Вы находитесь на странице: 1из 8

Assignment - Year 5 (Semester 1 - January) PRINSIP-PRINSIP PENGUBAHSUAIAN

TINGKAH LAKU ABPC3303


1.PENGENALAN
Semua orang tahu kesihatan amat penting dalam kehidupan seharian kita tidak kira umur mahu
pun jantina. Malah kesihatan dikatakan memainkan peranan utama dalam menjamin keceriaan
hidup setiap manusia. Dalam erti kata lain, kesihatan dirujuk sebagai suatu keadaan di mana
tubuh badan tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, tekanan
darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya. Mengamalkan gaya hidup yang sihat merupakan
kunci utama kepada kesejahteraan hidup setiap individu. Individu yang sihat pastinya dapat
memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1948, mereka mendefinisikan kesihatan sebagai suatu
keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit
kronik berlandaskan dari keadaan sosial dan masyarakat.

Dalam tugasan kali ini, saya telah diminta untuk menjalankan satu temu bual dengan seorang
pesakit kronik. Saya telah memilih seorang pesakit yang menghidap penyakit kronik iaitu
diabetes atau dikenali sebagai penyakit kencing manis yang bernama Puan Faridah Mohamad
yang berusia 55 tahun. Dalam temu bual tersebut, saya akan menerangkan secara ringkas tentang
kesihatan beliau, status dan proses perubahan serta cabaran dan sokongan yang dihadapi oleh
beliau. Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang kesihatan beliau, saya terlebih dahulu
akan menerangkan apa yang dimaksudkan dengan penyakit kronik.

Penyakit kronik adalah keadaan yang tahan lama yang boleh dikawal tetapi tidak boleh diubati.
Penyakit kronik banyak menjejaskan kesihatan penduduk di seluruh dunia. Seperti yang
diterangkan oleh (WHO), penyakit kronik merupakan salah satu punca utama kematian dan
kecacatan di Amerika Syarikat. Di Malaysia sendiri sebanyak 70% kematian berpunca daripada
penyakit kronik. Di mana sebahagian daripada itu merupakan kematian awal berpunca daripada
pemakanan. Manakala terdapat senamyak 10 ribu kematian setahun berkait dengan strok,
serangan jantung dan kegagalan buah pinggang. Sementara itu, sebanyak 6 ribu kematian
setahun disebabkan dari penyakit hati. Di Malaysia juga terdapat 40 ribu kes penghidap kanser
dikesan setiap tahun, 3 juta berkaitan dengan kolesterol tinggi, 2.1 juta penghidap diabetes
(kencing manis) dan 25% dari rakyat Malaysia adalah penghidap obesiti iaitu mempunyai berat
badan yang berlebihan. Data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan bahawa
penyakit kronik yang juga merupakan salah satu penyebab utama kematian pramatang di seluruh
dunia walaupun di tempat-tempat di mana penyakit berjangkit berleluasa. Walaupun penyakit
kronik adalah antara masalah kesihatan yang paling mengancam nyawa, namun ianya juga
merupakan antara yang paling mudah dicegah dan boleh dikawal dengan berkesan.

Pusat Urusan Penyakit Kronik bertujuan untuk membantu orang ramai mengawal kesan penyakit
kronik mereka dengan meletakkan mereka di tengah-tengah penyelesaian kawalan penyakit.
Apabila reka bentuk untuk pendidikan pesakit, penyampaian perkhidmatan, dan sistem
pembayaran semua memberi tumpuan kepada usaha menyokong pesakit dan membina kapasiti
individu dan keluarga untuk menguruskan penyakit dengan berkesan, kawalan penyakit
bertambah, kos penjagaan kesihatan turun, dan kesejahteraan keluarga bertambah baik.

