Вы находитесь на странице: 1из 9

Category Archives: Tips Peperiksaan

KHAIDIR MUHAMMAD
Utama
Khaidir Muhammad
Bicara Penulis
Guru Cemerlang
UPSR
Teknik Jawab Sains UPSR
Kertas 1
Kertas 2
Tips Peperiksaan
Modul Latihan
SOALAN BAHAGIAN A
Kertas 1
SOALAN BAHAGIAN B
Inferens dan Pemerhatian
Mengawal Pembolehubah
Mentafsir Maklumat
Hipotesis
Meramal
ARCHIVES
March 2015
May 2014
January 2014
November 2013
October 2013
September 2013
RECENT POSTS
BAB 4 – STRUKTUR SOALAN
BAB 3 – SUB SOALAN
BAB 2 – SOALAN INDUK
BAB 1 – PENGENALAN
KESILAPAN LAZIM BAHAGIAN B
Modul Intensif
Modul Kemahiran Asas
Program Gerak Gempur Kecemerlangan Sains
Kemahiran Saintifik Dalam Pendidikan Sains
TEKNIK JAWAB SOALAN ANEKA PILIHAN
Advertisements
Report this ad
BAB 4 – STRUKTUR SOALAN
MARCH 30, 2015 5:35 PM / LEAVE A COMMENT
TEKNIK JAWAB KERTAS 2
STRUKTUR SOALAN
Rajah di bawah menunjukkan contoh struktur soalan induk dalam Kertas Sains Bahagian
B.

Calon harus meneliti dan membaca dengan cermat semua maklumat yang dipaparkan
dalam soalan.
Stem soalan selalunya menerangkan idea umum berkaitan dengan satu penyiasatan atau
pemerhatian dengan memberikan maklumat seperti tindakan yang diambil sebelum
eksperimen dijalankan, menerangkan secara ringkas konsep sains yang hendak diuji dan
menetapkan beberapa syarat yang perlu patuhi sebelum melakukan penyiasatan atau
pemerhatian.
Stem soalan akan membantu calon menentukan tajuk perbincangan (topik) dan seterusnya
memberi petunjuk kepada calon bagi mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah
tertentu.
Terdapat 7 jenis Rangsangan soalan yang lazim dikemukakan dalam Kertas Soalan Sains
UPSR Bahagian B iaitu:
Carta palang
Jadual Melintang
Jadual Menegak
Jadual Pengelasan/Klasifikasi
Keterangan soalan
Rajah
Pernyataan aktif dan pasif
Matlamat utama Rangsangan soalan adalah untuk membantu calon mengenal pasti
pembolehubah-pembolehubah tertentu, keputusan penyiasatan dan mentafsir keputusan
penyiasatan. Calon akan menggunakan sepenuhnya maklumat yang dipaparkan dalam
Rangsangan soalan bagi menjawab sub-sub soalan yang dikemukan dalam Tugasan nanti.
Tugasan merangkumi sub-sub soalan yang telah dibincangkan dalam Bab 3. Calon perlu
menjawab setiap Tugasan (sub-soalan) yang diberikan dengan betul bagi memperoleh
markah yang baik.
Respon menunjukkan nilai markah maksimum yang akan diberikan kepada calon jika calon
menjawab sub-soalan dengan betul.
… bersambung
Advertisements
Report this ad
Report this ad
BAB 3 – SUB SOALAN
MARCH 30, 2015 4:58 PM / 1 COMMENTON BAB 3 – SUB SOALAN
TEKNIK JAWAB KERTAS 2
SUB-SOALAN KONTRUK KEMAHIRAN PROSES SAINS
Calon UPSR akan diuji dengan beberapa bentuk soalan seperti:
Apakah corak perubahan pembolehubah bergerak balas?
Apakah maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini?
Berikan satu maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini?
Apakah yang diubah (pembolehubah dimanipulasi)?
Apakah yang diperhatikan (pembolehubah bergerak balas)?
Apakah yang ditetapkan (pembolehubah yang dimalarkan)?
Apakah definii secara operasi bagi ujikaji di atas?
Apakah kesimpulan penyiasatan ini?
Apakah hubungan antara pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerak
balas?
Nyatakan satu hipotesis berdasarkan pernyataan di atas.
Berikan inferens bagi menerangkan sesuatu kejadian atau keputusan ujikaji.
Apakah pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan keputusan ujikaji?
Sub-soalan digubal berdasarkan konstruk-kontruk tertentu seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 1 di bawah.
JADUAL 1
… bersambung
Dalam kajian dan pembinaan.
SUB-SOALAN KONSTRUK PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN
SUB-SOALAN KONSTRUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

