Вы находитесь на странице: 1из 10

INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM)

KUCHING

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 3 SEMESTER 1

TAJUK
FRAKTUR TIBIA DAN FIBULA
(OPEN FRACTURE RIGHT MIDSHAFT TIBIA AND FIBULA)

NAMA : MAGDALIN DORIS ANAK BANNY


NO MATRIK : BPP 2016-1993
NO KP : 960703-13-6448
PENEMPATAN :KLINIK ORTOPEDIK HOSPITAL UMUM SARAWAK
MAKLUMAT PESAKIT

NAMA : GEORGE STEPHENSON ANAK MELAKA

NO PENDAFTARAN : 2017/045402

JANTINA : LELAKI

UMUR : 24 TAHUN

PEKERJAAN : BURUH KASAR

BANGSA : BIDAYUH

Pesakit mengadu mengalami kesakitan pada anggota bawah selama x


1/7. Pesakit merupakan penunggang motosikal. Pada 3 Januari 2018, pesakit
telah mengalami kemalangan jalan raya (motorcyle versus car). Pesakit
mengadu loss of conscious post trauma, unable to recall exact mechanism of
injury. Pesakit sedar semasa dalam perjalanan menuju ke hospital. Pemeriksaan
fizikal telah dilakukan dan mendapati beberapa kesan lebam di bahagian
abdomen pesakit. Xray telah dilakukan dan pesakit mengalami kepatahan pada
bahagian right midshaft tibia and fibula fracture, right navicular bone fracture and
left bipartate patella.
PENGENALAN

Kepatahan tibia dan fibula merupakan kepatahan lebih daripada satu atau
dua tulang di bawah kaki. Kepatahan ini boleh berlaku dimana sahaja iaitu
diantara lutut hingga ke buku lali. Kebiasaannya, kepatahan tulang tibia sering
terjadi kerana hanya tulang tibia sahaja yang menyokong berat badan manusia.
Namun, kepatahan tulang tibia juga sering melibatkan kepatahan fibula kerana
tekanan ditransmisikan melalui interosseous membrane yang menghubungnkan
dua tulang. Isolated fracture yang melibatkan proximal or mid-shaft portions of
the fibula pula jarang terjadi.

Jika kepatahan adalah disebabkan oleh tekanan atau hentakan secara


langsung, tulang mungkin akan patah di beberapa kawasan (A Comminuted or
Segmental Fracture), dan menembusi ke permukaan kulit (Open Fracture). Spiral
Fracture pula sering terjadi kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan
1 ke 3 tahun. Kejadian ini adalah disebabkan oleh twisting force apabila terjatuh
ataupun penderaan berlaku. Kepatahan juga boleh disebakan daripada low
energy trauma seperti stress fracture atau daripada repetitive impact seperti
semasa berjoging. Kepatahan yang berpunca daripada low energy trauma
seringkali adalah stabil dan minimally displaced. High Energy Injury seperti direct
blow, gunshot wound, motor vehicle accident pula sering menyebabkan trauma
ke atas kawasan tisu lembut seperti muscle, ligaments, blood vessels dan
nerves.

Kepatahan tulang panjang tibia selalunya terjadi dan merupakan tulang


yang seringkali akan patah dalam kebanyakan kemalangan kenderaan bermotor.
Insiden yang paling tinggi bagi kepatahan tibial adalah dalam kalangan orang
dewasa yang berumur dalam lingkungan 15-19 tahun. Kepatahan tulang tibial
juga merupakan kejadian yang biasa berlaku bagi lower extremities stress
fracture dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Stress fracture bagi tulang
tibia juga sering terjadi ke atas ahli-ahli sukan yang melibatkan diri dalam larian
dan lompatan. Kebarangkalian Stress fracture terjadi dalam kalangan dewasa
pula adalah 10% melibatkan kepatahan tulang fibula.
PENCARIAN LITERATURE

Insiden dan prevalens kepatahan tulang tibia dan fibula, kepatahan tulang
panjang tibia selalunya terjadi dan merupakan tulang yang seringkali akan patah
dalam kebanyakan kemalangan kenderaan bermotor. Insiden yang paling tinggi
bagi kepatahan tibial adalah dalam kalangan orang dewasa iaitu dalam kalangan
kaum lelaki yang berumur diantara 15-19 tahun, (Norvell).

Stress fractures bagi tulang tibia juga sering terjadi ke atas ahli-ahli sukan
yang melibatkan diri dalam larian dan lompatan. Kebarangkalian stress fracture
terjadi dalam kalangan dewasa pula adalah 10% melibatkan kepatahan tulang
fibula, (Sanderlin).

