiviti 2018.
3.3.1 Majlis watikah perlantikan pengawas
3.3.2 Budaya memberi salam
3.3.3 Buku peraturan baru yang ditambah baik akan mula dijual di kedai buku sekolah
pada harga RM3.50 seunit.
3.3.4 Penekanan kandungan buku peraturan kepada semua murid semasa
perhimpunan pagi.
3.3.5 Spot Check yang akan diadakan sebulan sekali.

3.4 Majlis watikah perlantikan pengawas akan diadakan pada 15 Januari 2018. Guru Besar
mencadangkan menjemput wakil JPN/PPD bagi merasmikan majlis watikah perlantikan
pengawas

3.5 Kursus Kepimpinan Pengawas dijadualkan pada 27 Januari 2018(Sabtu).

3.6 Cik Safura bertanggungjawab melatih pengawas sekolah sesi pagi.

3.7 Tunas pengawas sesi petang akan diselia oleh Puan Nurfaizahwati bt. Ishak.

3.8 Sijil watikah lantikan pengawas-pengawas akan disediakan oleh setiap penyelaras.

3.9 Pas keluar kelas dan bilik-bilik khas akan diedarkan sebelum sesi persekolahan

bermula.

3.10 Papan kenyataan perlu dikemaskini dengan maklumat yang berguna.

3
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAPAT
Jalan Raja Abdullah,
31350 Ipoh, Telefon: 05- 312 3528
Perak Darul Ridzuan. Fax : 05- 311 1632

_____________________________________________________________________________________

4.0 Hal-hal lain

4.1 Masalah-masalah salahlaku murid-murid sesi pagi


4.1.1 Kelewatan murid hadir ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi akan diambil nama
untuk tindakan selanjutnya.
4.1.2 Ketidakhadiran ke sekolah selama beberapa bulan telah diambil tindakan namun
tiada maklumbalas daripada pihak keluarga murid-murid tersebut.
4.1.3 Surat amaran ketidakhadiran murid-murid boleh dirujuk di pejabat sekolah.
TINDAKAN: MAKLUMAN
4.6 Pemberitahuan pembelian tali leher pengawas diuruskan oleh Kelab Guru & Staf.
4.7 En Azmir mengutarakan bahawa tempat letak basikal dikawasan kantin tidak teratur dan
tidak sesuai. Cadangan untuk memindahkan semula tempat letak basikal berdekatan
kelas Tahun 4.
TINDAKAN: MAKLUMAN

5.0 Ucapan Penangguhan

5.1 Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih atas perhatian semua guru dan berharap
program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya sepanjang tahun
2018.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagI.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

................................... ............................. …………………


(SHAZANA BT MOHAMED SHARIFF) (ANAS BIN ARIFFIN) (NOORIHAN BT ABD. HADI)
Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Ketua Guru Disiplin Penolong Kanan HEM
SK Sungai Rapat, Ipoh. SK Sungai Rapat, Ipoh. SK Sungai Rapat, Ipoh.

Вам также может понравиться