Вы находитесь на странице: 1из 6

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar.

Setiap
orang guru mengimpikan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan
manakala murid-murid pula mengidamkan suasana pembelajaran yang kondusif. Guru
sering mengalami masalah dalam mengawal tingkah laku murid. Masalah ini
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan objektif pengajaran
sukar dicapai. Oleh itu, guru perlu mengemaskinikan kemahiran mendidik diri supaya
generasi baru dapat dimanfaatkan. Adalah penting bagi guru untuk mengawal disiplin
murid-muridnya semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah supaya proses
pengajaran dan pembelajaran (p&p) lebih berkesan.

Maka, guru memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan persekitaran


yang kondusif dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga harus menghadapi dan
menguruskan tingkah laku murid melalui menarik perhatian murid. Disiplin bilik darjah
adalah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru. Oleh itu, model pengurusan
bilik darjah seperti Model Disiplin Asertif Canter boleh dijadikan sebagai panduan oleh
guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan. Dengan ini,
model pengurusan bilik darjah seperti Model Disiplin Asertif Canter boleh dijadikan
sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih
berkesan.

Model Disiplin Asertif merupakan salah satu model yang boleh digunakan untuk
mewujudkan pengurusan bilik darjah yang berkesan serta menguruskan persekitaran
pembelajaran menjadi lebih kondusif. Model Disiplin Asertif ini diperkenalkan oleh Lee
dan Marlene Canter yang telah menubuhkan Canter & Assiociates. Terdapat banyak
konsep dan cara yang telah dikemukakan oleh Canter yang dapat membantu guru-guru
dalam menguruskan disiplin dalam bilik darjah. Untuk memudahkan tugas guru, guru
harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang pengurusan bilik darjah
dan tingkah laku. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama
kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah.Oleh itu, melalui cara
menetapkan peraturan tingkah laku seperti yang dikemukakan dalam model Carten
adalah relevan dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Apabila peraturan tingkah laku telah ditetapkan, guru hendaklah memastikan


murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Peraturan tersebut hendaklah
dilaksanakan tanpa perasaan pilih kasih sebaliknya dilaksanakan secara konsisten dan

1
adil. Guru yang efektif harus melaksanakannya secara konsisten dan adil. Contohnya,
guru tersebut hendaklah memberi ganjaran atau dendaan pada masa tingkah laku
tersebut ditunjukkan oleh murid. Ini bermakna guru tidak boleh mengguna pakai
peraturan yang ditetapkan dengan sesuka hati. Peraturan tingkah laku yang jelas dapat
membantu guru untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu
murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Dengan ini, murid akan
menjadi berkualiti seperti dalam PPPM (2013-2025).

Model Canter menerangkan Disiplin Asertif sebagai pendekatan iaitu guru


mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang serius dan konsisten
dengan murid. Guru dan murid harus saling bekerjasama dalam urusan yang melibatkan
urusan pengurusan bilik darjah supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar disamping guru dan murid-murid dapat memahami satu lain. Dengan ini,
Model Disiplin Asertif Canter yang diperkenalkan ini menyatakan bahawa guru dan
murid-murid mempunyai hak masing-masing dalam pengurusan bilik darjah. Hak-hak ini
boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau
tindakan yang menghalang murid daripada mendapatkan hak mereka. Oleh itu,
penguatkuasaan peraturan diperlukan supaya memastikan aktiviti bilik darjah dapat
berjalan dengan lancar. Contoh hak guru adalah untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh
itu, guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang boleh membantu murid
memilih tingkah laku yang sesuai supaya pengajaran dan pembelajaran tidak diganggu
oleh pihak lain. Hal ini demikian kerana guru tersebut sendiri yang menentukan
bagaimana hendak mengajar dan apakah objektif yang hendak dicapai oleh muridnya.

Manakala, hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang
kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman. Dalam memastikan hak-hak bersama
ini dapat dicapai dan diwujudkan, guru harus membuat tahu bahawa guru juga
mempunyai hubungan dengan ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah untuk saling
bekerjasama bagi memastikan pengurusan disiplin dan kemajuan anak-anak dapat
diikuti dari masa-masa dan mencari jalan penyelesaian bersama. Oleh itu, sebagai
seorang guru asertif, guru harus sentiasa menjaga hak murid. Guru boleh menjaga hak
murid dengan mengambil tindakan ke atas tingkah laku yang menganggu pembelajaran
murid lain. Hal ini amat menunjukkan peranan guru yang efektif dan berwibawa akan
melahirkan murid yang kerohanian dan beretika seperti dalam PPPM (2013-2025).

2
Menurut Haliza Hamzah (2009), Model Disiplin Asertif Canter menekankan
peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat
daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini melarang guru-guru untuk
menggunakan sebarang bentuk penenguhan ancaman atau jeritan terhadap murid-
murid, sebaliknya meminta guru-guru ini untuk bertindak dengan penuh tenang dan
tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang
ditetapkan. Di samping itu, di dalam model ini pengurusan bilik darjah perlu dilakukan
secara asertif serta berkeyakinan dan tegas. Canter menjelaskan bahawa punca
masalah disiplin di kalangan murid-murid ini berlaku disebabkan oleh sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang kurang kondusif. Apabila mereka tidak
berminat untuk meneruskan pelajaran, mereka akan berasa bosan dengan pengajaran
yang dilakukan oleh guru mereka.

