Вы находитесь на странице: 1из 41
BAB KEEMPAT ANALISIS HAK POLITIK BUKAN ISLAM MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 4.1 Pendahuluan Dalam bab ini penulis akan menganalisis hak politik bukan Islam berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Penulis akan mengemukakan beberapa sub topik yang boleh membantu menjelaskan subjek kajian penulis dalam sistem pemerintahan di Malaysia seperti kerajaan berparlimen dan sistem pengasingan kuasa. Penulis seterusnya akan menganalisis peruntukan hak politik bukan Islam seperti hak untuk mencalonkan dan dilantik sebagai pemimpin, hak mengundi dan mengkritik sebagaimana yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi. 4.2 Sistem Pemerintahan Di Malaysia Sistem pemerintahan sesebuah negara mempunyai kaitan yang erat dalam menentukan bentuk dan perlaksanaan hak politik terhadap rakyatnya, Bagi menjelaskan peruntukan hak politik bukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, penulis akan mendatangkan beberapa unsur dan prinsip sistem pemerintahan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia. Ini adalah kerana perlaksanaan hak politik dalam sebuah kerajaan biasanya berlandaskan kepada 108 prinsip pemerintahan sesebuah negara. Bagi mendapat penjelasan yang lebih terperinci, penulis akan menjelaskan pengertian demokrasi berparlimen dan konsep pengasingan kuasa yang di amalkan di Malaysia. 4.2.1 Demokrasi Berparlimen Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen atau kerajaan berparlimen' yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.’ Demokrasi Berparlimen bermaksud sistem pemerintahan negara dan rakyat menerusi konsep perwakilan.’ Demokrasi Berparlimen yang diterapkan dalam pemerintahan Malaysia adalah ala Westminister’ England di samping beberapa perubahan sejak negara mencapai kemerdekaan.> Malaysia adalah merupakan negara jajahan Britan sebelum mencapai kemerdekaan pada 1957M. Oleh sebab itu perlembagaan dan undang-undang negara telah digubal berdasarkan common law Inggeris® dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengamalan sistem ini. " Mahathir Mohammad (1995M), The Malaysian System of Government. Kuala Lumpur: Utusan Print Corp., h. 1. Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad (ed.) (2002M), Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 12. 2 Untuk penjelasan lanjut. Lihat K. Ramanathan (192M), Asas Sains Politik. Dalam Bab 5, “Doktrin Pengasingan Kuasa”, Shah Alam: Fajar Bakti, h. 227. » Ensiklopedia GLOBAL (2001M), j. 19. Kuala Lumpur: Smart Genie Copration SDN. BHD., h. 206. * Parliament dari Sistem Kerajaan Peranois lama dan ‘Parlemet’ dalam bahasa Latin atau “Parliamentum’, adalah badan perundangan yang berasal dari England dan Ireland. Sebab itu dinamakan Westminister. * Abdullah @ Alwi Haji Hassan (2004M), “Sistem Pentadbiran Dalam Sesebuah Negara Islam,” Konsep dan Peranan Ulil Amri di Malaysia. Abdul Monir Yaacob & Suzalie Mohamad. ~ (ed.), Kuala Lumpur: IKIM., h. 123. ° Rais Yatim (2000M), “Globalisasi dan Perubahan Undang-undang,” Jurnal Pemikir, Oktobar dan Dicember 2002, h. 173. 109 Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Bagi menjelaskan maksud demokrasi berparlimen, di bawah penulis sertakan huraian ringkas berkenaan demokrasi dan sistem pengasingan kuasa. (A) Pengertian Demokrasi Perkataan demokrasi berasal dari bahasa Yunani, iaitu demos yang bererti rakyat dan kratia atau kratos yang bererti kekuasaan, iaitu membawa erti kekuasaan berada pada rakyat.’ Dari pengertian di atas demokrasi adalah suatu istilah yang umumnya bermaksud kerajaan atau pemerintahan berasaskan kepada kuasa rakyat, iaitu sistem pemerintahan oleh rakyat untuk rakyat.* la bermaksud sistem pemerintahan negara dan rakyat menerusi wakil-wakil mereka yang dipilih dalam pilihanraya.” Konsep pemerintahan demokrasi adalah jelas berlawanan dengan konsep pemerintahan oligarchy (kekuasaan berada pada beberapa orang atau kelompok) dan monarchy ataupun tyranny (kekuasaan berada pada satu orang saja). Ini kerana kuasa pemerintahan dalam sistem demokrasi adalah diberikan kepada rakyat atau warganegara. Sistem pemerintahan demokrasi seperti ini 7 Al-Nahwy, “Adnin “AIT Rida (1990), Syiira Bukan Demokrasi. Mustafa dan Usman Husen (Pentj.), Kuala Lumpur: Media Ehsan, h. 24. Robert Dhal (1989M), Democracy and lts Critics. London: Yale University Press, h. 22. = * Syed Ahmad Hussein (1994M), Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 8. ° Ensiklopedia GLOBAL (2001M), op.cit., h. 206. 110 disebut sebagai demokrasi secara tidak langsung.'° Di dalam sistem ini mereka pin bertindak sebagai wakil daripada rakyat untuk yang terpilih menjadi pemi memerintah negara. Model kekuasaan dan pemerintahan seperti ini, dikenal juga dengan sebutan demokrasi liberal iaitu suatu sistem pemerintahan yang memberikan hak individu kepada warganegara dalam sesebuah negara samada dari sudut memperolehi hak ekonomi, sosial dan politik.'' Inilah bentuk sistem pemerintahan kebanyakan negara di dunia, dewasa ini yang menjadikan demokrasi liberal sebagai asas di dalam menjalankan sistem pemerintahan negara setelah kejatuhan komunisme dan sosialisme'? termasuklah negara kita Malaysia. (B) Parlimen Sebagai Badan Perundangan di Malaysia Bagi menjelaskan sistem pemerintahan di Malaysia yang mengamalkan sistem Kerajaan Berparlimen, penulis akan mendatangkan huraian ringkas berkenaan Parlimen dan pembahagian setiap komponen Parlimen Malaysia. "© Abdul Aziz Bari (2002M), Majlis Raja-Raja Kedudukan dan Peranan Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 4 "T Geogre Sorensen (1993M), “Democracy and Democratization: Prosesses and Prospects ina Changing World”. Boulder: Westview Press, h. 10-11 dalam Mahmood Monshipouri, (1998M), Islamism, Secularism, Reform and Human Rights: Concept and Theoretical Approaches. London: Lynne Rienner Publishers Inc, h. 15. - "" Mahatir Mohamad (2003M), Politik, Demokrasi dan Asia Baru; Ucapan Pilihan Dr. Mahatir Mohamad, Hashim Makaruddin (ed.), Mohktar Ahmad (Pentj.), Kuala Lumpur: Utusan Pblications & Distributors SDN BHD. h. 33 ll Dalam pengamalannya di Malaysia, kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen. Parlimen biasanya merujuk kepada kuasa perundangan iaitu majlis tertinggi yang menggubal undang-undang.'* Maj terdiri daripada ‘Lord’ atau ‘Raja’, dan dua dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan Sanate.'* Kuasa perundangan ini bermaksud kuasa untuk membuat dan membatalkan undang-undang. Sistem Parlimen di Malaysia terbahagi kepada tiga bahagian'® sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam senarai Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.'® _ 4.2.2 Struktur Parlimen Di Malaysia Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga struktur iaitu, Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara (DN) dan ahli Dewan Rakyat (DR). 4.2.2.1 Yang di-Pertuan Agong Kepala Utama Negara bagi persekutuan'” digelarkan Yang di-Pertuan Agong.'* Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih memegang tampuk "’ Ensiklopedia GLOBAL (2001M), op.cit., h. 129. "* Jeffrey Goldswarthy (1999M), The Sovereignty of Parliment; History and Philsopy. Oxford: Clarendon Press, h. 2. "° Encyclopedia Malaysiana (1416H/1996M), j. 9. Kuala Lumpur: Anzagain SDN. BHD., h. 407. ‘© Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Perkara 44. Rujukan Perlembagaan Persekutuan ini diambil daripada Perlembagaan Persekutuan (Hinggga 15 OGOS 203M) 2003M, Petaling Jaya: International Law Book Services (ILBS).. "” Persekutuan adalah nama Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris. Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 1 (1). [bid., Bahagian 4, Perkara 32 (1). 