2.PENERANGAN TENTANG TEMU BUAL DAN STATUS PESAKIT


Umum mengetahui bahawa diabetes atau penyakit kencing manis ini yang juga merupakan salah
satu daripada penyakit kronik dan sudah lama dihidapi oleh manusia. Namun begitu, penyakit
kencing manis ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kehidupan setiap penghidap.
Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-
ubatan untuk penyakit ini, jadi tidak ada sebab mengapa penghidap tidak boleh hidup seperti
manusia biasa. Dalam erti kata lain, penyakit kencing manis adalah keadaan di mana terdapat
kadar gula yang terkandung secara berlebihan dalam peredaran darah. Hal ini terjadi disebabkan
oleh badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar
gula kepada tenaga dalam badan. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ yang
dikenali sebagai pankreas yang terletak di bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk
menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang
dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke
dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukosa
(gula) adalah puncak utama yang memberi tenaga.

Kebiasaannya, insulin membantu glukosa dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk
ditukarkan kepada tenaga. Bagi pengidap penyakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak
dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak
dapat bertindak seperti biasa atau normal. Akibatnya, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel
badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan
disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai
penyakit kencing manis. Justeru tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukosa,
walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah secara tidak langsung ianya
menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Penyakit kencing manis terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis 1 - Insulin Dependent Diabetes
Mellitus dan jenis 2 - Non Insulin Dependent Diabetes Melitus. Jenis 1 biasanya terjadi di
kalangan kanak-kanak atau remaja. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan
pemakanan dan senaman. Manakala jenis 2 pula sering ditemui di kalangan penghidap diabetes
yang berumur 40 tahun ke atas. Insulin dihasilkan dalam badan pesakit tetapi tidak berfungsi
secara optimum akibat dari faktor-faktor seperti obesiti, stress, darah tinggi dan pemakanan yang
tidak seimbang. Selalunya, pesakit akan diberi ubat yang sesuai dan perlu mengikut diet tertentu.

Dalam kes Puan Faridah, beliau dikategorikan penghidap diabetes jenis 2. Menurut Puan
Faridah, beliau pada mulanya tidak menyedari yang beliau penghidap kencing manis sehinggalah
pada suatu ketika dimana beliau sukarela melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma
yang dijalankan di klinik berhampiran. Keputusan yang diterima amat mengejutkan di mana
bacaan pertama ialah 9.5 mmol/L. Selepas pemeriksaan tersebut, beliau diminta untuk
mengamalkan diet yang seimbang. Doktor telah memberikan beliau sejenis ubat khas untuk
penghidap kencing manis iaitu ‘Metformin HCI 500 mg’ yang perlu diambil sebanyak 1 atau 2
biji (2 kali) sehari selepas makan. Beliau juga kerap melakukan pemeriksaan berkala seperti yang
diminta. Walaupun bacaan beliau seterusnya menunjukkan turun naik yang agak ketara tetapi ini
tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berubah ke arah kebaikan.

Sementara itu, menurut Puan Faridah kesan yang agak ketara pada kesihatan beliau ialah kerap
membuang air kencing, sentiasa berasa dahaga, selera makan meningkat dan keletihan. Ini
merupakan salah satu tanda bagi penghidap kencing manis seperti beliau. Menurut pakar
kesihatan, terdapat 3 kumpulan makanan yang perlu diketahui oleh para penghidap kencing
manis ialah makanan yang perlu dielakkan, makanan yang perlu dihadkan dan makanan yang
bebas dimakan.

Makanan Yang Perlu Dielakkan


Antara makanan atau minuman yang perlu dielakkan ialah yang kebanyakkannya mengandungi
gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula di dalam darah dengan kadar yang
cepat. Contohnya seperti gula pasir, gula merah, gula melaka, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk
dan halwa. Selain itu, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman
ringan, coklat serta jem (kecuali jem untuk Diabetes). Dalam kata lain, semua makanan atau
minuman yang bersalut atau mengandungi gula.

Makanan Yang Perlu Dihadkan


Antaranya ialah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Makanan dalam kumpulan
ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana. Makanan dalam kumpulan ini juga akan dicerna
dan diserap dengan perlahan-lahan dan dengan ini tidak akan menyebabkan peningkatan aras
gula dalam darah secara mendadak. Selain itu, pengambilan makanan ini harus diagihkan
sepanjang hari bukannya dimakan sekaligus dengan kuantiti yang banyak. Contohnya seperti
nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi,
buah-buahan/jus, sayuran berkanji, labu, jagung dan serbuk coklat.