BAB 2 – SOALAN INDUK


MARCH 30, 2015 4:54 PM / 2 COMMENTSON BAB 2 – SOALAN INDUK
TEKNIK JAWAB KERTAS 2
SOALAN INDUK
Setiap soalan induk mengandungi 4 elemen penting iaitu:
Rangsangan Soalan
Paparan dalam bentuk teks seperti penerangan dan pernyataan serta paparan dalam
bentuk grafik seperti jadual, carta palang dan rajah.
Stem Soalan
Maklumat khusus bagi menerangkan tajuk perbincangan dan dimuatkan dalam rangsangan
soalan.
Tugasan
Terkandung dalam sub-soalan berdasarkan beberapa bentuk soalan.
Respon
Panduan untuk memberi penilaian terhadap respon.
Nilai markah yang diberi kepada jawapan murid.
BAB 1 – PENGENALAN
MARCH 30, 2015 4:42 PM / LEAVE A COMMENT
TEKNIK JAWAB KERTAS 2
PENGENALAN
Soalan Kertas 2 dalam Kertas Peperiksaan UPSR Sains digubal untuk menguji tahap
penguasaan murid dalam kemahiran proses sains. Ianya merupakan item subjektif yang
sesuai digunakan untuk mengenal pasti tahap intelektual dan proses kognitif seseorang
murid. Pada masa yang sama dapat menggalakkan murid-murid melakukan interpretasi,
analisis, sintesis dan mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi.

FORMAT PEMARKAHAN
Soalan Sains Kertas 2 mengandungi 8 soalan induk dan 40 sub-soalan.
Pada kebiasaannya setiap soalan induk mengandungi 4, 5 atau 6 sub-soalan.
Satu markah diperuntukan bagi setiap sub-soalan.
Jumlah keseluruhan markah soalan Kertas 2 adalah 40 markah.

… bersambung

KESILAPAN LAZIM BAHAGIAN B


MARCH 3, 2015 5:28 AM / LEAVE A COMMENT
KESILAPAN LAZIM BAHAGIAN B
Soalan corak perubahan
Kesalahan lazim
Calon menyatakan lebih daripada satu pola/corak untuk pembolehubah yang mempunyai
satu corak sahaja.
Tidak dapat membaca corak perubahan dengan betul seperti yang dipaparkan dalam
rangsangan soalan.
Nota : Cara membaca corak daripada rangsangan soalan (jadual/carta palang) daripada
kanan ke kiri atau bawah ke atas.
Skema : bertambah
Contoh 1 : bertambah dan bertambah (BETUL)
Contoh 2 : bertambah dan (berkurang) (SALAH)
Contoh 3 : bertambah, bertambah dan bertambah (BETUL)
Contoh 4 : bertambah, (berkurang) dan bertambah (SALAH)

Soalan tujuan penyiasatan


Kesalahan lazim
Tertinggal perkataan HUBUNGAN.
Pola/corak perubahan ditulis bersama pembolehubah.
Nota: Mengkaji/menyiasat hubungan (pb.dimanipulasi) dengan/dan (pb.bergerak balas).
Contoh kesalahan:
Untuk mengkaji hubungan bilangan hari dengan bilangan daun yang tinggal. – tiada
perkataan “antara”.
Menyiasat antara malam dan kecerahan bulan – tiada perkataan “hubungan”.

Soalan ramalan
Kesalahan lazim
Menyatakan ramalan dalam bentuk julat.
Skema : 30
Contoh 1 : 21 – 45 (SALAH)
Contoh 2 : 25 hingga 45 (SALAH)
Tertinggal perkataan PALING/LEBIH DARIPADA/KURANG DARIPADA/ANTARA untuk
meramal pada set data bukan nombor.
Menyatakan unit yang salah.
Nota: Unit tidak perlu ditulis.