112 pemerintahan negara selama tempoh lima tahun oleh Majlis Raja-Raja.'” Yang di- Pertuan Agong menjadi sebahagian daripada Parlimen, namun Baginda tidak mempengerusikan Dewan Negara dan Dewan Rakyat tetapi menyampaikan titah ucapan di kedua-dua Dewan apabila perlu dan ini hanya dilakukan pada permulaan setiap sesi Parlimen yang bermula pada awal tahun.”? Baginda Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas berikut:- i, Memanggil mesyuarat Parlimen ii, Menamatkan penggal Parlimen (mengikut nasihat Jemaah Menteri) Membubarkan Parlimen 4.2.2.2 Dewan Negara Dewan negara merupakan komponen kedua Parlimen Malaysia yang merupakan Majlis Tertinggi atau Senat.”’ Dewan ini mempunyai 70” orang ahli yang terdiri daripada 2 kategori:~ 7° i. 26 orang ahli adalah daripada 13 buah negeri, setiap negeri diwakili oleh 2 orang ahli.* Ahli-ahli adalah dipi Negeri di bawah perkara 45(1) (a) Perlembagaan Persekutuan. '° [bid., Bahagian 4, Perkara 32 (3). i oleh Majlis Undang-undang 2 Malaysia Kita (2002M), c. 3, Kuala Lumpur: International Law Book Services (ILBS), h. 199, 2" Tbid., h. 200. ® Namun begitu Ahli Dewan Negara yang dilantik pada masa sekarang ialah seramai ST” ‘orang sahaja. Sila rajuk Lampiran D. ® hup://www.parlimen.gov.my/Dew Negara, 3 Jan 2004. * Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45 (1) (a). 113 4.2.23 44 orang ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, termasuk dua orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang dari Wilayah Persekutuan Putrajaya. Dewan Rakyat Dewan Rakyat pula merupakan komponen ketiga Parlimen Malaysia. Dewan ini merupakan satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat mereka melalui wakil-wakil mereka yang dipilih dalam pilihanraya.”* Dewan ini terdiri daripada 2197” orang ahli yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya setiap lima tahun. (a) Dua ratus enam ahli ialah dari Negeri-negeri dalam Malaysia seperti berikut: ** vi. Dua puluh enam orang anggota dari Johor; Lima belas orang anggota dari Kedah; Empat belas orang anggota dari Kelantan; Enam orang dari Melaka; Lapan orang anggota dari Negeri Sembilan; Empat belas orang anggota dari Pahang; 5 [bid., Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45 (1) (aa) dan (b). * Malaysia Kita (2002M), c. 3, op.cit., h. 203. ® Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 46 (1). * [bid., Bahagian 4, Bab 4, Perkara 46 (2) (a) dan (b). 114 vii. Tiga belas orang anggota dari Pulau Pinang; viii, Dua puluh empat orang anggota dari Perak; ix. Tiga orang anggota dari Perlis; x. Dua puluh lima orang anggota dari Sabah; xi, Dua puluh lapan orang anggota dari Sarawak; xii, _ Dua puluh dua orang anggota dari Selangor; xiii, Lapan orang anggota dari Terengganu; dan (b) tiga belas orang ahli dari Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putra jaya seperti yang berikut:~ i. sebelas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; ii, seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan: iii, seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Putrajaya. Berdasarkan daripada penjelasan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Parlimen Malaysia terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, ahli Dewan Negara seramai 70 orang ahli dan ahli Dewan Rakyat yang berjumlah seramai 194 orang. Tegasnya parlimen ialah kuasa perundangan yang melibatkan perwakilan yang dipilih oleh rakyat bagi menyelaras dan menyuarakan hasrat rakyat.”? Ia adalah merupakan badan yang terpenting didalam merangka dan meluluskan undang-undang negara. ® Encyclopedia Malysiana (1996M), op.cit., j. 9. h. 407. 115 © Sistem Pengasingan Kuasa Doktrin pengasingan kuasa adalah satu asas pentadbiran kerajaan demokratik hasil cetusan sarjana Perancis, Montesqieu”° (1689-1775) melalui bukunya De L’ Esprit desloix (The Spirit of Laws) atau semangat hukum.”! Doktrin ini membahagikan kuasa kepada tiga kelompok iaitu:™* i, Badan Perundangan (Legislatif) yang bertanggungjawab membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana- mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain ii, Badan Pentadbiran atau pemerintahan (Eksekutif) yang bertanggungjawab memerintah dan melaksanakan undang-undang ii, Badan Kehakiman yang bertanggungjawab menguatkuasakan dan mentafsir undang-undang. Konsep dan perlaksanaan ketiga-tiga badan di atas telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.” Tujuan utama doktrin ini adalah untuk mengelakkan pemusatan kuasa iaitu penumpuan kuasa kepada satu kumpulan atau seorang individu. Dengan adanya pembahagian ini, akan berlakulah imbangan kuasa dan secara tidak langsung ia dapat mengelakkan berlakunya pemerintahan kediktatoran dan autoritarian. Tujuan utama pengasingan kuasa ialah untuk > Nama lengkap beliau ialah Charles Louis de Secondant Baron de Montesquieu. Lahir pada 1689 di Bordeaux, Prancis di kalangan keluarga bangsawan yang berada. +! Deliar Noer (2001M), Pemikiran Politik Di Negeri Barat. c. 7. Bandung: Penerbit Mizan, h. 135. ® Malaysia Kita (2002M), op.cit., h. 183. » Contohnya Badan Perundangan Persekutuan dalam Bahagian 4 Perlembagaan Persekutuan. Badan Pentadbiran pula diperincikan juga dalam Bahagian 4, pada bab 3 dan 4. Manakala Badan Kehakiman dalam Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan. 116 menentukan supaya orang atau badan yang sama tidak dipertanggungjawabkan untuk mengubal undang-undang dan menguatkuasakannya. Badan eksekutif pula ialah badan yang berperanan dalam pentadbiran kerajaan dan pengendalian urusan masyarakat secara Jangsung. Biasanya badan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri yang memegang kuasa eksekutif dalam sistem pemerintahan kerajaan yang diamalkan di Malaysia.“ Dalam ilmu politik moden, kuasa eksekutif biasanya ditakrifkan sebagai pihak yang bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang telah digubal oleh badan perundangan. Badan kehakiman®® pula adalah merupakan satu badan yang terlibat secara langsung dalam menegakkan keadilan berdasarkan undang-undang yang telah diputuskan oleh badan perundangan negara. la menjadi kuasa pemutus terhadap pertikaian yang berlaku di kalangan rakyat mahupun pertikaian antara kerajaan dan rakyat. Prinsip yang tidak dapat dipisahkan dalam membicarakan topik “Doktrin Pengasingan Kuasa’ ialah Konsep ‘Check & Balance’ (Kawalan dan Imbangan). la membawa maksud bahawa ketiga-tiga cabangan pemerintahan itu mestilah berdiri sama tinggi duduk sama rendah iaitu tidak boleh satu pihak menguasai kehendak pihak yang lain. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan berlakunya pengaruh tak berpatutan dan menimbulkan ketidakadilan akibat pemusatan kuasa ke satu-satu cabang pemerintahan itu. * Lihat Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Bab 3. * Tbid., Bahagian 9. 