Вы находитесь на странице: 1из 2

KARANGAN LENGKAP

Pada era globalisasi ini, pengangkutan awam sangat penting kepada rakyat
dan negara. Namun demikian, sistem pengangkutan awam kurang digunakan oleh
masyarakat pada hari ini. Persoalannya kini, apakah kebaikan memajukan
pengangkutan awam kepada rakyat dan negara? Antara contoh pengangkutan awam
yang popular di Malaysia ialah Komuter, LRT dan teksi. Oleh itu, kebaikan
pengangkutan awam yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas untuk
kepentingan bersama.
Lontaran idea pertama, usaha memajukan sistem pengangkutan akan dapat
mengurangkan kesesakan jalan raya. Hal ini adalah kerana apabila rakyat banyak
menggunakan pengangkutan awam, bermakna kuranglah kenderaan bermotor di jalan
raya. Bertitik tolak daripada itu, sistem pengangkutan yang telah dinaiktarafkan
mampu menarik perhatian rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam. Secara
tidak langsung, kemalangan yang berpunca daripada kesesakan jalan raya dapat
dikurangkan. Jelaslah bahawa kesesakan jalan raya dapat dikurangkan apabila sistem
pengangkutan awam dimajukan.
Lontaran idea kedua, usaha memajukan sistem pengangkutan dapat
menjimatkan masa rakyat. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam yang
canggih ini menggunakan laluannya sendiri. Sebagai contohnya, penggunaan komuter
ataupun LRT. Kesannya, pengguna juga dapat menjimatkan kos kerana kadar tambang
yang murah berbanding menggunakan kenderaan sendiri. Jelaslah bahawa masa
rakyat di jalan raya dapat dijimatkan melalui penggunaan pengangkutan awam yang
canggih.
Lontaran idea ketiga, penggunaan pengangkutan awam juga dapat mengurangkan
masalah pencemaran udara. Dalam konteks ini, pencemaran udara dapat dikurangkan
sekiranya rakyat banyak menggunakan pengangkutan awam. Situasi ini dapat
dikaitkan dengan peribahasa, mencegah lebih baik daripada merawatnya. Impaknya,
masalah kesihatan rakyat juga akan terjamin malah negara tidak terbeban menanggung
kos bagi menangani masalah pencemaran udara. Tegasnya, masalah pencemaran
udara dapat dikurangkan sekiranya usaha untuk memajukan sistem pengangkutan
berjaya dilaksanakan.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, usaha-usaha memajukan


sistem pengangkutan awam banyak mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan
negara. Semua pihak hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam
menyokong usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan. Usaha tersebut
hendaklah dilaksanakan bersungguh-sungguh bukannya sekadar hangat-hangat
tahi ayam. Justeru, kita haruslah menggunakan pengangkutan awam bagi menikmati
kebaikan yang telah disediakan.
Pada era globalisasi ini, sektor pelancongan sangat penting. Persoalannya
kini, apakah usaha-usaha meningkatkan sektor pelancongan di negara kita?
Antara contoh usaha meningkatkan sektor pelancongan di negara ini
termasuklah pihak kerajaan mempromosikan tempat-tempat menarik, menaik
taraf pengangkutan awam dan masyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai murni.
Oleh itu, usaha-usaha meningkatkan sektor pelancongan yang mewarnai fokus
perbincangan akan dikupas untuk kepentingan bersama.

Lontaran idea pertama, pihak kerajaan mempromosikan tempat-tempat


menarik di negara kita. Hal ini adalah kerana Malaysia ada banyak tempat
menarik seperti Pantai Desaru dan Pantai Air Papan, Mersing. Bertitik tolak
daripada itu, pihak kerajaan perlu mempromosikan tempat-tempat ini di
Internet. Secara tidak langsung, pelancong akan mendapat berbagai-bagai
maklumat tentang Malaysia. Jelaslah bahawa sektor pelancongan semakin
meningkat apabila pihak kerajaan membuat promosi.

Lontaran idea kedua, pihak kerajaan menaik taraf pengangkutan awam.


Hal ini demikian kerana para pelancong mudah untuk melawat ke tempat-
tempat menarik di Malaysia. Sebagai contohnya, pelancong akan menggunakan
bas awam dan kereta api. Kesannya, maruah negara akan terpelihara.
Deduksinya, sektor pelancongan akan meningkat jika pihak kerajaan menaik
taraf pengangkutan awam.

Lontaran idea terakhir, masyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai murni.


Hal ini adalah kerana masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang berbudi
bahasa. Secara tidak langsung, para pelancong akan dihormati oleh masyarakat
Malaysia. Impaknya, maruah negara akan terpelihara. Tegasnya, sektor
pelancongan akan meningkat sekiranya masyarakat Malaysia mengamalkan
nilai-nilai murni.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, banyak usaha telah


dijalankan untuk meningkatkan sektor pelancongan di Malaysia. Semua pihak
hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam memastikan sektor
pelancongan terus meningkat. Usaha tersebut hendaklah dilaksanakan
bersungguh-sungguh bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Oleh itu,
rakyat Malaysia akan mendapat manfaat yang banyak. Dengan ini diharapkan,
negara kita akan menjadi tempat tumpuan pelancong pada masa hadapan.

Вам также может понравиться