Tambahan pula, Canter juga telah mengemukakan satu tindakan pembetulan


yang boleh dilakukan oleh guru dalam pengurusan disiplin darjah. Tujuan model ini
adalah untuk membantu hampir keseluruhan murid supaya bertingkah laku betul dan
bertanggungjawab. Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan
kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan
selesa. Model Canter ini menekankan bahawa matlamat tindakan pembetulan bukan
untuk mendera murid secara fizikal dan psikologi tetapi untuk memberi keadilan kepada
semua murid. Model ini menyatakan bahawa guru boleh mengenakan tindakan
pembetulan kepada murid dengan menyimpan rekod salah laku murid.. Oleh itu, guru
harus bersikap adil, tenang hati dan jangan melepaskan emosi kepada murid. Hal ini
amat menunjukkan peranan guru yang beretika dapat melahirkan murid yang berkualiti
seperti dalam PPPM (2013-2025).

Selain itu, guru boleh mengenakan tindakan pembetulan dengan lebih sistematik
mengikuti Hierarki Tindakan Pembetulan Canter seperti yang ditunjukkan dalam rajah
1.1 di bawah. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, guru harus
memberitahu murid bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka
bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu
perlu dilaksanakan. Seterusnya, apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini
guru perlu memberi peneguhan supaya murid akan mengulangi tingkah laku yang
diingini. Berdasarkan kes tersebut, guru boleh merekod kesalahan yang dilakukan oleh
Daniel supaya Daniel akan sedar terhadap perlakuan yang negatif dilakukan. Pada

3
masa yang sama, Daniel dapat berfikir dan membuat pertimbangan rasa sama ada
mengubahkan dia sendiri. Dengan mempunyai pemikiran ini, murid akan menjadi
berkualiti seperti dalam PPPM (2013-2025).

Menurut Clifford, H.E. (2008), guru yang asertif menyatakan keinginan dan
harapan mereka dengan jelas kepada murid dan bersedia untuk mengambil tindakan
yang bersesuaian terhadap salah laku murid . Dengan itu, Canter berpendapat guru
yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan
berlaku adil kepada semua murid. Guru tidak boleh bersikap agresif seperti garang dan
terlampau tegas semasa mendekati murid yang bermasalah kerana tindakan ini akan
menjadikan masalah murid semakin teruk. Manakala, guru yang menunjukkan nilai
murni atau etika yang positif di hadapan murid, murid akan berasa diambil berat oleh
guru dan sikap terhadap murid akan diubah juga serta PPPM (2013-2025) tercapai
dengan melahirkan murid beretika dan kerohanian..

Di samping itu, model Canter menerangkan seorang guru perlulah lebih sensitif
dengan keperluan murid yang berbeza selaras dengan peningkatan usia mereka. Oleh
itu, cara guru memberi teguran kepada murid memainkan peranan penting kerana
teguran tersebut mungkin akan memberi kesan positif ataupun kesan negatif terhadap

4
murid. Oleh sebab itu, guru perlu bijak merancang strategi walaupun pada pendapat
guru memberi teguran itu merupakan suatu perkara yang mudah. Namun begitu, guru
harus sedar akan tindakan yang salah bakal mengundang kepada masalah yang lebih
besar. Guru boleh memberi teguran kepada murid-murid peringkat rendah dengan lebih
mudah jika dibandingkan dengan murid-murid yang lebih dewasa. Hal ini adalah
disebabkan oleh murid yang lebih dewasa adalah lebih sensitif, mereka mudah hilang
keyakinan diri, memberontak dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap guru
sekiranya guru menggunakan cara yang salah dalam menegur.

Oleh sebab itu, Canter telah menegaskan bahawa teguran dilakukan secara
langsung kepada murid-murid yang masih di peringkat kanak-kanak. Sebaliknya,
kepada murid-murid yang lebih dewasa guru perlu menegur secara individu. Guru efektif
yang menunjukkan nilai murni atau etika yang positif di hadapan murid, murid akan
berasa diambil berat oleh guru dan sikap terhadap murid akan diubah juga serta PPPM
(2013-2025 ) tercapai melahirkan murid beretika dan kerohanian.

Secara kesimpulan, Model Disiplin Asertif Canter dapat membantu murid untuk
bertingkah laku dengan penuh bertanggungjawab. Model tersebut bersesuaian dengan
kes tingkah laku yang bermasalah kerana Model Disiplin Asertif Canter menekankan
konsep hak guru untuk mengajar tanpa sebarang gangguan dan hak murid untuk
mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, hubungan positif antara
murid dan guru perlu dijalinkan supaya peraturan-peraturan, tindakan pembetulan dan
peneguhan positif akan menjadi berkesan. Dengan ada nilai yang sedia ada pada guru,
murid-murid dapat berasa tenang semasa belajar dan etika dan kerohanian dalam
PPPM (2013-2025), sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri
setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa.
Ringkasnya, Model Disiplin Asertif Canter adalah model pengurusan disiplin yang
bersesuaian untuk mengatasi kes tingkah laku bermasalah.

5
Rujukan

1. Abdullah Sani Yahya. (2006). Mengurus Disiplin Sekolah. Batu Caves: PTS
Profesional Publications Sdn. Bhd.

2. Canter, L. & Canter, M. (1981). Assertive discipline follow-up guidebook. Los Angeles,
CA: Canter & Associates.

3. Clifford, H. E. (2008). Classroom Discipline & Management. United States: John Wiley
& Sons Inc.

4. Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

5. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025. (2014, Julai 16).


Retrieved from SMK Abdul Samad, 16600 Pulai Chondong, Kelantan:
http://smkaspc.blogspot.com/2014/07/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia.html

6.Tom, M. (n.d.). Assertive Discipline. Retrieved from http://www.


behavioradvisor.com/AssertiveDiscipline.html

7. Wendy, J. (2007). Cooperative Learning in the Classroom: Putting it into Practice.


California: SAGE Publication Inc.

8. Wikipedia. (2015). Glasser’s Choice Theory. Retrieved from http://en.wikipedia.


org/wiki/Glasser%27s_choice_theory

Вам также может понравиться