7 Secara ringkasnya ciri-ciri doktrin ini terdapat pemisahan kuasa antara tiga kelompok kuasa iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman seperti di atas. Perlembagaan Persekutuan secara jelas menjamin kebebasan badan kehakiman samada oleh Badan Perundangan mahupun Badan Eksekutif. Perjalanan kuasa hakim adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuklah hakim Mahkamah Agong dan Mahkamah Tinggi tidak boleh dipecat™ kecuali setelah melalui proses yang amat ketat. Setiap cabang kuasa dianggotai dan dikuasai oleh orang atau kelompok yang berbeza bagi mempastikan berlakunya ‘check and balance’ (selia dan imbang) antara satu sama lain mengikut peranan masing-masing. Ini bermakna jika konsep ini diikuti sepenuhnya maka tiada siapapun dari ketiga-tiga cabang pemerintahan boleh mengambil bahagian dalam fungsi cawangan lain. Menurut prinsip asal, pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan Perundangan (Legislatif) dan begitu juga Badan Kehakiman sepatutnya bebas dari campurtangan pihak Eksekutif dan Legislatif. Pengasingan kuasa adalah asas kepada terbentuknya demokrasi dalam sistem pentadbiran Kerajaan Demokrasi. Fareed Zakaria” dalam bukunya “The Future of Freedom: Iliberal Democracy at Home and Abroad”, berpendapat bahawa demokrasi tidak dapat hidup dalam masyarakat yang tidak menghargai dan mengamalkan secara sebenarnya konsep pengasingan kuasa dan perlindungan hak kebebasan asasi** seperti hak politik bagi warganegara. % jbid., Bahagian 9, Perkara 125 dan 125(A).. >” Editor Newsweek International. °* Karim Raslan, “Demokrasi Memerdekakan Ummah,” Dewan Masyarakat, Ogos 2003, hl. 118 Namun konsep pengasingan kuasa tersebut tidak menghalang berlakunya pencantuman kuasa diantara ketiga-tiga badan tersebut. Malaysia contohnya mengamalkan corak percantuman kuasa (fushian of power) bukannya pengasingan kuasa, khususnya pada badan legislatif dan eksekutif.” Ini bermaksud badan permerintahan dan badan perundangan dianggotai oleh orang yang sama dan mereka bertanggungjawab atas dasar kementerian dan secara keseluruhan kepada parlimen.° Proses ini dapat dilihat dalam sistem pentadbiran negara Malaysia yang di amalkan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. 43 Prinsip Demokrasi Setelah membincangkan beberapa konsep umum berkenaan demokrasi berparlimen, struktur pemerintahan Malaysia dan sistem pengasingan kuasa, penulis akan mendatangkan tiga prinsip asas demokrasi liberal barat *" yang dijadikan asas dalam pemerintahan demokrasi. » Syed Ahmad Hussein (1414H/1994M), Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 100-101. = “© Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif (2002M), “Demokrasi Persaingan dan Perwakilan”, Ghazali Mahyudin eal. (ed.), Politik Malaysia Perspel Praktik, Universiti Kebangsaan Malaaysia: Bangi, h. 26. K. Ramanathan (1992M), op.cit. h. 260. Malaysia Kita (202M), c. 3. op.cit.,h. 183. Ss 41 )-Qabanji, Sadr al-Din (1985M), al-Mazhab al-Siydsi fi al-Islam. c. 2. Beirat: Dar al- ‘Adwa’, h. 140. Ahmad Suhelmi, M.A (199M), Pemikiran Politik Barat; Kajian Sejarah Perkembangan Pemikiran Negara, Masyarakat dan Kekuasaan. Jakarta: Dar al-Falah, h. 245-246. 119 4.3.1 Kedaulatan (sovereignity) Di Tangan Rakyat” Kedaulatan adalah antara prinsip asas dalam sistem demokrasi. Kedaulatan membawa maksud kekuasaan tertinggi.’? Makna kedaulatan dalam bahasa Inggeris ialah sovereign, ia bermaksud kekuasaan mutlak dan kedaulatan negara.** Kedaulatan (sovereignity) juga bermaksud ketuanan mutlak (absolute overlordship) atau kekuasaan penuh (complete suzerainty).° Apabila kedaulatan ini dikaitkan dengan negara yang mengamalkan demokrasi, maka ianya bermaksud negara mempunyai kedaulatan yang bersumberkan kedaulatan rakyat. Prinsip asas ini lahir daripada evolusi pemikiran politik barat yang meletakkan kedaulatan negara itu berada di tangan rakyat.*° Justeru itu: maksud kedaulatan yang dikehendaki di sini ialah kedaulatan di tangan rakyat*’ yang bererti rakyat mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan melantik pemerintah yang bertindak selaku kuasa rakyat dalam mentadbir dan memerintah negara.** Dalam erti kata lain, rakyat adalah suara yang mempunyai kedaulatan dalam menentukan kepimpinan negara.”” Ini termasuklah dalam menggubal dan meminda undang-undang kerana badan perwakilan itu adalah dilantik berdasarkan majoriti suara rakyat dalam ® Jean Touchard ef al. (1983M), Tarikh al-Fikr al-Sivasi, Ali Mugalid (Tetj.), c. 8. Lubnan: Dar al-Ilmiyyah, h. 19. James P.Sterba (1999M), Justice Alternative Political Perspectives. Canada: Wadsworth Publishing Company, h. 181. Munir Ba’albaki (1995M), al- Mawarid, Beirit: Dar al-'lim al-Malayin, h. 260. © Kamus Dewan (1422H/2002M), Edit. Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 277. “ Al-Mawarid (1995M), op.cit., h. 882. * Abdullah @ Alwi Haji Hassan (2004N), op.cit., h. 102. “° Ghazali Mahyudin et al. (ed.), op.cit., h. 25. Ciri -ciri utama kedaulatan rakyat ialah; i. Rakyat mempunyai hak keatas badan perundangan, pentadbiran dan kehakiman. ii. Rakyat iaitu setiap warganegara adalah berhak mempunyai kedaulatan keatas pentadbiran negara, bukannya orang perseorang dan parti tertentu> Lihat dalam Al-Qabanjji, Sadr al-Din (1985M), op. cit.,h. 140 * Ibid.,h. 140. “ K. Ramanathan (1992M), op.cit., h. 283. 120 pilihanraya, Proses penggubalan atau meluluskan undang-undang adalah daripada kuasa Parlimen sebagaimana terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan™ yang memperuntukkan acara perundangan secara terperinci.. Kaedah atau cara sistem pemerintahan demokrasi ialah pemerintahan yang menjadikan ktiasa keseluruhannya di tangan rakyat. Tiada pindaan undang- undang kecuali dengan pendapat majoriti.*> Kedaulatan rakyat bermaksud rakyat yang berkuasa menggubal undang-undang negara berlandaskan prinsip kuasa 3 rakyat yang dijelmakan dalam bentuk kerajaan berperwakilan * sebagaimana yang diamalkan oleh kebanyakkan negara demokrasi termasuk Malaysia. Berdasarkan formula demokrasi menurut Abraham Lincon, ‘Kerajaan bagi pihak rakyat,’ sistem demokrasi semasa iaitu kerajaan yang berdasarkan perwakilan rakyat dan untuk kepentingan rakyat,* memiliki kedaulatan membuat undang-undang. Maka konsep kedaulatan ini menjadikan pemegang kedaulatan atau kuasa (pemerintah) dengan sendirinya memiliki hak tanpa dipersoalkan lagi untuk mengeluarkan perintah ke atas rakyat sesebuah negara yang dikuasainya. Dalam masa yang sama rakyat adalah wajib mentaatinya secara mutlak samada rela atau sebaliknya® atau berdasarkan konsep Islam atau tidak. * Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Bab 5, Perkara 66 (1), (2). (3), (4), (4A). (5), dan (6). : *\ Hashim Yeop A. Sani (1990M), Bagaimana Undang-Undang Kita Diperbuat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 30. * Al-Maudiidi, Abii al-’Ala (1985M) al-Qanin wa al-Dustir. Riyadh: Dar al-Sa’td ® Al-Nahwy, “Adnan “Ali Rida (1990M), op.cit., h. 25. ** Syed Ahmad Hussein (1994M), op.cit., h. 95. °° Abdullah @ Alwi Haji Hassan (2004M), op.cit.. h. 102. Nazariyyah al-Islam wa hadyihi fi al-Siyasah wa 121 43.2 Prinsip Persamaan Hak Individu.* Persamaan politik bermaksud memberi persamaan peluang kepada setiap individu untuk sama-sama melibatkan diri dalam kerajaan tanpa mengira keadaan individu samada golongan kaya, miskin, muda mahupun tua. Kebebasan pula adalah saluran dalam mempraktikkan dan mendapatkan hak secara bersama tanpa diikat dengan batasan kaum dan warna kulit. Apabila kaum kulit hitam bebas melahirkan pandangan atau kritikan terhadap kerajaan majoriti kulit putih maka itu menandakan persamaan hak individu itu diamalkan. Begitu juga kebebasan mereka dalam menganggotai kerajaan tanpa diskriminasi wama kulit dan perkauman menandakan terdapatnya persamaan dan kebebasan politik. Kebebasan politik pula dilihat kepada dua keadaan seperti berikut:*” i. _ Individu bebas daripada pengadilan pemerintah. Maka, dalam masyarakat demokrasi, kebebasan menjadi milik mereka, tanpa perlu berasa takut pada diri sendiri. ii. Individu mempunyai hak menyuarakan pendapat dan mengawal kerajaannya sendiri, Rakyat berhak mengkritik sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah dalam kerajaan. Penglibatan dalam politik dilihat sememangnya menjadi kebiasaan bagi setiap rakyat untuk mengambil bahagian dalam menjalankan kerajaan. % Jean Touchard ef al. (1983M), op.cit.. h. 18. Dahl, Robert A. (1989), op.cit.. h. 164. 5” Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2001M), Demokrasi Dan Kepimpinan Islam: Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h. 13. 122 Kebebasan politik menurut Plato™ adalah diberikan kepada pemerintah dan rakyat. Pemerintah memiliki kebebasan politik apabila berkuasa dan bebas melaksanakan dan menyclenggarakan Kkekuasaan negara berasaskan kepada kedaulatan yang telah diberikan oleh rakyat. Rakyat pula memiliki kebebasan politik apabila mereka diberikan ruang untuk berbincang dan memberikan pendapat berhubung dengan dasar dan pemerintahan negara. Dalam demokrasi liberal, persamaan adalah merupakan prinsip terpenting” kerana persamaan taraf merupakan nilai dasar manusia. Manakala prinsip kebebasan pula selain daripada saluran kepada mendapatkan hak persamaan politik ia juga merupakan asas kepada semua hak semulajadi manusia untuk mendapatkan haknya tanpa dibataskan dengan wama kulit, sempadan negara atau agama.” Justeru demokrasi secara dasarnya menekankan persamaan dan kebebasan individu. Demokrasi juga mengatakan kerajaan tidak boleh dimonopoli oleh satu-satu pihak kerana ia mencabul kebebasan individu. Dasar dan prinsip utama demokrasi liberal barat adalah berasaskan hak persamaan dan kebebasan individu yang dijaga oleh negara.’ Hak asasi termasuk hak kebebasan inidividu ini menurut perspektif barat adalah terbit daripada hak inidividu seseorang manusia berdasarkan “the right of man.” Hak ini terbit serentak dengan kelahirannya sebagai seorang manusia yang istimewa * Wan Rahman Wan Latif (13413H/1993M) Falsafah Politik Plato. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 79. * Prinsip ini juga merupakan ruh atau asas utama demokrasi. Lihat al-Mawdrid (1995M), op.cit., h. 260. “ Rhoda E. Howard (195M), Human Rights and the Serch for Community. United Kingdom: Westview Press, h. 1. ©! Mutawali (1975M), al-Qanin al-Dustiri wa al-Anzimah al-Siydsiyyah. Iskandariyyah: Dar al-Mansya® ah al-Ma‘arif, h. 107. 123 peribadi, keadilan sosial dan keadaan saksama tanpa diskriminasi dalam semua perkara, sosial, ekonomi dan politik.© Prinsip ini juga bermaksud, masyarakat dan orang awam mempunyai kekuatan dalam politik selaku warganegara” berhak menentukan kepimpinan negara berdasarkan’ kepada hak kemasyarakatan yang dimiliki oleh mereka. Konsep persamaan yang dimaksudkan ialah hak bersama yang dimiliki oleh warganegara dalam sesebuah negara bagi berdasarkan “Smart Partnership” yang menjadi amalan kearah pembinaan tamaduan manusia. Ini adalah berdasarkan konsep kedaulatan dan persamaan di dalam masyrakat ialah kuasa asal yang mutlak dan umum serta tidak terhad kepada individu dan perkumpulan®* bahkan ia milik semua warganegara yang terbabit dalam sesebuah negara. Konsep ini lebih terkenal dengan panggilan “Social Contract” atau kontrak sosial iaitu suatu kaedah atau teori pembinaan sesebuah negara.” ‘ip kontrak sosial ini ialah Jean-Jacques Rousseau Pelopor kepada pri (1712-1778M) yang diambil daripada bukunya bertajuk Du Contrat Social (Perjanjian Sosial). Beliau mengemukakan perjanjian bersama ‘kontrak sosial’ sebagai jalan membentuk negara” yang boleh kita kenali hari ini sebagai Perlembagaan Negara. Prinsip kontrak sosial ini adalah bermaksud kebebasan untuk rakyat memerintah dan menguruskan sendiri hal chwal pentadbiran © 4 fealur Rahman (1415H/1995M), Ensiklopedia Sirah. Syed Putra Syed Ahmad et al. (Ter), 3,8. pe Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 97. ,“Adniin “Ali Rida (190M), op.cit.,h. 25. o ALR idi, Mahmad (1986M), al-Dimugratiyyah al-Gharbiyyah fi dhaw * al-Syariah al-Islimiyyah, Urdun: Maktabah al-Risilah al-Hadithah, h. 33. irdaus Haji Abdullah (2002M), “Tanggungjawab dan Kerjasama Di antara Kerajaar™ dan Rakyat Dalam Konteks Islam”, Abdul Monir Yaccob & Suzalie Mohammad ef al. (ed.), tika Dan Budaya Berpoltik Dari Perspekiif Islam. Kuala Lumpur: IKIM, h. 101-102. Deliar Noer (2001M), op.cit., h. 152. 125 negara.”| Perlembagaan dan kontrak sosial ini disepakati bersama demi kepentingan dan kemaslahatan rakyat dalam sesebuah negara. Bersumberkan pemikiran sarjana barat” dan konsep demokrasi barat gagasan pembentukan Tanah Melayu yang merdeka dan selepasnya Malaysia adalah merupakan salah satu tolak ansur penduduk Semenanjuang Tanah Melayu. Kemerdekaan Malaysia”? yang dicapai pada 31 Ogos 1957 merupakan gabungan usaha dan kerjasama Tunku Abdul Rahman daripada UMNO (United Malaysian National Organitation), dengan menggabungkan parti China iaitu MCA (Malaysian Chinese Association) dan parti India iaitu MIC (India Malaysian Indian Congress) dalam gagasan ‘Perikatan’.”* Kerjasama dan tolak ansur dari ketiga-tiga parti dalam perkara-perkara adalah merupakan “Kontrak Sosial” yang mengarah kepada terbentuknya Perlembagaan Persekutuan. Persetujuan ini bolehlah disamakan dengan konsep “Kontrak Sosial” berlandaskan hak persamaan yang dimiliki secara bersama oleh penduduk di Malaysia. Lantaran wujudnya persamaan hak untuk menentukan halatuju dan kemajuan negara, maka seluruh penduduk Tanah Melayu bersatu bagi menuntut kemerdekaan seterusnya mentadbir negara berasaskan perkongsian dan tolak ansur antara mereka. Justeru prinsip persamaan hak rakyat adalah merupakan 7! Asbjor Eide & Bert Hagtvet (ed.) (1992M), Human Rights in Perspective A Global Assessment. United Kingdom: Blackwell Lid. h. 13. *; Seperti Thomas Hobbes, John Locke dan Jacque Rousseau. ” Negara Malaysia terletak di lokasi yang strategik di tengah-tengah rantau Asia ‘Tenggara dan merupakan contoh sebuah kerajaan yang telah berjaya mempunyai polisi pelbagai bangsa dan agama. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 seterusnya mengambil nama ‘Malaysia’ dengan kemasukan Singapura, Sabah (dahulunya British ~ North Borneo) dan Sarawak pada 16 September 1963. Singapura telah keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965. Malysia Kita (2002M), op.cit., h. 82. 126 prinsip asas kearah perlaksanaan hak politik warganegara dalam sesebuah negara sebagaimana yang telah dibukti melalui sejarah penubuhan Malaysia. 44 Peruntukan Hak Politik Bukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan Bagi melihat perkembangan sejarah hak politik dalam Perlembagaan Persekutuan khasnya, maka adalah perlu diperjelaskan secara ringkas perkembagan hak politik di Malaysia atau disebut Tanah Melayu (sebelum merdeka dan sebelum pembentukan Malaysia) hingga sekarang. Daripada tinjaun ini juga penulis akan menjelaskan hak politik bukan Islam dan wargenegara Islam di Malaysia tidak mempunyai perbezaan berasaskan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. 4.4.1 Sejarah Dan Hak Politik Di Malaysia Sejarah pergelutan untuk mendapatkan hak politik di Malaysia atau sebelumnya di kenali sebagai Tanah Melayu bermula sejak Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946M oleh pihak British. Bangsa Melayu telah memberontak dan mengadakan demonstrasi di seluruh negara sebagai membantah usaha British untuk terus menjajah Tanah Melayu. Persoalan hak asasi manusia ketika itu lebih terarah kepada hak untuk merdeka dan mewujudkan pemerintahan sendiri. Akhirnya, Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan mutlak pada tahun 1957M 127 hasil daripada tindakan tersebut. Perlaksanaan hak politik bagi warganegara Malaysia ditinjau dari sudut sejarah hanyalah bermula di ambang kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957M,”° iaitu setelah rakyat di Semenajung Tanah Melayu dibenarkan memilih kerajaan sendiri selepas melalui proses pilihanraya pada 1955M. Malaysia dari fakta sejarah di atas dapat dilihat telah didedahkan dengan beberapa idea hak asasi manusia khususnya hak politik ketika era kolonial British, namun pendedahan secara langsung tentang kesejagatan hak asasi manusia itu hanya diperoleh setelah negara mencapai kemerdekaan dan menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ketika peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969M pula, hak asasi manusia yang dituntut ialah keseimbangan ekonomi dan pembasmian kemiskinan terutama di kalangan orang Melayu. Kesannya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk pada tahun 1970M bagi meyelesaikan masalah terbabit. Pada tahun 1998M, pemecatan dan pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyebabkan rakyat bangkit meminta hak-hak sivil dan politik diberikan kepada mereka seperti kebebasan bersuara, kebebasan media dan hak untuk dibicarakan (bagi tahanan ISA).”