Rehabilitasi pula akan menentukan kadar keterukan, lokasi dan jenis


kepatahan, bagaimana kepatahan boleh distabilkan sama ada melalui operative
or nonoperative dan kadar immobilisasi. Antara tujuan utama rehabilitasi pula
adalah untuk mengurangkan kadar kesakitan, dan menyimpan kefungsian penuh
ke atas anggota bawah. Penggunaan alat pemanas atau penyejuk juga boleh
digunakan untuk mengawal kesakitan dan edema, (Braddom).
PERBINCANGAN DAN HUJAH

Pengambilan sejarah yang lengkap amat membantu dalam menangani


kes kepatahan. Pengambilan sejarah seperti aduan pesakit, sejarah penyakit
kini, sejarah penyakit lalu, sejarah keluarga dan sejarah sosial pesakit.

Kebanyakan individu yang mengalami kepatahan juga mungkin akan


mengadu mengalami kesakitan yang teruk, tidak boleh menyokong badan
menggunakan kaki, dan perubahan pada deria sentuhan. Sekiranya pesakit
hanya mengalami kepatahan fibula, pesakit mungkin boleh atau mampu lagi
untuk berjalan. Namun, bagi kes stress fracture, pesakit tersebut mungkin akan
mengadu mengalami perubahan dalam tahap melakukan aktiviti fizikal seharian,
serta kemerosotan dalam latihan bagi ahli sukan. Tahap kesakitan akan menjadi
lebih teruk lagi dengan weight-bearing activity dan boleh dikurangkan dengan
berehat.

Ketika melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pesakit, keadaan swelling


(edema) pada kawasan kepatahan akan ditemui, bruising atau lebam
(ecchymosis), dan mengalami kesakitan apabila ditekan di kawasan kepatahan.
Di kawasan tersebut juga mungkin akan membengkak dan mengurangkan
pergerakan pesakit terutama di bahagian lutut hingga ke kawasan buku lali,
bergantung kepada lokasi kepatahan. Jika kepatahan tersebut teralih, kecacatan
atau sebarang keabnormalan akan dikenalpasti. Kecederaan pada kulit akan
kelihatan apabila berlaku open fracture. Pemerhatian yang teliti melalui
pemeriksaan ke atas saraf, saluran darah, dan otot-otot kaki adalah penting
untuk menilai kadar keterukan kepatahan.

Oleh itu, bagi rawatan Open Midshaft Tibia Fibula, External Fixation telah
dilakukan ke atas pesakit ini bagi membantu pencantuman tulang yang optimum.
CADANGAN DAN PENYELESAIAN MASALAH

Kepatahan tibia dan fibula kebiasaannya berlaku semasa terjatuh,


kemalangan jalan raya dan kecederaan semasa bersukan. Kepatahan tersebut
boleh dirawat berdasarkan jenis kepatahan dan aligmen tulang.

Rawatan yang pertama adalah Plaster Of Paris or Fibreglass.


Pemasangan POP adalah sesuai untuk kepatahan seperti tibial shaft yang tidak
terlalu teruk. Pesakit perlu menggunakan cast di atas paras lutut dan di bawah
buku lali (Above Knee and Below The Ankle) untuk membentuk long leg cast.
Kebaikan menggunakan kaedah ini adalah membolehkan bahagian yang terlibat
sembuh dengan baik dan boleh membantu untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Pesakit yang menggunakan cast hendaklah dipantau dari semasa ke semasa
untuk memastikan penyembuhan tulang berada dalam tahap yang optimum dan
untuk memastikan tulang berada pada kedudukan yang sesuai.

Rawatan yang kedua adalah Intrameduallary (IM) Rodding yang


merupakan prosedur meletakkan medal rod di dalam tengah-tengah tulang tibia
atau fibula untuk memegang tulang. Tibial rodding ialah pembedahan surgikal
yang memerlukan masa sekurang-kurangnya satu setengah jam dan selalunya
dijalankan dengan menggunakan general anesthesia. Prosedur ini melibatkan
satu insisi yang akan dilakukan ke atas sendi lutut pesakit , dan satu insisi kecil di
bawah lutut dan di atas buku lali. Sesetengah kepatahan akan memerlukan insisi
berdekatan dengan tempat kepatahan untuk membetulkan kedudukan tulang
(relign the bones). IM rods akan dikunci atau diketatkan dengan skru kedua-dua
bahagian atas dan bawah kepatahan. Metal skru dan rod yang dimasukkan tadi
boleh dikeluarkan jika menyebabkan sebarang masalah kepada pesakit, serta
boleh tahan lama dan dibiarkan sahaja untuk sepanjang hayat.