Soalan kesimpulan dan hipotesis


Kesalahan lazim
Tidak menyatakan pola/corak perubahan.
Silap menyatakan pola/corak perubahan.
Pola/corak perubahan terkalih.
Menulis jawapan untuk soalan tujuan penyiasatan.
Contoh kesalahan
Semakin bertambah masa pemanasan, semakin berkurang suhu air. – silap corak
perubahan suhu air.
Jika bertambah kuantiti yis, maka saiz belon mengembang. – tiada corak perubahan pada
pembolehubah.
Soalan pembolehubah/maklumat
Pembolehubah tiada parameter.
Pembolehubah ditulis bersama pola/corak perubahan.
Calon keliru/tidak tahu kedudukan pembolehubah dalam rangsangan soalan.
Untuk soalan berikan satu maklumat, calon menyatakan lebih daripada satu jawapan.
Jawapan pertama sahaja disemak.
Untuk soalan berikan maklumat, calon tidak menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan
pembolehubah bergerak balas atau calon hanya menyatakan satu pembolehubah sahaja.

Soalan inferens
Menyatakan pemerhatian.
Memberikan inferens pada objek/rujukan lain.
Tiada perbandingan. (paling/lebih daripada/lebih berbanding/berbanding)
Membuat pernyataan LEBIH DARIPADA pada objek bersifat mutlak – lebih lelaki, lebih
neutral.
Membuat perbandingan bagi soalan menyatakan dua inferens pada ruang jawapan kedua.
TEKNIK JAWAB SOALAN ANEKA PILIHAN
NOVEMBER 28, 2013 8:26 AM / LEAVE A COMMENT

PANDUAN MENJAWAB SOALAN ANEKA PILIHAN


SAINS UPSR 018 – BAHAGIAN A
Garis Panduan Apabila Mengambil Ujian Soalan Aneka Pilihan
Berikut adalah beberapa panduan yang akan membantu pelajar menjawab dengan betul
soalan aneka pilihan – Kertas Sains UPSR Bahagian A.
Bulatkan atau gariskan perkataan yang penting dalam perkara ini. Ini akan membantu anda
memberi tumpuan kepada maklumat yang paling diperlukan untuk mengenal pasti pilihan
jawapan yang betul.
Baca semua pilihan jawapan.
Batalkan pilihan jawapan yang anda pasti salah. Ini akan membantu anda mencari pilihan
jawapan yang betul.
Mencari dua pilihan jawapan yang bertentangan. Salah satu daripada dua pilihan jawapan
mungkin betul.
Cari petunjuk tentang pilihan jawapan yang betul. Petunjuk diperoleh melalui pengalaman
daripada latih tubi yang dilakukan sebelum peperiksaan.
Cari pilihan jawapan yang mengandungi bahasa yang digunakan oleh guru atau yang
terdapat dalam buku-buku teks anda.
Jangan menukar jawapan awal anda melainkan anda pasti satu lagi pilihan jawapan adalah
betul.
Langkah-Langkah Ketika Menjawab Soalan Aneka Pilihan Bahagian A
Mari kita bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh calon bagi menjawab soalan
aneka pilihan Bahagian A.
Langkah 1
Baca soalan dengan tenang.
Gariskan perkataan/kekunci/petunjuk yang diberikan dalam soalan.
Langkah 2
Fahami arahan soalan. Anda perlu tahu apa tugasan yang diberikan untuk membantu anda
memilih jawapan yang betul.
Contoh arahan atau tugasan soalan adalah seperti berikut;
Apakah maksud tenaga yang boleh diperbaharui?
Kenapa kulapok tumbuh di atas permukaan roti selepas seminggu?
Apakah kesan penebangan hutan secara tidak terkawal?
Kira kelajuan kereta A.
Apakah yang akan terjadi sekiranya semua tikus mati diracun?
Yang manakah faktor-faktor yang menyebabkan hakisan tanah boleh berlaku?
Langkah 3
Cari petunjuk jawapan yang betul.
Selalunya, petunjuk boleh dikenalpasti pada rangsangan soalan seperti rajah, jadual,
keterangan soalan dan pilihan jawapan.
Langkah 4
Singkirkan pilihan jawapan yang kamu pasti salah. Lazim, terdapat dua pilihan jawapan
yang pasti salah.
Pengalaman melalui latihan menjawab soalan, nasihat guru dan kekerapan latih tubi akan
banyak membantu kamu mengenalpasti pilihan jawapan yang salah.
Langkah 5
Tandakan pilihan jawapan yang betul dalam kertas soalan.
Hitamkan pilihan jawapan yang betul pada Borang Jawapan.
Semak nombor soalan. Pastikan kamu menghitamkan jawapan pada Borang Jawapan
mengikut nombor soalan dalam kertas soalan.

Вам также может понравиться