° Kesedaran hak asasi khususnya hak politik bukan Islam pula mula mendapat perhatian umum selepas pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara ” Alfred Ganna Rokiam (1417H/1997M), Our Democracy At Work A Malaysian Experience. Selangor: Penerbitan GRD. (M) SND. BHD. h. 33. Mohd. Yusof & Azlan Ahmad ~ (ed.) (2002M), op.cit., h. 32-33. 75 Mohd Azizuddin Mohd Sani (2003M), Globalisasi Di Malaysia, Lukman Z. Mohamad dan Azami Abdul Manaf et al. (ed.), Kuala Lumpur: Utusan Publication, h. 61-62. 128 Islam oleh mantan bekas Perdana Menteri.’’ Bukan Islam khususnya mula tertanya-tanya apakah status mereka dan kedudukan mereka dalam sistem pentadbiran negara Islam. Justeru hak politik bukan Islam akan dinilai oleh penulis berasaskan konsep dan peruntukkanya dalam Perlembagaan Persekutuan. 44.2 Hak Politik Bukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Malaysia adalgh sekumpulan undang-undang dasar yang menjadi garis panduan bagi pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan adalah dokumen undang-undang terpenting berkaitan hak, tanggungjawab, fungsi dan penentuan asas di dalam sesebuah negara dan ia merupakan undang-undang §tertinggi negara.” Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan perlembagaan Tanah Melayu yang telah digubal oleh Suruhanjaya Perlembagaan yang dipengerusikan oleh Lord Ried dari United Kingdom. Perlembagaan Malaysia telah dikuatkuasakan mulai 16 September 1963M dan kandungannya disesuaikan dengan keadaan tempatan.”” Dalam perlembagaan termaktub peraturan yang menentukan struktur kerajaan dan kuasanya, sistem kehakiman, hak asasi rakyat, kebebasan beragama, soal bahasa, syarat-syarat kerakyatan dan pilihanraya. Menyentuh hak politik 7° Nor Ashikin Bt. Mohamed Yusof et al, (1422H/2002M), “Status Negara Islam Menurut ‘Artikel 3(1) dan Artikel 4 (1) Perlembagaan Persekutuan: Satu Kekeliruan Yang Berpanjangan,” dalam JUTEKS, Jumnal Teknikal & Kajian Sosial, Program Pengajian Diploma (PPD), Universiti ‘Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Jun, 2001, h. 17. ™ Rais Yatim (1999M), Zaman Beredar Pesaka Bergilir; Melayu Dalam Zamin Peralihan. Kuala Lumpur: Endowment Publication, h. 6 ”° Sheda Abraham (1993M), Sejarah Perkembagaan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Snd. Bhd, h. 207. 129 dalam Perlembagaan Persekutuan, peruntukan hak-hak asasi termasuk hak politik telah ditulis selain berdasarkan tuntutan rakyat, ia juga didasarkan kepada tuntutan deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Right) yang diterbitkan pada tahun 1948 oleh Perhimpunan Agung Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB)."° Sejak negara kita mendapat kemerdekaan, hak asasi bagi warganegara dalam Malaysia adalah terjamin sebagaimana disebut dalam perlembagaan.*' Beberapa peruntukan hak politik di bawah Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 10(1) menyebut :~? a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengutarakan fikiran; b semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dengan tidak bersenjata; © semua warga adalah berhak menubuhkan persatuan. Di tinjau dari Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 di atas, kita dapati hak-hak sivil dan politik (civil and political rights) sememangnya dilindungi. Ini bermakna hak berpolitik seperti hak-hak kebebasan bercakap dan mengeluarkan pendapat, berkumpul dan menubuhkan persatuan adalah dibenarkan menurut Perkara!0 (1) Perlembagaan Persekutuan. Mohd. Salleh Abas (1990M), Kewarganegaraan dan Hak Asasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 50. Tarek al-Bechri (2001M), “ Participation of non-Muslim in Government in Contemporary Muslim Societies,” “Abdel Wahab el-A {fendi (ed.), Rethinking Islam and Modernity; Essays in Honour of Fathi Osman. United Kingdom: The Islamic Foundation, h. 68. *" Alfred Ganna Rokiam (1997M), op.cit., h. 69. ® Perlembagaan Persekutuan Perkara 10. 130 Secara umumnya konsep kebebasan yang diberikan kepada rakyat untuk berdepan dengan pemerintah dan orang yang berkuasa untuk menyatakan pendapat dan pandangan sememangnya terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan selaras dengan kebebasan untuk berkhidmat bakti kepada negara apabila mereka diberi mandat untuk memerintah. Perlindungan hak asasi manusia dan kebebasan-kebebasan asasi, seperti hak politik yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berasal daripada tuntutan draf Perjanjian Tanah Melayu.™ Hak tersebut juga berasaskan kepada hak asasi dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Universal Declaration of Human Rights.*° Kebanyakan hak-hak yang disebut dalam Universal Declaration of Human Rights (UNDHR) telah pun berada di dalam perlembagaan kita, sebagai contoh, hak untuk beragama, hak untuk berpendidikan, hak untuk memiliki harta dan lain-lain. Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan secara khusus mengenai kebebasan berpolitik kepada warganegara bukan Islam. Peruntukan mengenai kebebasan di Malaysia terkandung di dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan, yang mengandungi sembilan perkara semuanya (Perkara 5-13).°° Namun tidak satupun diantara perkara-perkara ini menyebut secara khusus hak © Abmad Jalal (1987M), Hurriyyah al-Ra’y fi Maidan al-Siydsi. A\-Qaherah: Dar al- Watt’, h. 27, * Para 162, Report of The Fedaration of Malaya Constitutional Commision 1957:70 dalam Mohd Zaidi Bin Abdul Rahman (1999M), “Kebebasan Bersuara Di Malaysia Dan Dari Perspektif Islam”. (Tesis MA Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia), h. 26. ° UN Universal Declaration of Human Rights atau lebil Asasi Manusia PBB ini terbahagi kepada dua jai Ekonomi dan Sosial. Hak-hak tersebut diperincikan lagi dalam dua piagam PBB yang lain iait International Covenant on Civil and Poitical Rights dan International Covenant on Economic, Social and Cultral Rihgts. Lihat dalam Rhoda E. Howard (1995M), op. cit.. h. 10. * Lihat Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 2 Perkara 10. 131 atau kebebasan berpolitik samada untuk orang Islam mahupun warganegara bukan Islam. Ini adalah jelas apabila dibuat penelitian setiap undang-undang atau akta dalam Perlembagaan Persekutuan,” tidak terdapat perbezaan antara warganegara Islam dan bukan Islam dalam mendapatkan hak-hak politik mereka. Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa tidak terdapat perbezaan antara hak politik warganegara Islam dan bukan Islam di dalam peruntukan Perlembagaan. Ini kerana hak politik di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah tidak didasarkan kepada ras dan warna kulit dan agama. 