Вы находитесь на странице: 1из 4

MUKADIMAH Fungsi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan antara lain


memelihara dan mengembangkan seni dan budaya masyarakat
Malaysia.

Menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah JKKN hampir 11


tahun, Tan Sri Norliza Rofli sentiasa positif memastikan jabatan itu berjalan
mengikut landasan dan fungsinya.
Wartawan Utusan Malaysia, AMIRUL AIMAN ANUAR dan juru foto ZAINI
HUSIN menemu bual beliau di pejabatnya baru-baru ini bagi berkongsi
mengenai usaha yang telah, sedang dan akan diambil JKKN.
Ini terutamanya dalam mendepani cabaran memartabatkan seni budaya ke
peringkat yang lebih tinggi.

UTUSAN MALAYSIA: Kongsikan tunjang kekuatan dan azam Tan Sri sebagai
Ketua Pengarah di JKKN.

TAN SRI NORLIZA ROFLI: Saya tidak melihat isu jantina sebagai penghalang
untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.

Minat dalam seni dan budaya sudah lama dan terus kekal subur dalam
sanubari ini.

Itulah yang menjadi tunjang kekuatan saya sehingga ke hari ini.

Sejak dari bangku sekolah saya didedahkan dengan pelbagai seni budaya
melalui seorang guru berbangsa Filipina ketika menetap di Sabah kerana
tuntutan tugas bapa di sana.

Minat itu dipupuk sedikit demi sedikit melalui kepelbagaian budaya yang
terdapat di sana.

Bermula dari situlah saya berazam mahu menjadi pentadbir dalam pembelaan
seni budaya warisan negara.

Saya mahu berkongsi dengan masyarakat Malaysia supaya dapat membina


jati diri yang tinggi, mengamalkan nilai-nilai murni dan seterusnya mendukung
tiga falsafah iaitu seni untuk seni, seni budaya untuk kesejahte-raan
masyarakat dan seni budaya untuk penjanaan ekonomi.


Apa langkah yang sudah diambil bagi menyemarak dan merakyatkan


seni dan budaya kalangan masyarakat?
Galakan terus diberikan JKKN melalui penyediaan kemudahan prasarana,
garis panduan seni dan budaya, bantuan dana, khidmat nasihat, latihan dan
pengiktirafan kepada penggiat seni.

Kebanyakan penggiat terdiri daripada warga tua dan agak sukar melahirkan
pelapis bagi meneruskan delegasi satu-satu seni itu sebagai contoh
persembahan Mek Mulong dari Kedah yang mirip dengan Mak Yong dari
Kelantan.

Seni warisan dari masyarakat Siam-Melayu di Wang Tepus, Kedah itu hampir
pupus 10 tahun lalu dan JKKN mengambil peranan turun padang mengenal
pasti bakat pelapis dalam kalangan masyarakat di sini.

Apa pula strategi
JKKN dalam mengangkat seni warisan bagi mendepani arus moden
kini?

Usaha ini dapat digembleng melalui meningkatkan keberkesanan peranan


JKKN melalui 14 JKKN di setiap negeri seluruh negara.

Ini meliputi kerja-kerja penyelidikan, mengumpul, mendokumentasi, menerbit


dan menyebar maklumat bahan rujukan seni dan budaya kepada masyarakat
terutama di peringkat akar umbi.

Sebagai contoh JKKN telah merangka dan menggalakkan pembangunan


produk seni dan budaya selaras pembangunan industri kreatif mengikut
acuan budaya negeri terlibat.

Seperti di Perlis, kita adakan Pesta Angin Timur dengan kerjasama kerajaan
negeri bagi menyerlahkan keunikan berkonsepkan kehidupan tradisional
petani selepas musim menuai melalui gaya hidup, budaya serta makanan.
Begitu juga acara di negeri-negeri lain seperti Gendang Melayu Sarawak,
Festival Antarabangsa Kesenian Orang Asli dan Peribumi KL 2016, Pesta Air
Chenor Pahang dan banyak lagi.

Sejauh mana masyarakat majmuk di Malaysia memberi kelebihan


kepada usaha JKKN.

Percampuran budaya masyarakat berbilang kaum telah menimbulkan


keunikan tersendiri dalam pembentukan identiti sesebuah kebudayaan
baharu.

Sebagai contoh budaya masyarakat peranakan Baba dan Nyonya yang


sinonim dengan negeri Melaka dan Pulau Pinang telah mencipta baju kebaya
nyonya dan makanan asam laksa, hasil warisan percampuran budaya. Begitu
juga etnik di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli di
Semenanjung.

Dalam hal ini, bukan kelompok masyarakat itu sahaja malah JKKN menggalas
tanggungjawab itu bagi memperkukuhkan akar budaya tersebut termasuk
pembangunan kebudayaan dan artistik serta promosi seni budaya itu supaya
tidak lapuk ditelan zaman.

Pada era ini percampuran budaya atau ‘fusion’ yang dipelo-pori anak
muda sesetengahnya menjengkelkan, pendapat Tan Sri?

‘Fusion’ atau suntikan elemen popular dalam satu-satu warisan budaya


adalah satu langkah yang patut disambut baik.

Ini lebih-lebih lagi apabila usaha mempopularkan kembali produk warisan


lama itu diwarnai oleh golongan muda terutama-nya melalui beberapa produk
seperti makanan dan pakaian warisan.

Namun demikian, beberapa suntikan budaya popular itu kadang-kadang jauh


tersasar daripada produk asli seperti contoh baju Melayu yang cuba
dimodenkan dan agak tersasar dari tujuan asal fungsi baju berkenaan.

Perancangan masa depan JKKN dalam mengembangkan warisan


budaya agar tidak kekal sekadar satu amalan, sebaliknya produk
komersial.

Perkara ini kembali kepada falsafah ketiga yang saya sebut tadi iaitu seni
budaya untuk penjanaan ekonomi.

Pembangunan produk seni budaya dengan membina jaringan kerjasama


dengan pemain industri seni budaya, agensi kerajaan, pihak swasta,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penggiat seni budaya dari dalam dan
luar negara adalah antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan.

Kita mahu pengamal budaya ini tidak hanya setakat hobi atau satu kebolehan
turun-temurun, sebaliknya dijadikan sebagai sumber ekonomi utama.

Ini dibuktikan apabila sesuatu produk seni dibawa ke pameran antarabangsa


ia sentiasa menarik minat orang luar.

Bagaimanapun diakui terdapat beberapa halangan sebagai contoh apabila


produk seperti gasing dan wau bulan yang begitu halus seni pembuatannya
tidak dapat memenuhi permintaan tempahan dalam skala besar kerana
pengeluarannya terhad di sini.
Harapan Tan Sri?

JKKN telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program dalam


mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap
kepentingan seni dan budaya dalam kehidupan.

Ia merupakan pembangunan mental dan spiritual secara harmoni dalam


usaha mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budi bahasa dan nilai-
nilai murni selain daripada memupuk semangat perpaduan kaum ke arah
gagasan 1Malaysia.

Saya berharap usaha ini akan terus diperluaskan seperti luasnya sempadan
komunikasi pada masa kini melalui media-media sosial.

Memang terlalu banyak cabaran kemajuan teknologi maklumat ini tetapi jika
kita memperkukuhkan amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni insya-Allah
segalanya selamat ke arah kemajuan dan kejayaan masa hadapan dan ke-
tinggian budaya dapat kita banggakan.

Percampuran budaya masyarakat berbilang kaum menimbulkan keunikan


tersendiri dalam pembentukan identiti sesebuah kebudayaan.

Вам также может понравиться