Rawatan yang ketiga adalah menggunakan kaedah Plates and Screws


yang merupakan kaedah yang jarang digunakan tetapi amat membantu dalam
beberapa jenis kepatahan terutamanya kepatahan yang berdekatan dengan lutut
atau sendi buku lali (kepatahan tibial plateau dan tibial plafond). Kebanyakan
pakar bedah juga memilih IM rod untuk kepatahan seperti kepatahan shaft of
tibial melainkan kepatahan adalah terlalu dekat dengan sendi bagi membolehkan
kemasukan penggantian IM rod. Bagi kepatahan yang terlalu dekat dengan
permukaan sendi, kaedah plate dan screws mungkin adalah pilihan yang ideal
untuk fixation.

Kaedah yang keempat adalah penggunaan external fixator juga mungkin


membantu dalam sesetengah jenis kepatahan tulang. External fixator biasanya
digunakan dalam kes kepatahan yang lebih teruk terutamanya dalam open
fracture dengan atau berkaitan dengan laserasi dan menyebabkan kerosakan
sel-sel tisu. Dalam keadaan sebegini, penggantian IM Rods atau plate ke atas
tulang adalah mustahil disebabkan oleh kerosakan atau kecederaan tisu lembut.
Apabila keadaan ini berlaku, external fixator mungkin akan memberikan kaedah
immobilisasi yang terbaik sementara pemantauan dan perawatan dijalankan ke
atas tisu lembut.
RUMUSAN

Fraktur pada batang tibia dan fibula merupakan fraktur yang lebih sering
terjadi dibandingkan dengan batang tulang panjang yang lain. Periosteum yang
menutupi tibia pada orang dewasa adalah tipis dan mudah koyak dengan
andaian bahawa fraktur pada tulang tibia sering terjadi dengan berlakunya
pergeseran yang luas.

Fraktur diafisis tibia dan fibula pula lebih sering terjadi bersama-sama.
Fraktur dapat juga terjadi hanya pada tibia atau fibula saja. Fraktur juga dapat
disebabkan oleh trauma langsung dan trauma tidak langsung.

Trauma langsung daya yang tinggi yang disebabkan oleh kecederaan lalu
lintas atau jatuh dari ketinggian lebih dari 4m. Fraktur yang terjadi biasanya
fraktur terbuka. Trauma langsung daya yang rendah diakibatkan kecederaan
semasa bersukan. Biasanya fraktur yang terjadi adalah fraktur tertutup. Trauma
tidak langsung disebabkan oleh gaya gerak tubuh sendiri seperti posisi tubuh,
serta kekuatan trauma yang disalurkan melalui sendi.

Komplikasi kepatahan pula adalah, Compartment Syndrome. Hal ini


seringkali terjadi pada fraktur proksimal tibia tertutup. Komplikasi ini sangat
berbahaya kerana dapat menyebabkan gangguan vaskular extremiti bawah yang
dapat mengancam kelangsungan hidup anggota bawah. Komplikasi yang sering
terjadi ialah Anterior Compartment Syndrome. Keadaan ini boleh terjadi dalam
masa kurang dari 12 jam dan harus dilakukan fasiotomi.
RUJUKAN:

i. Niemeyer KH: Fracture of the tibia. In Bojrab MJ (ed): Current Techniques


in Small Animal Surgery, pp 486-490. Philadelphia, Lea & Febiger, 1975.

ii. Pettit GD, Slattet DH: Tension-band wires for fixation of an avulsed canine
tibial tuberosity. J Am Vet Med Assoc 164:242, 1973.

iii. Withrow S, DeAngelis M, Arnoczky S et al: Treatment of fractures of the


tibial tuberosity in the dog. J Am Vet Med Assoc 168:122, 1976

iv. www.fracture.com.my

v. www.wiley.com/college/tortora
LAMPIRAN

Lateral, AP, and oblique


radiographs of the tibia and fibula.
These reveal mildly displaced spiral
fractures of both the tibia and fibula.

AP radiograph of the tibia and fibula in a different patient.


This demonstrates comminuted and mildly displaced
fractures of the distal fibula and tibia.

Lateral radiograph of the tibia and fibula. Notice the


dense band of sclerosis at the fracture site. This
appearance is due to nonunion of the fracture fragments.

Вам также может понравиться