Вы находитесь на странице: 1из 22

KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS

DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI


KALANGAN PELAJAR KURANG UPAYA DI NEGERI JOHOR

SHAREENDER KAUR MUKHTAR SINGH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL:

2003/2004

(HURUF BESAR)

TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
 Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
KEUPAYAAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM
MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
KALANGAN PELAJAR KURANG UPAYA DI NEGERI JOHOR

SHAREENDER KAUR MUKHTAR SINGH

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi


Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan
( KEJURUTERAAN AWAM )

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MARCH 2004
ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )”.

Tandatangan :…… …………………

Nama Penyelia : EN. AZLAN BIN ABDUL LATIB

Tarikh : 11 MARCH 2004


iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………… ………………………..


Nama Penulis : SHAREENDER KAUR A/P MUKHTAR SINGH

Tarikh : 11 MARCH 2004


iv

DEDIKASI

Kepada,

ayahku Mukhtar Singh dan ibuku Pinky Kaur yang tidak pernah penat memberi
dorongan dan semangat yang berterusan.

Adik-adikku Shalinder Kaur, Amrik Singh dan Manjeet Singh serta ahli-ahli
keluargaku yang lain di atas segala sokongan dan pengorbanan yang kalian sumbangkan.

Buat teman seperjuanganku Harjeet Singh, Gurmit Kaur, Sukhveer Kaur dan Mohana,
serta semua warga keluarga SPA,
segala bantuan yang kalian hulurkan tidak akan kulupakan.

Sesungguhnya kejayaan ini milik kita sekeluarga…..


v

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya telah
berjaya menyiapkan kertas projek penyelidikan ini yang merupakan sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam). Saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah pembimbing iaitu En. Azlan Abdul Latib kerana sudi meluangkan masa dan
memberi nasihat untuk keseluruhan kertas projek ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah
menjadi responden kepada kajian ini. Ucapan terima kasih ditujukan kepada kakitangan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang telah membantu saya dalam mendapatkan
maklumat bagi menyiapkan kertas projek ini.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan ini kepada semua pihak
yang terlibat secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kertas projek
penyelidikan ini.

Sekian terima kasih.


vi

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk
melihat keupayaan sekolah kebangsaan pendidikan khas dalam menerapkan proses
pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya di negeri Johor. Kajian
ini melibatkan 63 orang responden iaitu guru yang mengajar di keempat-empat buah
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di negeri Johor. Satu soal selidik yang
mengandungi bahagian A iaitu tentang latar belakang responden dan bahagian B dengan
jumlah 42 item soalan yang berhubung dengan kemahiran, aktiviti-aktiviti sampingan,
kaedah pengajaran dan motivasi telah diedarkan kepada responden. Data-data yang
dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statististical Package for the
Social Science Version 11.5) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi
menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini. Kajian
menunjukkan bahawa sekolah berupaya dalam menerapkan proses pengajaran dan
pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya. Dapatan kajian menunjukkan sekolah
berupaya dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek kemahiran,
aktiviti-aktiviti sampingan, kaedah pengajaran guru dan bentuk motivasi.di kalangan
pelajar kurang upaya. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk membantu pihak-
pihak yang berkenaan dalam membantu menerapkan proses pengajaran dan
pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya.
vii

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to observe the ability of the special
primary schools into teaching and learning process for the students in Johor. 63
respondents participated in this research. A set of questionnaire with two sections A
comprised about the respondents background and B comprised of 42 items regarding
skills, activities, teaching method and motivation were distributed to each of the
respondents. Data collected were analyzed using SPSS (Statistical Package for the
Social Science Version 11.5) to obtain the frequencies, percentages and means in order
to achieve the objectives of this research. The results of this research show that
generally the school have a good ability into teaching and learning process among the
students. However, according to the research result, the school have a good teaching and
learning process in skills, activities, teaching method and motivation among the
students. Some suggestions were suggested to improve the effectiveness of the teaching
and learning process applied and it is hoped that these suggestions will benefits readers.
viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis


Halaman Judul i
Pengesahan Penyelia ii
Halaman Pengakuan iii
Halaman Dedikasi iv
Halaman Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Halaman Kandungan viii
Halaman Senarai Jadual xiv
Halaman Senarai Lampiran xv

BAHAGIAN SATU
PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
ix

1.2 Latar Belakang Masalah 4


1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan dan Skop Kajian 9
1.8 Definisi Terminologi 9
1.8.1 Guru 10
1.8.2 Penerapan 10
1.8.3 Kemahiran 11
1.8.4 Kaedah Pengajaran 11
1.8.5 Motivasi 11
1.9 Penutup 13

BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14
2.2 Latar Belakang Pendidikan Khas 15
2.3 Matlamat dan Objektif Pendidikan Khas
2.3.1 Matlamat Pendidikan Khas 16
2.3.2 Objektif Pendidikan Khas 18
2.4 Kurikulum 19
2.4.1 Objektif Kurikulum 20
2.5 Proses Pengajaran dan Pembelajaran 21
2.6 Kemahiran 22
x

2.7 Aktiviti-aktiviti 23
2.8 Kaedah Pengajaran 23
2.9 Motivasi 24
2.10 Kajian Lepas 26
2.11 Penutup 27

BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Tempat Kajian 29
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 31
3.5.1 Bahagian A 32
3.5.2 Bahagian B 32
3.6 Kajian Rintis 34
3.6.1 Kesahan 34
3.6.2 Kebolehpercayaan 35
3.7 Prosedur Kajian 35
3.8 Analisis Data 36
3.9 Penutup 38
xi

BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Bahagian A 40
4.3 Analisis Bahagian B 44
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 45
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 48
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 51
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 55
4.4 Kesimpulan 57
4.5 Penutup 59

BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan 60
5.2 Perbincangan 64
5.3 Cadangan 70
5.3.1 Guru 70
5.3.2 Pihak Sekolah 71
xii

5.3.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan 72


Jabatan Pendidikan Khas
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.5 Penutup 73

RUJUKAN 74
LAMPIRAN A HINGGA F 79 - 95
xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Item-item Soalan yang Akan Diberikan


kepada Responden. 32
3.2 Jadual Taburan Kandungan Soal Selidik Bahagian B 33
3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Nilai Min 35
3.4 Pemeringkatan Skala Lima Mata. 36
4.1 Bilangan Responden Mengikut Sekolah 38
4.2 Bilangan Pelajar Kurang Upaya Mengikut Sekolah. 39
4.3 Kategori. 39
4.4 Jantina 40
4.5 Umur. 40
4.6 Bangsa. 41
4.7 Taraf Pendidikan. 42
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 43
Kemahiran yang Diajar di Sekolah.
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 47
Aktiviti-aktiviti Sampingan yang Disediakan.
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 50
Kaedah Pengajaran yang Kerap Diaplikasikan oleh
Guru di Sekolah.
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 53
Bentuk Motivasi yang Dapat Diberikan oleh Guru.
4.12 Taburan Purata Min 56
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat jika
dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Sejak mencapai
kemerdekaan sehingga sekarang kerajaan telah memberi tumpuan yang utama dan
peruntukan yang besar untuk pembangunan pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan
telah memberi sumbangan yang sangat bernilai kepada pembangunan sosial, ekonomi
dan politik negara. Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Malaysia, secara fizikalnya
telah mencapai tahap kemajuan yang baik iaitu daripada dasar dan polisi pendidikan
yang pragmatik untuk mencapai matlamat dan wawasan negara.

Pendidikan merupakan proses menolong dan memajukan pertumbuhan dan


perkembangan seseorang individu daripada semua aspek, iaitu jasmani, akal, emosi,
sosial, seni dan moral. Dengan kata lain, ia bertujuan untuk memperkembangkan
individu supaya hidup dengan sempurna serta memperkembangkan bakat-bakatnya
2

untuk kepentingan diri dan juga untuk menjadi seorang ahli masyarakat yang berguna
(Ee Ah Meng, 1989).