Makanan Yang Bebas Dimakan


Contohnya seperti air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran,
ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, kicap, sos dan garam.

Dalam pada itu, menurut Puan Faridah juga, beliau merupakan seorang penggemar nasi. Tidak
kiralah apa jua juadah selagi ianya mengandungi nasi, beliau akan menjamahnya. Sebelum ini,
beliau tidak tahu dan tidak menyedari akan kandungan kanji dalam nasi sehinggalah beliau telah
dimaklumkan mengenainya. Walaupun beliau bukan seorang penggemar manisan namun, akibat
dari diet yang tidak seimbang beliau percaya yang inilah juga merupakan faktor mengapa beliau
menghidapi kencing manis sejak dua tahun lepas.
Bercakap soal perubahan mengikut model ‘Transtheoretical’ oleh Prochaska&Diclement (1983)
merupakan suatu model yang integratif tentang perubahan perilaku. Kunci pembangun dari teori
lain yang terintegrasi. Model ini menguraikan bagaimana orang-orang memodifikasi perilaku
masalah atau memperoleh suatu perilaku yang positif dari perubahan perilaku tersebut. Model ini
juga adalah suatu perubahan yang disengaja untuk mengambil suatu keputusan dari individu
tersebut. Model melibatkan emosi, pengamatan dan perilaku, melibatkan pula suatu kepercayaan
diri. Mengambil dari kes Puan Faridah ini, beliau mengambil keputusan untuk berubah demi
kesihatan dalam jangkamasa panjang. Apa yang saya dapat lihat dari temu bual yang dijalankan,
Puan Faridah seorang wanita yang tidak pernah putus asa untuk berubah walaupun perlu
berulang alik ke hospital atau klinik yang berdekatan sekerap yang mungkin.

3.MOTIVASI DAN PROSES PERUBAHAN


Dewasa ini, bagi kebanyakan daripada kita percaya bahawa perubahan adalah satu proses yang
amat sukar. Begitu juga kepada kebanyakkan pesakit kronik yang tidak terlepas dari situasi
tersebut. Justeru, kita sebagai orang sekeliling yang rapat dengan pesakit perlu merangsangkan
mereka untuk melakukan perubahan demi kesihatan mereka. Bagi Puan Faridah, motivasi untuk
berubah datang dari dirinya sendiri melalui rangsangan oleh anak-anaknya. Sejak dari mendapat
penyakit tersebut, Puan Faridah banyak mengurangkan makanan dan minuman yang boleh
mendatangkan bahaya kepada kesihatannya. Sedikit sebanyak Puan Faridah belajar tentang
penyakit yang dihidapinya. Bagi beliau, ilmu tentang penyakit tersebut amat perlu dipelajari
supaya dapat mengelakkan apa yang tidak patut dimakan atau diminum. Dalam erti kata lain,
mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Menurut Puan Faridah, langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan
mengawal paras glukosa di dalam darahnya. Ianya dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet
pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak
berkesan, beliau akan pengambilan ubatan yang disyorkan. Mengamalkan amalan diet
pemakanan yang sihat menjadi rutin harian beliau kini. Amalan pemakanan yang baik diperlukan
bagi pesakit kencing manis sepertinya. Antara kebaikannya seperti memperolehi zat-zat makanan
yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul, dapat mengawal paras gula dalam darah, dapat
mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai serta dapat mengelak dan melambatkan
pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Puan Faridah amat mementingkan tips dan panduan dalam merancang pemakanan sehariannya.
Baginya waktu makan yang teratur perlu diambil pada waktu yang sesuai iaitu semasa sarapan
pagi, makan tengahari, makan malam dan snek. Selain itu, dengan mengurangkan lemak, garam
serta makanan yang tinggi kolestrol merupakan salah satu cara yang terbaik. Sementara itu, dari
segi senaman Puan Faridah bersenaman secara sederhana setiap hari. Senaman yang sederhana
secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke
paras normal. Ianya sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

Pada pendapat saya, aktiviti senaman setiap hari dapat membantu para penghidap kencing manis
merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang serta dapat
meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini juga dapat memastikan paras
normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang
sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke
paras normal.

