Вы находитесь на странице: 1из 2

Soalan: 

Kenaikan harga barang di negara kita semakin sukar untuk


dibendung. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkahyang perlu diambil untuk
menghadapi kenaikan ini. 

Jawaban: 
Strategi: 
T=Kenaikan harga barang ( Tema )
K=Langkah ( Kata Kunci ) 
F=Umum ( Format/ Tiada format khusus ) 

Pengenalan 
Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini
menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang
hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini,
kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah
yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini bak kata
pepatah ingat sebelum kena jimat sebelum habis. 

Isi 1 
Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat
Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan
dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu
ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100%, perbelanjaan tersebut hendaklah
dikurangkan kepada 50 atau 60% sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui
cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat
mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan
kenaikan harga barang. 

Isi 2 
Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga
dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang
sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah
diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian
pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah
menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan
sebagainya. 
Isi 3 

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklahmemboikot barang-barang di pasaran


yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati
seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai
contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami
kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap
ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali. 

Isi 4 
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga
barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang
bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke
semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak
bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan
harga barangan secara sesuka hati atau cubamemasang lukah di pergentingan, mereka
hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani
untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga
minyak. 

Kesimpulan 
Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua
pihak haruslah bekerjasamabagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Bagi
sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama
didaki dan ke lurah sama-sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut
yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu
jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di
hujung tanduk ini.

Вам также может понравиться