45 Analisis Peruntukan Dan Perlaksanaan Hak Politik Bukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan Sistem pemerintahan demokrasi adalah satu sistem yang mempraktikkan hak politik kepada warganegaranya, Perlaksanaan hak politik tersebut sebagaimana yang telah dijelaskan pada bab ketiga menurut kajian penulis adalah meliputi hak mencalonkan diri untuk menjadi pemimpin, hak menyertai pilihanraya dan mengkritik pemimpin atau kerajaan. Bagi meninjau peruntukan dan kedudukan hak politik bukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, penulis akan menganalisa beberapa unsur dan mekanisme hak politik yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. * /bid., khususnya dalam Perkara 10. Namun terdapat perbezaan dalam peruntukan hak fertentu yang menjadi hak mutlak kepada Raja dan Majlis Raja-raja khususnya dalam perlantikan Yang di-Pertuan Agong. 132 45.1 Analisis Hak Pencalonan Dalam Pilibanraya Pencalonan dan pilihanraya adalah asas utama dalam amalan demokrasi. Proses penamaan calon (nomination) adalah merupakan langkah pertama yang dijalankan dalam sistem pilihanraya. Calon adalah individu yang ingin menyertai atau turut serta dalam pilihanraya untuk menjawat jawatan dalam Dewan Rakyat (DR) atau dilantik menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dikenakan syarat sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Tiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan (Malaysia) adalah berkelayakan menjadi abli parlimen jika ia berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun." Antara syarat lain yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah berkenaan seseorang hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Rakyat jika: © i. ia adalah dan telah didapati bersalah atau diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempumna akal; atau ii, ia seorang bankrap yang belum dilepaskan; atau iii, ia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau iv. Setelah dinamakan untuk pilihanraya bagi mana-mana Majlis Parlimen atau bagi Dewan Negeri, atau setelah bertugas sebagai ejen pilihanraya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, ia tidak menghantar apa-apa penyata perbelanjaan pilihanraya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki; atau ** jbid., Bahagian 4, Bab 4, Perkara 47 (1) (b). © jbid., Bahagian 4, Bab 4, Perkara 48 (1) (a), (b), (c), (d), (e), dan (f). 133 vi. ia telah disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang terkandung dalam sesuatu Negeri-negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan ia tidak mendapat ampun; atau * ia telah dengan sengaja memperolehi kewarganegaraan mana-mana negeri luar Persekutuan, atau telah dengan sengaja menggunakan hak kewarganegaraan di suatu negeri asing atau telah membuat sesuatu akuan taat setia kepada mana-mana negeri luar Persekutuan. Suruhanjaya Pilihanraya juga menetapkan syarat pencalonan yang sama berdasarkan syarat yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan antaranya ialah: ” iii. Warganegara yang bermastautin di Persekutuan Umur tidak kurang daripada 21 tahun Tidak hilang kelayakan menurut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri masing-masing. Selain daripada syarat yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, ada beberapa syarat tertentu yang perlu ada bagi setiap individu yang melayakkan mereka menjadi calon oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Syarat dan perkara-perkara yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya kepada calon dan parti tertenta © Mohd Foad Sakdan (1999M), Pengatahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 23. Alfred Ganna Rokiam (1997), op.cit., h. 50. 134 adalah bertujuan melicinkan perjalan pilihanraya. Antara syarat-syarat tertentu”’ sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak suruhanjaya pilihanraya (SPR) seperti mereka yang tidak dibenarkan menyertai (tidak layak) dicalonkan sebagai calon pilihanraya adalah:°* i. Gila atau si ii, Seorang yang disytiharkan bankrup iii, Kakitangan awam kerajaan, hakim atau ajk suruhanjaya pilihanraya iv. Pernah dikenakan hukuman penjara melebihi 1 tahun penjara atau denda yang melebihi RM 2000.00 v. Rakyat asing Faktor agama dan kepercayaan tidak merupakan asas kepada penerimaan dan penolakan kepada setiap warganegara Malaysia untuk menjawat apa saja jawatan dan sistem pentadbiran negara.” Apabila dilihat kepada syarat- syarat samada yang ditetapkan oleh suruhanjaya pilihanraya ~mahupun Perlembagaan Pesekutuan, tidak terdapat syarat meletakkan agama sebagai syarat pecalonan dalam apa-apa jawatan yang dipertandingkan dalam pilihanraya. °' Ensiklopedia Dunia Melayu (1997M), Vol. 5, Kuala Lumpur: Piramid Perdana (M) SDN.BHD., h. 93-94. ® Alfred Ganna Rokiam (1997M), op.cit., h. 50-52. ® Ibid., b. 50. ™ Ibrahim abu Bakar, “Islam and Other Religions in Federal Constitution of Malaysia”, Al-Nahdah, A Journal of Regional Islamic Da'wah Council of Southest Asia and the Pasific (RISEAP), Vol. 22. No.1, (Jan-April 2003M), h. 23. 135 Walaupun demikian ada beberapa jawatan tertentu di dalam negara kita yang meletakkan syarat-syarat kepada pencalonan kepada jawatan tersebut. Antara jawatan berkaitan dengan jawatan Yang di-Pertuan Agung,” Sultan atau Raja bagi negeri-negeri yang mempunyai kesultanan. Ini adalah kerana hak menjadi Raja dan Yang di-Pertuan Agong adalah merupakan hak yang terpelihara dilihat dari peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, umumnya dalam masyarakat majmuk di Malaysia, warganegara Islam dan bukan Islam diberikan kedudukan yang sama dalam menjawat hak mentadbir negara berasaskan prinip keadilan dan persamaan di kalangan rakyat.” Ini jelas diperhatikan daripada kedudukan dan bilangan ahli parlimen (dewan rakyat dan dewan negara) sejak merdeka adalah terdiri daripada warganegara Islam dan juga bukan Islam. Apatah lagi realiti semasa dalam sistem pentadbiran negara, beberapa jawatan menteri kabinet diberikan kepada warganegara bukan Islam. Suasana ini jelas berbeza dengan hanya beberapa jawatan kementerian yang penting diberikan kepada bukan Islam sebelun tahun 1969M.” Bagi menjelaskan kedudukan tersebut penulis telah membuat carta rajah kedudukan ahli parlimen Malaysia yang terkini berdasarkan perbezaan warganegara Islam dan bukan Islam.”* °. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 32. ® Mahathir Muhammad et al. (1993M), “Islam as a Religion of Just Justice. red Haji Ghazali (ed.), Kuala Lumur: IKIM, h. 167. j. Pillal, Harakah. 1-15 Dicember 2003, h. 15. ” RAT LAMPIRAN C dan D. dalam Islam did 136 Rajah 1: Ahli Dewan Rakyat Negara Berasaskan Anutan Agama Beragama Islam Bukan Islam Jumlah 120 99 219 Rajah 2: _-Ahli Dewan Negara Berasaskan Anutan Agama Beragama Islam Bukan Islam Jumlah 4 1 32 Rajah 3: Ahli Kabinet Malaysia Berasaskan Anutan Agama Beragama Islam Bukan Islam Jumlah a7 41 96 Berasaskan huraian di atas, jelaslah perlaksanaan hak politik bukan sahaja di jamin oleh peruntukan perlembagaan dan amalan semasa yang diterjemahkan oleh kepimpinan negara sejak merdeka. Tegasnya masyarakat bukan Islam di Malaysia bukan sahaja diberi kebebasan dari segi budaya dan bahasa, tetapi mereka juga diberi hak untuk menentukan arah halatuju negara.” Dari rajah di atas juga didapati bukan Islam sememangnya diberikan hak dalam menjawat jawatan kepimpinan negara samada diperingkat Dewan Parlimen ataupun Kabinet Kerajaan Malaysia. ® MASSA, Bil. 330, Terbitan 2002, h, 48. 137 Walaupun warganegara Islam di Malaysia lebih ramai_ menjawat jawatan di dalam sistem petadbiran negara sejak merdeka, namun masyarakat bukan Islam daripada kaum Cina dan India dapat menikmati toleransi dalam menduduki jawatan dalam kepimpinan kerajaan. Berasaskan kerjasama dan tolak ansur kepimpinan negara yang mentadbir Malaysia'? bukan Islam menikmati hak politik mereka, bahkan dapat menjawat beberapa posisi utama kementerian dan kerajaan sebagaimana yang tertera pada rajah tiga di atas. 4.5.2 Analisis Hak Mengundi dan Memilih Pemimpin Hak mengundi atau menyertai pilihanraya adalah merupakan unsur yang paling penting dan asas dalam sesebuah negara demokrasi. Proses mengundi atau memilih pemimpin ini dikenali sebagai pilihanraya dalam ilmu sains politik.'”’ ‘Negara harus menjamin bahawa setiap warganegara mempunyai kesempatan yang sama untuk mempengaruhi menyertai pemilihan kerajaan atas asas demokrasi jaitu satu orang satu suara. Pilihanraya Pilihanraya merupakan rukun yang asasi dalam sistem demokrasi. Pilihanraya memberi hak dan kebebasan kepada rakyat untuk memilih parti politik dan wakil J. Eldrige (2002M), op.cit., h. 101. '°! Mohd Fuad Mat Jali & Sabihah Osman (2002M), “Politik Wilayah dan Politik Nasional dalam Pilihanraya Umum 1999”, Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad (ed.), op. cit., h. 17. 138 rakyat mereka tanpa sebarang paksaan.'” Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di Malaysia, prinsip persamaan adalah merupakan sesuatu hak asas warganegara bagi memilih parti dan pemikiran politik yang berbeza tanpa ditentukan dengan bangsa, wama kulit'® dan agama. Artikel 21 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima dan menyebut persamaan hak warganegara untuk turut serta dalam sistem pentadbiran kerajaan dan hak melantik pemimpin dalam sistem pilihanraya.'“ Manakala Perlembagaan Persekutuan pula jelas memperuntukkan hak berpilihanraya dan memperincikan perjalanan pilihanraya.'°° Namun sebagaimana yang diperjelaskan, ada beberapa syarat pencalonan untuk bertanding'” sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan pada bahagian pencalonan. Begitu juga dalam proses pemilihan atau pengundian, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan syarat-syaratnya bagi melayakkan seseorang warganegara itu menjadi pemilih. Antara syarat yang melayakkan seseorang warganegara itu menjadi pemilih ialah:'°” a) Telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan b) Bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada tarikh kelayakan itu atau, jika tidak bermastautin sedemikian, adalah seorang pengundi tak hadir”; dan”; dan "2 Ensiklopedia Dunia Melayu (1997M), Vol. 5, Kuala Lumpur: Piramid Perdana (M) SDN.BHD.,h. 93. '® Alfred Ganna Rokiam (1997M), op. cit., h. 9 dan 25. J. Eldrige (1422H/2002M), The Politics of Human Rights in Southheast Asia. London: Routledge, h. 24. a °° Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 8, Perkara 113-120. ‘°° Ensiklopedia Dunia Melayu (1997M), op.cit., h. 93-94. '°” Perlembagaan Persekutuan, Perkara 119 (1) (a), (b) dan (c). 139 PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA ©) Didaftarkan, di bawah peruntukkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihanraya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa __ kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi menjalankan proses pemilihan kepimpinan negara.'® Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga tidak menetapkan agama sebagai syarat untuk dicalonkan sebagai pemimpin dan memilih kepimpinan negara. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pilihanraya adaklah antara hak kebebasan yang dijaga oleh Perlembagaan Persekutuan. Analisa ini menunjukkan tidak tedapat had dan syarat agama sebagai prasyarat untuk menyertai pilihanraya. 45.3 Analisis Hak Mengkritik Dan Menasihati Kerajaan Hak mengkritik dan menasihati kerajaan adalah merupakan menafestasi daripada perlaksanaan hak politik dalam sesebuah negara. Ia juga berasaskan konsep kebebasan dan persamaan hak yang menjadi prinsip utama sistem demokrasi. Kebebasan dan persamaan hak politik tanpa mengira perbezaan jantina, kaum, warna kulit dan agama'® adalah merupakan intipati kepada mesyuarat ataupun syiira yang juga menjadi prinsip asas kepada sistem politik demokrasi.'"° '°* [bid., Perkara 113. ' Tarek al-Bechri (2001M), op.cit., h. 69. '° Nurcholis Madjid (2000M), Masyarakat Religus. c. 2. Jakarta: Penerbit PARAMADINA, h. 8. 140 Mekanisme kepada terbentuknya permesyuaratan tadi adalah dalam pelbagai dimensi atau bentuk dan saluran seperti berhimpun, berpersatuan, menubuhkan parti politik dan sebagainya. Ini kerana kebebasan pendapat dan mengkritik serta menasihati kerajaan boleh dinyatakan dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk percakapan, penulisan atau dengan melalui wasilah lain yang dibenarkan dleh perlembagaan. Kebebasan bercakap dan memberikan pendapat adalah merupakan unsur terpenting dalam sistem demokrasi bagi memberi ruang kepada rakyat menyatakan pandangan yang berbeza daripada idea pemerintah sama ada ianya diluahkan secara indvidu ataupun secara berkumpulan.''! Perlembagaan Persekutuan jelas melindungi hak-hak politik (political rights) individu di Malaysia sebagaimana termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.''? Peruntukan di atas menjelaskan kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara mempunyai kesempatan yang sama untuk mempengaruhi kebajikan negara melalui pilihanraya atau menyertai parti politik menurut kehendak mereka. Parti politik merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam sistem pemerintahan negara membangun bagi menyalurkan perasaan tidak puas hati kepada pihak pemerintah.''* Ia adalah selaras dengan hak kebebasan bersuara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.''* Pembentukan parti politik merupakan perwujudan kearah terlaksananya hak kedaulatan rakyat, Ini '" Syed Ahmad Hussein (1994M), op.cit.. h. 106. "2 tid. Lihat Bab yang sama h. 129. ‘3 Fred. R. Von der Mehden (1980M), Politik Negara-Negara Membangun, Husain Mohamed (Pentj.}, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 65. ' Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 2, Perkara 10 (1). 141 kerana parti politik menjadi wadah dan saluran rakyat dalam menyalurkan hak kebebasan mereka dalam melantik kepimpinan negara. Masyarakat bukan Islam pula dalam negara Malasysia sejak merdeka bebas berpolitik seperti orang Islam. Sebagaimana dinyatakan di atas, faktor agama dan kepercayaan bukan menjadi syarat kepada penerimaan dan penolakan kepada setiap warganegara Malaysia untuk mengamalkan hak politik mereka sebagaimana yang diiktiraf oleh perlembagaan Malaysia. Bahkan sejak pembentukan Malaysia, ditinjau dari sudut sejarah politik di Malaysia khususnya perbentukan parti politik adalah di dasarkan kepada kaum dan agama.''° Parti UMNO (United Malays National Organization) dan PAS (Parti Islam Se-Malaysia) adalah parti yang didokong oleh orang Melayu. Ini kerana biasanya Islam itu dikaitkan dengan orang-orang melayu.''® Manakala parti MCA atau (Malaysian Chinise Association) dan DAP iaitu (Democratic Action Party) pula didokong kebanyakannya oleh kaum Cina. Kaum India pula kebanyakannya bersatu di bawah parti politik MIC atau yang lebih dikenali sebagai Malaysian Indian Congress. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa tiada halangan dalam perlembagaan dan realiti pergerakan sejarah politik serta penubuhan parti politik di Tanah Melayu'!” dengan jelas membuktikan hak politik bukan Islam adalah terjamin dan bebas diamalkan di Malaysia. "5 Thrahim Abu Bakar (2003M), op.cit., h. 21-22. ''6 Ann Wan Seng (2003M), “Islam Merentasi Batasan Kaum”, Buletin PERKIM, Edit. 6. Jun 2003, h. 1. "7 taitu sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. 142 Pembentukan parti politik pada dasarnya merupakan salah satu pencerminan hak warganegara untuk bersyarikat, berkumpul, dan menyatakan pendapat sesuai peruntukan dalam Perlembagan Persekutuan.'"