4.CABARAN DAN SOKONGAN


Bagi penghidap kencing manis, cabaran yang paling sukar adalah semasa menghadapi puasa
terutamanya di mana keadaan seperti hipoglisemia (paras gula terlalu rendah), hiperglisemia
(paras gula terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) sehingga boleh menyebabkan mereka
pengsan dan koma. Puasa adalah ibadat dan amalan baik untuk penghidap kencing manis.

Namun, terdapat beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum pesakit dibenarkan berpuasa
supaya itu tidak memudarat dan membahayakan nyawa. Untuk membolehkan seseorang
penghidap kencing manis berpuasa, penyakitnya perlu dalam keadaan terkawal dan tahap gula
dalam paras sasaran iaitu 5.8 hingga 8 mmol/liter. Jika paras gula pada tahap ini, pesakit boleh
berpuasa tanpa masalah.

Tidak ramai di kalangan kita yang mengetahui tentang kaedah rawatan atau proses pemulihan
sesuatu jenis penyakit dengan mendalam sehinggalah kita sendiri atau ahli keluarga yang
menghidapinya. Kekurangan maklumat atau pengetahuan berkaitan sesuatu jenis penyakit
menyebabkan kadang-kadang kita beranggapan bahawa penyakit yang dihidapi itu sukar untuk
dipulihkan atau sekurang-kurangnya diminimumkan.

Dengan adanya sokongan moral serta penjagaan khusus di rumah, ianya dapat mewujudkan
persekitaran yang positif untuk pesakit. Walau bagaimanpun, ramai yang tidak mengetahui
bahawa merawat pesakit di rumah dapat memberi sokongan dari segi psikologi kerana dengan
adanya keluarga dapat mewujudkan suasana yang lebih ceria.

Melihat pada kes Puan Faridah, beliau sememangnya mempunyai keazaman yang kuat untuk
melakukan perubahan demi kesihatannya sendiri. Sejak menghidap penyakit tersebut beliau
semakin prihatin tentang amalan pemakanannya termasuklah untuk ahli keluarganya. Menurut
beliau, pada mulanya agak sukar untuk berubah tetapi atas sokongan dari keluarga, beliau akur
dan yakin akan kebaikan jika mengamalkan diet serta senaman yang betul. Memang tidak
dinafikan memang mudah untuk berkata-kata, tetapi jika kata-kata bersertakan dengan tindakan
itulah yang penting. Apa yang saya dapat nilaikan dari temu bual dengan Puan Faridah, hasil
perubahan yang berlaku dilihat berjaya. Perubahan demi perubahan agak positif dimana
pemeriksaan pada 26 februari yang lepas sebanyak 5.8 mmol/L. Keputusan yang diterima amat
memberangsangkan. Hal ini kerana, beliau mengikut diet dan senaman serta pengambilan ubatan
yang disyorkan kepadanya.

5.KESIMPULAN
Umum sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam sistem pyramid adalah
sangat penting untuk keperluan tubuh badan. Walau bagaimanapun, gaya hidup moden ini
menyebabkan golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan
yang tinggi pada makanan segera selalunya akan mengakibatkan pengambilan lemak tepu,
kolestrol, gula ringkas dan sodium yang tinggi. Mereka yang tidak mengambil hidangan
secukupnya pasti akan kekurangan nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka dan
secara tidak langsung akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik datang.