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan


perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang dengan menukar pola tingkahlaku
manusia (Atan Long, 1978). Menurut Sheal (1994), proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan proses mental dan fizikal yang membawa perubahan dalam
setiap tingkahlaku pelajar. Kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
signifikan adalah daripada apa yang harus seseorang guru itu lakukan iaitu melalui
tindakan dan pemerhatian. Pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh
mempamerkan sesuatu yang baru samada dalam bentuk pemahaman, kesedaran atau
kemahiran (Honey dan Mumford, 1992).

Didapati bahawa pendidikan khas merupakan salah satu daripada cabang


pendidikan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan
Khas, yang telah menyediakan sekolah khas bagi kanak-kanak yang menghadapi
masalah dalam penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Program pendidikan ini
dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi di sekolah biasa.
Selain itu, terdapat juga sekolah-sekolah menengah khas aliran vokasional yang
menyediakan mata pelajaran seperti seni grafik, muzik, pertukangan perabot,
keusahawanan dan fisioterapi bagi pelajar kurang upaya (Jabatan Pendidikan Khas,
1998).

Falsafah Pendidikan Khas menegaskan bahawa kepentingan setiap orang kanak-


kanak mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Perbezaan ini
disebabkan kerana wujudnya berbagai-bagai keperluan pendidikan dan pendidikan khas
mestilah memenuhinya supaya setiap kanak-kanak dapat berfungsi sedaya upaya mereka
(Chua, 1992). Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi
menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak
3

untuk menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka (Dakar Frame Work
for Action, 2000).

Pendidikan khas merujuk kepada pendidikan pelajar luar biasa atau istimewa dari
segi intelek, jasmani, sosial ataupun emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa sehingga mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada
rancangan sekolah biasa. Pendidikan khas diperlukan agar dapat memperkembangkan
lagi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani di kalangan pelajar kurang upaya.
Pendidikan khas disediakan untuk kanak-kanak seperti cacat pendengaran, cacat
penglihatan, terencat akal, cacat fizikal dan termasuk pelajar yang pintar cerdas (Chua
Tee Tee, 1998).

Pendidikan khas menyediakan pengajaran dan pembelajaran untuk menolong


pelajar-pelajar kurang upaya yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai
sesuatu kemahiran melalui pendekatan, motivasi, bahan-bahan pelajaran serta aktiviti-
aktiviti yang alternatif. Seseorang guru yang mengajar dalam kelas khas menggunakan
pendekatan serta kaedah yang berlainan daripada guru-guru yang lain yang mengajar di
sekolah biasa (Ee Ah Meng, 1998). Sebagai contohnya, guru mengajar pelajar yang
mempunyai masalah penglihatan membaca dengan menggunakan cara Braille.

Oleh itu, golongan pelajar kurang upaya yang diserapkan ke dalam program khas
ini perlu melalui pelbagai peringkat penapisan sebelum disahkan layak Golongan
pelajar yang tidak mencapai kelayakan tidak akan diterima masuk. Hanya kanak-kanak
yang boleh diajar, belajar dan berpotensi belajar dipertimbangkan. Selain daripada itu,
persetujuan daripada ibu bapa pelajar-pelajar yang bermasalah dikenalpasti dan
ditempatkan di sekolah pendidikan khas.
4

1.2 Latar belakang Masalah

Di Malaysia, setiap kanak-kanak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan


yang sewajarnya. Pendidikan ini menitikberatkan aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,
sosial, bakat dan nilai-nilai moral dan estetika. Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara (Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor).

Tulang belakang kepada cabang pendidikan khas ialah kecekapan dan dedikasi
di kalangan kakitangan profesionalnya. Guru-guru yang mengajar pelajar kurang upaya
ini memerlukan latihan yang khas serta mempunyai kelayakan perguruan yang asas
untuk mengajar kanak-kanak normal, bermotivasi dan kreatif dalam membantu pelajar
kurang upaya ini. Masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengendalikan
pendidikan khas ini ialah strategi dalam menerapkan pengajaran dan pembelajaran yang
efektif untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mereka.

