You are on page 1of 6

1.

0 Pengenalan

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang


dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan
tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan
sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan yang berguna.
Bagi para guru, khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat
penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru.
Perasaan cintakan keamanan dan perpaduan boleh berkembang dan
diperkuatkan lagi di kalangan masyrakat serta para pendidik melalui
projek-projek khidmat masyarakat ini. Bukan itu sahaja, malahan dengan
perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam atau
luar sekolah akan dapat memberikan impak kepada guru itu sendiri.
Khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada
masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.
Khidmat Masyarakat ialah kerja amal yang dijalankan di luar jadual
waktu persekolahan .
2.0 Matlamat khidmat masyarakat.
Khidmat masyarakat juga mempunyai beberapa matlamat. Berikut adalah
beberapa matlamat khidmat masyarakat iaitu:
(a) Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri
individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran.
(b) Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai
sivik dalam diri setiap individu.
(c) Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahirn kepada
masyarakat dan Negara
(d) Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong
menolong antara satu dengan yang lain.
(e) Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa
mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

(f) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab


terhadap masyarakat dan negara.
(g) Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang
membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

3.0 Tumpuan projek khidmat masyarakat.

Berikut adalah antara beberapa tumpuan khidmat masyarakat:

a) Projek membersihkan kawasan sekolah;

b) Projek mengindahkan kawasan sekolah;

c) Projek membersihkan kawasan rekreasi;

d) Projek membersihkan tanah perkuburan;

e) Projek membersihkan Balai Raya kampong;

f) Projek khidmat masyarakat di rumah anak yatim;

g) Projek khidmat masyarakat di rumah orang-orang tua.

3.1 Projek khidmat masyarakat juga mempunyai perancangann terlebih dahulu


bagi memudahkan pihak penganjur melaksanakan projek berkenaan. Hal-
hal yang perlu ada di dalam kertas kerja bagi menjalankan projek ialah:

a) Tema.
b) Nama projek.
c) Tarikh / Tempoh pelaksanaan projek.
d) Ahli kumpulan projek.
e) Sumber personel lain yang terlibat.
f) Organisasi yang terlibat.
g) Matlamat dan objektif projek.
h) Pelaksanaan projek:
i) Perancangan dan
ii) Pelaksanaan aktiviti.
Perkara-perkara lain yang perlu diambil kira semasa membuat perancangan
ialah:

Mengenal
Mengenalpasti
pastidan
danmemilih
memilihtajuk
tajukprojek
projek. .
Menentukan
Menentukanobjektif,
objektif,jenis
jenisaktiviti,
aktiviti,tempoh
tempohmasa
masa
melaksanakan
melaksanakanprojek.
projek.
Mengenal
Mengenalpasti
pastisumber
sumberdan
danpihak
pihakyang
yangterlibat
terlibat
Menyenarai
Menyenaraidan
danmembahagikan
membahagikantugas.
tugas.
Menentukan
Menentukancara
caramengumpul
mengumpulmaklumat.
maklumat.

4.1 Matlamat Projek:


a) Mengindahkan Sudut /Pentas Nilam Sekolah.
b) Mereka bentuk paparan yang lebih berkualiti dan menarik.
c) Merapatkan hubungan warga sekolah dengan ibubapa yang juga
merupakan ahli-ahli masyarakat setempat.
d) Melahirkan insan-insan yang prihatin berkaitan usaha
mencantikkan fizikal Sekolah yang boleh dicontohi orang lain..
e) Menjadi warganegara bertanggungjawab terhadap masyarakat
dan negara di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah.

4.2 Objektif:

a) Menceriakan pentas nilam sekolah melalui kerja-kerja mengecat


dinding pentas nilam (pentas ini yang dahulunya adalah
pentas utama untuk program-program sekolah ).

b) Mengindahkan persektaran fizikal sekolah.

c) Menyedarkan murid dan warga sekolah tentang kepentingan


program nilam.
f) Menanam rasa ingin merapatkan diri dengan sekolah pada diri
murid-murid dan waris dengan wujudnya persekitaran sekolah
yang indah dan menarik.
g) Membantu membuka minda komuniti tentang kepentiongan
persekitaran sekolah yang ceria bagi menolong murid-murid
belajar dengan selesa dan riang.
4.2 Tindakan Susulan
i. Memaklumkan perancangan kepada pihak pentadbir
sekolah dan guru-guru.

ii. Memaparkan pengumuman projek secara poster ringkas dan


memohon para waris yang boleh membantu menjayakan
projek ini menghubungi setiausaha projek.

iii. Memilih 8 orang ahli pengakap untuk membantu bagi


menjayakan projek.

iv. Menyeidakan peralatan dan bahan serta mengumpul idea


untuk lakaran pada dinding pentas.

v. Mesyuarat dan perjumpaan akan diadakan dua kali sebelum


hari perlaksanaan projek.

5.0 Perjalanan/ perlaksanaan aktiviti.


Tarikh : 9.8.2017
Tempat : Dewan Sekolah.
Masa : 2.40 p.m. – 5.30 p.m.

2.40 p.m. : Para guru termasuk setiausaha/ penanjur projek


menyediakan peralatan dan bahan mengecat.
2.50 p.m : Para guru, warga sekolah serta beberapa orang waris
jemputan serta murid-murid yang terpilih berkumpul di
dewan sekolah.
3.00 p.m. Ucapan serta kata-kata aluan serta taklimat ringkas
tentang tujuan proje oleh pengerusi.
3.10 p.m : Memulakan kerja-kerja mengecat di semua sudut pentas
tersebut.
4.00 p.m : Berehat minuman ringan dan menjamu kuih-muih.
4.20 p.m : Melukis grafik bercirikan alam sekitar dan menyiapkan
kerja mengecat bahagian-bahagian lain.
5.00 p.m : Menamatkan tugasan menceriakan Pentas Nilam Sekolah.

5.30 p.m : Ucapan ringkas terima kasih kepada semua oleh


tuan pengerusi, dan jamuan ringan

5.45 p.m : Bersurai.

6.0. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, segala usaha dan aktiviti khidmat masyarakat


dapat melahirkan warganegara yang patrioritik , bertanggunjawab
dan prihatain kerana insan-insan ini memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara. Tanpa kerjasama dan sikap tidak
mementingkan diri yang tersemat pada diri mereka, projek-projek
seumpama ini tidak akan berjaya. Matlamat serta objektif khidmat
masyarakat sebenarnya jelas memberi peluang kepada semua ahli
masyarakat untuk menghulurkan tenaga mereka demi menjayakan
hasrat-hasrat yang begitu murni. Maka dengan itu para guru
sememangnya boleh menjadi pemangkin bagi mendorong
masyarakat kita tampil ke hadapan berganding bahu membantu
melakukan usaha-usaha seumpama ini. Penyertaan aktif para guru
dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar
sekolah dapat menyemarakkan lagi kepercayaan waris kepada para
pendidik dalam melahirkan rakyat bersahsiah tinggi dan berilmu
Rujukan

http://www.siviks.smkrajaperempuanipoh.com/KHIDMAT%

http://epic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/20120214125

4_HBEF2703%20Topik%208.pdf