Justeru, amalan gaya hidup yang sihat amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk
menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum.oleh itu, setiap dari kita seharusnya
mempunyai kesedaran dalam menggiatkan lagi tahap penjagaan kesihatan. Gaya hidup sihat
merupakan suatu amalan kehidupan yang membina di mana ianya dapat membawa kesan yang
positif kepada seorang individu, keluarga dan masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah
satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Contoh amalan gaya hidup
sihat ialah seperti pemakanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur serta rehat yang cukup,
kebersihan dari segi mental dan fiizikal serta persekitaran yang bersih. Sudah pasti semua sudah
sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam sistem piramid.adalah sangat penting
untuk tubuh badan. Dengan gaya hidup moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja
mudah mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalu
mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang tinggi. Mereka
tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan nutrient penting yang
diperlukan tubuh badan mereka.

Kebaikan gaya hidup yang sihat ialah dapat memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan
yang baik. Sebagai contoh, gaya hidup sihat selalunya memberi faedah kepada kecergasan
fizikal. Selain itu, amalan gaya hidup sihat juga dapat menggurangkan risiko menghadapi
penyakit kronik seperti yang dibincang di atas. Dalam pada itu, gaya hidup sihat juga menjamin
kestabilan mental serta sentiasa mengawal tekanan. Pada masa yang sama, gaya hidup sihat
dapat melahirkan insan yang berdisiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitarannya. Di
samping itu, kita dapat hidup dalam suasana yang sihat sejahtera.

Terdapat beberapa punca berlakunya pelbagai penyakit kronik salah satunya adalah tekanan
hidup.Tekanan hidup juga merupakan punca penyakit yang serius. Individu yang pemarah,
pantang kalah dan mahu berjaya dalam semua hal akan sentiasa cemas. Kegagalan dalam hidup,
tekanan keluarga dan tekanan kerja juga mendatangkan kesan kepada jantung mereka. Selain itu,
tekanan hidup juga akan menyebabkan pergolakan emosi serta kekecewaan akan menyebabkan
kemurungan seterusnya keseimbangan hormon badan akan terjejas. Lama-kelamaan, hal ini
menyebabkan penyakit yang serius seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, strok dan
sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan penyakit kronik setiap tahun turut
menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan negara yang sepatutnya digunakan untuk
pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam erti kata lain, kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh
tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita
tidak perlu mengejar kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam
kegiatan seharian, diet pemakanana yang seimbang dan sebagainya. Bak kata perpatah
‘mencegah lebih baik dari mengubati’. Kesedaran ini amatlah penting untuk diterapkan dalam
setiap diri kita tanpa mengira umur dan jantina. Penyakit yang kronik pasti mendatangkan
penderitaan kepada diri pesakit dan keluarganya. Oleh itu, kita perlulah sama-sama
menghindarinya. Dalam erti kata yang sebenar, tabiat hidup yang sihat dan positif amat penting
dalam menjamin kesihatan yang harmoni dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar.

2640 Perkataan

APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI

Perbezaan Maksud Penyakit Kronik Dengan Penyakit Berbahaya. (2011). [Online].


Available : https://guruselamanya.wordpress.com/2011/09/
13/perbezaan-penyakit-kronik-dan-penyakit-berbahaya/. [2015, Februari 28].

Punca Penyakit Kronik dan Langkah Untuk Mengatasinya. (n.a.). [Online].


Available : http://2k2sultanahbahiyahkumpulan4.blogspot.com/2011/
09/punca-penyakit-kronik-dan-langkah.html. [2015, Februari 28].

Masalah Kronik Abad Ke-21. (n.a.). [Online].


Available : http://www2.hmetro.com.my/articles/Masalahkronikabad
ke-21/Article. [2015, Februari 28].

Saringan Kesihatan Elak Penyakit Kronik. (2011). [Online].


Available : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0906&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm. [2015, februari 28].

Behavior Modification. (n.a.). [Online].


Available : http://en.wikipedia.org/wiki/Behavior_modification.
[2015, Februari 28].

Transtheoretical Model. (2010). [Online].


Available : http://dou-dena.blogspot.com/2010/10/transtheoretical-model.html.
[2015, Februari 28].

Penyakit Kencing Manis (Diabetes). (2011). [Online].


Available : http://insomniangarang.blogspot.com/2011/01/penyakit-
kencing-manis-diabetes.html. [2015, Februari 28].

Вам также может понравиться