Menurut Akta Pendidikan (1996), Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan


Khas) Jilid 41, no. 26, Tambahan No. 94, Perundangan yang berkuatkuasa pada 1
Januari 1998 di Bahagian II menyatakan bahawa dalam melaksanakan Kurikulum
Pendidikan Khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau
pembelajaran, masa bagi aktiviti dan suasana aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

Bagi menghasilkan pengajaran yang baik keupayaan guru penting untuk


merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka bagi melibatkan diri di dalam
proses pembelajaran, di samping mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses
pemikiran serta mengekalkan konsep tersebut. Sifat sahsiah guru akan mempengaruhi
5

kesan pengajarannya iaitu sejauh mana penglibatan diri seseorang guru itu terhadap
perkembangan inteleknya (Atan Long, 1976). Proses pembelajaran merupakan sesuatu
yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan
aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar (Brophy, 1998).

Pendidikan Khas bertujuan membantu dan merancang persekitaran pembelajaran


yang berkesan serta dapat memenuhi keperluan-keperluan para pelajar kurang upaya
dengan menggunakan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif
serta pengawasan yang teliti terhadap perkembangan diri pelajar-pelajar ini. Aspek
pengajaran berkait rapat dengan tujuan guru sebagai penyampai ilmu dan keberkesanan
dalam pengajaran. Guru pendidikan khas perlu mempunyai asas dalam menimbang
kegunaan beberapa pendekatan pengajaran yang dapat menerapkan proses pengajaran
dan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya.

Salah satu rintangan yang dihadapi oleh golongan kurang upaya ini adalah
berkaitan dengan tahap pembelajaran yang diperlukan bagi membolehkan mereka
mendapat penguasaan sepenuhnya. Oleh itu, institusi latihan pembelajaran, institusi
latihan vokasional dan latihan kemahiran menyediakan peluang yang sama dengan
mengadakan kemudahan dan program yang sesuai untuk golongan ini supaya
berpeluang dalam meningkatkan keupayaan mereka dalam penerapan proses pengajaran
dan pembelajaran.

Persoalan yang timbul di sini, adakah sekolah kebangsaan pendidikan khas


mampu dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar
kurang upaya. Sehubungan itu, penulis membuat satu kajian untuk melihat keupayaan
sekolah kebangsaan pendidikan khas dalam menerapkan proses pengajaran dan
pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya.
6

1.3 Pernyataan masalah

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat keupayaan guru di sekolah
kebangsaan pendidikan khas dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran di
kalangan pelajar kurang upaya di Negeri Johor. Empat buah sekolah kebangsaan
pendidikan khas yang dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Elizabeth,
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru, Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Batu Pahat dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Muar.

1.4 Objektif kajian

Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat
keupayaan guru di sekolah kebangsaan pendidikan khas dalam membantu menerapkan
proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya di negeri Johor.
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah menjurus kepada beberapa perkara berikut:-

(i) Mengenalpasti kemahiran yang dipelajari di sekolah dapat dikuasai oleh pelajar
kurang upaya.

(ii) Mengenalpasti aktiviti-aktiviti sampingan yang disediakan untuk pelajar kurang


upaya.

(iii) Mengenalpasti kaedah pengajaran yang kerap diaplikasikan oleh guru di sekolah
dalam menerapkan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya.

(iv) Mengenalpasti bentuk motivasi yang dapat diberikan kepada pelajar kurang
upaya di sekolah.
7

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, pengkaji membina persoalan spesifik yang


ingin dikaji untuk melihat sama ada guru di sekolah kebangsaan pendidikan khas
membantu dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar
kurang upaya. Berikut merupakan persoalan asas dalam proses pengkaji menjalankan
kajian:-

(i) Adakah kemahiran yang diajar oleh guru di sekolah dapat dikuasai oleh pelajar
kurang upaya?

(ii) Apakah aktiviti-aktiviti sampingan disediakan oleh guru untuk pelajar kurang
upaya?

(iii) Apakah kaedah pengajaran yang kerap diaplikasikan oleh guru di sekolah dalam
menerapkan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya?

(iv) Apakah bentuk motivasi yang dapat diberikan oleh guru kepada pelajar kurang
upaya di sekolah?

Вам также может понравиться