* Parti politik berfungsi mengembangkan kesedaran atas hak dan kewajiban politik rakyat, menyalurkan kepentingan masyarakat dalam pembuatan kebajikan negara, serta membina dan mempersiapkan anggota masyarakat untuk mengisi jabatan-jabatan politik sesuai dengan mekanisme demokrasi. Parti politik juga merupakan salah satu wahana guna menyatakan tuntutan dalam proses politik. Melalui parti politik rakyat dapat mewujudkan haknya untuk menyatakan pendapat tentang arah kehidupan berbangsa dan bernegara. Keragaman pendapat di dalam masyarakat akan melahirkan keinginan untuk membentuk dan menyertai parti politik sesuai dengan ideologi setiap warganegara dan agama. Berasaskan huraian di atas, Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan hak politik seperti hak kebebasan bercakap dan mengeluarkan pendapat, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Parti politik dan organ- organ lain seperti radio, televisyion dan penulisan-penulisan adalah bertindak sebagai organisasi politik bagi menyalurkan hak kebebasan bersuara seperti mengkritik dan menganalisa dasar kerajaan.''” Walau bagaimanapun, kebebasan yang diberikan juga tidak mutlak.'?° "8 Perlembagaan Persekutuan Perkara 10. "® Syed Ahmad Hussein (1994M), op.cit., h. 105. 2° Abdul Aziz Bari (2002M), “Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malay Lingkup dan Masalahnya,” Jurnal Syariah, j. 10, Bil. 1, Januari 2002, h. 55 143 Ini kerana kebebasan itu telah dikurangkan oleh peruntukan seterusnya dalam Perlembagaan Persekutuan'’ yang memberi kuasa meluas kepada Parlimen untuk meluluskan undang-undang mengawal kebebasan di bawah perkara 10(1)'7 atas alasan, antara lain, kepentingan dan ketenteraman awam, menjaga perhubungan antarabangsa dan menjaga akhlak. Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (1) hak kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Namun perlaksanaannya tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) yang berikutnya iaitu Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:'” (a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1). apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan; () ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam; = '2\ Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 2, Perkara 10 (2). '2 jbid,, Bahagian 2, Perkara 10 (1). ‘2 Ibid, Bahagian 2, Perkara 10 (2), (a), (b) dan (c). (3) dan (4) 144 (c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak. (3) Sekajan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran. Perlembagaan Persekutuan menghadkan kuasa mahkamah menjalankan semakan kehakiman ke atas kuasa Parlimen ini kerana ia memperuntukkan, dalam keadaan tertentu, Parlimen boleh meluluskan perundangan yang menghalang perbuatan mempersoalkan perkara-perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan seperti di bawah:-'** (4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang- undang itu. " Ipid., Bahagian 2, Perkara 10 (4). 145 Apa yang dimaksudkan daripada hak kebebebasan yang terkandung dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ialah seseorang itu bebas bercakap, mengeluarkan fikiran atau bethimpun dan berpersatuan selagi tidak ada undang- undang yang menghalangnya.' Maksudnya kebebasan di dalam Perlembagaan Persekutuan itu telah dibataskan dengan had lain iaitu peruntukan atau akta tertentu yang diluluskan oleh Parlimen. Antara bebarapa akta yang diluluskan bagi membatasi hak kebebasan di dalam Perkara 10 tadi ialah, Akta Hasutan, 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Polis 1967. Selain itu beberapa sekatan lain dalam bentuk berdasarkan kuasa yang ada pada Perlembagaan Persekutuan berasaskan peruntukan subversif'”° dan darurat.'”” Umumnya kebebasan mutlak seseorang individu dalam sesebuah masyarakat menurut Dr. Awang Had Salleh'™* itu sebenarnya tidak wujud. Ini kerana kebebasan adalah sesuatu hak yang relatif yang berbeza kekuatannya dari suatu kesuatu situasi bergantung kepada hubungan di antara individu-individu itu 129 sesama sendi Keterbatasan had dan sempadan kebebasan manusia itu tertakluk kepada sistem dan garis panduan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Dalam kempen pilihanraya umpamanya, seorang tokoh politik dibenarkan untuk berkempen untuk mengupas isu-isu yang berkaitaan dengan menifesto partinya ?° Che Norlia Mustafa (2002M), “Kebebasan Berpolitik Menurut Peruntukan Undang- Undang Malaysia,” Abdul Monir Yaacob & Suzalie Muhamad (ed) op.cit, h. 178. 2° Perlembagaan Persekutuan, Perkara 149. '°7 [bid., Perkara 150. "°* Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Awang Had Salleh adalah Pro Canselor Universi Perguruan Sultan Idris Perak, Malaysia. ® Awang Had Salleh (202M), “Peranan Nilai-Nilai Murni” (Kertas Kerja Seminar Konvensyen Khidmat Sosial 1 Tahun 2002 di Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi Kuala Lumpur 16-17 Disember 2002), h. 2-3. 146 bagi memperolehi kemenangan partinya. Tetapi beliau tidak dibenarkan mengutarakan isu-isu politik yang bersifat fitnah menfitnah atau tuduh menuduh° yang boleh membawa situasi yang tidak terkawal dalam masyarakat. Berdasarkan analisis di atas jelaskan kepada kita Perlembagaan Persekutuan memperutukkan hak berpolitik kepada setaiap warganegranya, Namun demikian hak tersebut dibataskan dengan beberapa sekatan seperti Perkara 10 dan Perkara 149 dan 150 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Akan tetapi pembatasan tersebut tidak mepunyai kaitan dengan agama, Had tersebut adalah berasaskan kepada kawalan daripada Perlembagaan persekutuan demi menjaga ketenteraman awam dan negara. Dalam erti kata lain, batasan agama tidak menjadi suatu bentuk halangan atau prasyarat kepada bukan Islam dalam mengamalkan hak politik. 4.4 Rumusan. Negara yang baik dan perlaksanaan pemerintahan yang baik (good governance) adalah mengamalkan tiga prinsip utama (respect, protect and fulfill human rights) iaitu: menghormati hak rakyat dan organ pemerintahan, melindungi hak tersebut dan memenuhi serta menunaikan hak dan tanggungjawab_asasi.'*! Antara tanggungjawab asasi setiap kerajaan ialah mempastikan agar segala hak berpolitik warganegara terlaksana. - 8° Ahmad Suhelmi M.A (1999M), op.cit., h. 245, '" Asbjor Eide & Bert Hagtvet (ed.) (1992M), Human Rights in Perspective A Global Assessment. United Kingdom: Blackwell Ltd., h. 5. 147 Secara umumnya negara Malaysia mempraktikkan hak kebebasan politik kepada setiap warganegara berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Konsep ini adalah lahir daripada prinsip demokrasi yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan negara. Hak politik diamalkan oleh rakyat melalui pilihanraya bagi memilih anggota Parlimen selaku badan perundangan tertinggi. Manakala Ketua kerajaan dan anggota kabinetnya pula dipilih dari anggota Parlimen berasaskan pilihan dan undian rakyat. Rakyat juga diberikan kebebasan menegur dan mengkritik dasar kerajaan melalui parti politik atau medium-medium lain seperti,akhbar dan sebagainya. Namun begitu dalam mempraktikkan dan mendapatkan hak politik tersebut, terdapat batasan tertentu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Prinsip kebebasan dan persamaan menurut demokrasi barat telah dihadkan oleh Perlembagaan Persekutuan sesuai dengan kehendak negara dan budaya masyarakat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan kebebasan secara mutlak kepada rakyat tanpa had dan batasannnya (‘otal freedom) untuk melakukan apa sahaja yang oleh mereka. Kebebasan dapat dibenarkan atau diberikan sejauh mana ianya tidak mengganggu atau mengancam kebebasan individu lain dalam masyarakat. Begitu juga hak persamaan setiap rakyat adalah merupakan hak asas setiap warganegara. Namun hak tersebut tetap mempunyai batasan berdasarkan konsep kawalan demi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara. 148

Вам также может понравиться